Meriah Penuh Informasi Simpan Challenge Hunt Pa Ma X Simpan Sspn Di Zoo Melaka Taman Burung Sukses


Kalau nak latih anak bijak menyimpan dan menghargai kewangan, perlulah dipupuk sejak mereka masih kecil. Sebagai inisiatif untuk memberi pendedahan tentang manfaat menyimpan, Pa&Ma dengan kerjasama Simpan SSPN telah menganjurkan Simpan Challenge Hunt yang berlangsung pada 29 Jun 2024 yang lalu.
Acara tersebut telah berlangsung di Zoo Melaka & Taman Burung, Ayer Keroh, Melaka. Seramai 100 peserta iaitu ibu, ayah dan anak-anak melibatkan 25 keluarga telah mendaftar untuk turut serta.
Para peserta bersemangat dari awal pagi untuk menjayakan Simpan Challenge Hunt Acara ini telah diadakan untuk kali ketiga secara ‘on ground’ selepas diadakan di The Bentong Farm, Pahang tahun lepas dan Legoland Malaysia, Johor pada bulan Mac yang lalu. Seperti biasa acara tahunan Pa&Ma dan Simpan SSPN ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Menariknya kali ini, selain anak-anak didedahkan dengan kebaikan membuat simpanan demi masa depan, mereka juga dapat belajar tentang haiwan dan alam semulajadi!
Berkumpul Dari Awal Pagi
Ternyata semua peserta bersemangat untuk menyahut cabaran Simpan Challenge Hunt kerana mereka telah berkumpul seawal jam 8.00 pagi untuk pendaftaran. Tambah meriah kerana setiap peserta diberikan t-shirt khas berwarna hijau tua dan semuanya tampil sedondon dengan tema renjer.
Usai pendaftaran, para peserta berkumpul untuk mendengarkan ucapan aluan dari Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid. Selain itu juga, para peserta telah diberikan penerangan ringkas bagaimana Simpan Challenge Hunt akan berjalan.
Encik Ahmad Dasuki (Ketua Eksekutif PTPTN) memberi ucapan aluan kepada semua peserta terlibat Peserta Perlu Lalu 5 Checkpoint Mencabar!
Supaya anak-anak lebih menghargai nilai wang dan suka menyimpan, setiap peserta diminta untuk pergi ke 5 checkpoint berbeza.
Sebelum mula menjelajah ke seluruh kawasan Zoo Melaka & Taman Burung, para peserta diminta menyelesaikan tugasan pertama iaitu dekorasi tabung PTPTN. Ternyata kesemua peserta sangat kreatif dan menggunakan bahan-bahan hiasan yang diberikan untuk mencantikkan tabung mereka. Selesai menghantar tabung, para peserta diberikan token serta klu untuk tugasan seterusnya.
Pn Wan Erni, Editor Pengurusan Family & Parenting (dua dari kiri) bergambar bersama-sama Encik Ahmad Dasuki, Puan Wan Zawiah dan Puan Mas Ayu di Checkpoint 1 : Dekorasi Tabung Suasana menjadi gamat kerana setiap peserta bersungguh-sungguh untuk memenuhi arahan serta menjalankan tugasan yang diberi. Anak-anak pula seronok kerana dapat belajar banyak perkara baharu serta begitu teruja setiap kali mendapat token dari renjer bertugas.
Kumpulan peserta bertungkus-lumus menyelasaikan tugasan yang diberi Antara checkpoint yang perlu peserta pergi adalah seperti Dinosaur Encounter, Rhino, Chimpanzee, Elephant dan Capuchin. Tugasan yang perlu diselesaikan oleh para peserta adalah seperti menyelesaikan puzzle, meniup belon, permainan mengumpul getah menggunakan straw serta banyak lagi.
Beraninya adik ni! Tugasan mengumpul getah di atas meja yang ada ular sawa batik Dapat Hadiah Dari Simpan SSPN Cawangan Melaka
Sementara menunggu keputusan akhir, para peserta juga telah menyertai sesi istimewa bersama Simpan SSPN. Semua peserta memberikan tumpuan penuh kepada setiap maklumat yang dikongsikan oleh pihak Simpan SSPN dan berjaya menjawab soalan yang ditanyakan. Peserta yang menjawab soalan dengan betul diberikan hadiah istimewa dari Simpan SSPN.
Bersungguh-sungguh peserta nak menjawab soalan dari pihak Simpan SSPN cawangan Melaka Semua Dapat Cabutan Istimewa!
Bukan itu saja, acara cabutan istimewa turut diadakan dan kesemua 25 keluarga berjaya memenangi hadiah menarik seperti baucar Texas Chicken, beg sekolah PTPTN serta hadiah-hadiah utama seperti penginapan di hotel, cermin mata serta beg tangan berjenama. Gamat suasana!
Tahniah Kepada Pemenang!
Terdapat tiga kategori khas yang diberikan kepada para peserta dan kesemua pemenang membawa pulang sebuah hamper istimewa dari Pa&Ma. Untuk kategori khas Simpanan Terbanyak (token paling banyak diterima oleh keluarga) dimenangi oleh famili Puan Khadijah Ishak. Sementara itu untuk anugerah khas Pakaian Keluarga Tercantik dimenangi oleh famili Puan Siti Norhafizah. Untuk anugerah khas Dekorasi Tabung tercantik pula disandang oleh famili Puan Nur Aini.
Keluarga Puan Khadijah Ishak berjaya memenangi anugerah khas Simpanan Terbanyak Keluarga Puan Siti Norhafizah berjaya memenangi anugerah khas Pakaian Keluarga Terbaik Keluarga Puan Nur Aini berjaya memenangi anugerah khas Dekorasi Tabung Terbaik Tahniah buat kesemua pemenang! Untuk pemenang tempat pertama, menerima wang tunai RM300 yang dikreditkan ke akaun Simpan SSPN adalah keluarga Puan Fatin Rimaton manakala tempat kedua pula disandang oleh famili Puan Yanti Sharida menerima RM200 akaun Simpan SSPN beserta barangan eksklusif tajaan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.
Keluarga yang berjaya merangkul kemenangan Juara, Naib Juara dan Tempat Ketiga untuk Simpan Challenge Hunt kali ini Pemenang tempat ketiga pula adalah keluarga Puan Nik Nurul Atiqah yang mendapat RM150 akaun Simpan SSPN beserta barangan eksklusif tajaan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.
Pemenang-pemenang saguhati pula menerima RM50 yang dikreditkan ke akaun Simpan SSPN setiap seorang beserta barangan eksklusif tajaan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma. Tahniah kepada keluarga Puan Juzairina dan Puan Khadijah.
Tahniah kepada semua pemenang! Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada para pemenang oleh Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid,  Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar yang merupakan Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat & Pemasaran PTPTN diiringi Editor Pengurusan Family & Parenting, Puan Wan Erni Liza.
Ternyata Simpan Challenge Hunt yang diadakan kali ini telah mengukir senyuman di wajah para peserta serta banyak memberi pendedahan kepada mereka tentang Simpan SSPN. Para peserta terutamanya anak-anak kecil juga dapat belajar tentang kepentingan menyimpan serta acara pada hari tersebut merupakan ‘bonding time’ terbaik antara ibu ayah dan anak-anak.
Tahniah kepada semua peserta dan teruskan memberi sokongan kepada Pa&Ma dan Simpan SSPN!
 
The post Meriah & Penuh Informasi, Simpan Challenge Hunt Pa&Ma X Simpan SSPN di Zoo Melaka & Taman Burung Sukses! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/meriah-penuh-informasi-simpan-challenge-hunt-pama-x-simpan-sspn-di-zoo-melaka-taman-burung-sukses/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingatkan Plastik Hitam Tersangkut Ular Sawa Batik Tumpang Belakang Lori Dari Subang Ke Melaka

Ingatkan Plastik Hitam Tersangkut Ular Sawa Batik Tumpang Belakang Lori Dari Subang Ke Melaka

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 72 hits
Ingatkan plastik hitam tersangkut Seorang pemandu lori terkejut melihat objek bergerak di belakang lori dipandunya dengan menyangka ia hanya plastik hitam tersangkut di belakang kenderaan itu Ingatkan plastik hitam tersangkut Bagaimanapun p...
Menginap Di Bali Residence Melaka 2d1n

Menginap Di Bali Residence Melaka 2d1n

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 66 hits
nbsp MENGINAP DI BALI RESIDENCE MELAKA 2D1N Kali ni umi menginap di Bali Residence Melaka dan kebiasaannya beginilah kami bila balik Melaka Dan Bali Residence ni memang kawasan yang strategik yang berdekatan dengan Bandar Melaka Walaupun um...
Asam Pedas Sedap Di Arang Cafe Cendol Kampung Hulu D Makan Avenue Melaka

Asam Pedas Sedap Di Arang Cafe Cendol Kampung Hulu D Makan Avenue Melaka

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 206 hits
nbsp Bukan plan nak berjalan atau bercuti ke Melaka sebenarnya Kak ana dan Adik Ika menemani suami untuk ziarah kakak ipar kak ana yang sedang mendapatkan rawatan di pusat rehab Perkeso di Ayer Keroh nbsp Kakak sulung suami kak ana Kak Nah ...
Bawa Si Bulus Healing Taman Rekreasi Kucing Catopia Shah Alam Kini Dibuka Untuk Orang Ramai

Bawa Si Bulus Healing Taman Rekreasi Kucing Catopia Shah Alam Kini Dibuka Untuk Orang Ramai

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 81 hits
Sebuah taman rekreasi bertemakan haiwan telah diperkenalkan Majlis Bandaraya Shah Alam pastinya akan membuatkan pemilik si bulus kucing gembira dan teruja Tempat rekreasi kucing di Shah Alam kini dibuka Difahamkan taman yang diberi nama Cat...
Jom Buat Agar Agar Cendol Gula Melaka

Jom Buat Agar Agar Cendol Gula Melaka

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 161 hits
nbsp Kak ana ada task paid job untuk jenama cendol Win Food baru baru ni Kan tengah viral cendol Win tu selepas seorang influencer Jepun yang berada di Malaysia duk masak ramen menggunakan cendol Win Food ni Jadi kak ana di tawarkan lah unt...
Homestay Bonda Banda Hilir Melaka Dan Hospital

Homestay Bonda Banda Hilir Melaka Dan Hospital

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 348 hits
Homestay Bonda Banda Hilir Melaka kami bukan sahaja berdekatan dengan Kawasan pelancongan terkenal di Melaka tetapi kami juga terletak dengan hospital utama di Melaka Kami membuat artikel ini disebabkan kami melihat melalui Facebook Group r...
Kelebihan Simpan Wang Di Dalam Versa Cash I Pulangan Tinggi Risiko Rendah

Kelebihan Simpan Wang Di Dalam Versa Cash I Pulangan Tinggi Risiko Rendah

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 175 hits
Jika ada yang tidak tahu bahawa setiap simpanan kita di dalam bank sebenarnya kita diberikan pulangan dalam bentuk dividen Simpan Wang Di Versa Cash i Pulangan TinggiDividen ini terhasil dari duit yang bank pinjam dari akaun kita untuk pelb...
Sekarang Ex Suami Kakak Adalah Suami Saya Lama Simpan Dendam Adik Musnahkan Rumah Tangga Kakak Kandung

Sekarang Ex Suami Kakak Adalah Suami Saya Lama Simpan Dendam Adik Musnahkan Rumah Tangga Kakak Kandung

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 131 hits
Kisah yang membuat ramai terkejut di mana seorang wanita mengakui secara terang terangan di segmen 3 Pagi Era bahawa dialah punca rumah tangga kakak kandung sendiri musnah Bangga hancurkan rumah tangga kakak Wanita yang dikenali sebagai Lin...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Mengajar Kaedah Asas Memasak Untuk Anak

Kedah Ceroi

Soalan Lazim Sspa Elaun Cuti Waktu Bekerja Perkhidmatan

First Look The 2025 Triumph Speed Twin 1200 And Speed Twin 1200 Rs

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

Purnawirawan Jenderal Israel Kita Kalah Perang

Pas Bantah Tanah Melayu Jadi Milik Bukan Melayu Ibrah Nasib Palestin


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Sentiasa Mencari Petunjuk Allah

Belajar Jahit Smocking Definisi

Jahit Sendiri Seluar Santai Anak Anak

Pernah Gagal Dalam Beberapa Program Realiti Farhan Mustapha Kini The Grand Champion Gimme The Mic Malaysia

Darul Hana Bridge Waterfront Kuching

Dimensity 9400 Mengatasi Apple A18 Pro Dalam Ujian Geekbench Multi Teras