Taman Eko Rimba Tanjung Tuan Melaka Hiking Di Bukit Batu Putih
Taman Eko Rimba Tanjung Tuan @Melaka | Hiking di Bukit Batu Putih | Di Negeri Sembilan banyak juga tempat beriadah bagi peminat sukan separa ekstrim dan ekstrim. Bagi kaki hiking mereka suka ke negeri ini sebab banyak bukit dan gunung yang tidak berapa tinggi untuk mempelajari aktiviti pendakian.
Kerana lokasi yang tidak jauh dari Kuala Lumpur, Gunung Angsi, Gunung Berembun, Hutan Lipur Gunung Datuk, Bukit Sikai, Bukit Senaling, Bukit Melati, Bukit Kepayang dan Bukit Kristal sering menjadi pilihan pendaki amatur. Di Jelebu dan Tampin pun ada tapi lebih jauh.
Bos kami dah lama ajak panjat Gunung Angsi tapi belum jadi lagi. Sebenarnya bukan tak nak tapi aku rasa buat masa ni cukuplah sekali. Hati mahu tetapi kaki menolak. Bos kata kita panjat awal nanti boleh tengok matahari terbit. Uiyaii... pukul berapo nak naik tu? Aku ni time pagi tu lah waktu 'membuang', tak reti aku membuang dalam semak hahahah... Kita bukannya hardcore hiker, panjat sesekali suka suka je.
Aku ni kan entah tahun bila kali terakhir panjat bukit/gunung, yang pasti sejak wabak covid hinggalah ke program ini - tak pernah. Berada paling tinggi masa tandem paragliding di Pedas dua tahun lepas. Itu pun naik trak pikap sampai atas bukit.
Hiking dengan officemate
Satu hari hadek hadek kat opis ni ajak panjat Bukit Batu Putih.... bukit ni sebenarnya dalam mukim Alor Gajah, Melaka, tetapi ramai orang akan cakap di Port Dickson @ PD. Masuk saja daerah Port Dickson penuh kereta di sepanjang jalan dengan ramainya manusia di kedai makan. Untung berniaga makanan di Port Dickson sebab sentiasa ada pengunjung. Kalau sedap lagilah tak putus orang. Sedap tu subjektif? Kalau sedap memang sedap la semua orang boleh rasa kesedapan tu.
Lama tak ke sini, dah ada Rachado Villa dan Villea Resort sebelum pintu masuk ke Taman Eco Rimba Tanjung Tuan. Villea Resort tu dulunya Ilham Resort, rasanya ada buat renovasi. Aku suka resort empat bintang yang ini sebab ada private beach dan kolam renang. Bilik pun ok. Buffet makan tengahari pun best. Teringat buat abseiling kat sini dulu..turum dari tingkat tujuh dik oii...!
Tanjung Tuan adalah lokasi popular untuk jogging, hiking, birding- melihat burung hijrah setiap tahun, berkelah dan berkhemah. Sesak tosah cakaplah.
Dari pintu masuk terus naik ikut jalan bertar tu. Fuhh...mencungap! Trek untuk mendaki diturap cantik. Bau hutan menyegarkan minda.
Ada papan tanda di sebelah kiri menandakan jalan tu membawa ke pantai tapi kami tak turun. Rasanya dulu ikut sini ke perigi Hang Tuah. Jalan terus lagi akan nampak papan tanda ke Monkey Bay di sebelah kanan. Cadangnya nak turun selepas misi tercapai.
Kami terus ke Bukit Batu Putih.
Aku beberapa kali berhenti sebab penat. Dengan tak exercise lansung terus nak buat aktiviti macam ni. Si Adam dah jauh ke depan. Biarlah, selo selo asal sampai. Nak sedapkan hati sendiri. Officemate umur 20an ni semua supportive...ada yang sanggup jadi sweeper temankan aku. Aku kata ko jalan je lah...hakak ikut di belakang. Aku dah pernah ke sini dulu. Hiking dengan mereka ibarat bapak bapak berlawan futsal dengan budak sekolah menengah, confirm kalah.
Taklah jauh mana pun tapi jalannya menaik menaik menaik. Hongeh.
Dari pintu masuk ke Bukit Batu Putih tu kita ikut ke kanan. Jalan terus sehinggalah sampai ke pelantar kaca. Haa...di sini bolehlah berhenti sekejap bergambar berlatar belakangkan Selat Melaka. Sebenarnya kan, di Port Dickson juga ada tempat untuk menyelam (diving) walaupun tidaklah seindah Pulau Tioman. At least ada jugalah tempat untuk melampiaskan kemaruk bagi kaki dive.
Pelantar kaca sebelum Bukit Batu Putih.
Jalan lagi, kita akan sampai ke puncak Bukit Batu Putih. Beratur eh nak naik tu. Ada tiga tempat untuk naik tapi yang satu tu agak mencabar bagi aku. Berjaya juga ke atas walau tempat pijaknya jauh jauh, risau aku jatuh macam nangka busuk. Siapa nak angkat? Yang pergi sesama semuanya kurus, yang berat 35kg pun ada 😄. Alhamdulillah...mission accomplish!! 💪💪💪 #NotYourOrdinaryMakcik gituh
Sebelah kiri ada dua lagi tempat naik. Dah sampai atas ni baru boleh berbangga...🠟🠟🠟
Saya boleh!!
Hairan juga kenapa bendera dikibar separuh tiang? Ada VVIP meninggal ke ?
Meneruskan perjalanan, kami ke Rumah Api Tanjung Tuan (Cape Rachado Lighthouse) yang telah wujud sejak tahun 1863 dan masih menjadi panduan kapal yang belayar. Penat juga naik tangga walau tak banyak.
Rumah api ini dikatakan yang tertua di Malaysia dan didakwa telah wujud sejak penjajahan Portugis sebab itu namanya Cape Rachado yang bermaksud "broken cape" tetapi bangunan batu jelas dibina pada 1800an, ketika Melaka sebahagian daripada Negeri-negeri Selat dibawah pertadbiran British. Pada tahun 1990 menara konkrit dibina untuk menempatkan radar MEASAT.
Gambar sisi Cape Rachado Lighthouse
Dari sini kami terus explore hutan menuju ke Pulau Intan. Manade pulau. Sungguh penat ya...berjalan naik turun tangga berjalan lagi...landai berbukit...hinggalah sampai ke Tangga Taubat. Ya Allah macam nak bertaubat dah daripada ke sini lagi 😭
Mengikut kiraan aku, sini sahaja kita kena tempuh 270 anak tangga. Masa turun pun dah seram memikir nak naik balik hahahha....terpaksalah mempositifkan minda sendiri. Dah sampai kan, alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Penat toksah ceritalah - jenis exercise sekadar naik tangga pejabat tingkat satu sekali sehari fuhhhh.. Kami berselisih dengan pasangan yang aku agak dalam usia 40an dua kali dah mereka turun naik. Sebenarnya ada laluan lain dari pantai untuk terus sampai ke Bukit Batu Putih tapi tak yakin cukup tenaga. Mungkin lain kali boleh cuba.
Maka sampailah kami di pantai yang mendamaikan tu. Indahnya alam. Air laut jernih, memang best lah mandi manda di sini.
Berehat di Tangga Taubat. Nak taubat daripada mendaki ke tak ni? 270 anak tangga eh, ke Kawah Bromo pun baru 250.
Di mana Bukit batu Putih?
20 km dari Bandar Port Dickson melalui jalan Melaka-Port Dickson
• Terletak di dalam Hutan Simpan Tanjung Tuan
• Hutan Dipterokarpa Bukit
• Kemasukan adalah PERCUMA
• Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang
Pertanyaan:
Pejabat Hutan Daerah Melaka, 75459 Air Keroh, Melaka.
Tel : 06-231 6095
Faks : 606 - 2322 867
Pejabat Renjer Hutan Alor Gajah Hutan Rekreasi Sungai Udang, 76300 Masjid Tanah , Melaka
Tel/Faks : 606 - 3514654
Koordinat: WGS 84 : N2.4126° , E101.8556°
MASYARAKAT BERMINDA MISKIN
Sebelum berpatah balik ke pangkal jalan kami berjalan-jalan sepanjang pantai tu. Sedih tengok perangai orang yang tak tahu menghargai alam. Memanglah sampah dikumpulkan tapi hutan simpan kan habibat haiwan liar, habis dikirai dek monyet. Kita tak patut minta diadakan tong sampah kerana aku yakin tak mencapai ROI, tak cekap. Rugi masa dan tenaga. Bayangkanlah nak sampai ke bawah tu paling cepat sejam naik sejam bagi pendaki regular, campur rehat dan kutip sampah sejam. Tiga jam terbuang di situ.
Bagi sesiapa/kumpulan yang berkelah dan berkhemah, sila bawa balik sampah anda. Kemekkanlah botol plastik tu sebelum masuk beg, mudah je kan? Kalau bawa turun lima botol balik pun bawa lima botol. Takkan nak harapkan memana syarikat buat CSR kutip sampah. Malaysia negara kita kan??
© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruggedmom.com/2024/07/taman-eko-rimba-tanjung-tuan-melaka.html