Takkan Muhyiddin Nak Bohong


 
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan sejumlah fail yang banyak berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah.
Menerusi dokumen yang difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 26 April lepas, Muhyiddin, 74, mendakwa Ahmad Zahid, 69, telah membuat permintaan tersebut selepas menghadiri mesyuarat di kediaman bekas perdana menteri itu.
“Selepas saya mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan, satu mesyuarat telah diadakan di kediaman saya bagi membincangkan, antara lain, pembentukan Kabinet baru.
“Beberapa individu telah menghadiri mesyuarat itu termasuk plaintif, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Hadi Awang. Selepas mesyuarat berakhir, plaintif meminta untuk bercakap dengan saya secara peribadi dan saya telah meminta Azmin untuk turut serta.
“Ketika perbincangan, beliau telah menunjukkan sejumlah besar fail yang dibawa ke mesyuarat itu. 
“Apabila saya tanya kenapa dia bawa fail itu, dia kata fail itu ada kaitan dengan kes jenayah terhadapnya yang didakwa mempunyai motif politik, dia kata dia tak bersalah dan minta bantuan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi afidavit jawapan terhadap permohonan injunksi yang difailkan oleh Ahmad Zahid dalam saman fitnah berhubung dakwaan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah meminta bantuan Muhyiddin untuk menyelesaikan atau menangguhkan kes mahkamahnya.
Muhyiddin juga mendakwa apabila mendengar permintaan itu, beliau telah memaklumkan plaintif bahawa beliau tidak boleh dan tidak akan campur tangan dalam prosiding mahkamah serta menasihati Ahmad Zahid untuk membela dirinya jika beliau benar-benar tidak bersalah.
Menurut Muhyiddin, beliau dimaklumkan oleh Abdul Hadi bahawa sebelum mesyuarat itu, plaintif telah bertemu dengan Abdul Hadi dan turut menunjukkan dokumen terbabit selain menyatakan bahawa dia tidak bersalah.
“Bagaimanapun, Abdul Hadi memberitahu plaintif bahawa tujuan mesyuarat itu diadakan di kediaman saya ialah untuk membincangkan hal ehwal kerajaan,” katanya.
Muhyiddin berkata tiada sebab untuk Ahmad Zahid menunjukkan fail terbabit kepadanya dan membuat permintaan itu melainkan ia bertujuan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding kes jenayah terhadap plaintif.
Muhyddin turut menafikan bahawa kenyataan yang dibuatnya semasa kempen Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 di Mersing iaitu di pekarangan Pusat Pembelajaran Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3 pada 16 Feb lepas adalah palsu atau berbaur fitnah atau mempunyai niat jahat.
Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman, yang mewakili Ahmad Zahid, ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa permohonan inter-parte untuk mendapatkan perintah injunksi oleh anak guamnya dalam kes saman fitnah terhadap Muhyiddin akan didengar pada 25 Mei ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Rozana Ali Yusoff melalui prosiding dalam talian.
Menerusi saman yang difailkan pada 4 April lepas, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memohon perintah injunksi secara ex-parte supaya Muhyiddin atau wakilnya menarik balik kenyataan fitnah tersebut atau kenyataan fitnah serupa terhadapnya.
Plaintif juga memohon perintah injunksi sementara untuk menghalang defendan, pegawai dan pembantunya serta ejen dan wakilnya daripada mengeluarkan, menerbitkan, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan fitnah berkenaan atau kenyataan fitnah serupa di mana-mana wadah media sosial termasuk Facebook, Instagram, Twitter dan WhatsApp.
Turut diminta adalah perintah injunksi sementara bagi mengarahkan defendan memadam, menyunting dan menghentikan penerbitan sebahagian rakaman video majlis itu yang mengandungi kenyataan memfitnah di dalam portal-portal berita dalam talian dan sosial media antaranya di Facebook profil ‘Perikatan Nasional,’ YouTube Astro AWANI dan KiniTV.
Selain itu, plaintif memohon perintah injunksi sementara mengarahkan defendan menulis kepada mana-mana penerbit, penyunting, pengendali dan pemilik portal-portal berita dalam talian atau platform media sosial yang menerbitkan kenyataan fitnah itu supaya memadamkan dan menghentikan penerbitan kenyataan fitnah berkenaan.
Ahmad Zahid mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau menggunakan jalan pintas untuk menyelesai dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan, meminta pertolongan Muhyiddin untuk mencampuri urusan perbicaraan kes terbabit, mencampuri sistem kehakiman, mengarahkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor dan bukan pemimpin yang patut dihormati, diteladani serta disegani.
Ahmad Zahid menegaskan kenyataan-kenyataan fitnah itu adalah palsu, bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dan nama baiknya. Ahmad Zahid juga mendakwa kenyataan fitnah berkenaan dikeluarkan oleh defendan selepas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan PRN Johor.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, faedah, serta perintah mengarahkan defendan menerbitkan permohonan maaf yang tidak bersyarat secara bertulis di surat khabar yang akan ditentukan oleh plaintif selain menuntut kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – Bernama.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/takkan-muhyiddin-nak-bohong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Bohong Sebab Nak Cover Najib

Saya Bohong Sebab Nak Cover Najib

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 132 hits
Bekas menteri Saya bohong sebab nak cover NajibKES NAJIB Bekas menteri kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah hari ini mengaku bahawa dia berbohong ketika berkata peletakan jawatannya tiga tahun lalu bukan kerana skandal 1MDB Ketika pemeriksa...
Takkan Saya Nak P4ksa Dua Tahun Bekas Isteri Tak Jenguk Anak Along Cham Kesal Dapat Dm Tuduh Zal1m Tak Bagi Jumpa

Takkan Saya Nak P4ksa Dua Tahun Bekas Isteri Tak Jenguk Anak Along Cham Kesal Dapat Dm Tuduh Zal1m Tak Bagi Jumpa

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 143 hits
PELAKON Along Cham mendedahkan dia menerima mesej kec4man daripada netizen yang menudvhnya bersikap zal1m apabila mel4rang bekas isteri iaitu Zila Seeron bertemu dengan anak mereka
Takkan Nak Kena Sailang Lagi

Takkan Nak Kena Sailang Lagi

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 207 hits
Ishk Inilah bukti Isnail cuma boneka Macamana MT UMNO berkuasa dalam menentukan perjalanan kerajaan Apa tidak ada garis pemisah antara parti politik dan kerajaan Jelas Isnail adalah PM paling lemah dalam sejarah Malaysia moden Sampaikan per...
Lemang Cup Kukus Cukup Sedap Berlemak Paling Simple Nak Sediakan

Lemang Cup Kukus Cukup Sedap Berlemak Paling Simple Nak Sediakan

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 183 hits
Lemang antara menu wajib di hari raya Tapi kalau buat sendiri lagi puas hati kita nak makan Ada sesiapa buat lemang cup tak raya ni Meh sini tengok resepi paling mudah nak buat lemang cup yang cukup sedap dan berlemak Bahan bahan Pulut susu...
Perempuan Makin Menua Tiada Lagi Nak Bersuka Ria Cuma Hidup Nak Tenang Tenang

Perempuan Makin Menua Tiada Lagi Nak Bersuka Ria Cuma Hidup Nak Tenang Tenang

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 144 hits
Zaman muda perasaan nak tahu apa saja dan terokai dunia sentiasa membuak buak Masa inilah kawan mesti sentiasa ada untuk bersuka ria dan berkongsi cerita Belum lagi dapat bercuti dan keluar bersama sama Kalau boleh masa muda inilah nak rasa...
Sapa Nak Dapatkan Monyet Istana

Sapa Nak Dapatkan Monyet Istana

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 113 hits
dHanya tinggal kurang 3 jam lagi untuk korang dapatkan Monyet Istana NFT sebelum jualan ditutup jam 9 00 malam ni Bagi mereka yang nak beli donate pada legal defence fund tapi tak tahu macam mana korang boleh PM aku Aku boleh guide korang K...
Sasar Kutipan Bagus Sasar Nak Bantu Pula Menunggu Lama Patut Dipermudahkan

Sasar Kutipan Bagus Sasar Nak Bantu Pula Menunggu Lama Patut Dipermudahkan

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 111 hits
PPZ sasar RM1 bilion kutipan zakat tahun ini April 28 2022 11 40 PM Tidak mustahil kutipan zakat mampu mencapai RM1 bilion tahun ini kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad PETALING JAYA Sejumlah RM1 bilion pungutan zakat disasa...
Dituduh Mem0ndan Aliff Syukri Nak Saman Damian Mikhail Rm1 Juta

Dituduh Mem0ndan Aliff Syukri Nak Saman Damian Mikhail Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 119 hits
nbsp Seperti yang kita sedia maklum usahawan kontroversi yang suka membuat marketing murahan Aliff Syukri baru baru ini tampil dengan lagu raya baru berjudul Kelepok Raya Lagu itu sebenarnya ok namun kerana MV lagu tersebut yang dianggap ti...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Wish List April 2024

Sentiasalah Mengharapkan Rahmat Redha Allah

Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun