Kesan Dicucuh Rokok Akan Perdu Cinta Bawa Sampai Mati
KESAN DICUCUH ROKOK AKAN PERDU CINTA BAWA SAMPAI MATI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. KISAH SILAM. Ada. Rasanya setiap kita ada cerita yang bermacam dalam hidupnya. Lebih lama hidup, lebih banyak cerita. Lebih banyak juga pengalamannya. Betul tak.
Aduh rasa macam jelas sangat memori kisah yang satu ini. Faktor yang menguatkannya adalah kerana ia sentiasa terlihat. Setiap hari. Setiap kali tengok cermin muka. Bukan dan tidak dendam. Sungguh. KESAN DICUCUH ROKOK.. AKAN PERDU CINTA BAWA SAMPAI MATI. Ini bukan kata-kata dendam tapi kesan dan parut yang ada.
GAMBAR HIASAN
PC cucu sulong belah mama dan babah. Sulong perempuan. Biasalah bila cucu sulong, perempuan, memang jadi perhatian. Lebih-lebih lagi belah babah. Termasuklah atok nenek sedara. Suka nak manjakan PC. Haha
Nak jadikan cerita, satu hari tu, ada atok dan nenek saudara PC datang rumah nyaei bawa anak bongsu mereka, maksudnya isteri tu adik nyaei dan suaminya tu adik ipar nyaei la. Anak mereka pangkat pakcik saudara pc kan. Haaa gitu. Mama babah pun datang rumah nyaei. Lama tak jumpa
Gurauan jadi bencana. Bila lama tak jumpa sembang pun rancak. Atok saudara PC ni jenis kuat hisap rokok. Tapi rokok daun. Sambil sembang sambil jari tu ligatlah gulung daun rokok yang dalamnya diletak tembakau dengan cengkih. Adoiiii. Besar-besar pulak tu rokoknya. Macam cerut. Sebatang dibakar dan dihisap.. sambung gulung lagi. Gulung banyak-banyak senang katanya. Ermmmm
Sambil gulung, mulut berasap, sambil juga gurau sakat PC. ''Eh budak mata bulat rambut maggie (pc la tu) ikut atok balik Johor yok, naik bas''. Ulang-ulang dia cakap. PC diam je duduk kat pangku babah. Hahaha. Nak jadikan cerita, babah tolong nyaei. Tinggal PC duduk main sendiri. Mama sembang kat dapur
Malang memang tak ada isyarat. Sekelip mata PC rasa ada benda panas ditusuk pada pipi PC. Kuat dan keras. Rupanya pakcik sedara PC tu, dia pegi bakar satu batang rokok daun tu, dia cucuh kat pipi PC. Punyalah cepat sampai atok sedara tu pun, bapak dia tak perasan tindakan anaknya. Meraung la PC separuh pengsan. Hal ni memang PC ingat sangat sebab PC dah masuk sekolah tadika walau masa tu umur 5 tahun. Fuhhh. Berguling PC. Rupanya pakcik sedara tu cemburu, dia ingat bapaknya betul-betul nak bawa PC balik ke Johor. Ermmmm. Padahal gurau je dan umur dia pun lebih dari PC. Jauh beza.
Kesan yang ada mungkin tidak separah dulu. Mungkin sedikit telah membaik dengan kosmetik lah.. namun tidak keseluruhannya hilang. Alhamdulillah.
NOTA PC : Kecik-kecik orang dah musuhi. Nasib dah tua tak jadi diva.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2022/09/kesan-dicucuh-rokok-akan-perdu-cinta.html