Tak Setuju Dengan Larangan Merokok Di Kedai Makan


Berita yang saya baca dari laman web sinar harian adalah tentang larangan merokok di tempat makan.
 
Seperti yang kita sedia maklum, bermula 1 Januari 2019 peraturan larangan merokok akan dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka. Dengan larangan itu, perokok yang ditahan di kawasan larangan akan didenda RM10,000 dan pengusaha makanan yang tidak mematuhi larangan ini boleh didenda RM2,500.
 
Info grafik ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada peraturan yang ingin dikuatkuasakan.

Kemudian berita yang bertarikh 12 November 2018 pula melaporkan terdapat pengusaha restoran yang tak bersetuju dengan peraturan tersebut.
 
Ini berita yang dimaksudkan.

Pengusaha restoran bantah larangan merokok KUALA LUMPUR – Lebih 20,000 pengusaha restoran di bawah tiga persatuan, tidak menyokong arahan Kementerian Kesihatan mengenai peraturan larangan merokok di semua premis makanan berkuat kuasa 1 Januari.
Tiga persatuan itu adalah Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas).
Presiden MSCSPGA Datuk Ho Su Mong berkata larangan merokok di restoran atau premis makanan terbuka itu adalah tidak realistik dan tiada usaha oleh pihak berkuasa untuk menghentikan amalan merokok oleh perokok.
Beliau berkata kerajaan tidak seharusnya mengenakan larangan merokok di restoran atau premis makanan terbuka melainkan ia memperkenalkan zon merokok atau kamar kecil untuk merokok seperti di negara maju iaitu di Jepun dan Singapura.
“Kamar kecil zon merokok yang transparensi ini boleh memastikan pelanggan yang tidak merokok, tidak terjejas dengan asap, ia hanya membenarkan beberapa orang perokok sahaja. Cara ini kita boleh memastikan atmosfera bersih dan bebas daripada asap,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pada awal September, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata bermula 1 Januari 2019 peraturan larangan merokok akan dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka. Dengan larangan itu, perokok yang ditahan di kawasan larangan akan didenda RM10,000 dan pengusaha makanan yang tidak mematuhi larangan ini boleh didenda RM2,500.
Walaupun pengusaha makanan membantah peraturan larangan ini, Ho berkata ia tidak bermakna persatuan itu menggalakkan pelanggan mereka merokok tetapi menegaskan setiap individu mempunyai hak.
Ho berkata beliau telah mengutus surat kepada kementerian untuk mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian terbaik melalui kaedah menang-menang berhubung perkara itu.
Sementara itu, Presiden Primas T. Mutusamy berkata mengharamkan merokok di restoran atau premis makanan akan menjejaskan pendapatan mereka kerana hampir 40 peratus pelanggan adalah perokok.
Beliau berkata kerajaan harus mengambil kira kesan dan kebajikan pengusaha makanan apabila melaksanakan larangan merokok itu dan berharap kerajaan akan menimbang semula keputusannya untuk menguatkuasakan larangan merokok di semua premis makanan. – Bernama

Saya rasa macam ada yang tak kena, kalau usaha seperti ini tidak mendapat tentangan atau bantahan dari mana-mana pihak. Akhirnya, yang dinanti-nantikan muncul juga akhirnya.
 
Ada juga pemilik restoran yang bersuara, dan menyatakan pendapat masing-masing mengenai impak yang bakal mereka hadapi apabila larangan tersebut dikuatkuasakan.
 
Saya tertanya-tanya juga, tentang perihal dimana pemilik premis perniagaan akan dikenakan denda RM2,500 jika tidak mematuhi larangan ini. Bagaimana kalau ada pelanggan yang degil, tetap nak merokok dalam kedai, adakah dengan kedegilan pelanggan yang satu ini, akan menyebabkan pemilik kedai tu dikenakan tindakan denda juga?
 
Pemilik restoran dan para peniaga ni, seharusnya tak perlulah terlalu risau dengan larangan ini. Setidak-tidaknya, bagi peluang untuk kita lihat terlebih dahulu, apa kesan yang bakal timbul.
 
Kenapa mereka begitu yakin, yang dengan adanya perlaksanaan peraturan ini, perniagaan mereka akan terus terjejas teruk? Apakah di Malaysia ini, majoriti penduduknya adalah perokok?
 
I don’t think so.
 
Saya membaca berita dari Astro Awani, dan menurut Ahli Lembaga Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Dr Siti Nurbaya Shahrir, bilangan perokok di Malaysia adalah sekitar 21% sahaja.
 
Ini bermakna, ada 79% penduduk di Malaysia tidak merokok. Saya pernah tulis sedikit pendapat saya sebelum ini menerusi artikel sebelum ni yang berjudul Denda maksimum RM10 ribu jika merokok di tempat awam!
 
Orang yang merokok ni, biasanya dia akan hisap rokok sama ada ketika
Menunggu makanan disiapkan Selepas habis makan  
Mungkin ada pelanggan yang akan hisap rokok sementara tunggu, dan selepas makanan habis dijamah. Tapi yang ini jarang berlaku. Maklumlah, nak jimatkan rokok. Rokok kan dah mahal sekarang. Kalau ada yang buat juga, mungkin dia akan hisap rokok yang sama.
 
Hisap dalam dua atau tiga kali sedut, lepas tu padamkan api. Sambung lepas dah habis makan pula. Tapi itu bukan point yang saya nak ketengahkan kat sini.
 
Bila makan dekat luar, saya perhatikan kebanyakkan perokok ini akan hisap rokok selepas habis makan. Waktu tu orang lain baru nak mula makan, si perokok ni dengan langsung tak pedulikan keadaan sekeliling akan mula hisap rokok dan asap rokok tu dia biar sahaja kena pada orang lain.
 
Saya kira, dengan adanya peraturan ini nanti, para perokok yang nak merokok tu nanti boleh segera beredar lepas habis makan. Dia boleh hisap rokok dekat mana-mana kawasan yang tak diwartakan sebagai kawasan larangan.
 
Tempat dia duduk tu nanti, orang lain boleh guna untuk makan disitu.
Pelanggan yang selama ini, terpaksa tapau sebab tak tahan dengan perokok, boleh makan di kedai makan dan restoran.
 
Pada waktu ini, saya tetap yakin, perniagaan anda akan bertambah baik, apabila geng-geng perokok ini nanti dah tak boleh merokok di kedai makan. Mereka akan tetap datang dan makan. Macam mana pun, setiap hari kena makan dan perut tu perlu diisi.
 
Cuma bezanya sekarang ini, dia dah tak boleh hisap rokok disitu. Itu sahaja. Kalau sebelum ini, kedai anda ramai orang pun, boleh jadi sebab orang ramai datang melepak sambil hisap rokok sahaja.
 
Sepatutnya satu meja, boleh clear dalam masa 30 – 40 minit. Tapi disebabkan adanya pelanggan yang melepak dan hisap rokok disitu, dua jam pun masih tak balik-balik lagi. Pernah tengok, apa yang dia beli?
 
Jangan-jangan cuma order air semata-mata.
 
Padahal dalam dua jam tu, kalau anda terima pelanggan yang datang sebab nak makan semata, boleh dapat sekurang-kurangnya 4 kumpulan pelanggan yang berbeza.
 
Apa pun, kita lihatlah nanti apa keputusannya. Saya menyokong usaha ini. Lagipun, saya tak merokok dan saya dah bosan dengan perokok yang tak bertimbang rasa mengotorkan udara kat sekeliling saya.
 
Saya juga ada hak. Saya juga ada hak untuk menikmati udara yang bersih dan bebas dari bahan kimia yang terhasil dari asap rokok.
 
Kepada pemilik restoran, saya berpendapat, daripada anda risau mengenai peraturan dan larangan ini akan menyebabkan pelanggan anda lari, saya kira lebih baik anda risau tentang kualiti dan rasa makanan yang dijual dikedai anda. Kalau makanan yang dimasak tu memang sedap, dan harga juga berpatutan, pelanggan tak akan lari.
 
 
The post Tak setuju dengan larangan merokok di kedai makan appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/tak-setuju-dengan-larangan-merokok-di-kedai-makan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Kompromi Larangan Rokok Di Tempat Makan Menteri

Tiada Kompromi Larangan Rokok Di Tempat Makan Menteri

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 274 hits
Kementerian kesihatan tidak akan berkompromi dengan desakan mana mana pihak yang membantah larangan merokok di semua restoran dan premis makanan Menurut menterinya Dr Dzulkefly Ahmad tugas kementerian adalah memastikan tempat makan yang sel...
Presiden Pafa Tak Berani Makan Di Kedai Penyokong Buat Karangan Menyedihkan Malangnya Netizens Tibai Balik Kaw Kaw

Presiden Pafa Tak Berani Makan Di Kedai Penyokong Buat Karangan Menyedihkan Malangnya Netizens Tibai Balik Kaw Kaw

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 934 hits
Nampaknya serangan maya yang diterima oleh Hasnul Zulkarnain Abd Munaim Presiden PAFA berjangkit kepada penyokongnya pula Seorang individu yang dikenali sebagai Muhammad Faeez Azahar diserang bertubi tubi sejak ahad selepas menulis surat te...
Keputusan Muktamad Larangan Merokok Di Premis Makanan Bakal Dilaksanakan

Keputusan Muktamad Larangan Merokok Di Premis Makanan Bakal Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 276 hits
Jika sebelum ini keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengeluarkan arahan larangan merokok di semua premis makanan telah mendapat tentangan dan desakan daripada beberapa pihak melalui keputusan yang terbaru Menteri Kesihatan telah...
Larangan Merokok Di Semua Premis Termasuk Restoran Bermula 1 Januari 2019

Larangan Merokok Di Semua Premis Termasuk Restoran Bermula 1 Januari 2019

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 960 hits
Assalamualaikum LARANGAN MEROKOK DI SEMUA PREMIS TERMASUK RESTORAN BERMULA 1 JANUARI 2019Dah boleh tarik nafas lega sebab bermula 1 Januari 2019 semua premis makanan termasuk restoran terbuka seperti mamak kedai kedai tomyam dan warung waru...
Vape Shisha Tidak Termasuk Dalam Peraturan Larangan Merokok

Vape Shisha Tidak Termasuk Dalam Peraturan Larangan Merokok

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 308 hits
Rokok elektronik dan shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasakan pada 1 Jan 2019 kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Beliau bagaimanapun berkata kementerian masih ...
Perdana Menteri Kanada Melawat Kedai Makan Di Singapura Dan Apa Dia Buat Mengejutkan Ramai Orang

Perdana Menteri Kanada Melawat Kedai Makan Di Singapura Dan Apa Dia Buat Mengejutkan Ramai Orang

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 342 hits
Perdana Menteri Kanada Melawat Kedai Makan Di Singapura Dan Apa Dia Buat Mengejutkan Ramai OrangPerdana Menteri Kanada Melawat Kedai Makan Di Singapura Dan Apa Dia Buat Mengejutkan Ramai Orang
Hak Sebagai Pengguna Di Kedai Makan Dan Restoran

Hak Sebagai Pengguna Di Kedai Makan Dan Restoran

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 633 hits
Sesetengah orang dia memang jarang makan dekat luar Biasanya dia akan masak sendiri untuk seisi keluarga Ada pula sesetengah keluarga yang terbalik Dia memang jarang masak sendiri Sebaliknya lebih suka makan diluar Makan dekat luar atau mak...
Senarai Kedai Makan Di Melawati Mall

Senarai Kedai Makan Di Melawati Mall

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 1316 hits
Senarai Kedai Makan Di Melawati Mall Tadi baca keywords search dekat dashboard blog ada yang mencari senarai kedai makan dalam Melawati Mall Ada juga cari keyword resepi kek coklat kukus brownies viral dan juga review Diah tentang Air fryer...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game