Presiden Pafa Tak Berani Makan Di Kedai Penyokong Buat Karangan Menyedihkan Malangnya Netizens Tibai Balik Kaw Kaw


Nampaknya serangan maya yang diterima oleh Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, Presiden PAFA berjangkit kepada penyokongnya pula.

Seorang individu yang dikenali sebagai Muhammad Faeez Azahar diserang bertubi-tubi sejak ahad selepas menulis surat terbuka mengenai Presiden PAFA yang disifatkannya banyak berkorban bagi membantu Perak memenangi Piala Malaysia.

Apa yang paling kelakar dalam surat terbuka itu ialah respon-respon dari netizens yang nampaknya 'i don't give a damm fuck' terhadap luahan panjang lebar itu.

via GIPHY

Kebanyakan dari netizens itu mempertikaikan luahan itu dengan cara kasar dan menyindir. Sesetengahnya pula mempersoalkan adakah sekeping tiket percuma ialah nilai Faeez. Ini berikutan gambar beliau dengan tiket percuma yang diberikan oleh Hasnul turut disebarkan netizens bagi menyindir luahan itu.


Tangkaplayar oleh Alan ShahRespon netizens;


Walaupun ada respon yang positif di post tersebut tetapi respon yang mengkritik terlalu banyak sehingga menguasai thread itu. Hampir sahaja tidak kelihatan ataupun tenggelam dek respon negatif yang membanjiri diruangan komen. Faeez bagaimanapun tidak membalas balik semua kecaman yang diterima ke atasnya mahupun ke atas Hasnul.

Berikut adalah luahan Faeez seperti yang dipetik dari dinding Facebooknya;

Aku antara orang yang terawal yang kamu tanya sebaik sahaja ditawarkan memegang jawatan yang sangat mencabar itu walau aku ni bukanlah siapa-siapa. Aku memberi pandangan aku dari sudut negatif dan positif, cabaran dan nilai tambah apabila kamu memegang jawatan itu. Namun secara kesimpulannya aku bersetuju kamu sahut cabaran itu.

Di awal kamu mengambil alih dan menyusun kepimpinan, aku antara yang tidak bersetuju. Tetapi aku yakin kamu punya asas tersendiri dalam menyusun team yang akan mengharungi cabaran besar. Kamu buat tindakan yang tidak popular dan mewujudkan kemarahan pada penyokong yang kononnya kamu mahu merosakkan serta menjatuhkan pasukan dan cuba mempolitikkan persatuan. Sedangkan kamu tidak melantik seorang pun orang parti kamu dalam persatuan walaupun dicadang dan dinasihatkan oleh kami. Tidak seperti kebiasaan sebelum ini yang akan melantik orang politik untuk menguatkan pengaruh dalam persatuan terutama jawatan pengurus dan penolong pengurus. Tetapi kamu tidak berbuat demikian, aku faham niat kamu, kamu mahu melihat persatuan ini bebas dari unsur politik kepartian dan kamu cuba menyatukan barisan exco yang punya kerencaman ideologi politik.

Cabaran kamu lebih besar apabila beberapa perlawanan awal, pasukan Perak gagal mencipta kemenangan, ia membuatkan kemarahan penyokong memuncak dan serangan kepada kamu bertubi-tubi tanpa belas kasihan dan tidak sekelumit ruang yang diberikan untuk kamu buktikan kemampuan memimpin pasukan. Setiap posting kamu di Facebook pasti diserang walaupun posting kamu tidak ada kaitan dengan bolasepak. Aku tak boleh lupa keadaan di mana kamu sampai satu tahap tidak berani makan di kedai, hanya bungkus makan dalam kereta, hanya kerana tindakan kamu menstrukturkan kepimpinan persatuan.

Kamu menceritakan bagaimana cabaran kamu memimpin persatuan. Kamu perlu memikirkan sumber dana persatuan yang memakan jutaan ringgit disetiap bulan bagi membiayai pasukan. Ia lebih mencabar apabila Kerajaan Negeri Perak menggesa PAFA untuk mencari sumber lain dan tidak bergantung kepada dana daripada kerajaan serta syarikat kerajaan (GLC) seperti kebiasaan. Tetapi kamu optimis untuk buktikan kemampuan kamu walaupun orang diluar tidak mengetahui kesukaran kamu ini.

Di awal kancah Piala Malaysia, kamu diserang lagi apabila prestasi pasukan terumbang ambing. The Bos Gaurus gagal untuk menunjukkan prestasi yang terbaik. Sehingga ramai yang gelakkan kamu kerana kamu target Perak akan ke Final. Stadium mula kosong, ramai yang memboikot kerana kemarahan terhadap PAFA terutama kamu kerana mereka menganggap kamu wujud di dalam PAFA hanya bertujuan untuk merosakkan pasukan. Tetapi kamu tetap optimis, kami tidak miss untuk datang ke stadium memberikan sokongan kepada pasukan walaupun pada ketika itu prestasi agak terumbang ambing.

Game demi game, Perak langkah dengan perlahan hinggalah berjaya melangkah ke suku akhir. Di peringkat itu, kamu masih gagal untuk meyakinkan penyokong, stadium masih lengang dari teriakan penyokong. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Perak berjaya melangkah ke peringkat seterusnya iaitu separuh akhir, dan pada ketika itu geng-geng yang menggerakkan boikot sudah kembali nampak jalan ke stadium. Perak telah menunjukkan aksi yang sangat meyakinkan apabila berjaya menewaskan Sabah 5-0 di Stadium Perak.

Walau baru menghadapi separuh akhir pertama, rakyat dan penyokong Perak telah meletakkan keyakinan yang tinggi untuk mara ke final. Semua telah bersedia untuk ke Stadium Shah Alam. Masing-masing telah menempah bas dan mencetak baju termasuklah yang boikot dan protes sebelum ini. Aku berkongsi kegembiraan bersama kamu ketika itu kerana penyokong telah mula lupa terhadap kemarahan mereka kepada kamu walaupun dulu kamu dianggap orang bertujuan untuk merosakkan pasukan. Alhamdulillah!! Perak berjaya mencatatkan keputusan seri 2-2 dan layak ke Final Piala Malaysia setelah sekian lama menunggu.

Di perlawanan akhir adalah paling mendebarkan namun Perak berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi hingga mencapai kemenangan mengalahkanTerengganu menerusi penentuan sepakan penalti. Aku tahu, kamu adalah antara insan yang paling gembira atas kemenangan ini. Bukan kerana sumbangan kerdil kamu dalam membentuk pasukan, tetapi kemenangan ini telah menafikan fitnah dan dakwaan kononnya kamu ini wujud hanya untuk merosakkan pasukan. Alhamdulillah kamu berjaya mencapai target kamu untuk mara ke Final dan lebih manis, Perak berjaya menjadi juara!

Sebaik kemenangan, telah mula suara-suara yang mempertikai kamu kerana mereka mengatakan kemenangan ini adalah hasil daripada usaha kepimpinan terdahulu. Hahaha.. Kesian kamu, waktu kalah, orang kata ini adalah salah kamu. Tapi bila menang, orang kata ini jasa orang dulu.. Namun kamu tetap relax dan kamu telah keluar kenyataan dengan menegaskan kemenangan ini adalah kemenangan bersama, ia adalah hasil usaha kepimpinan terdahulu dan kamu hanya meneruskan usaha tersebut hingga mencapai kejayaan. Aku tahu betapa akrabnya kamu dengan kepimpinan terdahulu walau berbeza parti. Kamu telah menghargai mereka sehingga ke hari ini.

Di atas kemenangan itu, aku tahu kamu terlalu gembira hingga kamu melakukan perkara yang diluar dari kebiasaan kamu. Aku tahu itu cara kamu meluahkan kepuasan di atas ujian yang kamu hadapi sebelum ini. Tindakan kamu itu telah melahirkan rasa tidak puas para penyokong. Penyokong telah meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap tindakan kamu walaupun kamu telah memohon atas kekhilafan itu.

Kemarahan semakin memberontak, kamu telah dikecam teruk di seluruh negara melalui laman sosial. Setiap minit kamu diserang dengan pelbagai kata-kata nista. Bukan hanya kamu, isteri, anak dan keluarga terdekat kamu turut menjadi sasaran. Kata-kata yang mengerikan dapat aku baca tanda marah mereka terhadap kamu.

Kemarahan penyokong tidak henti hingga telah lupa kejayaan pasukan. Dan seolah terus dibakar dan terus disemarakkan. Kamu mula didesak untuk melepaskan jawatan. Nombor telefon kamu disebar merata alam. Facebook kamu diserang setiap masa. Malah isteri kamu turut menghadapi nasib yang sama hingga tidak mampu menghadapinya seterusnya isteri kamu bertindak untuk deactive akaun facebooknya dan Facebook kamu.

Kamu telah mengambil keputusan untuk menghilangkan diri bagi kamu menenangkan diri, telefon kamu tidak lagi diaktifkan kerana serangan bertubi-tubi telah dilancarkan. Aku pun tidak tahu apa keadaan kamu dan dimana kamu berada. Keluarga terdekat kamu juga tidak tahu kamu dimana.

Kain rentang dengan pelbagai perkataan telah dinaikkan di seluruh negeri. Presiden Pafa out! Jangan Jadi Babi! Letak jawatan! Macam-macam perkataan yang aku baca. Ngeri bila membacanya. Seolah kamu telah membuat tindakan pecah amanah dan songlap serta menggadai pasukan. Sedangkan kesalahan kamu hanya dari sudut etika, bukan bertindak mengkhianati dan pecah amanah. Tetapi apakan daya, kamu terpaksa hadapinya.

Ya, kesilapan akan berlaku sekiranya kita terikut-ikut dengan emosi, dengan emosi kadangkala kita akan lakukan perkara yang kita tidak jangka sama ada emosi terlalu gembira mahupun tersangat sedih.

Namun, tindakan yang didesak berdasarkan emosi dan kemarahan tidak semestinya akan melahirkan satu keputusan yang terbaik. Ia hanya akan menggembirakan mereka yang mendesak atas emosi dan kemarahan, tetapi ia tidaklah pasti memberi impak yang positif hatta barangkali akan melahirkan episod baharu yang barangkali lebih mencabar selepas daripada ini.

Aku harap kamu sabar dengan ujian ini. Aku yakin dan tahu masih ramai yang bersikap rasional dan memberi sokongan kepada kamu. Tetapi mereka tidak mampu menzahirkan sokongan itu kerana mereka sendiri akan turut mendapat nasib yang sama seperti kamu. Mereka bersama kamu bukan kerana menyokong kekhilafan yang kamu lakukan, tetapi mereka memikirkan perkara yang lebih holistik dalam kes ini.

Tak apalah bro, sekurang-kurangnya kamu dah berjaya capai target kamu dah buktikan kamu bukanlah seperti yang didakwa sebelum ini. Aku tahu betapa sayangnya kamu pada pasukan, aku tahu betapa bersungguhnya kamu untuk membina pasukan termasuklah apa yang kamu kongsikan tentang peracangan kamu membina pasukan mantap musim hadapan.

Stay strong sahabatku, bossku!

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
Catatan perjalanan dari Parit Buntar ke Ipoh

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2018/11/presiden-pafa-tak-berani-makan-di-kedai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyokong Bola Sepak Perak Desak Presiden Pafa Letak Jawatan

Penyokong Bola Sepak Perak Desak Presiden Pafa Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 483 hits
MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR 04 November 2018 12 51 PM IPOH Penyokong tegar bola sepak Perak mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Perak Hasnul Zulkarnian Abd
Presiden Pafa Enggan Tunduk Desakan Supaya Letak Jawatan

Presiden Pafa Enggan Tunduk Desakan Supaya Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 795 hits
PARIT BUNTAR Presiden Persatuan Bola Sepak Perak Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim tidak berganjak daripada pendiriannya untuk terus memegang jawatan itu walaupun menerima desakan daripada penyokong The Bos Gaurus supaya meletakkan jawatan Has...
Presiden Pafa Letak Jawatan Serta Merta

Presiden Pafa Letak Jawatan Serta Merta

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 438 hits
Presiden Pafa letak jawatan serta merta Dikemas kini 21 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 8 Nov 2018 11 40PM middot
Aaisyah Tak Nangis Pun Kena Cucuk Doktor Netizen Puji Berani Senang Makan Ubat

Aaisyah Tak Nangis Pun Kena Cucuk Doktor Netizen Puji Berani Senang Makan Ubat

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 409 hits
Aaisyah Dhia Rana anak bongsu Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini bukan sahaja comel tapi seorang yang berani dan kuat semangat Langsung tak menangis bila kena cucuk dan senang makan ubat View this post on Instagram A post shared by on Oct 2...
Hak Sebagai Pengguna Di Kedai Makan Dan Restoran

Hak Sebagai Pengguna Di Kedai Makan Dan Restoran

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 634 hits
Sesetengah orang dia memang jarang makan dekat luar Biasanya dia akan masak sendiri untuk seisi keluarga Ada pula sesetengah keluarga yang terbalik Dia memang jarang masak sendiri Sebaliknya lebih suka makan diluar Makan dekat luar atau mak...
Presiden Pafa Digesa Letak Jawatan

Presiden Pafa Digesa Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 341 hits
ANTARA kecaman penyokong terhadap Presiden PAFA di laman sosial Presiden PAFA digesa letak jawatanIPOH Kemarahan penyokong bola sepak bukan sahaja Perak malah seluruh negara masih membara terhadap Presiden Persatuan Bolasepak Perak Hasnul Z...
Netizen Bengang Wanita Cina Selamba Bawa Anjing Pergi Kedai Makan Dekat Temerloh

Netizen Bengang Wanita Cina Selamba Bawa Anjing Pergi Kedai Makan Dekat Temerloh

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 803 hits
Isu bawa anjing ke tempat awam memang sangat sensitif sebenarnya terutama di kawasan awam seperti tempat makan atau pasar raya Bukan tak pernah jadi sebelum ni juga ramai netizen pertikaikan kaum lain bawa anjing peliharaan ke pasar raya da...
Presiden Pafa Minta Maaf Bola Sepak Utusan Online

Presiden Pafa Minta Maaf Bola Sepak Utusan Online

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 423 hits
Presiden Pafa minta maaf Bola Sepak Utusan Online Presiden Pafa minta maaf29 Oktober 2018 10 10 PM GAMBAR Presiden Pafa Hasnul Zulkarnain Munaim bersama trofi Piala Malaysia di tepi kolam yang mendapat kritikan ramai MEDIA SOSIAL IPOH 29 Ok...
Senarai Kedai Makan Di Melawati Mall

Senarai Kedai Makan Di Melawati Mall

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 1316 hits
Senarai Kedai Makan Di Melawati Mall Tadi baca keywords search dekat dashboard blog ada yang mencari senarai kedai makan dalam Melawati Mall Ada juga cari keyword resepi kek coklat kukus brownies viral dan juga review Diah tentang Air fryer...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa