Presiden Pas Perlu Ditukar Pandangan Tidak Masuk Akal


harakahdaily.net
February 16, 2025
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden
KUALA LUMPUR: Menjelang pemilihan PAS akhir tahun ini, muncul beberapa penganalisis politik yang mencadangkan supaya jawatan Presiden PAS ditukar dengan individu lain, meskipun parti itu kini berada pada prestasi terbaik.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Afnan Hamimi Taib Azamudden, menyifatkan pandangan tersebut sebagai sesuatu yang tidak masuk akal memandangkan PAS kini berada di kedudukan paling kukuh dalam sejarah politiknya.

Beliau merujuk kepada kejayaan PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dengan memperoleh jumlah kerusi paling banyak di Dewan Rakyat, menguasai empat negeri, serta memiliki wakil di hampir semua Dewan Undangan Negeri.

“Agak melucukan apabila PAS berada di tahap terbaik, tiba-tiba ada yang mencadangkan supaya Presidennya digantikan. Ini sama seperti seorang pelajar yang mendapat markah cemerlang tetapi disuruh untuk meninggalkan sekolahnya. Logiknya di mana?” katanya dalam kenyataannya di media sosialnya, hari ini.

Beliau yang juga Ajli Parlimen Alor Setar menegaskan bahawa penganalisis politik seharusnya lebih menumpukan perhatian kepada parti lain yang mengalami kemerosotan sokongan, seperti Umno dan PKR, berbanding mengkritik PAS.

“Lebih mengejutkan, UMNO dan PKR yang mendapat prestasi rendah dalam pilihan raya pula mengambil langkah menghalang pertandingan bagi jawatan tertinggi mereka.

“Umno telah meluluskan usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, sementara PKR sedang mempertimbangkan langkah serupa. Ini yang sepatutnya dikritik oleh penganalisis politik,” katanya.

Menurut Afnan, PAS berbeza dengan kedua-dua parti tersebut kerana terus mengamalkan dasar keterbukaan dalam pemilihan parti, termasuk membenarkan pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tanpa sebarang sekatan.

“Walaupun PAS mencapai keputusan terbaik dalam pilihan raya, tiada sebarang usul untuk menghalang pertandingan jawatan utama. Ini menunjukkan keterbukaan dan kepercayaan kepada proses demokrasi dalam parti kami,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan penganalisis politik supaya lebih berpegang kepada nilai akademik dan objektiviti dalam membuat analisis agar tidak dilihat sebagai berpihak atau sekadar mengikut kehendak tertentu.

“Masyarakat lebih menghormati penganalisis yang bersikap adil dan objektif berbanding mereka yang menganalisis mengikut kehendak pihak yang memberi ganjaran kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Afnan enggan mengulas mengenai Parti Amanah Negara (Amanah) dan menyatakan bahawa sayap pemuda parti tersebut lebih selesa berdialog dengan pasu bunga.

“Itu hak mereka. Jika mereka rasa lebih layak berdialog dengan pasu bunga, silakan,” katanya.

Sementara itu Setiausaha DPPM, Muhd Khidhir Izaidin, berkata Pemuda Amanah kelihatan terlalu terdesak untuk mendapatkan perhatian sehingga sanggup mengugut mahu meletakkan pasu bunga jika wakil DPPM tidak hadir ke debat yang mereka cadangkan.

:Jika Pemuda Amanah benar-benar mahu berdebat demi kepentingan umat, lebih baik mereka cari lawan yang lebih relevan—seperti DAP, parti yang secara terang-terangan tidak menghormati Islam dan sering mencabar batasan umat Islam di negara ini. Atau mungkin Pemuda Amanah sendiri tidak berani menegur ‘abang besar’ mereka?” katanya.

Beliiu mencadangkan Pemuda Amanah teruskan sahaja berdebat dengan pasu bunga kerana mungkin itu lebih sesuai dengan tahap dan kelayakan mereka serta boleh dimasukkan dalam buku laporan mesyuarat agung. 
– HARAKAHDAILY 16/2/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/presiden-pas-perlu-ditukar-pandangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjelasan Terhadap Fitnah Timbalan Presiden Pas Mengenai Projek Tebatan Banjir

Penjelasan Terhadap Fitnah Timbalan Presiden Pas Mengenai Projek Tebatan Banjir

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 143 hits
Kami viral1 Hari ini ada naratif fitnah terbaru dari Timbalan Presiden PAS berhubung projek tebatan banjir seluruh negara 2 Kenyataannya sengaja dibuat seolah olah memberi gambaran Kerajaan Madani membatalkan terus projek tu 3 Disebabkan na...
Sanusi Naikkan Harga Tapak Bazar Memang Tak Masuk Akal Biar Betul

Sanusi Naikkan Harga Tapak Bazar Memang Tak Masuk Akal Biar Betul

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 162 hits
Korang ingat bazar Ramadan tempat meniaga untung ke Peniaga kecik ni cari makan bukan cari beban Tapi bawah PAS lagi susah nak survive Kelantan RM1 350 untuk satu tapak Kedah RM2 500 Selangor RM350 kat Petaling Jaya Kuala Lumpur RM500 je Sa...
Ramkarpal Anggap Alasan Azam Baki Tak Masuk Akal

Ramkarpal Anggap Alasan Azam Baki Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 194 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 14 2025 12 26 PMLagi kritikan dilemparkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung kenyataan pemimpin tertinggi agensi itu mengenai skandal rasuah melibatkan Sabah Kali ini datang daripada ahli...
Kedudukan Presiden Pkr Biar Parti Putuskan Saya Tak Masuk Campur

Kedudukan Presiden Pkr Biar Parti Putuskan Saya Tak Masuk Campur

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 145 hits
SITI NUR ZAWANIFebruary 15 2025Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pucuk pimpinan partinya sama ada mahu mempertandingkan atau tidak jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan Mei depan Perdana Menteri berkat...
Pas Tuan Ibrahim Akan Tolak Pencalonan Tanding Presiden

Pas Tuan Ibrahim Akan Tolak Pencalonan Tanding Presiden

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 188 hits
Amin Ishak dan Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beliau akan menolak pencalonan sebagai presiden pada pemilihan parti sambil menegaskan jawatan itu harus kekal disandang Hadi Awang Dalam temu bual...
Tiada Ahli Berani Cabar Presiden Haji Hadi Dijangka Terus Terajui Pas

Tiada Ahli Berani Cabar Presiden Haji Hadi Dijangka Terus Terajui Pas

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 169 hits
Penganalisis jangka Hadi terus terajui PAS tiada ahli berani cabar presidenAnne MuhammadPETALING JAYA Penganalisis meramalkan Hadi Awang akan terus menerajui PAS kerana tiada pemimpin berani mencabar jawatan nombor satu itu pada pemilihan p...
Sakit Presiden Pas Ubatnya Mikrofon

Sakit Presiden Pas Ubatnya Mikrofon

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 133 hits
Sakit presiden ubatnya mikrofon pemimpin PAS tepis faktor kesihatan ketepi HadiAnne MuhammadPETALING JAYA Seorang pemimpin PAS menepis faktor kesihatan Hadi Awang perlu dijadikan perdebatan untuk beliau tidak mempertahankan jawatan presiden...
Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Smm Says Conditional Nod For Farhash Linked Firm Scrapped To Sue Media

Consumer Credit Law Risks Squeezing Poorer Households Further Says Think Tank


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Seorang Wanita Melecur 5 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

Drama Epok

Bila Dua Hati Belajar Memaafkan

Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat

Thailand Kemboja Bertempur Masuk Hari Ketiga 33 Terbunuh Phnom Penh Desak Gencatan Segera

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital