Takkan Anwar Ibrahim Dah Jadi Blogger Jkom Kot Najib




Anwar dalam wawancara yang disiar di Mingguan Malaysia pada Ahad lalu mengesahkan ada perbincangan tidak rasmi antara pemimpin PKR dan Umno.
“Ia hanya perbincangan awal. Tapi dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan?
“Ia satu yang positif. Sebab kita lebih faham (Umno) dan mereka lebih faham kita,” katanya.

Bagaimanapun.. bekas Presiden UMNO Najib Razak menafikan dakwaan Anwar itu dengan menyifatkannya sebagai propaganda Kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui JKOM yang telah berulang kali memainkan isu ini bagi menampakkan beliau terdesak..
DESAS-DESUS kerjasama Umno dengan PKR dan DAP adalah propaganda kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata bekas presiden Umno Najib Razak.
Propaganda itu bagaimanapun, katanya, “mengarut”.
Najib berkata propaganda itu cuba menggambarkan beliau dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang kini sedang dibicarakan di mahkamah, sedang terdesak dan sanggup berbuat apa saja untuk menyelamatkan diri.
“Secara peribadi, saya tidak pernah minta untuk kes-kes saya digugurkan begitu sahaja sebab jika digugurkan seperti kes (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng dulu, saya akan dinafikan peluang untuk membersihkan nama saya dengan sepenuhnya dan akan perlu menghadapi propaganda pihak lawan ini buat selama-lamanya.
“Tapi Jkom (Jabatan Komunikasi Komuniti) terpaksa berulang kali memainkan propaganda-propanda seperti ini melalui media sosial dan media-media dikawal kerajaan,” katanya dalam satu tulisan di Facebook.


Tulisan itu mengiringi sebuah video menggunakan imej Guan Eng yang diubahsuai kumat-kamit menyanyi lagu rasmi Umno Bersatu, Bersetia, Berkhidmat, dengan latar belakang lambang Umno dan DAP.
JKom ialah agensi kerajaan yang dibentuk untuk menggantikan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), yang sebelum ini menjadi alat propaganda kerajaan semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Najib mendakwa Jkom menyebarkan propaganda kononnya beliau dan Zahid terdesak menolak penyatuan ummah dengan Bersatu sebalik sedia bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk melepaskan diri daripada kes di mahkamah.
Propaganda itu “mengarut”, kata Najib, kerana bukan hanya mereka berdua sahaja yang menolak kerjasama Umno dengan Bersatu tetapi ia adalah pendirian sama beberapa pemimpin kanan parti termasuk hampir semua bahagian Umno.
Keduanya, kata Najib, untuk lepas kes mahkamah adalah lebih mudah dengan menerima kerajaan PN, dan bukannya melawan kerajaan.
Beliau lalu menyindir beberapa orang pemimpin dalam kerajaan PN, termasuk Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali yang pernah dikaitkan dengan rakaman video seks melibatkan seorang lelaki.
Najib juga mendakwa sekurang-kurangnya dua bekas pemimpin Umno, iaitu Mustapa Mohamed dan Mas Ermieyati Samsudin, tidak didakwa menerima dana daripadanya selepas mereka keluar parti dan menyertai Bersatu.
Menurut Najib, Majlis Kerja Tertinggi Umno sudah membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam pilihan raya umum akan datang.
“Pendirian ini bakal diulangkan oleh perwakilan serta ketua-ketua bahagian Umno dalam Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung pada akhir bulan ini.
“Jika nak kerjasama dengan PKR atau DAP pun, kita perlu persetujuan bahagian-bahagian Umno dan akar umbi Umno,” katanya.
Umno dijadual mengadakan perhimpunan agung tahunan bagi tahun 2020 pada 27 dan 28 Mac ini ~ The Malaysian Insight
Hish!! yang buat sidang media pasal kerjasama PKR dengan UMNO ni Anwar Ibrahim.. tapi kenapa pula Najib salahkan JKOM

Atau.. Anwar Ibrahim dah jadi Blogger JKOM?.. takkan kot...
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/03/takkan-anwar-ibrahim-dah-jadi-blogger.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm9 Populariti Najib Jauh Mengatasi Anwar Ibrahim

Pm9 Populariti Najib Jauh Mengatasi Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 522 hits
Walaupun berhadapan dengan kes mahkamah populariti Datuk Seri Najib Tun Razak tetap tidak luntur sejak UMNO dan Barisan Nasional hilang kuasa dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 lalu Dalam kaji selidik Siapa calon PM pilihan anda yang dijalankan ...
Anwar Berunding Dengan Zahid Dan Najib Kata Dap

Anwar Berunding Dengan Zahid Dan Najib Kata Dap

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 312 hits
malaysiatoday On Mar 22 2021 Pengarah Biro Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim berunding dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Raz...
Intipati Pengumuman Anwar Ibrahim Petang Ini

Intipati Pengumuman Anwar Ibrahim Petang Ini

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 392 hits
Intipati Pengumuman Anwar Ibrahim Petang Ini Presiden PKR mengatakan bahawa terdapat perbincangan tidak rasmi antara partinya dan Umno mengenai kemungkinan kerjasama untuk pilihan raya umum ke 15 Anwar mengumumkan bahawa dia akan mengadakan...
Anwar Ibrahim S Press Conference

Anwar Ibrahim S Press Conference

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 346 hits
What do you make of this Do you think Pakatan Harapan or PKR should cooperate with Umno What would their ideological platform be given the track record of both sides Good governance anti corruption constitutional provisions But this is vagu...
Anwar Ibrahim Basuh Sprm Kaw Kaw

Anwar Ibrahim Basuh Sprm Kaw Kaw

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 497 hits
Pegawai korup rahsia umum kata Anwar kepada SPRMJason ThomasPETALING JAYA Ketua pembangkang Anwar Ibrahim mengajak pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk datang berjumpa dengan beliau sekiranya suruhanjaya itu memerlukan bantu...
Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Overcoming The Funding Challenges

Menu Hari Raya 2025

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Korban Pak Tam

Tob Tobi Tob Asal Usul Lirik Arab Maksud

Kebakaran Putra Heights Kerja Sedut Air Dari Kawah Di Ground Zero Diteruskan