Walaupun namanya ‘taman buah-buahan’, tetapi tempat ini menyajikan panorama alam yang cukup indah dan memberi ketenangan
Teruja kami menyaksikan kawanan ikan berenang di dalam air yang cukup jernih. Memerhati gerakan gemalai ikan juga satu terapi jiwa. Sambil bibir melafazkan puji-pujian kepada Allah, hati pula merasa gembira dan tenang
Di sini juga disediakan banyak tempat cantik untuk pengunjung merakam memori. Satu usaha yang sangat bagus memandangkan orang zaman sekarang suka berkongsi foto di media sosial, bolehlah jadi sebagai satu promosi bagi tempat ini. Kami yang perempuan ni pun apa lagi, sibuk berfoto dengan pelbagai gaya. Orang lelaki? Masing-masing tak mahu berfoto. Ah, biarkan mereka dengan dunia mereka
Salah satu sudut yang cantik untuk pengunjung berfoto. Model lelaki dipaksa oleh saya demi sekeping foto yang lebih ‘hidup’ - ada unsur alam dan ada kehadiran manusia duduk di buaian. Hehe
Pemandangan taman ini dengan latar bukit Wang Gunung. Di sebelah kiri terletaknya Taman Anggur dan sebelah kanan tanaman pokok buah Naga. Tapi masa saya datang ni tak kelihatan buah Naga
Laman Anggur Perlis. Kami tak masuk jalan-jalan dalam ni sebab nampaknya tak kelihatan gugusan buah anggur di pokok. Mungkin belum tiba masanya
Ada papan tanda arah, bolehlah pilih kita nak melawat mana satu atau nak melawat semua. Kami tak pergi ke semua tempat pun, pilih-pilih je
Laman Superfruits. Tempat yang saya fikir kita wajib pergi kalau dah sampai ke taman ini. Sebab ia menempatkan ladang tanaman buah yang jarang atau tak pernah kita lihat
Inilah buah Gac. Pertama kali saya lihat buah Gac yang masih bergantungan begini. Sebelum ini saya pernah makan buahnya, boleh baca entri saya DI SINI bagi mengetahui info lanjut berkenaan buah Gac dan melihat rupa isinya|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |