Takaful Malaysia Login Motor Insurans Car Insurance


Syarikat Takaful Malaysia Login Motor Insurans & Car Insurance

Syarikat Takaful Malaysia Berhad merupakan antara syarikat insurans yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Ianya ditubuhkan pada tahun 1981 dan mula beroperasi secara rasmi pada tahun 1985 dalam mengemukakan perkhidmatan takaful yang terkemuka di Malaysia.
Bukan itu sahaja, Takaful Malaysia ini juga adalah antara syarikat yang telah tersenarai di bawah Bursa Malaysia Securities Berhad dengan pegangan saham lebih jutaan billion dalam pasaran negara. 
Syarikat Takaful ini menyediakan pelbagai perkhidmatan insurans patuh syariah dalam memenuhi keperluan masyarakat terhadap kualiti hidup yang lebih baik dengan kewangan yang lebih stabil.
Syarikat ini memberi jaminan kepada pelanggannya dengan menawarkan jaminan insurans yang boleh meliputi semua aspek kehidupan termasuklah dari segi kesihatan, keselamatan, pelajaran dan banyak lagi. Strategi perlaksaan dan pemasaran Takaful Malaysia kini telah menjadikan syarikat ini pilihan utama rakyat Malaysia dalam perkhidmatan insurans.
Insuran Takaful Malaysia BACA SINI >> Medical card terbaik 2022: cara tips pilih insuran kesihatan BACA SINI >> Etiqa login: car motor takaful insurance online 1. Takaful Myclick Motor Takaful Myclick Motor ialah pelan Takaful Motor Persendirian Komprehensif yang memberi perlindungan terhadap kenderaan pelanggan sekiranya berlaku kerugian dan kerosakan melibatkan kebakaran, kehilangan, kecurian, kemalangan atau liabiliti kepada pihak ketiga.
Ia merupakan pelan ansuran tanpa faedah dengan perlindungan secara menyeluruh terhadap kenderaan pelanggan. 
Selain itu, TakafuL Myclick Motor juga menawarkan perkhidmatan program bantuan tepi jalan yang beroperasi 24 jam.
Bantuan ini termasuklah bantuan tunda kenderaan, pembaikan kecil, bantuan bateri, sokongan jumpstart dan penghantaran bahan api. 
Permohonan dan langganan Takaful my Click Motor boleh dibuat di laman sesawang https://online.takaful-malaysia.com.my/motor seperti pada Rajah di bawah ini. 
Insurans ini menawarkan perlindungan selama setahun dan mestilah memperbaharui sijil kenderaan pada setiap tahun.
2. Takaful Myclick Motor Flexisaver Takaful Myclick Motor Flexisaver ialah merupakan pelan perlindungan kenderaan am dan perlindungan harian bagi kerosakan dan kerugian kenderaan yang tidak disengajakan di jalan raya dengan mengaktifkan perlindungan harian.
Perlindungan ini meliputi pemandu dan penumpang secara keseluruhannya.
Pelan perlindungan ini sesuai bagi mereka yang kurang memandu dan memiliki beberapa buah kenderaan.
Kaedah pembayaran adalah bayar semasa ingin memulakan pemanduan. 
Permohonan perlindungan harian ini boleh dipohon melalui aplikasi dan laman sesawang “Click for Cover”.
Pemilik kenderaan yang berumur 18 tahun dan keatas boleh membuat permohonan untuk melanggan pelan ini.
Kenderaan yang didaftarkan ini mestilah kenderaan persendirian yang mempunyai jangka hayat 11 tahun dengan nilai pasaran antara RM70 ribu sehingga RM1.5 juta.
3. Takaful Myclick Motorcycle Ia merupakan pelan Takaful Motor Persendirian Komprehensif yang menyediakan perlindungan menyeluruh kepada penunggang motosikal sekiranya berlaku kemalangan, kebakaran atau kecurian serta liabiliti kepada pihak ketiga untuk kematian atau kecederaan badan dan kerugian harta benda.
Bukan itu sahaja, penunggang motosikal juga akan mendapat faedah tambahan seperti perlindungan kemalangan peribadi, liabiliti undang-undang kepada pembonceng, kemasukan peril khas, program bantuan tepi jalan 24 jam dan banyak lagi.
Perlindungan ini dikhususkan kepada motosikal persendirian yang berumur kurang daripada 16 tahun dengan kapasiti padu yang tidak melebihi 225cc.
Pelan ini ditawarkan kepada individu yang merupakan pemilik motosikal yang berumur 16 tahun dan ke atas.
Pelan ini merupakan pelan perlindungan selama setahun di mana pemilik motosikal perlu memperbaharuinya pada setiap tahun.
4. Takaful Travel Insurance Myclick PA Pelan insurans Takaful Myclick Travel PA ini merupakan pelan insurans takaful yang memberi perlindungan kepada pelancong untuk memastikan pelancong dapat melancong dengan tenang.
Perlindungan ini ditawarkan untuk mengurangkan bebanan para pelancong jika berlaku kejadian yang tidak diingini di tempat orang.
Perlindungan ini hanya tertakluk kepada perjalanan antarabangsa sahaja.
Perlindungan ini memberi manfaat melibatkan keadaan-keadaan seperti penerbangan tertunda, terlepas dan terbatal, kemalangan peribadi, kehilangan bagasi dan kesan peribadi, sekatan perjalanan, elaun hospital, kehilangan kad kredit, sekatan perjalanan dan banyak lagi.
Pelan perlindungan ini boleh dipohon oleh mana-mana individu yang memegang warganegara Malaysia, bermastautin di Malaysia dan memegang pas kerja Malaysia.
Kadar caruman adalah berdasarkan jenis kategori pelan, destinasi pelancong dan tempoh perlindungan. 
5. Takaful Myclick PA Pelan ini memberi perlindungan kepada mana-mana individu secara amnya jika berlaku kemalangan yang serius yang menjejaskan kewangan keluarga.
Ianya merangkumi semua jenis kemalangan.
Pelan ini merupakan antara pelan Takaful Myclick PA yang mampu milik ditawarkan kepada masyarakat. 
Pelan ini dikhususkan dengan memberi perlindungan sehingga RM10000 untuk pembedahan besar yang melibatkan kemalangan, perlindungan sehingga RM500 sehari bagi pendapatan hospital harian akibat kemalangan, perlindungan sehingga RM5000 bagi proses pemulihan setelah kemalangan dan perlindungan sehingga RM5,000 bagi bayaran balik perubatan.
Faedah yang ditawarkan sangat banyak dibawah pelan ini yang mana boleh mengurangkan beban kewangan pelanggan pelan insurans ini apabila berlaku perkara yang tidak diingini sehingga menelan jumlah kewangan yang besar.
6. Takaful Myclick Mediplus Pelan perlindungan Takaful Myclick Mediplus ialah pelan takaful yang memberi perlindungan dari segi keperluan kesihatan dan perubatan sepanjang hayat dan setiap masa.
Pelan ini memberi perlindungan sehingga RM300000 setahun kepada individu yang melanggan.
Pelan ini juga menjamin perlindungan tanpa had umur. Kos langgan juga minimal dan mampu milik.
Bukan itu sahaja, pelan insurans mendapat pengecualian daripada dikenakan cukai oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri.
7. Takaful Myclick Medicare Pelan Takaful Myclick Medicare ialah pelan perlindungan kesihatan yang menjamin perlindungan dari segi menjaga bil perubatan sehingga umur 85 tahun.
Perlindungan penuh ini diberikan kepada pesakit luar dan pesakit dalam sehingga RM100000 termasuklah kos yang melibatkan kos susulan dan kos pemulihan sehingga 90 hari dari tarikh keluar wad.
Penyakit-penyakit juga dilindungi di bawah pelan ini, sebagai contoh kanser, strok, sakit jantung dan banyak lagi.
8. Takaful Myclick Term Pelan Takaful Myclick Term ialah pelan yang memberi perlindungan bagi kejadian yang melibatkan kematian dan cacat kekal.
Ianya memberi perlindungan kewangan antara RM50,000 sehingga RM500,000.
Tempoh perlindungan adalah fleksibel bergantung kepada tahap kewangan pelanggan yang boleh mencecah sehingga 20 tahun.
Pelan ini ditawarkan kepada individu yang layak yang berumur 19 tahun sehingga 45 tahun.
Permohonan untuk langganan pelan ini boleh dibuat di laman portal rasmi Takaful Malaysia.
9. Takaful Myci Cover Pelan Takaful Myci Cover ini memberi perlindungan kepada individu yang menghidap penyakit kronik.
Lebih kurang 39 jenis penyakit kronik yang dilindungi dibawah pelan ini.
Ianya termasuklah kanser, penyakit jantung atau kegagalan buah pinggang.
Perlindungan kepada 39 jenis penyakit kritikal ini dilindungi dengan pemberian danayang diperlukan untuk rawatan tersebut serta sekaligus dapat meringankan beban kewangan individu.
Tempoh perlindungan ini adalah fleksibel sehingga 20 tahun.
Pemohon yang ini ingin memohon boleh membuat permohonan tanpa perlu membuat pemeriksaan kesihatan dan permohonan boleh dibuat di portal rasmi Takaful Malaysia.
10. Takaful Mymotor Takaful Mymotor ialah pelan insurans takaful yang memberi faedah perlindungan kenderaan yang mengalami kerugian, kerosakan dan liabiliti udang-undang pihak ketiga.
Terdapat dua (2) jenis perlindungan yang boleh dimanfaatkan daripada pelan ini iaitu manfaat perlindungan komprehensif dan manfaat perlindungan pihak ketiga.
Perlindungan tambahan yang ditawarkan dibawah pelan ini ialah termasuklah kerosakan cermin depan, liabiliti penumpang, bahaya khas disebabkan oleh cuaca semasa dan mogok dan rusuhan.
Senarai Promotion Takaful Malaysia Promo Code 2022 Individu yang ingin melanggan pelan insurans takaful bersama Syarikat Takaful Malaysia boleh dilanggan dengan mendapat promo seperti 10 peratus potongan langganan pelan insurans takaful secara atas talian.
Segala kod promo code seperti berikut boleh didapati di portal rasmi https://www.takaful-malaysia.com.my pada bahagian promosi.
Cara Menjadi Agen Takaful Malaysia Agen insurans ialah individu yang bertindak dalam pemasaran pakej insurans yang ditawarkan oleh syarikat insurans.
Berikut merupakan antara cara-cara untuk menjadi agen Takaful Malaysia;
Pemohonan untuk menjadi agen Takaful Malaysia boleh dibuat di laman sesawang https://www.takaful-malaysia.com.my seperti pada Rajah di atas ini. Pemohon perlu mengisi semua butiran yang diperlukan pada laman tersebut dan klik pada butang “Hantar” untuk mendaftar sebagai agen Pihak insurans akan menghubungi anda dan akan menerangkan serba sedikit berkenaan Takaful Malaysia. Seterusnya, pemohon perlu mendaftar dan menduduki peperiksaan PCE (Pre Contract Exam) secara atas talian di laman portal rasmi Malaysian Insurance Institute (MII). Pemohon perlu klik pada laman sesawang https://www.mii4u.org untuk mendaftar dan menduduki ujian tersebut seperti pada Rajah di bawah ini. Tujuan pemohon menduduki ujian ini adalah untuk memberi pendedahan kepada individu terhadap tugas-tugas agen insurans. Kemudian, bagi agen Syarikat Takaful Malaysia, pemohon perlu menduduki satu lagi ujian yang dikenali sebagai Takaful Basic Examination (TBE) secara online dengan melayari portal rasmi www.takafuleexam.com seperti pada Rajah di bawah ini dan perlu log masuk untuk daftar akaun di https://enroll.ibfimonline.com. Setelah lulus kedua-dua ujian yang wajib diduduki tersebut, pemohon akan mendapat nombor kod agen dan secara tidak langsung, pemohon akan menjadi agen insurans takaful yang berdaftar serta boleh mula untuk menjalankan perniagaan insurans takaful.  Senarai Takaful Malaysia Panel Workshop Berikut merupakan senarai panel workshop bagi Syarikat Takaful Malaysia mengikut negeri yang terdapat lebih daripada 200 workshop melalui link pautan ini, https://www.takaful-malaysia.com.my
Sumber Asal Yang Rasmi : Takaful Malaysia: Login Motor Insurans & Car Insurance
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mypt3.com/takaful-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Facebook Login Cara Daftar Akaun Fb Ads Business Malaysia

Facebook Login Cara Daftar Akaun Fb Ads Business Malaysia

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 228 hits
Facebook Login Cara Daftar Akaun FB Ads business malaysia dan download fb reels video Facebook merupakan laman rangkaian sosial yang menghubungkan pengguna dari seluruh pelusuk dunia Ia merupakan satu platform yang memberi manfaat secara pe...
Dasar Kereta Mahal Kereta Golongan Red Neck Di Amerika Mampu Di Beli Kaum Elit Di Malaysia

Dasar Kereta Mahal Kereta Golongan Red Neck Di Amerika Mampu Di Beli Kaum Elit Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 206 hits
Mula sekali tak kira siapa pun membentuk kerajaan dasar kereta mahal yang memiskinkan rakyat negara kita akan tetap kekal Tak kira zaman BN dulu ke zaman PH 22 bulan ke atau kembali kerajaan BN campur Bersatu dan PAS dasar kereta mahal ini ...
Mahiaddin Tidak Layak Jadi Pemimpin Di Negara Berbilang Kaum Seperti Malaysia

Mahiaddin Tidak Layak Jadi Pemimpin Di Negara Berbilang Kaum Seperti Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 101 hits
Tuduhan liar Pengerusi PN Mahiaddin Md Yasin yang mengaitkan PH dengan kumpulan Yahudi dan Kristian yang cuba mengambil alih Malaysia bukan saja menunjukkan keterdesakannya berikutan gabungan itu kian ditolak rakyat menjelang hari pengundia...
Ge15 Malaysia Goes To The Polls

Ge15 Malaysia Goes To The Polls

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 167 hits
Voters queuing since early morning at SJK Selayang Baru Gombak Selangor MUHAMAD SHAHRIL ROSLI The StarPETALING JAYA Some 21 1 million Malaysians will be casting their votes today in the 15th General Election Of the 21 173 638 voters in the ...
Pru15 Prasarana Tawar Tambang Percuma Buat Rakyat Malaysia

Pru15 Prasarana Tawar Tambang Percuma Buat Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 186 hits
Prasarana Malaysia Berhad menawarkan tambang percuma pada Sabtu sempena PRU15 bagi kesemua perkhidmatan di bawah kendaliannya Prasarana dalam kenyataan memaklumkan tambang percuma itu meliputi perkhidmatan Rapid KL Rapid Penang dan Rapid K
Aset Digital Kripto Yang Berpotensi Terbaik Di Malaysia Pada Masa Kini

Aset Digital Kripto Yang Berpotensi Terbaik Di Malaysia Pada Masa Kini

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 183 hits
Nucleus Token adalah token yang dilahirkan di Malaysia pada 28 September 2022 oleh 11 anak muda yang begitu komited untuk mengembangkan komuniti pemegang aset digital kripto Nucleus Token ini ke seluruh dunia Nucleus Token adalah Token Mala...
Ph Bn Alliance Offers Malaysia Its Best Chance To Build Back

Ph Bn Alliance Offers Malaysia Its Best Chance To Build Back

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 148 hits
From Ibrahim M AhmadA long wait spanning two dozen years may be about to end as Anwar Ibrahim stands on the cusp of becoming Malaysia s 10th prime minister Yet for that to happen the secret pact between him and Umno president Ahmad Zahid Ha...
25 Gelagat Artis Malaysia Keluar Mengundi Pru15 Dengan Posting Jari Bercalit Dakwat

25 Gelagat Artis Malaysia Keluar Mengundi Pru15 Dengan Posting Jari Bercalit Dakwat

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 207 hits
Kehangatan bahang Pilihan Raya Umum Ke 15 dirasai apabila ramai rakyat berpusu pusu keluar menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada tanggal 19 November 2022 Dari awal pagi kebanyakan artis berkongsi gambar dengan jari bercalit ...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Wish List April 2024

Sentiasalah Mengharapkan Rahmat Redha Allah

Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun