Semoga Dengan Kemenangan Awak Derita Penceritaan Awak Akan Habis Respon Elfira Loy Buat Sufian Suhaimi Di Ajl33


Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 33 (AJL33) telah disandang lagu Di Matamu dari Sufian Suhaimi.
Pelbagai reaksi diterima menerusi persembahan Sufian yang mengambil elemen pelaminan lalu mendapat tepukan gemuruh penonton yang memenuhi stadium di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Malah, menerusi media sosial rata-ratanya turut meninggalkan komen pada persembahannya termasuk selebriti, Elfira Loy.
Katanya seperti yang diambil menerusi Twitter, pelakon dan ushawan itu mendoakan agar penyanyi terbabit menang pada acara anugerah berprestij itu.

“Sufian Suhaimi, saya doakan awak menang harini . Semoga dengan kemenangan awak, “derita“ & penceritaan awak akan habis,” tulisnya.
Melihat, di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap tweet Elfira.


Buat pengetahuan, Elfira bersama suaminya kini sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci, Mekah.
Sumber: Twitter Elfira Loy
Ini respon balas Sufian Suhaimi kepada tweet Elfira Loy “Sufian Suhaimi, saya doakan awak menang hari ini. Semoga dengan kemenangan awak, ‘derita’ dan penceritaan awak akan habis,” – Itulah tulisan dari Elfira Loy di laman Twitter miliknya selepas Sufian Suhaimi membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu 33 semalam.

Apabila tweet dari Elfira Loy itu menjadi viral, ramai nak tahu apa reaksi dari Sufian Suhaimi.
Melihat tweet berkenaan, Sufian Suhaimi hanya berterima kasih kepada bekas tunangnya Elfira Loy berhubung doa artis itu agar kemenangannya di AJL33.
Sufian berkata, dia taklihat sebarang perkara negatif terhadap status yang dimuat naik di Twitter itu malah menganggap niat Elfira adalah baik.
Ini komennya: “Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik. Pada saya niat itu baik… Tiada apa yang silap pun dalam twit tersebut,”
Tambah Sufian Suhaimi lagi, dia tak mahu terus memberi perhatian kepada perkara negatif sebaliknya mahu kekal positif dalam hal berkenaan.
“Isu tweet sindir, komen negatif pada saya ia perkara remeh dan ia tidak menjadi perhatian saya.
“Sebenarnya masih banyak komen positif dan itu lebih menarik perhatian saya,”
Di pentas AJL33, Sufian Suhaimi telah dipilih sebagai pemenang Persembahan Terbaik menerusi lagu Di Matamu yang mana memukai ramai penonton menerusi persembahannya yang telah menyentuh hati.
Yang lebih menjadi perhatian adalah pelakon yang ditonjolkan di atas pentas berkenaan mirip seakan-akan pelamin persandingan milik Elfiran ketika pernikahannya 1 Januari lalu.
Bercerita lanjut tentang dakwaan persamaan prop digunakan serupa dengan pelamin Elfira, Sufian menjelaskan dia sendiri tidak mengetahui tentang hal itu kerana tidak pernah memberi fokus kepada rekaan pelamin orang lain.
Katanya, pelamin itu hanyalah elemen kejutan kerana ada dua perkara lain yang ingin ditonjolkan iaitu lampu chandelier dan kain putih yang digunakan.
“Saya jujurnya baru tengok pelamin itu pada sesi latihan… bukan hobi saya untuk lihat pelamin orang lain.
“Apa-apa pun itu bukan niat saya… Saya letak chandelier itu sebagai melambangkan situasi saya yang terperangkap dan akhirnya bebas.
“Kain putih pula melambangkan permulaan baru dan pelamin itu elemen kejutan,”
Dalam pada itu, Sufian menjelaskan persembahan itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan memohon maaf sekiranya ada yang terasa hati.
Sufian turut menyangkal dia mengambil kesempatan atas kisahnya dengan Elfira dan cuba memalukan aktres itu.
“Saya tidak cuba serang sesiapa… Mana-mana pihak yang terasa hati saya mohon maaf.
“Ini memang lagu sedih dan berkaitan dengan putus cinta… Bukan saya seorang sahaja yang pernah mengalami putus cinta, jadi saya cuba menyampaikan sebaik mungkin.
Sufian Suhaimi sebelum ini pernah bertunang dengan Elfira Loy pada 6 Oktober 2017 namun ianya telah berakhir pada 18 Februari 2018.
Elfira Loy kemudian telah bernikah dengan ahli perniagaan Muhamad Faris pada Januari lalu.
Sumber: mStar
The post “Semoga Dengan Kemenangan Awak, Derita & Penceritaan Awak Akan Habis,”- Respon Elfira Loy Buat Sufian Suhaimi Di AJL33 appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/semoga-dengan-kemenangan-awak-derita-penceritaan-awak-akan-habis-respon-elfira-loy-buat-sufian-suhaimi-di-ajl33/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Doa Sufian Suhaimi Menang Agar Penderitaan Habis Elfira Loy Dikritik Netizen

Hiburan Doa Sufian Suhaimi Menang Agar Penderitaan Habis Elfira Loy Dikritik Netizen

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 753 hits
Mengucapkan dan berdoa agar bekas tunangnya Sufian Suhaimi menang dalam Anugerah Juara Lagu Ke 33 pelakon Elfira Loy pula dikritik oleh netizen Sedang berada di Tanah Suci Mekah bersama suami Faris Khairol Anuar untuk menunaikan ibadah Umra...
Elfira Dan Ezlisa Loy Sindir Sufian Suhaimi Persembahan Sufian Suhaimi Di Ajl33 Menyentuh Hati Penonton

Elfira Dan Ezlisa Loy Sindir Sufian Suhaimi Persembahan Sufian Suhaimi Di Ajl33 Menyentuh Hati Penonton

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 1860 hits
Tahhniah kepada semua pemenang Anugerah Juara Lagu 33 yang berlangsung malam tadi Juara lagu kali ni dimenangi oleh Hael dan Dayang yang mendendangkan lagu Haram Tapi persembahan Sufian Suhaimi malam tadi paling diingati dan menjadi bahan b...
Quot Moga Kemenangan Awak Hilang Segala Derita Quot Elfira Loy

Quot Moga Kemenangan Awak Hilang Segala Derita Quot Elfira Loy

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 545 hits
Disebalik kekecohan persembahan mendalam Sufian Suhaimi di pentas AJL33 malam ini adik kepada Elfira Loy Ezlisa Loy berpendapat penyanyi itu tidak habis mempergunakan kakaknya untuk meraih populariti Kenyataan tersebut dimuat naik di laman ...
Ini Ucapan Penuh Bermakna Elfira Loy Kepada Sufian Suhaimi Sedihnyaa

Ini Ucapan Penuh Bermakna Elfira Loy Kepada Sufian Suhaimi Sedihnyaa

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 1506 hits
Debaran kemuncak final Anugerah Juara Lagu 33 kian terasa apabila 12 buah lagu terbaik telah terpilih untuk ke pentas akhir AJL 33 selepas berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 33 Keputusan pemilihan senarai finalis AJL33 telah diumu...
Adik Elfira Loy Komen Pedass Tentang Persembahan Sufian Suhaimi

Adik Elfira Loy Komen Pedass Tentang Persembahan Sufian Suhaimi

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 970 hits
Adik Elfira Loy Komen Pedass Tentang Persembahan Sufian Suhaimi Disebalik kekecohan persembahan mendalam Sufian Suhaimi di pentas AJL33 malam ini adik kepada Elfira Loy Ezlisa Loy berpendapat penyanyi itu tidak habis mempergunakan kakaknya ...
Belum Reda Pasal Persembahan Ajl Pu Rahmat Pula Sound Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy Memang Padu Ayat Dia Bagi

Belum Reda Pasal Persembahan Ajl Pu Rahmat Pula Sound Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy Memang Padu Ayat Dia Bagi

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 945 hits
Nampaknya sepanjang hari kes mengenai Elfira Loy Sufian Suhaimi membanjiri media sosial dari malam tadi sampai sekarang nama mereka berdua je menjadi buah mulut netizen Ini semua disebabkan impak persembahan lagi Di Matamu semalam bahkan si...
Quot Moga Kemenangan Awak Hilang Segala Derita Quot Ezlisa Loy

Quot Moga Kemenangan Awak Hilang Segala Derita Quot Ezlisa Loy

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 310 hits
Disebalik kekecohan persembahan mendalam Sufian Suhaimi di pentas AJL33 malam ini adik kepada Elfira Loy Ezlisa Loy berpendapat penyanyi itu tidak habis mempergunakan kakaknya untuk meraih populariti Kenyataan tersebut dimuat naik di laman ...
Ucapan Elfira Loy Dari Mekah Untuk Sufian Suhaimi Di Ajl Jadi Kontroversi

Ucapan Elfira Loy Dari Mekah Untuk Sufian Suhaimi Di Ajl Jadi Kontroversi

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 826 hits
Semalam berlangsungnya AJL Anugerah Juara lagu Den tak sempat menonton dari mula sampai habis Sebabnya Awal tu keluar dinner dengan Family dari kedah kat Ahmad s Kitchen Balik tu baru buka TV tengok je la persembahan yang mana sempat Tengah...
Video Sufian Buat Wany Hasrita Ernie Menangis Misha Omar Sebak Pelvk Wany Hasrita Selepas Habis Ajl33

Video Sufian Buat Wany Hasrita Ernie Menangis Misha Omar Sebak Pelvk Wany Hasrita Selepas Habis Ajl33

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 623 hits
PERSEMBAHAN Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu pada pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 33 semalam membuatkan penyanyi Wany Hasrita dan Ernie Zakri menitiskan air mata Wany 27 atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata n...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced

How Do I Know If My Bmw Has The Dhp Package