Takrif Keterjaminan Makanan


Takrif keterjaminan makanan menurut World Food Summit pada tahun 1996 ialah, "Setiap manusia pada sepanjang masa mempunyai akses sosial, ekonomi dan fizikal terhadap makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat yang memenuhi keperluan zat dan pilihan makanan mereka demi kehidupan yang aktif dan sihat".


Satu kajian dari Institusi Kajian Ekonomi Taipe ada menggariskan empat komponen yang menjadi tonggak kepada ekosistem keterjaminan makanan iaitu ketersediaan makanan, akses kepada makanan, kestabilan bekalan makanan dan penggunaan makanan.

1. Ketersediaan makanan

Komponen ketersediaan makanan perlu didahulukan sebelum membicarakan komponen lain. Dengan unjuran penduduk yang bakal meningkat kepada 40.7 juta orang pada tahun 2040, Malaysia perlu menambah keluasan tanah pertanian menjadi 1.5 juta hektar berbanding 817,000 hektar sekarang bagi tujuan tanaman makanan, penternakan dan perikanan.

Tambahan pula, kita perlu mempelbagaikan rakan dagang yang boleh membekalkan makanan bagi menyederhana ketidakcukupan bekalan domestik.

2. Akses kepada makanan

Indikator utama seperti indeks harga pengguna boleh digunakan bagi menilai perubahan harga kumpulan utama barangan dan perkhidmatan termasuk makanan.

Untuk bulan Julai 2023, kadar inflasi bagi makanan dan minuman bukan alkohol mereda pada kadar 4.4 peratus berbanding 4.7 peratus untuk bulan sebelumnya.

Kadar inflasi ini hendaklah dikawal termasuk perlu ada langkah menguncupkan bahagian perbelanjaan makanan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) agar tidak membebankan rakyat.

3. Kestabilan bekalan makanan

Rakyat juga perlu mempunyai akses kepada bekalan makanan pada setiap masa. Keadaan cuaca yang semakin tidak menentu boleh memberi kesan terhadap hasil pertanian, justeru infrastruktur seperti sistem pengairan yang baik amat kritikal bagi menampan kesan kemarau panjang mahupun musim tengkujuh.

4. Penggunaan makanan

Keterjaminan makanan juga bermakna ia mesti diuruskan dengan bersih dan diambil dalam kuantiti zat yang diperlukan.

Dalam laporan Global Hunger Index (GHI) bagi tahun 2022, negara kita mencatat skor 12.5 iaitu berada pada tahap kelaparan sederhana.

Apabila indeks tersebut dilihat dengan lebih mendalam lagi, kanak-kanak di Malaysia menghadapi peningkatan masalah bantut akibat malnutrisi dan peningkatan kadar penyusutan berat badan.

Ancaman perubahan iklim

Berdasarkan beberapa indikator yang telah disebutkan, isu keterjaminan makanan ini perlu ditangani menerusi pelbagai dimensi sosioekonomi.

Namun kita tidak boleh berhenti setakat itu sahaja kerana krisis iklim yang semakin mengganas memerlukan sinergi antara penggubal dasar, agensi kerajaan dengan kumpulan petani untuk bertindak seiringan.

Ancaman perubahan iklim ini sedang memangsakan sektor pertanian dan tahap keterjaminan makanan kita melalui tiga senario; (1) mengubah persekitaran yang ideal untuk tanaman tumbuh; (2) merosotkan taraf hidup para petani; dan (3) menyusutkan kualiti produk tani.

Peningkatan karbon dioksida (CO2) dalam atmosfera kita tidak pernah berjaya diperlahankan sejak era Revolusi Industri. Kesan peningkatan ini bersama-sama gas rumah hijau lain telah memerangkap lebih banyak haba sekali gus meningkatkan suhu global dan mengakibatkan kemarau berterusan dan peningkatan paras air laut.

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) pada Mei 2024 lalu mencatatkan kerugian lebih RM2.7 juta kerana hasil padi di Kelantan menurun hampir 30 peratus akibat musim kemarau.

Peningkatan paras air laut juga berpotensi mengancam kawasan lembah delta yang menjadi lokasi pilihan penanaman padi seperti di Delta Mekong, Vietnam.

Umum mengetahui rata-rata petani ini datang daripada keluarga berpendapatan rendah, justeru pemberian bantuan tunai dan input pertanian bukanlah kaedah yang mampan untuk menjamin taraf hidup yang selesa.

Kesannya, generasi baharu akan bermigrasi ke kawasan urban untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dan meninggalkan legasi pertanian ibu bapa mereka.

Menurut laporan khas yang diterbitkan oleh Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC), peningkatan CO2 telah menyebabkan penurunan kandungan zat penting dalam beras seperti protein, zink dan vitamin B.

Menodai Alam Sekitar

Kita tidak dapat berdalih lagi bahawa sudah terlalu banyak dosa antropogenik yang telah menodai keharmonian alam sekitar sekali gus meresahkan sektor agromakanan.

Negara memerlukan cita-cita nasional bagi menggerakkan fokus, jentera dan kepakaran ke arah keterjaminan makanan demi generasi mendatang.

Sekurang-kurangnya kerajaan pada hari ini boleh menyambut Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 sebagai komitmen yang setara seperti New Industrial Master Plan 2030.

Jika diberi pilihan industri yang perlu diberikan suntikan pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang lebih agresif, jawapannya ialah industri pertanian.

Antara inovasi yang perlu diberikan perhatian adalah seperti benih yang mampu berdaya tahan dalam cuaca ekstrem dan automasi pengurusan ladang.

Pemain industri turut boleh meneroka amalan 'regenerative agriculture' yang menumpukan praktis pertanian yang lestari berdasarkan beberapa prinsip seperti pemeliharaan kesuburan tanah, kepelbagaian biodiversiti dan penyerapan karbon. Langkah ini dapat menjamin kelangsungan jangka hayat kawasan pertanian yang semakin tenat.

Pandemik yang lalu sudah mengajar kita apa yang akan berlaku jika sumber makanan menjadi terhad. Jangan biarkan krisis iklim pula menelan makanan kita!

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2024/12/keterjaminan-makanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aspirasi Kerajaan Madani Memastikan Kemampanan Keterjaminan Makanan Negara

Aspirasi Kerajaan Madani Memastikan Kemampanan Keterjaminan Makanan Negara

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 171 hits
Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 2 Tahun 2024 yang bersidang pada 17 Disember 2024 mengetengahkan aspirasi Kerajaan dalam merangka dasar dan strategi keterjaminan makanan yang lebih berdaya ...
Dari Sugar And I Ke Starbucks 8 Promo Makanan Minuman Krismas Untuk Pencinta Manis

Dari Sugar And I Ke Starbucks 8 Promo Makanan Minuman Krismas Untuk Pencinta Manis

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 127 hits
Musim perayaan yang penuh keceriaan telah tiba Suasana dikelilingi dengan lampu berkilau bunyi loceng dan semangat memberi Hadiah ditukarkan antara orang tersayang menjadikan musim perayaan sebagai saat berharga Sementara ramai yang menghar...
Makanan Kegemaran Ketika Berada Di India

Makanan Kegemaran Ketika Berada Di India

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 356 hits
Makanan Kegemaran Ketika Berada Di India Tak habis lagi cerita India Ada beberapa post lagi akak nak share tentang pengalaman di India Sesekali berjalan ke negara orang akak cuba titipkan seberapa banyak perkongsian yang boleh Bercerita pas...
Tips Memilih Kertas Pembungkus Makanan Yang Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Makanan

Tips Memilih Kertas Pembungkus Makanan Yang Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Makanan

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 139 hits
Dalam dunia perniagaan makanan pemilihan kertas pembungkus yang tepat merupakan satu aspek yang sering diabaikan walaupun ia mempunyai impak yang besar terhadap kualiti dan penampilan makanan Dalam blog ini kami akan memberikan tips memilih...
Makanan Kurangkan Selesema

Makanan Kurangkan Selesema

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 155 hits
Berikut merupakan perkongsian facebook 5 jenis makanan untuk bantu reda dan kurangkan selesema SERAIHALIASUP AYAMMADUBAWANG PUTIH Moga lekas sembuh semua Insya Allah
Kelebihan Standing Pouch Packaging Dalam Industri Makanan Dan Minuman

Kelebihan Standing Pouch Packaging Dalam Industri Makanan Dan Minuman

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 154 hits
Dalam dunia industri makanan dan minuman pembungkusan memainkan peranan yang sangat penting Salah satu pilihan pembungkusan yang semakin popular adalah pouch berdiri Dengan reka bentuk yang menarik dan fungsi yang praktikal pouch berdiri me...
Pahang Perlu Wujudkan Beras Keluaran Sendiri Untuk Jamin Sumber Makanan Masa Depan Rakyat

Pahang Perlu Wujudkan Beras Keluaran Sendiri Untuk Jamin Sumber Makanan Masa Depan Rakyat

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 303 hits
KUANTAN Pengurangan peruntukan bagi sektor pertanian dalam Belanjawan 2025 Pahang tidak seharusnya berlaku bagi menjamin kesinambungan sumber makanan di negeri ini Hassan Omar berkata peruntukan sebanyak RM36 78 juta dalam pembentangan baru...
Agihan Kit Makanan Di Kepulauan Delta Kelantan

Agihan Kit Makanan Di Kepulauan Delta Kelantan

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 142 hits
Di delta Sungai Kelantan di sebelah Tumpat terdapat 33 buah pulau yang terpisah dari tanah besar Namun daripada 33 pulau itu hanya 13 pulau yang didiami iaitu Pulau Seratus Pulau Renjuna Pulau Beluru Pantai Suri Pulau Haji Nik Mat Pulau Che...
Kotak Ayam Goreng Yang Kreatif Dan Fungsional Menjamin Kualiti Makanan Dan Daya Tarik Pelanggan

Kotak Ayam Goreng Yang Kreatif Dan Fungsional Menjamin Kualiti Makanan Dan Daya Tarik Pelanggan

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 232 hits
Dalam dunia perniagaan makanan pembungkusan memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman pelanggan Bagi perniagaan ayam goreng kotak pembungkusan yang kreatif dan fungsional bukan sahaja melindungi kualiti makanan tetapi juga menjad...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic


echo '';
Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir


Nasi Lemak Lengkap Rasa Yalo Yalo Yumm

Influencers Can Boost Your Startup

Lirik Lagu Hanya Kamu Dato M Nasir Ft Azri Yunus

Sakit Tulang Punggung Punca Dan Rawatan

Best Value Small Trucks Affordable And Reliable Picks In 2025

Nama Lain Babi Dan Cara Semak Status Halal Online