Webinar Penyusuan Membariskan 6 Panel Hebat Kongsi Ilmu Untuk Ibu Menyusu


Webinar penyusuan Mama Nak Susukan Anak yang dianjurkan sempena sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia bermula 1 – 7 Ogos setiap tahun terus mendapat sambutan daripada ibu menyusu dan ibu hamil
Ini merupakan kali ke-3, webinar penyusuan secara online diadakan setiap tahun dan membariskan panel-panel hebat dan berkredebliti dalam bidang penyusuan susu ibu
Webinar ini diadakan sepanjang sehari bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang. Walaupun diadakan secara online tetapi semua peserta terus bersemangat menceduk ilmu penyusuan yang dikongsikan oleh setiap panel
Para peserta tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan terus kepada panel berkenaan topik yang dikupas
Webinar dimulakan dengan tazkirah dari Imam Muda Hassan yang berkongsi ilmu berkenaan Adab Dan Sunnah Menyusu Anak
Pakaian Menyusu Selesa AisysMom Menariknya webinar kali ini turut ditaja oleh AisysMom, jenama pakaian mesra penyusuan yang semakin dikenali di kalangan ibu menyusu. Memey Suhaiza selaku duta rasmi turut berkongsi tip-tip ibu menyusu kekal bergaya
Menurut Memey, pemilihan pakaian ketika menyusu yang tetap trendy namun memudahkan ibu menyusu sememangnya membantu perjalanan penyusuan mudah dan ibu terus bersemangat
Selain itu koleksi pakaian AisysMom yang diperbuat daripada fabrik tahan lasak dan mudah dijaga turut memudahkan para ibu menyusu untuk menggayakannya tanpa perlu digosok. AisysMom yang baru melancarkan pembukaan butik cawangan baru di Bandar Baru Uda, Johor Bahru turut menaja satu set blouse untuk hadiah cabutan bertuah di webinar
Istimewa untuk peserta webinar pada hari tersebut juga berpeluang untuk mendapat baucar promo bernilai RM5 untuk semua pembelian baju AisysMom sepanjang bulan Ogos. Mereka hanya perlu memasukkan kod “AMBFMOM5” selepas membuat pembelian di www.aisysmom.com Ilmu Baru Masalah Dalam Penyusuan
Seterusnya, Dr Hairin Anisa Tajudin, Pakar Perunding Laktasi (IBCLC) mengupas tajuk menarik Cabaran Penyusuan Bayi Ada Tongue Tie. Ruangan chat box dihujani pelbagai soalan daripada peserta yang kebanyakan baru pertama kali mengetahui tentang masalah tersebut dan bersyukur kerana perkongsian Dr Hairin membuka mata mereka untuk lebih prihatin terhadap bayi mereka
Webinar kemudian diteruskan dengan kupasan tajuk utama Mama Nak Susukan Anak oleh Kaunselor Laktasi terkenal Puan Nad Masrom
Kupasan topik beliau menjelaskan kepada perjalanan awal sebelum menyusukan anak iaitu mengenali anatomi payudara, hormon penyusuan, kepentingan penyusuan awal, penyusuan bayi ada jaundis yang pastinya membantu ibu-ibu hamil membuat persediaan untuk menyusukan anak. Ramai yang seronok mendengar penjelasan Nad yang santai namun jelas dan mudah difahami
Urutan Penyusuan Lancarkan Susu Ibu
Pada sebelah petang, webinar diteruskan dengan perkongsian daripada Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding O&G yang sangat dikenali ramai
Dengan topik perkongsian Belajar Ilmu Penyusuan Bila Confirm 2 Garis Merah, jelas membuktikan betapa pentingnya untuk ibu menyusu buat persiapan penyusuan anak bermula sahaja disahkan positif hamil
Untuk menghilangkan rasa mengantuk pada sesi petang, slot perkongsian daripada Jururawat Laktasi, Puan Elpeni Ramli ternyata membuatkan ramai tak kering gusi dengan lawak jenakanya sambil berkongsi topik Urutan Laktasi & Perahan Tangan
Ternyata para peserta sukakan perkongsian beliau yang turut menunjukkan demo menggunakan patung semasa menerangkan urutan laktasi bagi membantu melancarkan aliran susu ibu
Selebriti jemputan Adira Suhaimi mengakhiri webinar penyusuan tahun ini dengan perkongsian santainya bertajuk Menyusukan Anak Tetap Nombor Satu! Menurut Adira yang menyusukan keempat orang anaknya, selain penjagaan makanan yang berkhasiat, kesihatan mental dan keceriaan ibu menyusu turut menjadi keutamaan untuk menjayakan penyusuan susu ibu
Adira yang terkenal dengan konten lucu kehidupan seharian ibu anak ramai di media sosialnya turut bersetuju sebagai ibu dia sering mengutamakan keperluan anak-anak berbanding diri sendiri. Walaupun mempunyai karektor lucu namun Adira mengakui dia lebih tegas dengan anak-anak berbanding suaminya
Selain perkongsian ilmu dan pengalaman dari panel jemputan, webinar penyusuan ini turut dimeriahkan dengan acara permainan Teka & Menang serta empat pusingan cabutan bertuah
Antara hadiah cabutan bertuah termasuk sebuah stroller, pam payudara jenama Numom, set blouse AisysMom dan buku Mudahnya Penyusuan oleh Nad Masrom
Untuk yang ingin menonton webinar boleh tonton di SINI dan juga sambungan di video INI  The post Webinar Penyusuan Membariskan 6 Panel Hebat Kongsi Ilmu Untuk Ibu Menyusu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/webinar-penyusuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Give Up Nak Menyusu Sebab Rasa Sakit Sebenarnya Itu Normal Bagi Ibu Baru

Rasa Give Up Nak Menyusu Sebab Rasa Sakit Sebenarnya Itu Normal Bagi Ibu Baru

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 111 hits
Ramai ibu beranggapan rasa sakit dan pedih semasa menyusu anak itu normal Ibu mungkin rasa sedikit pedih pada permulaan penyusuan bagi beberapa hari yang pertama Tetapi sakit dan pedih yang berpanjangan adalah TIDAK NORMAL SAKIT SEMASA MENY...
Baby Pun Boleh Makan Nasi Goreng Kampung Ibu Ini Kongsi Resipi Mudah Ikut

Baby Pun Boleh Makan Nasi Goreng Kampung Ibu Ini Kongsi Resipi Mudah Ikut

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 137 hits
Sebagai ibu salah satu fasa yang membuatkan kita teruja adalah ketika menyediakan makanan untuk anak tersayang Lagi lagi bila mereka dah mula belajar makan banyak resipi yang kita cuba untuk pastikan anak kenyang dan mendapat khasiat yang s...
Tak Kedekut Ilmu 5 Selebriti Popular Korea Kongsi Tips Penjagaan Kulit Muka Kekal Sihat

Tak Kedekut Ilmu 5 Selebriti Popular Korea Kongsi Tips Penjagaan Kulit Muka Kekal Sihat

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 220 hits
Trend kecantikan Korea semakin meningkat dan telah menambat hati peminat di seluruh dunia ARTIKEL BERKAITAN Daripada kulit tanpa cela kepada rupa yang menawan pasti ramai terpegun apabila idola K Pop mahupun pelakon menghiasi pentas dengan ...
Mata Ayash Tutup Tapi Air Matanya Mengalir Mungkin Mimpi Arwah Ibu Shuib Kongsi Cerita Anak Bongsu

Mata Ayash Tutup Tapi Air Matanya Mengalir Mungkin Mimpi Arwah Ibu Shuib Kongsi Cerita Anak Bongsu

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 179 hits
Genap dua tahun pemergian arwah Siti Sarah penyampai radio Shuib berkongsi kisah anak bongsunya Ayash Affan yang menangis ketika tidur Akui Shuib menerusi laporan Mstar dia dan anak anaknya tidak pernah melupakan ibu mereka apa lagi anak bo...
Takut Tersalah Beli Saiz Pam Susu Konsultan Penyusuan Kongsi Cara Ukur Corong Pam Yang Betul

Takut Tersalah Beli Saiz Pam Susu Konsultan Penyusuan Kongsi Cara Ukur Corong Pam Yang Betul

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 263 hits
Tersalah beli pam susu membuatkan mama mama tak dapat mengeluarkan susu dengan baik Ramai yang mengalami masalah ini kerana menyangka semua jenis pam susu sesuai sedangkan ukuran corong pam dan juga payudara berbeza beza Bagi mengelakkan ma...
Disangka Asam Jawa Rupanya Ibu Jari Kaki Dalam Bar Coklat

Disangka Asam Jawa Rupanya Ibu Jari Kaki Dalam Bar Coklat

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 164 hits
Kehadiran bendasing dalam makanan seperti rambut kuku batu pasir logam dan sebagainya adalah satu perkara yang tak boleh dipandang enteng memandangkan ia akan mencemarkan kualiti makanan dan sekali gus membahayakan kesihatan seseorang Bagai...
Atasi Masalah Tekanan Emosi Dengan Essential Oils Bagi Ibu Lepas Bersalin

Atasi Masalah Tekanan Emosi Dengan Essential Oils Bagi Ibu Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 207 hits
Masalah Psikologi Sering Dihadapi Oleh Ibu Lepas Bersalin Tekanan emosi atau masalah psikologi boleh berlaku buat sesiapa sahaja yang mengalami masalah Masalah ini juga The post appeared first on
Kisah Ibu Anak Not Others Raih Rating Tertinggi Sejak Extraordinary Attorney Woo

Kisah Ibu Anak Not Others Raih Rating Tertinggi Sejak Extraordinary Attorney Woo

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 160 hits
Ada tak yang tengah layan drama Not Others sekarang ARTIKEL BERKAITAN Terbaru menurut Nielsen Korea episod 8 Not Others yang disiarkan pada 8 Ogos telah mencatatkan rating sebanyak 3 91 berdasarkan isi rumah yang melanggan platform berbayar...
Kawan Baikku Kini Ibu Tiriku

Kawan Baikku Kini Ibu Tiriku

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 180 hits
Kawan baikku kini ibu tiriku Seorang remaja menjadi perhatian pengguna media sosial Indonesia selepas berkongsi gambar majlis perkahwinan bapanya yang mengahwini rakannya sendiri lapor portal berita Wolipop hari ini Dalam video yang dimuat ...
Check Alat Tulis Anak

10 Vacuum Cordless Terbaik Untuk Bersihkan Rumah 2024

Drama Terjerat Kisah Cinta Terlarang Hingga Terjerat Dan Menjerat Hidup Hakiki

Penjelasan Isu Blackrock Oleh Pm Diterima Baik

How Brain Drain Can Be Beneficial To Malaysia And Why It Should Be Encouraged

For Winning Games Slot Gacor123 Apply Strategies

Plan Nak Pergi Holiday

Jangan Bersangka Sudah Beriman



6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia

Kahwin Beristerikan Bella Hanna Bella Luna Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Redza Rosli Yang Ramai Tak Tahu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terjerat iQIYI Malaysia Gandingan Aliff Aziz Dan Ruhainies


Bunga Orkid Rosak

Subsidi Bersasar Bendung Ketirisan Diesel Bersubsidi

Muhyiddin Pernah Cadang Laksana Subsidi Bersasar

Bank Staff Colluded With Syndicate To Steal Client S Money Pula

Langsat Fruit

Bila Allah Tarik Nikmat Ibadah