Amaran Banjir Tujuh Daerah Tiga Negeri Iaitu Pahang Terenggan Dan Kelantan




SHAH ALAM - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir di tujuh daerah di tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan bermula pada Sabtu.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata, kejadian banjir diramalkan berlaku pada Sabtu di daerah Rompin, Pahang; jajahan Pasir Mas, Kelantan dan daerah Besut, Terengganu.
Pada masa sama, kemungkinan banjir turut dijangka berlaku bermula Ahad di jajahan Kuala Krai, Kelantan dan daerah Kemaman, Besut, Dungun serta Setiu di Terengganu.
“Amaran banjir ini dikeluarkan susulan amaran hujan berterusan peringkat bahaya oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 9 Disember 2022 jam 8.45 pagi.
“Berdasarkan hasil simulasi model ramalan banjir, JPS meramalkan kejadian banjir boleh berlaku sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lokasi-lokasi tersebut,” menurut Nadma dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam pada itu, Nadma memaklumkan MetMalaysia pada jam 3.30 petang Sabtu mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi negeri Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Amaran peringkat buruk juga dikeluarkan untuk negeri Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa sehingga Ahad.
“Amaran peringkat waspada berkuat kuasa sehingga 11 Disember 2022 dikeluarkan bagi negeri Perak melibatkan daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
“Hujan berterusan turut dijangka berlaku di negeri Pahang membabitkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin,” tambah kenyataan itu lagi.
Sementara itu, NADMA memaklumkan sehingga 4 petang Sabtu, JPS melaporkan terdapat empat sungai berada di tahap bahaya iaitu Sungai Triang di Triang, Bera, Pahang; Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat, Johor; Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan dan Long Teru, Miri, Sarawak.
Terdapat tujuh sungai juga berada di tahap amaran antaranya Benawa, Miri, Sarawak; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera, Pahang; Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran, Pahang dan Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, Johor.
Turut berada di tahap amaran ialah Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar, Kedah; Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol, Negeri Sembilan dan Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu Terengganu.
Selain itu, NADMA memaklumkan, sehingga jam 4 petang Sabtu, bilangan negeri terkesan banjir kekal empat dengan lapan daerah di negeri Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang masih terjejas.
Katanya, seramai 810 orang mangsa daripada 225 ketua isi rumah (KIR) direkodkan berada di 14 buah pusat pemindahan sementara (PPS).
“Jumlah ini menunjukkan peningkatan berbanding laporan jam 4 petang semalam di mana 600 mangsa daripada 171 KIR berada di 12 PPS. Keadaan dilaporkan terkawal dan mekanisme pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah didapati berjalan dengan baik,” ujarnya.
Dalam pada itu, NADMA berkata, setakat jam 2 petang Sabtu, Jabatan Kerja Raya (JKR) melaporkan tujuh lokasi terkesan kejadian banjir, lapan lokasi cerun runtuh, satu lokasi jalan runtuh, dua lokasi jalan mendap dan dua lokasi dimaklumkan terdapat kejadian jambatan rosak atau runtuh menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 20 lokasi.
Katanya, kejadian berkenaan membabitkan empat daerah di Kedah, dua daerah di Negeri Sembilan, tiga daerah di Kelantan, enam daerah di Terengganu, tiga di Pahang dan dua di Johor, melibatkan tujuh jalan persekutuan dan 13 jalan negeri.
NADMA mengingatkan penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir untuk berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.
“Masyarakat diingatkan untuk peka serta patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan segera berpindah sekiranya diarahkan.
"Peka amaran bencana agar sentiasa bersiap siaga. Pastikan anda rujuk maklumat terkini daripada sumber yang sahih,” jelas kenyataan itu.
Maklumat dan amaran semasa melalui laman web http://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook: PubliclnfoBanjir dan Twitter @JPS InfoBanjir.
Orang ramai boleh muat turun aplikasi myCuaca di Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih daripada MetMalaysia. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/12/nadma-amaran-banjir-di-tujuh-daerah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mangsa Banjir Di Pahang Terengganu Johor Menurun Perak Kelantan Kekal

Mangsa Banjir Di Pahang Terengganu Johor Menurun Perak Kelantan Kekal

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 211 hits
KUALA LUMPUR Situasi banjir di lima negeri menunjukkan tanda positif setakat petang Khamis apabila jumlah mangsa di Pahang Terengganu dan Johor menurun manakala Perak dan Kelantan masing masing kekal Di PAHANG banjir di daerah Bera pulih se...
Sungai Triang Kini Lepasi Paras Bahaya Amaran Hujan Berterusan Tujuh Daerah

Sungai Triang Kini Lepasi Paras Bahaya Amaran Hujan Berterusan Tujuh Daerah

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 121 hits
KUANTAN Sungai Triang di Triang Bera masih melepasi paras bahaya setakat jam 5 petang ini Laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan paras air Sungai Triang merekodkan bacaan 34 85 meter berbanding 34 50m yang ditetapkan bagi ...
Jps Ramal Banjir Di Terengganu Kelantan Esok Dan Jumaat

Jps Ramal Banjir Di Terengganu Kelantan Esok Dan Jumaat

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 123 hits
JABATAN Pengairan dan Saliran meramalkan kemungkinan berlaku banjir di beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan esok dan hari berikutnya JPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan banjir boleh berlaku sekiranya hujan yang signifikan terus ...
Jumlah Mangsa Banjir Pahang Meningkat Kepada 573 Orang Di Sembilan Buah Pps

Jumlah Mangsa Banjir Pahang Meningkat Kepada 573 Orang Di Sembilan Buah Pps

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 152 hits
nbsp KUANTAN Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada 573 orang berbanding 537 orang semalam dengan melibatkan 171 keluarga yang ditempatkan di sembilan buah Pusat Pemindahan Sementara Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Kelantan Terengganu Terancam Banjir Besar Minggu Depan Kata Aktivis

Kelantan Terengganu Terancam Banjir Besar Minggu Depan Kata Aktivis

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 141 hits
Kelantan dan Terengganu dikatakan terancam dengan banjir besar minggu depan ekoran ramalan akan mengalami hujan lebat berterusan Aktivis dan pemerhati cuaca dikenali sebagai MatGeo berkata kawasan pedalaman di kedua dua negeri Pantai Timur ...
2 Negeri Terkesan Banjir Jumlah Mangsa Meningkat Kata Nadma

2 Negeri Terkesan Banjir Jumlah Mangsa Meningkat Kata Nadma

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 170 hits
BILANGAN negeri yang terkesan banjir kekal dua dengan tiga daerah di Perak dan Selangor masih terjejas setakat 4 petang ini menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara Dalam kenyataan hari ini Nadma memaklumkan seramai 402 mangsa daripada 116 ...
Bencana Mangsa Banjir Di Lima Negeri Meningkat

Bencana Mangsa Banjir Di Lima Negeri Meningkat

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 93 hits
Jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara PPS bertambah setakat jam 10 30 malam tadi Menurut laporan info bencana JKM seramai 2 423 mangsa terkesan akibat banjir melibatkan lima buah negeri di Pahang Perak Terengganu Kelantan ...
Ph Secara Rasmi Umumkan Quot Sokong Quot Bn Untuk Tubuhkan Kerajaan Negeri Pahang

Ph Secara Rasmi Umumkan Quot Sokong Quot Bn Untuk Tubuhkan Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 125 hits
nbsp KUANTAN Pakatan Harapan Pahang secara rasmi mengumumkan menyokong Barisan Nasional untuk menubuh Kerajaan Negeri Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Amirudin Shari menerusi kenyataan media petang ini memaklumkan keputusan itu dicapai hasil ...
Metmalaysia Warns Of Continuous Rain In Terengganu Kelantan Pahang And Sabah From Tomorrow Until Dec 3

Metmalaysia Warns Of Continuous Rain In Terengganu Kelantan Pahang And Sabah From Tomorrow Until Dec 3

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 104 hits
MetMalaysia in a statement today stated that the continuous rain forecast is for Terengganu while in Kelantan it involves the districts of Tumpat Pasir Mas Kota Baru Jeli Tanah Merah Bachok Machang Pasir Puteh and Kuala Krai Picture by Hari...
Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri

Suami Tukang Masak Dadah Isteri Tolong Edar



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


There Is An Awakening

2 Aidilfitri 2024

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Life Begin At 40

Perubahan Bila Masuk 40an

Adapting To Consumer Behavior