Nynaa Keluarga Masih Renggang



Nynaa, keluarga masih renggang?
Nynaa masih berhubung dengan keluarga, namun, insiden yang berlaku Selama 24 hari terpisah dengan suami, hanya rindu yang mampu terpendam dalam lubuk hati pelakon sensasi, Nynaa Harizal, 26. Telefon bimbit pula tiada di tangan.
Hakikatnya, segala-galanya sukar buat pelakon drama Kekasih Paksa Rela dan Chandelier itu. Wajah suami hanya mampu ditatap dari jauh ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Johor Bahru.
Namun, jodoh Nynaa dan Mohamed Fahmi ternyata utuh bagaikan Tembok Besar China. Usaha memisahkan dua hati yang saling mencintai itu nyata gagal dilakukan.
Mengulas hubungan dengan suami selepas kontroversi, Nynaa berkata, sebelum dan selepas berkahwin, keluarga serta rakan taulan tahu mereka tidak pernah bermasalah.
“Namun, disebabkan insiden ini, keadaan sukar dan mencabar.
“Jujurnya, susah mahu menjelaskan segala-galanya, tetapi Alhamdulillah, kekeruhan dapat dijernihkan. Hubungan saya dan suami baik seperti dahulu.
“Soal hubungan dengan keluarga, tipulah jika saya katakan tiada masalah dengan keluarga, mesti ada. Apa yang saya harapkan semuanya akan kembali jernih,” katanya kepada BH Online.
Nynaa berkata, dia seorang yang sangat mementingkan keluarga, tetapi, sekarang sudah kahwin. Jadi, suami menjadi keutamaannya.
“Namun, saya masih berhubung dengan keluarga. Insiden yang berlaku masih ada kesannya.
“Saya percaya akhirnya semuanya akan okay. Mungkin akan mengambil sedikit masa. Keluarga pun lama-lama akan baik dan boleh terima,” katanya.
Diusik pertanyaan apa perasaannya berjauhan dengan suami, Nynaa akuinya, mestilah ada perasaan rindu.
“Ia sangat sukar apabila kami tidak boleh berkomunikasi selama 24 hari. Saya hanya bertemu suami ketika hadir di mahkamah sahaja.
“Seperti yang diketahui, telefon bimbit tiada dengan saya. Saya juga tak boleh akses apa sahaja media sosial. Menghubungi suami juga tidak dibenarkan. Jadi, saya hanya baca komen netizen selepas pulang ke rumah.
“Tidak mengapa, netizen tidak tahu apa yang berlaku, perkara sebenar. Mereka ada pendapat tersendiri, jadi, saya tidak perlu berkecil hati kecaman netizen terhadap saya dan keluarga.
“Apapun, saya bersyukur segala-galanya sudah berlalu,” katanya.
Ada yang menganggap kontroversi sekadar gimik, Nynaa berkata, lebih baik berdiam kerana ia membabitkan masalah dalaman keluarga.
“Jika boleh, saya tidak mahu berkongsi dengan orang luar, bimbang menimbulkan fitnah dan cerita lain. Ataupun, cerita A, tetapi ditokok tambah menjadi B atau C. Jadi, saya tidak mahu mengeruhkan keadaan.
“Apa yang berlaku bukannya isu main-main, setiap pasangan suami isteri nak minta jauh dari halangan. Namun, ia terjadi pada kami.
“Sebenarnya, saya banyak berlakon drama, tetapi ramai tak perasan. Saya pernah menyertai program Dewi Remaja, tetapi terlalu ramai pesaing, orang masih tak perasan.
“Sebelum menyertai program Dewi Remaja saya sudah berlakon. Selama lima tahun ini, banyak juga filem saya termasuklah Town Mall dan Sumpahan Syaitan,” katanya.
Katanya, buat masa ini, dirinya mahu berehat dahulu.
“Ada sahaja tawaran berlakon, tetapi, saya terpaksa tolak sebab saya mahu menikmati kehidupan bersama suami. Alhamdulillah, insiden ini tidak memberi kesan kepada kerjaya,” katanya.
Mengulas dakwaan popular disebabkan keluarga mentua pemilik stesen televisyen, Nynaa berkata, itu hanyalah persepsi orang, tetapi sebenarnya, jika tiada bakat, tidak guna juga.
“Segala-galanya bergantung kepada bakat, bagaimana membawa diri dan rezeki,” katanya.
Terdahulu, kontroversi rumah tangga Nynaa dan Mohamed Fahmi tercetus selepas Nynaa didakwa diculik ahli keluarganya, penghujung tahun lalu.
Susulan itu, Mohamed Fahmi membuat laporan polis terhadap tindakan bapa mentuanya dan membuka fail tuntutan nusyuz terhadap Nynaa berikutan hampir dua minggu keluar rumah tanpa kebenaran.
Seterusnya, Nynaa memfailkan permohonan cerai kepada suaminya di Mahkamah Rendah Syariah, Johor Bahru. Takdir menentukan, hubungan mereka kembali jernih dan memilih untuk tidak berpisah. BH
Nynaa, keluarga masih renggang?
Baca Artikel Menarik:
Fatin penyelam komersial yang ‘rare’, pendapatan lumayan Bapa bonceng jenazah anak 70 KM, tak mampu bayar ambulans Perogol tertangkap selepas pesan kebab Tiada istilah payung emas, ia hadis palsu Anak Shuib jawab mengenai ibu tiri Fakta Perceraian Siti Saleha dan Ahmad Lutfi Lelaki ditahan rogol adik kandung Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu? Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’? Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

The post Nynaa, keluarga masih renggang? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/02/nynaa-keluarga-masih-renggang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Karma Masih Berlaku Ramzi Setiawan

Lirik Karma Masih Berlaku Ramzi Setiawan

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 200 hits
suatu saat nanti kan kau rasakanbetapa perih betapa pilubila ditinggal dikhianati tanpa perasaantinggal masalah waktucepat atau lambatdia kan datang menghampirimudan kau rasakan betapa perih ditinggal sang kekasihtertawalah sepuas hatimumen...
Umur Baru 16 Tahun Masih Bersekolah Anak Jamal Abdillah Dah Jadi Tauke Kedai Makan Bantu Ibu Cari Duit

Umur Baru 16 Tahun Masih Bersekolah Anak Jamal Abdillah Dah Jadi Tauke Kedai Makan Bantu Ibu Cari Duit

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 262 hits
January 31 2022 MAHU membantu ibu menjana pendapatan keluarga penyanyi Zaki Yamani menceburi bidang perniagaan dengan membuka gerai makanan dan minuman di medan selera yang terletak di Kajang Selangor Menurut Zaki 16 gerai diberi nama Ngopi...
Lirik Aku Masih Di Sini Klangit

Lirik Aku Masih Di Sini Klangit

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 171 hits
sekiranya kamu terbuka hatimuaku di tempat dulu yang pernah engkau tahumasih di situ masih menunggumasih adakah rasa cintakau tak pernahmengerti apa yang ku rasaku selalu mengalahkalau ikutkan hati dah lama ku tinggalkantapi utuhnya hatiku ...
5 Potret Rumah Pedangdut Tenar Yang Sudah 26 Tahun Terbengkalai Tamannya Masih Asri

5 Potret Rumah Pedangdut Tenar Yang Sudah 26 Tahun Terbengkalai Tamannya Masih Asri

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 154 hits
Para penikmat musik dangdut era 1990 an pasti tahu dengan penyanyi Abiem Ngesti Ia tenar berkat lagunya yang bertajuk Pangeran Dangdut Sayang kecelakaan merenggut nyawanya di tahun 1995 silam Selama 26 tahun berlalu namanya kembali menjadi ...
Dolar As Masih Penuh Dengan Keazaman Dan Kekuatan Dan Titik Perubahan Bagi Pasangan Mata Wang Eur Usd Masih Belum Tiba

Dolar As Masih Penuh Dengan Keazaman Dan Kekuatan Dan Titik Perubahan Bagi Pasangan Mata Wang Eur Usd Masih Belum Tiba

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 689 hits
Semasa pandemik pasaran saham Amerika Syarikat yang diwakili oleh indeks S P 500 meningkat kira kira 120 daripada paras rendah Mac 2020 ke paras tinggi pada Januari 2022 Dalam tempoh ini pelabur saham malah membangunkan refleks pembelian at...
Pembuat Bom Abu Sayyaf Mudzrimar Masih Hidup Esscom

Pembuat Bom Abu Sayyaf Mudzrimar Masih Hidup Esscom

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 154 hits
Oleh Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan Gambar Rapler com PEMBUAT bom yang juga sub ketua kumpulan Abu Sayyaf Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan yang dilaporkan ditembak mati Mei lepas di Filipina disahkan masih hidup Komander Kawasan Keselamatan K...
5 Potret Lawas Adelia Istri Pasha Ungu Cantik Rambut Pendek Dan Masih Jadi Pramugari

5 Potret Lawas Adelia Istri Pasha Ungu Cantik Rambut Pendek Dan Masih Jadi Pramugari

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 259 hits
Sebelum menikah dengan Pasha Ungu Adelia Wilhelmina berprofesi sebagai pramugari Parasnya cantik dengan potongan rambut pendek Yuk intip beberapa potret lawasnya berikut ini
Pelakon Bollywood Salman Khan Takut Cinta Ditolak Punca Masih Membujang Di Usia 56 Tahun

Pelakon Bollywood Salman Khan Takut Cinta Ditolak Punca Masih Membujang Di Usia 56 Tahun

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 224 hits
Pelakon Bollywood Salman Khan Takut Cinta Ditolak Punca Masih Membujang Di Usia 56 Tahun KISAH peribadi pelakon terkenal Bollywood Salman Khan sering menjadi perhatian peminat dan netizen di laman sosial Rata ratanya tertarik untuk mengetah...
Dah Tau Taik Tu Busuk Pasai Apa Lobai Masih Ciumnya

Dah Tau Taik Tu Busuk Pasai Apa Lobai Masih Ciumnya

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 179 hits
Baru hangpa tahu UMNO tu sapa Takkan lobai nak menipu Treated like a beggar Hadi now accuses UMNO of being ungrateful and immoral Once upon a time former PM Mahathir Mohamad had warned Muhyiddin Yassin against working together with UMNO pre...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok