Ramkarpal Anggap Alasan Azam Baki Tak Masuk Akal


malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 14, 2025 12:26 PM
Lagi kritikan dilemparkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kenyataan pemimpin tertinggi agensi itu mengenai skandal rasuah melibatkan Sabah

Kali ini datang daripada ahli parlimen DAP, Ramkarpal Singh, yang menganggap penjelasan dibuat SPRM mengenai isu berkenaan sebagai tidak masuk akal.

Ramkarlal menegaskan video-video yang dikaitkan dengan skandal rasuah itu dan tersebar meluas sekurang-kurangnya telah membuktikan ada prima facie dalam kes berkenaan.

Sebagai seorang peguam berpegalaman, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menegaskan video-video berkenaan tidak boleh diabaikan begitu saja sebaliknya mesti disiasat dengan teliti.

Katanya SPRM mempunyai kuasa yang luas untuk menjalankan siasatan mengikut Akta SPRM 2009 sekali gus bercanggah dengan pandangan ketua pesuruhjaya agensi terbabit, Azam Baki.

"Tiada keraguan bahawa video-video yang muncul dalam skandal ini menunjukkan maklumat yang mencukupi untuk membolehkan SPRM menggunakan pelbagai langkah termasuk di bawah Akta SPRM, tetapi tidak terhad kepada kuasa untuk menggeledah dan menyita, menyita harta alih, kuasa untuk memintas komunikasi dan menjalankan siasatan ke atas akaun suspek.

"Berdasarkan perkara di atas, kenyataan Azam bahawa yang boleh dilakukan SPRM buat masa ini hanyalah merekodkan penjelasan daripada kedua-dua pihak adalah tidak boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan.

Ramkarpal berkata kenyataan Azam menunjukkan pendekatan yang "sangat cetek" terhadap siasatan kes berkenaan malah boleh menyebabkan spekulasi mengenai pendakwaan terpilih.
Azam Baki"Kenyataan Azam seolah-olah menunjukkan bahawa SPRM tidak, atau enggan, menyiasat perkara ini melebihi video-video yang telah muncul, yang pastinya akan merosakkan keyakinan awam terhadap SPRM, terutamanya memandangkan fakta skandal ini didakwa melibatkan pegawai kerajaan berpangkat tinggi.
"Tiada perkara yang perlu dibiarkan dalam siasatan terhadap skandal yang didakwa ini dan SPRM harus mengelak daripada membuat kenyataan yang mungkin memberi gambaran bahawa perkara ini akan diselesaikan kerana kekurangan bukti, yang sebenarnya jauh daripada kenyataan," tambahnya.

Semalam, Azam dilaporkan berkata bahawa pemberi maklumat yang memberikan video-video itu kepada Malaysiakini masih enggan menyerahkan rakaman tersebut kepada SPRM.

"Apa yang disiarkan (di Malaysiakini) adalah 'terlalu sedikit'," katanya, sambil menambah bahawa kekurangan maklumat menyukarkan SPRM untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh.

Selain daripada video-video tersebut, SPRM juga sedang menyiasat dakwaan terbaru daripada pemberi maklumat bahawa dia telah ditawarkan penyelesaian dengan mendedahkan lebih 50 tangkap layar perbualan WhatsApp yang berkaitan dengan perkara itu kepada Malaysiakini.

Sejak Nov tahun lalu, Malaysiakini telah mengeluarkan lebih daripada lapan video dan banyak tangkap layar WhatsApp yang berkaitan dengan kes ini. Pemberi maklumat itu juga mendakwa mempunyai lebih banyak video dan bukti dalam simpanannya.

Ahli perniagaan yang menjadi pembocor maklumat tersebut mendakwa video-video tersebut merakamkan perbincangan mengenai rasuah yang ditawarkan kepada beberapa wakil rakyat sebagai pertukaran untuk lesen eksplorasi mineral.

Semasa perbincangan tersebut, beberapa wakil rakyat, termasuk yang mempunyai portfolio kanan, selain mengaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, didakwa mengedarkan lesen sebagai "hadiah" sebagai pertukaran sokongan kepada mereka semasa krisis politik negeri itu pada 2022.

Hajiji bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ya sebagai cubaan untuk mencemarkan pentadbirannya, dengan mendakwa bahawa pemberi maklumat itu sedang bekerjasama dengan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.

SPRM juga sedang menyiasat dakwaan bahawa ahli perniagaan tersebut merupakan sebahagian daripada kartel yang cuba memonopoli perlombongan di Sabah dan terlibat dalam aktiviti penipuan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/ramkarpal-anggap-alasan-azam-baki-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azam Baki Cadang Lindung Individu Beri Maklumat Walau Laku Salah

Azam Baki Cadang Lindung Individu Beri Maklumat Walau Laku Salah

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 61 hits
Azam Baki berkata SPRM sedang aktif libat urus dengan peguam negara bagi pindaan undang undang berkait meluaskan perlindungan ke atas individu pemberi maklumat PETALING JAYA Azam Baki mendedahkan antara inti pati dibincangkan berkait pindaa...
Sanusi Naikkan Harga Tapak Bazar Memang Tak Masuk Akal Biar Betul

Sanusi Naikkan Harga Tapak Bazar Memang Tak Masuk Akal Biar Betul

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 61 hits
Korang ingat bazar Ramadan tempat meniaga untung ke Peniaga kecik ni cari makan bukan cari beban Tapi bawah PAS lagi susah nak survive Kelantan RM1 350 untuk satu tapak Kedah RM2 500 Selangor RM350 kat Petaling Jaya Kuala Lumpur RM500 je Sa...
Presiden Pas Perlu Ditukar Pandangan Tidak Masuk Akal

Presiden Pas Perlu Ditukar Pandangan Tidak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 56 hits
harakahdaily netFebruary 16 2025Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Afnan Hamimi Taib AzamuddenKUALA LUMPUR Menjelang pemilihan PAS akhir tahun ini muncul beberapa penganalisis politik yang mencadangkan supaya jawatan Presiden PAS ditukar denga...
Azam Baki Layak Menang Anugerah Jenaka Terbaik Warisan

Azam Baki Layak Menang Anugerah Jenaka Terbaik Warisan

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 66 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 18 2025 1 03 PMKetua Wanita Warisan Norfaizah Chua percaya bahawa ketua pesuruhjaya SPRM Azam Baki telah memberikan pengajaran yang sangat berharga walaupun bersifat lucu kepada rakyat Sabah yang akan mengund...
Anak Nak Masuk Tadika Mak Ayah Siapkan Mental Anak Dulu Biar Anak Bersedia

Anak Nak Masuk Tadika Mak Ayah Siapkan Mental Anak Dulu Biar Anak Bersedia

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 104 hits
Jika sebelum ini anak sentiasa bersama ibu dan ayah sejak kecil Kali ini si kecil yang kita tatang bagai minyak yang penuh bakal melangkah ke alam persekolahan Ibu mana yang tidak sayu hati berpisah seketika Tambah lagi bila si kecil pula m...
Alhamdulillah Gaji Dah Masuk

Alhamdulillah Gaji Dah Masuk

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 103 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Isnin kelmarin semua staff ternanti nanti saki baki gaji bulan Disember 2024 dan juga gaji untuk bulan Januari 2025 tetapi tiada khabar berita Tiada tanda tanda gaji akan masuk hanya menanti dan terus men...
Syarat Memohon Hadiah Anak Masuk Universiti Untuk Anak Selangor

Syarat Memohon Hadiah Anak Masuk Universiti Untuk Anak Selangor

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 64 hits
Bismillahirrahmanirrahim Baru baru ni aku ada cerita yang aku dapat hadiah anak masuk universiti kan So nak share sikit syarat syarat nak mohon Hadiah Anak Masuk Universiti Untuk Anak Selangor ni Syarat untuk memohon Hadiah Anak Masuk Unive...
Taman Kucing Catopia Shah Alam Masuk Percuma

Taman Kucing Catopia Shah Alam Masuk Percuma

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 95 hits
Taman Kucing Catopia Shah Alam Masuk Percuma Tahukah anda di Shah Alam terdapat sebuah lokasi yang membolehkan kucing kucing anda bermain sepuasnya dan bersiar siar dalam persekitaran selamat Nama tempat tu Taman Kucing Catopia atau lebih d...
Kedudukan Presiden Pkr Biar Parti Putuskan Saya Tak Masuk Campur

Kedudukan Presiden Pkr Biar Parti Putuskan Saya Tak Masuk Campur

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 64 hits
SITI NUR ZAWANIFebruary 15 2025Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pucuk pimpinan partinya sama ada mahu mempertandingkan atau tidak jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan Mei depan Perdana Menteri berkat...
Girls Leadership Institute

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Memang Berbaloi Percutian 6 Hari Ke Jakarta Bandung Dengan Kos Rm8k Untuk 6 Orang

Orang Ramai Terbalikkan Kereta Untuk Menyelamatkan Murid Yang Dilanggar Kereta Tersebut

Strategi Efektif Penghematan Energi Di Industri Konveksi

How Online Platforms Set Pricing Standards In The Digital Age

Sambal Telur Puyuh Campur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Pengalaman Sewa Kereta Di Airport Kota Bharu Harga Berpatutan Dan Terbaik

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Mtuc S Disputing Parties Agree To Hold Polls Within 90 Days

Sila Ulangkaji Asas Penubuhan Bersatu Ahli Mpt Beritahu Hilman

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Online Presence Is Critical For Business