Tak Tular Ketika Hidup Tapi Kisahnya Mencuri Perhatian Saat Dia Pergi






"Menghafaz Hingga Hujung Nyawa: Nurly Shahirah dan Mushaf Tulisan Tangannya" 




Dalam tragedi nahas bas UPSI yang meragut 15 nyawa pelajar, satu nama terus hidup dalam ingatan ramai, Allahyarhamah Nurly Shahirah binti Azman.


Seorang anak muda yang bukan sekadar pelajar, tetapi seorang hafizah yang telah menghafaz 30 juzuk al-Qur'an.


Lebih mengagumkan, beliau menulis semula satu mushaf lengkap dengan tangannya sendiri, sebagai sebahagian dari latihan hafalannya, dikenali sebagai tahriri.


Menulis al-Qur'an bukan perkara biasa. Ia bukan tugasan yang diminta, tetapi pilihan yang dibuat. Setiap huruf ditulis perlahan, disemak, diulang.


Setiap baris adalah usaha mengukuhkan ingatan dan mencantumkan hati dengan wahyu. Dalam dunia yang serba laju, tahriri adalah bentuk ibadah yang sangat perlahan tapi penuh makna.


Tulisan Nurly kemas dan rapi. Ia mencerminkan hati yang sabar dan tekun. Dalam ribuan remaja yang sibuk dengan media sosial dan hal duniawi, dia memilih jalan lain iaitu menulis firman Tuhan.


Ini bukan pencapaian biasa. Ini adalah bentuk cinta terhadap al-Qur'an yang sangat luar biasa.


Ada saksi yang menyebut bau harum di tempat kejadian. Media pula berulang kali menghubungi ahli keluarganya bertanyakan apakah amalan arwah.


Jawapannya ringkas, “Dia tak pernah tinggal ulang hafalan. Hari-hari ada al-Qur’an di tangannya.” Jawapan itu pun sudah cukup membuat hati kita bergetar.


Dalam diam, dia mengumpul pahala yang mungkin ramai tak perasan. Tak tular ketika hidup, tapi kisahnya mencuri perhatian saat dia pergi.


Dan pemergiannya ini menyedarkan kita, bahawa hidup bersama al-Qur'an akan sentiasa memberikan bekas pada diri, pada jiwa, dan pada insan yang tinggal.


Bayangkan. Beliau pergi dalam perjalanan ilmu, dalam keadaan menjaga hafalan, dan dikhabarkan ada mushaf tulisan tangan bersamanya.


Dan menurut gurunya, beliau sering minta diuji hafalan secara rawak. Tak pernah tinggal murajaah. Tidak hairanlah dia diambil dalam keadaan yang sangat indah.


Hari ini, ramai terinspirasi dengan kisahnya. Gambar mushaf tulisan tangan itu menjadi tular, bukan kerana cantik semata, tetapi kerana ia hidup.


Ia ada roh seorang pejuang yang memelihara kalam Allah dengan seluruh jiwa dan raga.


Semoga kita semua ambil semangat ini. Mungkin kita tidak mampu tulis satu mushaf, tapi kita masih mampu buka kembali helaian yang sudah lama ditinggalkan.


Masih ada masa untuk kembali menyentuh al-Qur’an bukan sekadar dengan jari, tetapi dengan hati.


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ


Maksudnya: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah keadaannya dan maafkanlah dia.


Doa ini diajar oleh Rasulullah SAW ketika menerima berita kematian, sebagai ungkapan redha dan doa buat si mati. Semoga Allah mengampuni dan merahmati mereka yang telah pergi.


Al-Fatihah buat adik Nurly Shahirah dan semua mangsa yang terkorban dalam tragedi ini. Semoga mereka dihimpunkan bersama para solihin dan dijadikan ahli syurga yang diredai.


Dan buat kita yang masih diberi nyawa, ayuh kembali hidupkan hubungan dengan al-Qur'an. Biar sedikit, tapi konsisten. Biar lambat, tapi istiqamah.


Akhirnya, kita tak tahu dengan amalan apa kita akan pergi. Tapi Nurly Shahirah telah memberi jawapan. Dia pergi dengan al-Qur’an di dada dan di tangannya.


Kredit gambar dan status: Saudara  Najmuddin Azman dan gurunya. 


Amin ya Rabb.


Credit..mazlan syafie






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/tak-tular-ketika-hidup-tapi-kisahnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Orang Kurang Upaya Dilaporkan Hilang Ketika Mandi Di Sungai Kuantan Dekat Kampung Tanah Putih

Lelaki Orang Kurang Upaya Dilaporkan Hilang Ketika Mandi Di Sungai Kuantan Dekat Kampung Tanah Putih

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 219 hits
KUANTAN Lelaki Orang Kurang Upaya dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Kuantan dekat Kampung Tanah Putih di sini hari ini Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Zulfadli Zakaria berkata berdasarkan maklumat awal ma...
Kecoh Tular Kisah Abang Santan Curang Ketika Bini Dalam Pantang Kali Ini Taste Janda Vintage Pula

Kecoh Tular Kisah Abang Santan Curang Ketika Bini Dalam Pantang Kali Ini Taste Janda Vintage Pula

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 260 hits
Belum habis kehangatan kisah mengenai guru wanita di Melaka yang 8216 kantoi 8217 menjalinkan hubungan bersama seorang lelaki bergelar suami orang tular pula mengenai kisah kecurangan peniaga santan yang viral di Kulai Satu Kulai kecoh apab...
Tak Kahwin Tapi Berkepit Macam Orang Dah Kahwin Reaksi Riena Diana Marah Ketika Diaju Soal Kahwin Jadi Tumpuan

Tak Kahwin Tapi Berkepit Macam Orang Dah Kahwin Reaksi Riena Diana Marah Ketika Diaju Soal Kahwin Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 169 hits
Pelakon terkenal Riena Diana menjadi tumpuan netizen selepas dilihat seakan hilang sabar apabila berulang kali diajukan soalan mengenai status hubungannya sama ada sudah berkahwin atau masih bujang Dalam satu sesi siaran langsung bersama te...
Badut Sarkas Dalam Kkm Tahun 2025 Tapi Masih Hidup Dalam Penipuan Dan Lakonan

Badut Sarkas Dalam Kkm Tahun 2025 Tapi Masih Hidup Dalam Penipuan Dan Lakonan

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 281 hits
Dr Ahmad FadliKatanya KKM cukup staf Semua OK Tak ada isu besar 2025 kot Bukan zaman Jahiliah zaman batu Rakyat dah makin sakit staf kesihatan makin lunyai tapi ada yang masih berlakon macam semua cantik dan sempurna Ingat tak Mantan Ex DG ...
Kahwin Tu Real Semua Perangai Sebenar Keluar Tapi Seronok Dapat Hidup Bersama

Kahwin Tu Real Semua Perangai Sebenar Keluar Tapi Seronok Dapat Hidup Bersama

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 165 hits
Pernah tak anda rasa masa bercinta semuanya indah manis dan macam dalam cerita Suami atau isteri anda nampak sempurna romantik tahap maksimum buat hati meleleh leleh Tapi bila dah kahwin baru lah rahsia sebenar keluar satu per satu macam ai...
Dah Iras Fizie Dan Susanti Comel Je Tular Video Hafidz Roshdi Dan Isteri Berlakon Bersama Ketika Remaja

Dah Iras Fizie Dan Susanti Comel Je Tular Video Hafidz Roshdi Dan Isteri Berlakon Bersama Ketika Remaja

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 169 hits
Tular di media sosial baru baru ini mengenai satu video drama berjudul Gulai Labu Ikan Masin terbitan RTM sekitar tahun 2010 yang lalu Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila pelakon sensasi Hafidz Roshdi yang pada ketika itu masih ...
Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 329 hits
Rasa rendah apabila membaca luahan hati abang kepada mangsa nahas bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berkongsi keistimewaan mengenai adiknya Siapa sangka gadis yang bakal bergelar guru pendidikan khas ini rupanya seorang ya...
Rakyat Marah Tapi Undi Tetap Sama Lu Fikir La Apa Logik Dia

Rakyat Marah Tapi Undi Tetap Sama Lu Fikir La Apa Logik Dia

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 269 hits
Setiap kali lepas pilihan raya kita dengar benda yang sama Eh Kenapa yang tu menang lagi Rakyat dah marah kot takkan masih undi dia jugak Takde calon lain ke weh Tapi peliknya walau ramai bising hasil tetap sama Yang dulu dulu masih naik ba...
Rupa Tak Cantik Tapi Rasa Sangat Sedap

Rupa Tak Cantik Tapi Rasa Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 280 hits
Assalamualaikum First time buat malam tadi jadi ke Jadi laaaaaa cumanya rupa x cantik je hahaha masa SA masukkan dalam mangkuk dessert rupa paras dia x cantik first time buat kan jenuh uiii masa kacau dan kaup balik dalam periuk SA kacau da...
Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Serba Bisa Di Satu Aplikasi Intip Semua Kelebihan Brimo Untuk Aktivitas Sehari Hari

Komandan Brimob Diberhentikan Tidak Dengan Hormat Terlibat Insiden Maut Ojek Online

Isham Jalil Cubaan Ban Akaun Tiktok

Rasa Baru Boleh Berangkak

Hiburan Peniaga Bunga Dedah Bapa Dua Beradik Lemas Pinjam Wang Sebelum Tragedi Nak Sambut Birthday

Hidayah Allah Itu Mahal Nilainya

Terung Buat Pc Menangis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Harap Pada Manusia Haraplah Hanya Pada Allah

File 168 Memang Df Singgah Blog Setahun Sekali Eh

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Jangan Timbulkan Fitnah

Sabah Fc X Adidas Perkenal Jersi Baru Musim 2025 2026