Takkan 8 Orang Saja Pemilik Mykad Palsu


Muafakat gesa PDRM, JPN dan Imigresen kenakan hukuman setimpal
ISU sindiket menjual MyKad yang sedang hangat diperkatakan baru-baru ini baik di media sosial ataupun di akhbar tempatan tidak boleh dan tidak patut dianggap perkara remeh sebagai isu setempat sahaja.

Ia jelas merupakan isu nasional yang menyentuh soal keselamatan negara, yang melibatkan warga asing masuk secara haram ke dalam negara dan dianggap sah sebagai warganegara sedangkan ia adalah “illegal” iaitu kerana perbuatan jenayah menjual MyKad dengan mengesahkan dokuman secara tidak sah.

2. Laporan akhbar Berita Harian bertarikh 12 September 2019 memberitahu bahawa polis telah menahan seramai 20 individu berusia 32 hingga 70 tahun dan lebih memeranjatkan apabila antara dalang sindiket ini melibatkan pegawai kanan JPN Pulau Pinang yang berpangkat; Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara.

“Pegawai berkenaan akan menguruskan sijil kelahiran dan MyKad secara tidak sah dan semasa proses mengemas kini data dilakukan, pegawai berkenaan akan mengarahkan beberapa kakitangan JPN lain untuk membantunya,” seperti yang dilaporkan akhbar Berita Harian.

3. Sindiket mengaut keuntungan wang yang lumayan ini seperti yang dilaporkan akhbar menyebut; “Sindiket terbabit memperoleh bayaran antara RM100,000 hingga RM600,000 daripada warga asing yang ingin memiliki MyKad, dan ia bergantung kepada permintaan daripada pihak sindiket.”

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya tidak akan bertolak-ansur dengan mana-mana pihak yang terbabit secara langsung atau bersubahat dalam sindiket terbabit.

Menurut beliau, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Ruslin Jusoh, diarah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan membabitkan kes berkenaan atau berkaitan.

4. Selain dari kejayaan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan PDRM PK Pulau Pinang, membekas 20 individu yang terbabit dengan kes pemalsuan MyKad dan dokuman, MUAFAKAT juga mendesak supaya PDRM meneruskan lagi siasatan sampai ke akar umbi iaitu yang lebih penting mendapatkan kembali semula semua MyKad dan dokuman yang tidak sah beserta pemiliknya sekali, dan hendaklah mereka ini dihadapkan ke pengadilan, kerana bukan hanya bersalah memasuki negara secara haram tetapi juga kerana memiliki MyKad yang tidak sah.

5. Sebelum insiden terbaru ini, BH Online bertarikh 29 Julai 2019, ada melaporkan kejadian yang sama berlaku di Sabah apabila melaporkan; terdapat seorang pegawai pendaftar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tiga lelaki yang ditahan membabitkan sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri di Semporna.

Bersama tangkapan turut dirampas daripada mereka antaranya borang daftar kelahiran, bahagian Kad Pengenalan, 34 cop palsu jabatan kerajaan, klinik kesihatan, hospital, ketua kampung dan Pesuruhjaya Sumpah.

6. MUAFAKAT berasa amat bimbang mengenai isu ini kerana ia boleh mendatangkan beberapa sebab dan kebarangkalian atau andaian antaranya seperti berikut;

1. Berkemungkinan individu yang memiliki MyKad Haram ini terdiri dari mereka yang pernah melakukan jenayah berat di negara asal mereka.

2. Berkemungkinan individu yang terdiri dari pemberontak atau pembelot di negara asal mereka.

3. Berkemungkinan individu terdiri dari kalangan agen-agen (spy) dari negara yang memusuhi negara kita.

4. Berkemungkinan mereka adalah para tentera musuh yang masuk secara sedikit demi sedikit untuk menjajah negara kita apabila mereka telah ramai dan ada arahan dari komandan mereka untuk bertindak.

7. Semua kebarangkalian atau andaian yang disebutkan di atas ini tidak mustahil boleh berlaku dan tidak boleh dianggap sepi kerana ia boleh terjadi apabila bilangan kemasukannya sangat luar biasa jumlahnya.

Walaupun sehingga artikel ini disiarkan berita melaporkan hanya 8 orang pembeli, pemilik MyKad palsu. Persoalannya; apakah hanya 8 orang sahaja?

Boleh jadi yang telah lepas jika diambil kira dengan laporan media; MyStar tajuk: “MyKad Palsu Dijual Kepada Warga Asing”, bertarikh 28 April 2017 tangkapan dan rampasan di Melaka, tidak mustahil individu yang telah terlepas masuk dan berada dalam negara dan berkeliaran dengan bebas dalam negara menggunakan MyKad Haram ini mencecah hingga jutaan orang???

8. Dari itu, dengan tegasnya MUAFAKAT mendesak semua pihak berwajib yang mempunyai kaitan dengan MyKad, dari PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, dan khususnya Jabatan Pendaftaran Negara mesti bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh menjalankan amanah yang diberi dengan mencari, membekas penjenayah negara, dan menghukum pesalah-pesalah ini dengan hukuman seberat-beratnya tanpa memberi sebarang jaminan, kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.

9. Terbaru, peguam yang mewakili penjenayah dan pengkhianat negara ini membantah kes ini di pindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Kenapa? Fikir-fikirkanlah…

Oleh:  Haji Rashidi Bin Haris
           Ketua Media MUAFAKAT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/09/takkan-8-orang-saja-pemilik-mykad-palsu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bolehkah Spr Beri Jaminan Bahawa Pemilik Mykad Secara Tidak Sah Tiada Dalam Senarai Pengundi Berdaftar

Bolehkah Spr Beri Jaminan Bahawa Pemilik Mykad Secara Tidak Sah Tiada Dalam Senarai Pengundi Berdaftar

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 371 hits
Baru baru ini atas cadangan MP Pakatan Harapan satu rang undang undang untuk membolehkan semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas akan didaftarkan secara automatik ke dalam pengkalan data maklumat pengundi berdaftar Suruhanjaya P...
Jual Mykad Pastikan Tangkap Jerung Bukan Ikan Bilis Saja

Jual Mykad Pastikan Tangkap Jerung Bukan Ikan Bilis Saja

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 392 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Berjasa kesal sikap menteri anggap isu kepentingan awam picisan BANGI Kerajaan digesa mengetatkan semua prosedur permohonan dan pemberian MyKad kepada warga asing di semua peringkat bagi memastikan aktiviti pen...
Tak Faham Bahasa Malaysia Bongkar Rahsia Sindiket Mykad Palsu

Tak Faham Bahasa Malaysia Bongkar Rahsia Sindiket Mykad Palsu

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 267 hits
Gambar Hiasan MELANTIK ejen dan mengenakan bayaran RM50 000 hingga RM100 000 kepada mana mana warga asing mendapatkan MyKad dan menjadikan mereka warganegara Malaysia Itu modus operandi seorang pegawai kanan JPN Pulau Pinang berumur 40 an y...
Jpn Desak Polis Siasat Pemilik Media Sosial Fitnah Isu Mykad

Jpn Desak Polis Siasat Pemilik Media Sosial Fitnah Isu Mykad

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 449 hits
PUTRAJAYA Jabatan Pendaftaran Negara hari ini menjelaskan wanita China yang didakwa memiliki Mykad baru baru ini adalah isteri kepada seorang warga Malaysia dan sudah menetap di negara ini selama 20 tahun Wanita itu adalah pemegang status p...
Tubuh Segera Rci Tumpaskan Sindiket Mykad Haram

Tubuh Segera Rci Tumpaskan Sindiket Mykad Haram

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 189 hits
Ahmad AmzadOleh Ammar RozlanKUALA TERENGGANU 18 September Ahli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim mendesak agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan dengan segera bagi menyiasat siapakah dalang utama di sebalik sindiket penjuala...
Jual Mykad Rasuah Makin Serius Bila Kerajaan Membisu

Jual Mykad Rasuah Makin Serius Bila Kerajaan Membisu

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 240 hits
Keselamatan negara di bawah pentadbiran PH semakin parah BerjasaBANGI Kerajaan Pakatan Harapan terbukti tidak serius dalam memenuhi manifesto mereka untuk menangani isu rasuah yang masih parah di era Malaysia Baharu Hal itu dibuktikan denga...
Jual Mykad Pasukan Pembelaan Bantah Pindah Kes Ke Mahkamah Tinggi

Jual Mykad Pasukan Pembelaan Bantah Pindah Kes Ke Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 353 hits
Pasukan pembelaan bagi kes enam individu termasuk seorang Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang yang berdepan 32 pertuduhan berhubung pengeluaran secara tidak sah sijil kelahiran serta kad pengenalan dan menjual kepada w...
Kenapa Rayer Bela Tertuduh Kes Sindiket Jual Mykad

Kenapa Rayer Bela Tertuduh Kes Sindiket Jual Mykad

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 341 hits
Tindakan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer menjadi peguam membela salah seorang yang didakwa terlibat dengan sindiket penjualan MyKad mengecewakan Itu kata Exco Barisan Nasional Youth Volunteers Kebangsaan Mathis Sarawanan yang berpendapat t...
1 000 Mykad Sah Tapi Gagal Miliki Pasport Bukti Ph Lembab

1 000 Mykad Sah Tapi Gagal Miliki Pasport Bukti Ph Lembab

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 334 hits
PERCAYA atau tidak lebih 1 000 warga asing yang memiliki MyKad sah dipercayai masih berada di dalam negara ini selepas gagal memiliki pasport untuk keluar ke negara asal masing masing Sumber berkata lebih mengejutkan jumlah itu direkodkan h...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord