Taman Tasik Taiping Tempat Riadah Seisi Keluarga Yang Indah Mempesona


AHAD | 23.01.2022
Selepas bersarapan pagi di sini, saya dan suami berkeliling dengan kereta untuk melihat-lihat sekitar bandar Taiping. Taiping dikenali sebagai Bandar Warisan kerana menyimpan banyak warisan sejarah di sini, antaranya muzium, penjara dan landasan keretapi pertama di Malaysia

Terpesona saya memerhati begitu banyak bangunan-bangunan lama yang masih digunakan, juga pohon-pohon besar di sekitar bandar ini. Suasana terasa berbeza berbanding tempat lain, seperti berada di zaman lalu. Saya juga merasa satu ketenangan melihat suasana dan kehidupan di sini. Selayaknya bandar Taiping dinobatkan sebagai ‘Bandar Paling Bahagia Tahun 2019’

Taman Tasik TaipingKami seterusnya ke Taman Tasik Taiping - taman awam bekas lombong bijih timah yang berkeluasan 160 ekar dan telah berusia lebih 130 tahun. Fakta yang menarik dan sememangnya Taman Tasik Taiping sangat menarik

Jom kita jalan-jalan tengok apa yang menarik di sini…
Taman permainan yang meriah dengan pengunjung. Suasana dan pemandangan yang indah! Kami parkir kereta tak jauh dari kawasan ni. Kalau jalan depan lagi, ada kemudahan tandas dan para penjual makanan ringan

Kita juga boleh sewa bot, saya lihat ada beberapa pilihan jenis bot. Menarik sungguh bot angsa tu kan

Bunga teratai berwarna pink menghiasi tasik dan kolam di sini. Cantik cerah sangat warnanya jika dilihat secara dekat

Kami kemudiannya memilih satu sudut yang agak terasing dari orang ramai dan menghadap kawasan bersebelahan Zoo Taiping (sesekali terdengar bunyi haiwan dari zoo, entah bunyi gajah atau haiwan apa). Tujuannya nak membuat pemerhatian fauna yang ada dengan menggunakan binokular. Kena memerhati dalam keadaan senyap, kami berbual pun secara bisik-bisik je tau

Hasilnya? Sungguh mengujakan! Kami dapat memerhatikan seekor kura-kura yang sedang berehat di hujung batang pokok yang tenggelam di dalam air. Juga seekor Burung Hantu Carik Kafan. Eh…lepas tu baru perasan ada beberapa ekor lagi burung yang sama spesis di sekitarnya. Ini percubaan pertama saya ambil gambar menerusi lensa binokular, tak berapa pandai jadi tak jelas. Tapi sebenarnya apa yang saya lihat menerusi binokular adalah lebih jelas. Cantik tau Burung Hantu Carik Kafan ni bila dilihat secara dekat

Landskap yang indah dan menenangkan jiwa. Ni antara laluan yang agak lengang. Mungkin sebab kedudukannya agak jauh dari jalan utama. Dengan suasana tenang begini, dapatlah kami memerhatikan ikan-ikan berenang di air dan burung berwarna putih kelabu yang cantik di sini

Ada pokok Cannonball juga di sini. Pertama kali kami lihat pokok ni semasa melawat Taman Pertanian Sabah di Tenom. Bezanya pokok Cannonball di Taman Tasik Taiping ni kecil dan tak banyak buah

Ada cerita sikit sewaktu di sini, kami terserempak dengan sekumpulan remaja Melayu. Saya nampak seorang dari mereka sedang menghisap rokok (saya anggarkan usianya sekitar 13 - 15 tahun). Saya pandang anak itu dengan senyuman, sambil menggelengkan kepala dan membuat isyarat gerakan jari tanda melarang perbuatannya. Dia membalas senyuman saya. Itu saja yang mampu saya buat, menegur tanpa marah. Saya doakan moga anak itu nantinya berhenti merokok. Nampaknya taman awam yang luas begini membuka peluang untuk remaja bebas merokok. Sedih sekejap saya memikirkan anak bangsa

Pokok hujan-hujan di Raintree Walk yang dipasang dengan besi penyokong sebagai langkah memelihara dan memulihara. Semoga pokok ikonik ini mampu bertahan hidup. Seronok dapat berjalan di bawah teduhan pokok-pokok ni

Tak begitu jauh dari pokok tadi, ada tempat sewaan basikal. Boleh pilih basikal untuk seorang, dua orang dan tiga orang (2 dewasa, 1 kanak-kanak)

Antara sudut menarik di taman awam ini. Maha Suci Allah yang menjadikan keindahan alam

Memerhatikan keindahan alam menghadirkan rasa tenang dan syukur atas nikmat Allah

Kami menghabiskan masa sekitar 1 jam 30 minit berjalan-jalan di taman ini dengan rekod jarak sejauh 2.4 km. Itu pun kami tak lalu semua tempat. Memang sangat luas dan puas berjalan di sini sambil menikmati keindahan landskap dan memerhatikan kepelbagaian flora dan fauna

Taman Tasik Taiping, taman awam yang menawarkan pelbagai aktiviti riadah untuk seisi keluarga. Taman yang dijaga rapi dan sangat indah mempesona! Untung sungguh jadi penduduk Taiping ni kan






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/02/taman-tasik-taiping-tempat-riadah-seisi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dj Indah Cleo Jadi Korban Pembakaran Tempat Karaoke Di Sorong

Dj Indah Cleo Jadi Korban Pembakaran Tempat Karaoke Di Sorong

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 370 hits
Disc jockey atau DJ Indah Cleo asal Bukittinggi Sumatera Barat menjadi salah satu dari 17 korban tewas dalam pembakaran tempat Karaoke Doubel0 di Kota Sorong Papua Barat 25 Januari lalu Keluarga korban berharap jenazah korban cepat terident...
Sambal Ayam Geprek Kurang Pedas Sesuai Dinikmati Seisi Keluarga

Sambal Ayam Geprek Kurang Pedas Sesuai Dinikmati Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 209 hits
Ayam Geprek memang enak Ayam digoreng garing dan dinikmati bersama sambal yang memukau rasa Namun ada juga yang tidak tahan dengan rasa Sambal Geprek yang pedas Kanak kanak pun tak berani nak makan Bagi anda yang suka makan Ayam Geprek tapi...
Nynaa Keluarga Masih Renggang

Nynaa Keluarga Masih Renggang

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 123 hits
Nynaa keluarga masih renggang Nynaa masih berhubung dengan keluarga namun insiden yang berlaku Selama 24 hari terpisah dengan suami hanya rindu yang mampu terpendam dalam lubuk hati pelakon sensasi Nynaa Harizal 26 Telefon bimbit pula tiada...
Keluarga Tukul Arwana Batasi Penjenguk Baik Artis Maupun Kerabat

Keluarga Tukul Arwana Batasi Penjenguk Baik Artis Maupun Kerabat

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 157 hits
Apalagi kasus Omicron sedang tinggi keluarga minta penjenguk membawa hasil tes PCR
Video 6 Juta Undi Keluarga Industri Pengangkutan Darat Untuk Parti Politik Malakat Tribune 02 02 2022

Video 6 Juta Undi Keluarga Industri Pengangkutan Darat Untuk Parti Politik Malakat Tribune 02 02 2022

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 200 hits
CYBERJAYA Kira kira 6 juta undi pemain industri pengangkutan darat bersama keluarga menanti mana mana parti politik di negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Penaung Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia Datuk Na...
Mohon Online Bantuan Keluarga Malaysia Rm2 000 Keluarga B40 2022

Mohon Online Bantuan Keluarga Malaysia Rm2 000 Keluarga B40 2022

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 288 hits
Berita baik untuk keluarga yang mempunyai Isi Rumah RM2 500 dan ke bawah kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia dengan nilai bantuan sebanyak RM2 000 untuk setiap isi rumah di Malaysia Nilai bantuan ini lebih banyak berband...
Absen Wisata Rokan Keluarga Lubuk Bendahara 27 Jan 2022

Absen Wisata Rokan Keluarga Lubuk Bendahara 27 Jan 2022

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 223 hits
KAKEK DAN NENEK 62 63 TAHUN SUKSES MENDAKI GUNUNGM RAKIB DAN SYARIFAH YUSUF 27 29 JANUARI 2022
Permohonan Semakan Dan Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Permohonan Semakan Dan Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 338 hits
Bantuan Keluarga Malaysia 2022 menggantikan yang telah dibentangkan dalam BKM 2022 Fasa I akan diagihkan kepada para penerima pada bulan Mac 2022 nanti Permohonan baru BKM 2022Pemohon yang tidak mempunyai data di dalam LHDN bolehlah membuat...
Annuar Johor First Spot For Riuh Keluarga Malaysia Programme

Annuar Johor First Spot For Riuh Keluarga Malaysia Programme

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 272 hits
Johor is the first location for the Program Riuh Keluarga Malaysia which will be launched by the Communications and Multimedia Ministry next month Its minister Annuar Musa said the programme aimed at promoting and strengthening the local cr...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master