Tak Setuju Anwar Jadi Pm Jangan Fitnah



Tak setuju Anwar jadi PM jangan fitnahOleh: PentadbirSeptember 02, 2019FacebookWhatsAppEmailPrintFriendlyShareVia WhatsAppSurat terbuka kepada Hishamudin RaisSaudara Hishamudin Rais,
Sahabat baikkuAssalamualaikumHishamudin Rais adalah sahabat baikku. Kami macam adik beradik. Tetapi di dalam beberapa minggu ke belakangan ini, aku lihat sahabat baikku itu telah menulis di ruang media sosial sebanyak tiga kali yang kulihat menyerang Saudara Anwar Ibrahim secara tidak adil.Aku berasa resah jika tidak menegur sahabat baikku ini. Tiga artikelnya yang bertajuk berkaitan keberahian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri, pada hematku, walaupun aku menghormati hak Hishamudin dalam prinsip kebebasan bersuara tetapi aku fikir sudah melangkaui garis fitnah dan inuendo yang tidak adil kepada Anwar.Aku tertanya-tanya sebenarnya mengapa Hishamudin begitu membenci Anwar Ibrahim? Tidak suka Anwar menjadi Perdana Menteri tidak mengapa, tidak menjadi masalah kepadaku. Tetapi kenapa Hishamudin begitu taksub untuk menjatuhkan Anwar dari segi politik dan kehidupan peribadi dengan serangan karekter yang bertubi-tubi sehingga mengheret isteri dan anak perempuan Anwar sendiri untuk menjahanamkan Anwar.Sebagai sahabat baik kepada Hishamudin dan juga kepada Anwar, aku tidak boleh terus membisu. Lalu di bawah ini aku ingin menyorot balik sejarah lampau untuk sahabatku Hishamudin renung dan bermuhasabah. Cukup-cukuplah menyerang Anwar. Bacalah coretan kisah lama ini yang merupakan sebahagian memoirku yang belum terbit:” Tajuk Bab: Hishamuddin Rais Pulang Ke tanahair…Akhirnya, selepas hampir 20 tahun menjadi pelarian politik, Hishamudin mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Ini dinyatakannya kepadaku melalui suratnya dari London.Berita Hishamudin hendak pulang ke tanahair mendapat liputan akhbar dan televisyen. Misalnya TV3 beberapa kali membuat program di sebelah pagi tentang rancangan kepulangan Hishamudian seperti Countdown pula. Ada temuramah dan ulasan sehingga pihak yang mengarahkan program tentang kepulangan Hishamudin beranggapan seolah-olah kepulangan Hishamudin sebagai kepulangan seorang celebrity pula.Kamarazaman Yacob teman rapat Hishamudin, Presiden PMUM (UMSU) dan anggota Kelab Sosialis mengambil inisiatif utama dalam membawa Hishamudin pulang ke tanahair dari London. Selepas bebas dari tahanan ISA selama dua tahun di Penjara Kamunting, Taiping, Perak, Kamarazaman Yacob telah pergi ke London pada satu ketika untuk bertemu Hishamudin Rais. Pada suatu hari di Kuala Lumpur Kamarazaman memberitahuku bahawa dia sedang berusaha untuk mengatur kepulangan Hishamudin dan ingin memastikan Hishamudin apabila kembali nanti, tidak akan ditahan di bawah ISA sebaik menjejakkan kakinya semula ke Malaysia.Kamarazaman memberitahu rancangan untuk membawa Hishamudin pulang perlu ditunda dahulu sehingga Anwar Ibrahim berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam usaha Anwar untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO yang ketika itu disandang oleh Timbalan Perdana Menteri Encik Abdul Ghafar Baba.Kata-kata Kamarazaman itu mencetuskan andaian dan anggapan padaku bahawa usaha untuk membawa Hishamudin pulang itu perlu mendapat restu Anwar Ibrahim apabila Anwar sudah menduduki kedudukan orang nombor dua di dalam UMNO dan di dalam kerajaan.Tidak lama selepas Anwar berjaya mengalahkan Ghafar Baba di dalam Umno dan diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Hishamudin berjaya pulang ke Malaysia.Aku sahabatnya, antara yang menunggu Hishamudin Rais di Lapangan Terbang Subang. Hishamudin akhirnya sampai kembali ke tanahairnya….”Demikianlah catatanku dalam Memoirku itu.Sekian, terima kasih31 Ogos 2019
Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 62 Tahun

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/09/tak-setuju-anwar-jadi-pm-jangan-fitnah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Tidak Setuju Zakir Naik Dakwah Babitkan Kaum

Anwar Tidak Setuju Zakir Naik Dakwah Babitkan Kaum

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 310 hits
Tindakan penceramah bebas Dr Zakir Naik yang membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut agama Hindu dan kaum Cina di Malaysia dalam ceramah beliau amat tidak wajar meskipun beliau bertujuan untuk berdakwah kata Presiden PKR Datuk Seri ...
Jangan Percaya Fitnah Cuba Gugat Keamanan Negara

Jangan Percaya Fitnah Cuba Gugat Keamanan Negara

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 256 hits
Toleransi faham perbezaan adat budaya dan agama Sultan SelangorSHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak mudah percaya dengan fitnah dan berita tidak sahih khususnya di media sosial ...
Sultan Selangor Ingatkan Rakyat Jangan Percaya Fitnah Di Media Sosial

Sultan Selangor Ingatkan Rakyat Jangan Percaya Fitnah Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 507 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak mudah percaya dengan fitnah dan berita tidak sahih khususnya di media sosial yang cuba mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman hubungan sesama kaum...
Jangan Fitnah Kempen Beli Produk Muslim

Jangan Fitnah Kempen Beli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 473 hits
Sekretariat Suara Pengguna Prihatin Malaysia menyelar tindakan sesetangah pihak yang memfitnah Kempen Utamakan Produk Muslim sebagai satu kempen untuk memboikot produk bukan muslim Presidennya Normala Sudirman turut melahirkan rasa kesal te...
Seawal Bayi Mak Ayah Rajin Melayan Jangan Terkejut Lepas Setahun Anak Cepat Cakap

Seawal Bayi Mak Ayah Rajin Melayan Jangan Terkejut Lepas Setahun Anak Cepat Cakap

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 500 hits
Stimulasi awal iaitu rangsangan bahasa boleh diberikan seawal dari bayi lagi dan ini merupakan kunci utama untuk melatih kebolehan kanak kanak bercakap Berikut merupakan antara tips penting melatih anak belajar bercakap 1 Sebut perkataan be...
Jangan Iuran Bpjs Kesehatan Naik Tapi Pelayanan Tetap Sama

Jangan Iuran Bpjs Kesehatan Naik Tapi Pelayanan Tetap Sama

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 246 hits
Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Nusa Tenggara Barat HMS Kasdiono mengaku tidak mempermasalahkan kenaikan iuran Badan Penyelenggara Jaminan Sosial Kesehatan yang hampir dua kali lipat Asalkan kenaikan tersebut harus diikuti dengan bai...
Jangan Cepat Buat Kesimpulan Hakiem Rusli

Jangan Cepat Buat Kesimpulan Hakiem Rusli

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 541 hits
Dikaitkan Dengan Dakwaan Artis Baru Nak Up Cekik Pekerja Stesen Minyak Ini Jawapan Haqiem Rusli Seorang penyanyi dan komposer berusia 21 tahun ditahan polis di atas dakwaan mencekik pekerja stesen minyak di Ampang Berikutan dakwaan tersebut...
Himpunan Penyatuan Ummah Di Pasir Salak Untuk Semua Jangan Ada Mana Mana Pihak Rasa Terancam Terpinggir

Himpunan Penyatuan Ummah Di Pasir Salak Untuk Semua Jangan Ada Mana Mana Pihak Rasa Terancam Terpinggir

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 352 hits
Tiada mana mana pihak yang sepatutnya berasa terancam atau terpinggir dengan Himpunan Penyatuan Ummah termasuklah yang akan diadakan di Pasir Salak pada esok 30 Ogos Jumaat ini Ketua Penerangan UMNO Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata h...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Glc Leaders Feeling The Heat And They Re Singing Anwar S Tune

New Android Features To Help You Stay Connected And Safe

Cops Perhilitan Arrest Wildlife Trader Rescue 40 Turtles

Inilah Tv Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson

Umno Youth S Rice Monopoly Criticism Amuses Amanah Counterpart

How To Find Undervalued Domains

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ole Ole Dari Dubai

Lirik Lagu Jom Solat Unic Ft Aniq Muhai Naufal Isa

Hannah Delisha Tipu Helah Chord

Apa Itu Hoarding Disorder Adakah Ianya Gangguan Mental Atau Personalti

30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel