Taman Kebun Mini Di Tepi Rumah Izzat Rajin Menyiram Pokok Di Laman
assalamualaikum
salam sejahtera..
selamatlah utk kita semua menjalani hari ini 😍
berjaya dgn apa jua yg diusahakan
dah pun separuh hari di hari Sabtu yg ceria.
pagi-pagi ni kak Nurin bertuisyen dan Syuhada ada skola tambahan UPSR.
ibu & Izzat di rumah saje.
done masak tumis berempah ayam. masukkan kubis dlm tu sekali.
ada juga masak sayur campur.
cukuplah utk kami berlima hingga ke dinner 😃.
satu lagi kegembiraan saya di rumah baru ni, cita-cita tercapai, adalah dpt mewujudkan satu taman @ kebun mini di tepi rumah
ruang tanah di tepi rumah kami tak begitu luas, tak dpt lah nak menanam pokok mangga ke, pokok jambu air ke, apatah lagi pokok manggis atau rambutan
tidak sesuai. hanya ada lebar 14' x panjang 70'. tu pun termasuk beranda rumah di tepi tu kan
laman tepi di sebelah belakang sudah saya simenkan sepenuhnya
sekarang jadi ruang menyidai baju
sudah ada perancangan utk ruang tu. bajet sedang dijana utk merealisasikannya 😎
in shaa Allah
da apply dgn mr.asben agar berikan ruang sejemput di tepi beranda rumah utk saya bercucuk tanam (gitewwww!). application diluluskan
perancangannya, bila buka je sliding door, nampaklah pokok-pokok hijau dan bunga-bunga penyeri mata
thinking of nak beli pokok kenanga. biar harum semerbak 😍
pantanglah tgk saya memegang bekas penyiram pokok tu.
dia nak jugak. so, saya akan beri peluang kat Izzat. boleh la menjadi pembantu 😄.
siap-siap Izzat akan bagi report, "ibu, pokok ni da tambah bunga", "ibu, pokok ni da beranak", "ibu, pokok ni da tinggi"...
😆😆😆
setakat hari ni, semua pokok hidup segar
disiram setiap hari
dibubuh baja sebaiknya ikut sukatan dan waktu yg disarankan
ada pokok berbunga dan juga pokok sayur / makanan
baru nak mencuba menanam-nanam. tiada pengalaman. ntah kan tangan panas ke tangan sejuk 😄
now, hunting for pokok bendi dan ulam raja
masih belum jumpa di few nursery berdekatan. nanti nak kena spend masa ke pasar besar Melaka tu
pasti ada
tanam yg biasa guna di dapur
tanam yg memang utk makan fresh
as for serai, daun bawang dan daun sup, akan try tunaskan dulu di dapur
3 ni pun penting, kan. pewangi makanan dan penyedap rasa 😍
sedikit ruang tanah di bahagian hadapan. bersebelahan garaj kereta.
kosong. dibersihkan dari semasa ke semasa.
sudah ada perancangan masa depan 👌.
menjadi pekerjaan sampingan la saya mencabut rumput-rumput liar
sikit-sikit melayan rumput. bersihkan. agar tak semak!!
menjadi senaman juga tau. boleh la keluarkan peluh... 😄doakan misi taman @ kebun mini saya sukses ye, kawan-kawan.
jgn lah hangat-hangat tahi ayam kan 😆 ha ha ha ha ha...
👋
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/07/taman-kebun-mini-di-tepi-rumah-izzat.html