Takdir Cinta Yang Kupilih


Hii assalamualaikum dan selamat tengahari korang. Apa cerita, sihat ke?? Lamanya kita tak bersiaran dari sini. Kali terakhir rasanya sebelum Majlis APC hari tu. Lepas tu 😵😵 Bersawang dah blog kita ni.. mau berhabuk juga kalau terus dibiarkan camni. 


Sebenarnya kita ada aje cumanya mood berblog itu aje ke laut dalam. Jenuh nak timbulkan semula. Tapi sempatlah kita jadi silent reader satu dua blog tu.  Biasalah sambil-sambil nak dapatkan rentak dan idea berblog semula katakan. Idea dah ada tapi mood mengarang pula tenggelam. So nak buat camner. 
Sekarang ni kita tengah enjoy layan sinetron Indonesia,  Takdir Cinta Yang Kupilih. Lakonan Randy Pangalila, Jonathan Frizzy, Dinda Kirara, Alisa Rininta sebelum ini tengok dekat youtube je. Sekarang dah beralih ke vidio dah 😍😍


Sinopsis Takdir Cinta Yang Kupilih (TCYK)Mengisahkan Novia (Alisa Rininta) yang sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai seorang chef di hotel terkemuka di Bali dan menjadi seorang guru di Kinder School, Jakarta semata-mata ingin berbakti kepada kedua ibubapanya. Dia berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya yang juga merupakan anak sahabat baik kedua ibubapanya. Dia yang dipadankan pertama kali selepas bertemu Hakim (Jonathan Frizzy) telah memilih berkahwin tanpa cinta. Mengharapkan cinta akan berputik diantara mereka selepas kahwin tetapi tanpa disedarinya Hakim telah memintanya menandatangani persetujuan perjanjian terlebih dahulu bagi membataskan perhubungan mereka sebelum berputiknya cinta di hati diantara mereka.   


Walaupun sedih dan terkilan, Novia berjanji akan berusaha mencintai suaminya, menjadi isteri yang baik, yang taat serta memahami kesibukan dan suaminya berkerja. Dan sememangnya Hakim seorang yang hard working ! Masanya banyak dihabiskan di pejabat sehinga larut malam. Kesian Novia .




Kehadiran Tammy (Dinda Kirara) yang menumpang di rumahnya sedikit sebanyak menceriakan harinya. Tammy merupakan kawan baik yang disayanginya sejak kecil. Tanpa disedari, terjadi sesuatu perkara yang tidak sepatutnya diantara Tammy dengan suaminya tanpa sengaja. Angkara mabuk dan apabila kedua-duanya sedar, mereka cuba untuk menidakkan apa yang sebenarnya telah berlaku. 


Tidak mahu terus dihantui rasa bersalah dan risau sekiranya perkara yang tidak disengajakan itu diketahui Novia. Baik Tammy ataupun Hakim, mereka berusaha menjarakkan diri. Tammy mengambil keputusan keluar dari rumah Novia dan menyewa di luar walaupun dihalang oleh Novia. Tapi lain pula pada Hakim, tanpa sedar semakin memberi perhatian dan memdekati Tammy. Ini menyebabkan Tammy bertambah rasa bersalah dan kurang senang kerana mereka seringkali berselisih dan dibantu oleh Hakim di saat memerlukan.


Walaupun telah meminta Hakim menjauhi dirinya serta berpura-pura tidak mengenali sekiranya bertemu ianya tidak berhasil memandangkan mereka bekerja di tempat yang sama.
Setiap kali Tammy berusaha menjauhi seringkali mereka bertemu dan berselisih diantara satu sama lain. Begitu juga novia dengan jefri. Keprihatinan dan kedekatan hakim terhadap Tammy semakin bertambah setelah mengetahui Tammy mengandung. Untuk keselesaan Tammy, dia turut menyewakan rumah yang Tamny diami tanpa pengetahuan Tammy sebenarnya. Sebenarnya Hakim telah jatuh cinta pada Tammy. Hatinya telah terdetik pertama kali melihat Tammy dirumahnya. Itu yang menyebabkan dia bertindak melindungi sahabat baik isterinya itu.





Walau bagaimanapun, perhatian dan keprihatinan Hakim terhadap Tammy kerap kali disedari oleh Jeffri (Randy Pangalila) yang menyebabkan Jeffri mencari jawapan disebalik semua tindakan Hakim termasuk sanggup berkorban untuk Tammy. Ini menyebabkan Hakim risau sekiranya Jeffri membongkarkan rahsianya. Dia turut tidak membenarkan isterinya menerima tawaran pekerjaan sebagai chef di VSTv setelah mengetahui siapa pemiliknya walaupun pada mulanya dia telah membenarkannya.  


Sebenarnya Jeffri ini seorang yang baik. Dia mempunyai perasaan terhadap Novia sebelum Novia berkahwin lagi, masa pertama kali mereka berjumpa di Bali. Sentiasa ada walaupun Novia telah berkahwin. Dia mempunyai seorang anak saudara, Bryan yang sangat manja dan merupakan pelajar Novia sendiri.


Seperti mana Hakim ada disaat Tammy memerlukan begitu jugalah dia. Bezanya setiap pertolongannya itu disebalik topeng orang lain. Dia berusaha memenuhi keinginan dan membantu Novia. Tetapi sebenarnya disebalik semuanya bantuan dan pertolonganya itu, tersembunyi rahsia besar. Dialah sebenarnya penyebab kematian bapa kandung Novia 18 tahun lalu dalam satu kemalangan. Rasa bersalahnya menginginkan dia bertanggungjawab tetapi disebabkan bapanya dia terpaksa menurut untuk menjaga nama baik keluarga. Bermula dari situ, dia selalu mengikuti novia..berusaha memenuhi keinginan untuk menebus rasa bersalahnya. 


Mengharapkan supaya kebenaran mampu dilahirkan sendiri dibibirnya. 
Walaupun pelbagai cara telah di lakukan untuk membantu Novia. Dia tetap merasakan ianya tidak sepadan dengan apa yang telah terjadi. Dia bertambah resah apabila diancam bekas pemandu ayahnya, En. Samsul yang telah keluar penjara (mengaku bersalah bagi pihaknya 18 tahun dulu)  akan menbongkarkan rahsianya yang sebenarnya.
Tidak mahu kebenaran terbongkar melalui orang lain, dia memasang strategik dengan menawarkan jawatan chef dengan gaji yang cukup lumayan dan masa yang fleksibal untuk menjauhkan novia dari En. Samsul yang juga merupakan penjaga kepada salah seorang pelajar Novia, Kinara. Walaupun Novia betul-betul berminat dengan tawaran itu, dia terpaksa melupakannya kerana suaminya tiba-tiba berubah fikiran.


Best sintron ini. Lain dari yang lain. Jeffri walaupun telah memgetahui novia telah berkahwin sentiasa ada disampingnya. Sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan Novia selamat, tidak menghadapi sebarang masalah apatah lagi bersedih. Rupanya dia jugalah yang membantu Novia memiliki keluarga angkat yang sempurna selepas yatim piatu. Mencadangkan namanya sekaligus meminta ustaz mencarikan keluarga angkat yang baik untuknya. 


Tammy pula memang seorang sahabat yang baik. Tak sanggup meluahkan perkara sebenar semata-mata akan melukakan hati sahabatnya cumanya ialah benda nak jadi. Nak patah balik tak boleh dah.. bertambah parah, bila disahkan mengandung. Nak elak dari terus didekati Hakim yang telah jatuh cinta padanya, dia terima je pelawaan Ikhsan. 
Kemudian dia putus dengan Ikhsan sebab tidak mahu Ikhsan terus mengharap dan salah faham dengan hubungan mereka. Dia berhenti kerja dan berkerja di tempat Ben (Benjamin) bekerja tanpa mengetahui syarikat itu sebenarnya milik Jeffri. Pendek kata pusing-pusing jumpa orang yang sama je. 


Dah namanya cerita, mesti Novia akan tahu juga semuanya dan agaknya macamanalah Jeffri nak handle tu bila Novia juga tahu sebenarnya dia yang menjadi penyebab kematian ayahnya. Nak jadi penawar tapi hakikatnya dialah racun berbisa awalnya. Dapatkah Novia memaafkan dia dan redha terima takdir hidupnya. Kena tengok sampai habis la.


Sebenarnya suka tengok scene Jeffri itu je. Curi-curi pandang.. diam-diam memerhati dan menyembunyikan rahsia hati. Macam sweet sangat.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ciktie.com/2022/09/takdir-cinta-yang-kupilih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Glenca Chysara Rendi Cinta Sampai Surga

Glenca Chysara Rendi Cinta Sampai Surga

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 128 hits
Glenca Chysara Rendi Cinta Sampai Surga Senyumanmu senyum paling indah di dunia Senyum paling tulus dan mulia Di hidupku sekarang Tertawamu tawa paling lepas di dunia Tawa paling kurasa bahagia Di umurku sekarang Di takdirku sekarang Cinta ...
Rizky Febian Makna Cinta Chord

Rizky Febian Makna Cinta Chord

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 185 hits
F G Am C ooo F Empagi hari menyapa dengan indah Dmku tersenyum melihat Am Bm Emkau masih lelap F Emsudah dengan berbagai cara Dmagar tak terlewatkan Am Bm Emhari yang indah Dm Am banyak hal yang tlah kita lewati A Gdi setiap harinya F Em de...
Setiap Hari Dapat Bunga Nasha Aziz Akui Sedang Dilamun Cinta

Setiap Hari Dapat Bunga Nasha Aziz Akui Sedang Dilamun Cinta

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 151 hits
Pelakon dan model terkenal Nasha Aziz mengakui sedang dalam proses mengenali seorang jejaka yang tidak mahu didedahkan identitinya Memetik laporan Utusan Online Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz berkata dia dan individu terseb...
Dia Menepati Lelaki Idaman Saya Nasha Aziz Akui Sedang Dilamun Cinta Terima Jambangan Bunga Setiap Hari

Dia Menepati Lelaki Idaman Saya Nasha Aziz Akui Sedang Dilamun Cinta Terima Jambangan Bunga Setiap Hari

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 141 hits
Baru baru ini tular mengenai sebuah hantaran video memaparkan pelakon dan model iaitu Nasha Aziz yang menerima sebuah jambangan bunga dipercayai pemberian daripada seorang jejaka di sebuah set pengambaran Enggan mendedahkan identiti jejaka ...
Maulana Ardiansyah Cinta Air Mata Chord

Maulana Ardiansyah Cinta Air Mata Chord

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 180 hits
Am G Em F GAm EmBiarkan air mata ini mengalir G Membanjiri agar tenggelam F G Amkenangan denganmuEm CAm EmKisah indah kita berdua Gtak mampu menghapus pilu G F G membuat sakit di hati tiada Am Em Amhenti F G Em Am GKasih begitu sadis dirimu...
Nia Ramadhani Dapat Surat Cinta Dari Mikhayla Usai Baca Ingin Jadi Ibu Lebih Baik

Nia Ramadhani Dapat Surat Cinta Dari Mikhayla Usai Baca Ingin Jadi Ibu Lebih Baik

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 117 hits
Nia Ramadhani mendapat surat cinta dari anak perempuannya Mikhayla Isi suratnya begitu menyentuh hati Setelah membacanya ibu tiga anak itu mengaku ingin menjadi ibu yang lebih baik lagi Simak ulasannya berikut ini
Arief Sia Sia Merajut Cinta Chord

Arief Sia Sia Merajut Cinta Chord

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 151 hits
Am G E AmAm G E Am F Dm E Am Gde rasnya air mataE Amtidak terbendung dalam dadaAm Gsa kit yang begitu sangatE Amitu yang selalu aku rasa Gtulusnya hati Ckau balas dengan dustaE Amtanpa berfikir aku terluka G Cbegitu tega dirimu menduaDm E w...
Drama Tunggu Dulu Cinta Di Tv1

Drama Tunggu Dulu Cinta Di Tv1

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 276 hits
Saksikan drama terbaru Tunggu Dulu Cinta yang akan menemui penonton mulai 14 September 2022 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 6 00 petang menerusi slot Widuri di TV1 atau boleh juga strim secara online di Drama 26 episod yang diadapt...
Kesan Dicucuh Rokok Akan Perdu Cinta Bawa Sampai Mati

Kesan Dicucuh Rokok Akan Perdu Cinta Bawa Sampai Mati

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 163 hits
KESAN DICUCUH ROKOK AKAN PERDU CINTA BAWA SAMPAI MATI Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum semua Hihi KISAH SILAM Ada Rasanya setiap kita ada cerita yang bermacam dalam hidupnya Lebih lama hidup lebih bany...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Comment On Tak Perlu Berpantang Lepas Bersalin By Pantang Bersalin Berapa Hari Blog Muhasabahtrading Dot Com

Comment On Pembekal Baja Bio Organik Felcra By Ps Goh

Comment On Pembekal Baja Bio Organik Felcra By Admin 2

Importance Of Drinking Water

The Helical Pearl House By A3 Projects In Ipoh Malaysia

Cops Tracking Down Duo Involved In Pasir Mas Shooting