Taman Kucing Catopia Shah Alam Masuk Percuma


Taman Kucing Catopia, Shah Alam – Masuk Percuma!
Tahukah anda di Shah Alam terdapat sebuah lokasi yang membolehkan kucing-kucing anda bermain sepuasnya dan bersiar-siar dalam persekitaran selamat? 
Nama tempat tu Taman Kucing Catopia atau lebih dikenali sebagai Taman Kucing Shah Alam. Taman ini direka khas untuk memenuhi keperluan kucing dengan pelbagai kemudahan menarik.
Jom terokai keunikan taman ini dengan lebih lanjut melalui perkongsian di bawah.
BACA JUGA: Sky City, I-City Shah Alam: Harga Tiket Masuk
Taman Kucing Shah Alam / Catopia Taman Kucing Catopia merupakan sebuah inisiatif inovatif oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bertujuan untuk menyediakan ruang rekreasi khas untuk kucing peliharaan penduduk sekitar Shah Alam. 
Taman ini bukan sahaja menjadi tempat untuk kucing beriadah, tetapi juga sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab. 
Taman Kucing Catopia ini telah dibuka kepada orang ramai pada 5 Julai 2024. Namun baru dirasmikan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin pada 9 Februari 2025. 
Semasa majlis tersebut, Tengku Permaisuri Norashikin juga melancarkan Ikon Oyen sebagai maskot rasmi taman kucing ini. 
Dengan keluasan 300 meter persegi, Catopia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menarik yang direka khas untuk memenuhi keperluan dan keselesaan haiwan comel tersebut.
Apa yang menjadikan Taman Kucing Catopia istimewa adalah konsepnya yang unik. Ia bukan sekadar taman biasa, tetapi merupakan kawasan permainan luar yang direka khusus untuk kucing peliharaan.
Ini memberikan peluang kepada kucing-kucing yang selalunya terkurung di dalam rumah untuk menikmati suasana luar yang menyegarkan dengan selamat.
@placesmalaysia New Cat Recreation Park opens in Shah Alam! 😍🐱 . 📌 It’s Catopia, located at Dataran Kemerdekaan Padang A, Shah Alam. Bring your cats 🐈 to this new cat recreation park and explore 12 fun activities 🪀. It’s definitely a purr-fect 🐈‍⬛ day out for your feline friends! 🐾 . 【 Catopia 】 📍 Dataran Kemerdekaan Padang A, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor 🗓️ 5 July – 31 Dec 2024 ⏰ 10am – 7pm ✅ FREE Entry . #catopia #catpark #catlover #cats #catrecreationpark #shahalam #selangor
♬ bounce (i just wanna dance) (sped up) – фрози & joyful Waktu Operasi Bagi mereka yang ingin membawa kucing kesayangan mereka ke Catopia, taman ini beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 7 malam. 
Perlu diingat bahawa Taman Kucing Catopia hanya boleh memuatkan sehingga 20 ekor kucing pada satu-satu masa. Oleh itu, sebaiknya datang awal terutamanya pada hujung minggu atau cuti umum untuk mengelakkan kekecewaan jika taman telah mencapai kapasiti maksimum.
Lokasi Taman Kucing Shah Alam Taman kucing ini terletak di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam. Lokasi ini mudah diakses dan terletak berhampiran dengan beberapa mercu tanda terkenal di Shah Alam.
Untuk memudahkan pencarian, anda boleh menggunakan petunjuk berikut:
Taman ini terletak di belakang Hotel Mardiyyah. Ia berada di hadapan Muzium Shah Alam. Bagi pengunjung yang menggunakan pengangkutan awam, terdapat perhentian bas yang telah diubah suai sebagai pintu masuk ke taman kucing ini.
Jika anda memandu, anda boleh menggunakan aplikasi peta dalam talian seperti Google Maps atau Waze untuk mendapatkan arah yang tepat ke Taman Kucing Catopia. Pastikan anda memasukkan “Catopia Shah Alam” atau “Taman Kucing Shah Alam” sebagai destinasi anda.
Bagi pelawat dari luar Shah Alam, anda boleh menggunakan Lebuhraya KESAS atau Lebuhraya Persekutuan untuk sampai ke Shah Alam. Setelah memasuki bandar, ikut papan tanda ke arah Seksyen 14 atau Muzium Shah Alam.
Harga Tiket Masuk Taman Kucing Catopia Masuk adalah PERCUMA. 
Walaubagaimanapun MBSA sedang mempertimbangkan untuk mengenakan bayaran sebanyak RM1 atau RM2 pada masa akan datang. 
Apa yang Menarik di Taman Kucing Catopia? Taman Kucing Catopia direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan kucing peliharaan. Berikut ialah beberapa tarikan yang ada di taman ini:
1. Rumah-rumah Kucing Unik
Terdapat lebih kurang 14 buah rumah kucing yang berwarna-warni dan direka dengan pelbagai bentuk menarik disediakan di sini. Kucing-kucing anda boleh bermain dan kemudian berehat dengan selesa. 

2. Jambatan Gantung
Satu ciri yang pasti menarik perhatian ialah jambatan gantung khas untuk kucing. Bagi si bulus yang suka memanjat, jambatan ini pasti menjadi kegemaran mereka.
3. Terowong Mainan
Terdapat beberapa terowong kecil yang direka khas untuk kucing bermain dan bersembunyi. Ini menggalakkan sifat semula jadi kucing untuk meneroka dan bermain.
4. Kolam Pancuran Air Mini
Terdapat juga sebuah kolam pancuran air mini disediakan untuk kucing-kucing yang suka bermain dengan air atau sekadar untuk menyejukkan badan pada hari yang panas. 
5. Kawasan Rumput Helikopter
Taman ini juga menyediakan kawasan khas dengan rumput helikopter, sejenis rumput yang digemari oleh para kucing. Rumput ini bukan sahaja seronok untuk dimakan oleh kucing, tetapi juga membantu dalam penghadaman mereka.
6. Tempat Makanan dan Minuman
Jangan risau kucing anda akan kelaparan. Sebab, di taman ini juga ada disediakan kawasan khas untuk kucing-kucing makan dan minum selepas penat bermain.
7. Zon Pembersihan
Sebuah zon pembersihan khas disediakan untuk memastikan kebersihan kucing-kucing terjaga. 
8. Tempat Buang Najis
Kawasan khas dengan pasir disediakan untuk kucing-kucing membuang najis pun ada disediakan. 
9. Alat Permainan Kucing
Dari segi alat permainan, terdapat 10 alat permainan kucing yang berbeza untuk memastikan kucing-kucing tidak bosan. 
10. Pagar Keselamatan
Taman ini dikelilingi oleh pagar setinggi 1.2 meter untuk memastikan keselamatan kucing-kucing yang bermain.
Peraturan  Maksimum 20 ekor kucing dalam satu sesi bagi memastikan keselesaan dan keselamatan. Pemilik tidak dibenarkan membawa makanan luar, tetapi makanan kering percuma disediakan. Pastikan kucing dalam keadaan sihat dan bebas daripada penyakit sebelum memasuki taman. Pemilik bertanggungjawab ke atas kebersihan dan keselamatan kucing masing-masing.  Jangan lupa bawa kucing anda datang sini okay!
BACA JUGA:
Taman Botani Shah Alam: Tarikan Utama & Aktiviti Boleh Dilakukan 15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/taman-kucing-catopia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=taman-kucing-catopia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sky City I City Shah Alam Harga Tiket Masuk

Sky City I City Shah Alam Harga Tiket Masuk

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 142 hits
Sky City Tarikan Terbaru di I City Shah Alam Harga Tiket Masuk Sky City adalah tarikan terbaru di Shah Alam yang baru sahaja dibuka secara rasminya pada 18 Januari 2025 yang lalu Ia terletak di I City Shah Alam yang juga dikenali sebagai Ba...
Murder Of Bangladeshi Supervisor In Shah Alam Five Arrested After Meat Cleaver Attack Over Salary Dispute

Murder Of Bangladeshi Supervisor In Shah Alam Five Arrested After Meat Cleaver Attack Over Salary Dispute

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 74 hits
Police arrested five Bangladesh nationals including two women to assist in the investigation of the murder of a fellow countryman in Shah Alam yesterday Bernama picSHAH ALAM Feb 16 Police arrested five Bangladesh nationals including two wom...
Muzium Negeri Selangor Muzium Sultan Alam Shah Dah Dibuka Semula

Muzium Negeri Selangor Muzium Sultan Alam Shah Dah Dibuka Semula

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 102 hits
Assalamualaikum semua Korang tau Muzium Negeri Selangor Muzium Sultan Alam Shah dah Dibuka Semula tau Sebelum dah beberapa kali mama nak ke situ tapi proses renovate lama sampai memakan masa 5 tahun Kebetulan mama terbaca yg muzium dibuka s...
Ramkarpal Anggap Alasan Azam Baki Tak Masuk Akal

Ramkarpal Anggap Alasan Azam Baki Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 76 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 14 2025 12 26 PMLagi kritikan dilemparkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung kenyataan pemimpin tertinggi agensi itu mengenai skandal rasuah melibatkan Sabah Kali ini datang daripada ahli...
Amalkan Sapu Minyak Zaitun Bila Kandungan Dah Masuk 6 Bulan

Amalkan Sapu Minyak Zaitun Bila Kandungan Dah Masuk 6 Bulan

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 48 hits
Satu hari Ema mengadu kat adik bila perut tegang rasa gatal semacam Fuhh dia cecepat pesan jangan garu Nanti lepas bersalin ada kesan stretch mark Pastu perut tak cantik Dia pesan guna bio oil Belekk belek barang dapur terjumpa saki baki mi...
Syarat Memohon Hadiah Anak Masuk Universiti Untuk Anak Selangor

Syarat Memohon Hadiah Anak Masuk Universiti Untuk Anak Selangor

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 64 hits
Bismillahirrahmanirrahim Baru baru ni aku ada cerita yang aku dapat hadiah anak masuk universiti kan So nak share sikit syarat syarat nak mohon Hadiah Anak Masuk Universiti Untuk Anak Selangor ni Syarat untuk memohon Hadiah Anak Masuk Unive...
Zaman Madani Syed Mokhtar Bagi Tapi Pmx Bagi Oada Petani Aman 33 Bulan Bagi Juga Tapi Masuk Ke Oarti

Zaman Madani Syed Mokhtar Bagi Tapi Pmx Bagi Oada Petani Aman 33 Bulan Bagi Juga Tapi Masuk Ke Oarti

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 95 hits
Kenapa hanya Syed Mokhtar kena bantu pesawah Pertama Syed Mokhtar ni adalah owner Bernas yang puluhan tahun monopoli import beras dari luar negara sampai hari ini Sama macam Puspakom tapi ini Bernas yang mana tiap tiap butir beras import ad...
Kedudukan Presiden Pkr Biar Parti Putuskan Saya Tak Masuk Campur

Kedudukan Presiden Pkr Biar Parti Putuskan Saya Tak Masuk Campur

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 60 hits
SITI NUR ZAWANIFebruary 15 2025Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pucuk pimpinan partinya sama ada mahu mempertandingkan atau tidak jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan Mei depan Perdana Menteri berkat...
The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Lawmaker Criticises Pas Leader For Improper Use Of Malay In Parliament

Ensuring Satisfaction With Meriahkan Ramadan Bersama Le Meridien Kota Kinabalu Breaking Of Fast Buffet

Pas Perlu Henti Bodohkan Rakyat Dengan Teori Konspirasi Dangkal Mp Dap

Huawei Mate Xt Takes Spotlight At Pavilion Kuala Lumpur With Groundbreakingtri Fold Innovation

Menu Western Di Vivo Pizza Aeon Anggun

Limit Vape Sale To Pharmacies Smoking Cessation Clinics Says Ex Health Official


echo '';
10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton


Sosma Dulu Ph Kata Zalim Sekarang Mahu Perkukuh

Kerutuk Ayam Kampung

10 Keutamaan Puasa Ramadhan Beserta Dalilnya

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Parliamentary Services Bill Must Be Free Of Executive Interference Say Ngos

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture