Bolehkah Spr Beri Jaminan Bahawa Pemilik Mykad Secara Tidak Sah Tiada Dalam Senarai Pengundi Berdaftar



Baru-baru ini, atas cadangan MP Pakatan Harapan, satu rang undang-undang untuk membolehkan semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas akan didaftarkan secara automatik ke dalam pengkalan data maklumat pengundi berdaftar Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia @ SPR (BACA DI SINI)...

Secara dasarnya, rang undang-undang yang telah diluluskan ini dengan mendapat undian 100% dari ahli parlimen baik dari kerajaan atau pembangkang merupakan satu cadangan yang baik...

Dari aliran sokongan semasa anak muda kepada pembangkang, rang undang-undang yang baru ini memberikan kelebihan kepada pembangkang...

Timbul persoalan pada admin, pasti pihak kerajaan menyedari perkara ini tapi mengapa mereka masih tetap mahu mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibentangkan, dibahas dan diluluskan...

Persoalan yang timbul akhirnya terjawab bila terbongkar kegiatan besar-besara untuk 'mewarganegarakan' rakyat asing, sama ada mengikut cara yang sah tetapi melalui jalan pintu belakang dan juga mengikut cara yang tidak sah...


Portal ini pernah mendedahkan desakan pemimpin DAP kepada Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin, supaya meluluskan permohonan kewarganegaraan oleh warganegara asing (BACA DI SINI)...

Dalam 'kunjungan' beberapa pemimpin DAP ke Kementerian Dalam Negeri @ KDN, mereka menuntut agar 50,000 permohonan kewarganegaraan diluluskan dengan segera...


Beberapa hari selepas itu, Muhyiddin mengumumkan, sebanyak 200,000 lagi permohonan kewarganegaraan akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh KDN...

Ini bermakna, 250,000 permohonan kewarganegaraan akan diluluskan, itu secara sah...


Baru-baru ini pula, New Malaysian Post melaporkan tentang sindiket haram menjual MyKad yang sah kepada warganegara asing (BACA DI SINI)...


Selain dari beberapa orang rakyat Malaysia berketurunan Cina, turut terlibat dalam sindiket ini ialah Timbalan Pengarah JPN, Datuk Lai Chin Wah sendiri...

Dalam soalsiasat yang dilakukan, terbongkar bukan hanya 8 MyKad yang telah dijual tetapi lebih 1,000 MyKad telah di jual...

Lebih mengejutkan, jumlah itu direkodkan hanya bagi tempoh Januari hingga Mei tahun 2019 dan tidak bagi tahun sebelumnya...

Begitulah gambaran pengkhianat pegawai JPN dalam negara ini...

Berdasarkan siasatan beberapa jabatan berkaitan susulan penahanan 20 individu sejak 2 bulan lalu, RIBUAN MyKad sah ini bukan saja dikeluarkan di Pulau Pinang, malah di beberapa negeri lain"...


Semua warga asing yang membeli MyKad sah ini bukan individu biasa, ia kerana wanita warga asing yang diberkas pada 16 Mei lalu mampu menyewa sebuah pangsapuri dengan harga hampir RM100,000 satu malam...

Perlu diingatkan, warga asing yang telah membeli MyKad melalui sindiket ini mempunyai MyKad yang sah dari JPN dan bukan MyKad palsu...

Ini bermakna, selain dari mendapat keistimewaan sebagai rakyat Malaysia yang lain, mereka juga layak untuk mendaftar sebagai pengundi berdaftar di Malaysia...

Kalau seramai 250,000 yang bakal mendapat kerakyatan Malaysia telah sahih didalangi oleh DAP, timbul persoalan, apakah mereka yang membeli MyKad sah ini juga didalangi oleh DAP?

Ada asasnya untuk DAP 'mewarganegarakan' rakyat asing yang rata-ratanya juga berbangsa Cina...

Apakah kemenangan berturut-turut DAP dalam pilihanraya di Pulau Pinang ada kaitannya dengan isu ini?

Dan apakah setelah berjaya melakukannya di Pulau Pinang, kini mereka mengorak langkah untuk melakukannya di negeri-negeri lain di Malaysia kerana laporan mengatakan MyKad sah yang dikeluarkan secara tidak sah oleh JPN kini dikesan dikeluarkan bukan sahaja di Pulau Pinang!!!


Pendaftaran pengundi baru berdaftar secara online telah mula diperkenalkan oleh SPR mulai tahun ini (BACA DI SINI)...

Ini akan memberikan laluan yang cukup mudah kepada warganegara asing yang membeli MyKad yang sah ini untuk mendaftar dengan SPR...

Mereka tidak perlu datang ke kaunter pendaftaran SPR untuk mendaftar dan tidak akan timbul sebarang keraguan kalau mereka tidak tahu berbahasa Melayu seperti yang berlaku di pejabat Jabatan Imigresen Pulau Pinang...

Nama dan nombor MyKad mereka juga ada di dalam pengkalan data JPN...

Apakah pendaftaran pengundi baru secara online juga adalah sebahagian dari perancangan DAP untuk memberikan laluan yang mudah kepada mereka?

SPR mesti mengambil langkah tegas yang segera untuk membersihkan pengkalan data mereka untuk memastikan cuma rakyat Malaysia yang sah saja akan diberikan hak mengundi...

Senarai pembeli MyKad yang sah ini MESTI dikeluarkan dari pengkalan data SPR kerana mereka BUKAN rakyat Malaysia yang sah!!!

Sehingga ke hari ini, SPR masih lagi belum membuat sebarang kenyataan mengenai perkara ini...

Apa lagi pemimpin-pemimpin DAP, mereka mengambil sikap membisu dalam isu ini...

Lebih meragukan, pihak kerajaan terutamanya pihak Kementerian Dalam Negeri TIDAK mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu ini...

Kedaulatan negara sudah pun diperdagangkan, hak kerakyatan sudah pun dicabuli namun pihak kerajaan masih membisu seribu bahasa!!! 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/09/bolehkah-spr-beri-jaminan-bahawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1 000 Mykad Sah Tapi Gagal Miliki Pasport Bukti Ph Lembab

1 000 Mykad Sah Tapi Gagal Miliki Pasport Bukti Ph Lembab

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 334 hits
PERCAYA atau tidak lebih 1 000 warga asing yang memiliki MyKad sah dipercayai masih berada di dalam negara ini selepas gagal memiliki pasport untuk keluar ke negara asal masing masing Sumber berkata lebih mengejutkan jumlah itu direkodkan h...
Pengkhianat Sekongkol Dengan Sindiket Keluarkan Sejumlah Mykad Sah

Pengkhianat Sekongkol Dengan Sindiket Keluarkan Sejumlah Mykad Sah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 246 hits
Gambar sumber dari TheReporterTak tahu nak cakap rekasi macam mana bila Ohmedia dapat cerita yang lebih 000 MyKad sah dipegang oleh warga asing yang berada dinegara ini selepas gagal untuk memiliki pasport keluar negara masing masing Menuru...
Senarai Sekolah Rendah Islam Di Putra Mahkota Yang Berdaftar Jais

Senarai Sekolah Rendah Islam Di Putra Mahkota Yang Berdaftar Jais

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 590 hits
Berikut adalah sekolah rendah Islam yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor di kawasan Bukit Mahkota Bandar Seri Putra Bandar Puteri Bangi Avenue dan Pekan Bangi atau Bangi Lama SEKOLAH RENDAH ISLAM AS SAADAH NO 38 JALAN IMPIAN P...
Jpn Desak Polis Siasat Pemilik Media Sosial Fitnah Isu Mykad

Jpn Desak Polis Siasat Pemilik Media Sosial Fitnah Isu Mykad

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 449 hits
PUTRAJAYA Jabatan Pendaftaran Negara hari ini menjelaskan wanita China yang didakwa memiliki Mykad baru baru ini adalah isteri kepada seorang warga Malaysia dan sudah menetap di negara ini selama 20 tahun Wanita itu adalah pemegang status p...
Senarai 219 Kilang Oem Terkini Berdaftar Dengan Kkm

Senarai 219 Kilang Oem Terkini Berdaftar Dengan Kkm

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 3680 hits
Senarai 219 Kilang OEM Terkini Berdaftar Dengan KKM Mempunyai produk jenama sendiri merupakan impian ramai orang Antara produk yang berpotensi besar untuk perniagaan adalah menghasilkan produk kosmetik dan produk kesihatan Semakin ramai wan...
Polis Buru Saki Baki Anggota Sindiket Mykad Sijil Lahir Tak Sah

Polis Buru Saki Baki Anggota Sindiket Mykad Sijil Lahir Tak Sah

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 323 hits
RM100 000 hingga RM600 000 dikenakan untuk miliki kad pengenalanGEORGE TOWN Polis sedang mengesan beberapa lagi anggota sindiket yang disyaki terbabit dengan aktiviti pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan secara tidak sah dipercaya...
Buru Semua Warga Asing Dapat Mykad Sah Secara Salah

Buru Semua Warga Asing Dapat Mykad Sah Secara Salah

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 412 hits
PULAU PINANG 12 Sept Badan Perhubungan UMNO negeri menggesa pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen memburu kesemua warga asing yang berjaya mendapatkan MyKad sah secara salah Pengerusinya Datuk Musa Sheikh Fadz...
Takkan 8 Orang Saja Pemilik Mykad Palsu

Takkan 8 Orang Saja Pemilik Mykad Palsu

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 497 hits
Muafakat gesa PDRM JPN dan Imigresen kenakan hukuman setimpalISU sindiket menjual MyKad yang sedang hangat diperkatakan baru baru ini baik di media sosial ataupun di akhbar tempatan tidak boleh dan tidak patut dianggap perkara remeh sebagai...
Sah Produk Gula Gula Creamy Candy Jenama White Rabbit Tiada Halal

Sah Produk Gula Gula Creamy Candy Jenama White Rabbit Tiada Halal

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 1068 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Ramai peminat gula gula yang semakin menjadi popular di Malaysia sekarang ini iaitu Creamy Candy White Rabbit yang di import ke Malaysia dan bebera...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut