Taman Hati Studio Cafe Yang Unik Dan Menarik Di Petaling Jaya
Taman Hati Studio & Cafe Yang Unik Dan Menarik Di Petaling Jaya - Korang tau tak ada satu cafe tersembunyi dekat SS2 Petaling Jaya. Cafe tu bukan macam cafe biasa tau, ada tumbuhan dan kucing yang berkeliaran, eeeee comel tau. Ceritanya bila Nad ada event dekat situ, kalau tak, nad sendiri tak tau ada cafe seunik dan menarik tu dekat Petaling Jaya. Nama cafe pun menarik, Taman Hati Studio & Cafe
Kenapa Nad kata tersembunyi? Sebab dari luar pun korang takkan nampak cafe ni. Signboard dia kecil, ada la juga dia letak papan hijau dekat luar tu, tapi kita pun takkan tau tu cafe. Mungkin kena buat something yang menarik dekat signboard tu bagi orang nampak. Nak ke cafe pun kena naik tangga, jadi berpandukan signboard tu sahaja nak tau kedai tu dekat mana.
Taman Hati Studio & Cafe Yang Unik Dan Menarik Di Petaling Jaya
Walaupun cafe ni tersembunyi, tapi bila korang dah masuk, korang akan terkejut betapa tenang dan cantiknya tempat ni. Cafe ni menjadi sesuatu seperti rumah hijau dipenuhi dengan pokok-pokok dan hiasan yang menarik. Bila korang menikmati kopi dekat sini, koranga akan rasa 'healing' je..hehee
Dekat sini bukan sekadar minum kopi, bermain dengan kucing, tapi ada juga aktiviti untuk mereka yang mencintai pokok dan lain-lain acara yang boleh dibuat dekat sini. Tapi kalau nak buat sesuatu acara memang tak boleh ramai sangat, sebab tempat dia pun kecil
Kalau korang nak tau Taman Hati Studio ni milik orang Malaysia dan Muslim. Memang teruja bila ada konsep cafe seperti ni
Nak lepak santai minum kopi, kek dengan tenang dan menghirup oksigen dari tumbuhan bolehla datang ke Taman Hati studio & Cafe ni. Kalau korang nak beli tumbuhan dekat sini pun boleh
Ni event yang nad hadiri. Kitaorang diajar untuk buat succulent flower. Seronok sangat bila dapat pengalaman macam ni
Taman Hati Studio ni memang sesuai untuk mereka yang mencari ruang yang tenang untuk bersantai dan bekerja
Kalaula rumah nad dekat denagn cafe ni, memang setiap hujung minggu lepak sini sambil menikmati kopi dan kek dan ditemani kucing dan dikelilingi tumbuhan sepanjang hari
Korang nak datang boleh ke
📍Taman Hati Studio & Cafe43a, SS2/30, SS 2,47300 Petaling Jaya, SelangorBuka Setiap Hari 10am - 6pm
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2024/02/taman-hati-studio-cafe-yang-unik-dan.html