Tak Seronoklah Nak Balik Petugas Kesihatan Bimbang Akan Nasib Rakan Setugas Dijangkiti Covid 19


Kesan penularan wabak Covid-19 ini boleh dirasai di seluruh dunia apabila sebahagian perniagaan-perniagaan serta pejabat urusan terpaksa ditutup bagi memutuskan rantaian jangkitan yang disebabkan oleh virus ini.
Selepas WHO mengisytiharkan wabak ini sebagai pandemik, pelbagai langkah pencegahan telah dicadangkan dalam usaha memerangi virus maut ini. Petugas perubatan juga turut dikerah bekerja lebih masa untuk merawat pesakit-pesakit yang telah disahkan positif.
Sungguhpun begitu, terdapat segelintir pesakit yang menyembunyikan sejarah status kesihatan serta bersikap tidak telus semasa ujian saringan dilakukan oleh doktor. Ianya bukan sahaja boleh menyebabkan wabak ini terus menular, malahan ianya akan menyebabkan bilangan kakitangan kesihatan berkurangan setelah mereka ini dijangkiti dengan wabak tersebut.
Seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari ada berkongsikan tentang senario yang dihadapinya semasa berhadapan dengan pesakit yang dijangkiti Covid-19. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
“Eh, kenapa tak balik lagi?”
Pelik jugak kami. Sepatutnya shift nya dah berakhir sejak jam 10 malam tadi.
Tapi ni dah hampir 12 malam, dia masih duduk bersebelahan meja komputer dalam pejabat. Kelihatan termenung panjang seolah-olah memikirkan sesuatu.
“Tak seronoklah nak balik. Takut sangat kalau orang kat rumah terjangkit.”
Raut mukanya membayangkan sebuah kebimbangan yang besar.
Memang benar pun.
Bukan dia seorang, kami semua turut merasakan perasaan yang serupa.
Bayangkan baru pagi tadi, hati kami berbunga-bunga gembira bila terima berita sample beberapa kawan kami negatif.
Nah, tiba-tiba petang hari yang sama beberapa rakan kami yang lain diberitakan terpaksa melalui saringan disusuli proses kuarantin 14 hari.
Cerita yang tak berkesudahan! Semuanya disebabkan terdedah pada pesakit yang degil, sanggup sembunyikan sejarah status kesihatan lalu terlepas masuk ke ruang rawatan yang tak sepatutnya!
Yang buatkan hati bertambah pilu, ada antara kawan kami yang dikuarantin tu, isterinya sedang sarat mengandung.
Ada yang menunggu kepulangannya dirumah, anak yang masih kecil.
Ada yang masih tinggal dengan ibu ayah yang sudah tua dan memiliki penyakit kronik.
Kecewa.
Marah.
Kesal.
Semuanya teradun membentuk sebuah tekanan menghiris hati.
Disebabkan satu dua orang yang buat kerja gila, habis tenggelam kebaikan pesakit lain yang sangat bagus dalam berikan kerjasama.
Kawan-kawan,
Patuhi perintah kerajaan Selain daripada konsisten patuhi kempen #StayAtHome, amalkan social distancing dan tingkatkan penjagaan kebersihan diri, kami berharap benar agar kalian dapat terus doakan keselamatan kami.
Bantu minta pada Tuhan agar fizikal dan mental kami terus kuat untuk kekal bertempur dalam peperangan ini.
Diberikan kesabaran yang tinggi kepada rakan-rakan kami yang diuji dengan proses kuarantin.
Dikurniakan ketabahan dan ketenangan jiwa buat keluarga mereka.
Kami yakin doa kalian mudah dimakbulkan Tuhan kerana doa ikhlas seorang muslim untuk saudaranya yang lain antara doa yang jadi rebutan malaikat untuk diangkat ke langit.
Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab.
Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”.
Ini yang kita genggam kuat dan kita yakin sepenuh hati.
InsyaAllah ini jugalah senjata paling agung kita dalam berhadapan dengan wabak maut ini.
Dr Ahmad Luqman Bukhari,
Sangat berharap doa dari kalian.
Sumber: Ahmad Luqman Bukhari
The post “Tak Seronoklah Nak Balik,” Petugas Kesihatan Bimbang Akan Nasib Rakan Setugas Dijangkiti Covid-19 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/24/tak-seronoklah-nak-balik-petugas-kesihatan-bimbang-akan-nasib-rakan-setugas-dijangkiti-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dedikasi Petugas Kesihatan Perangi Covid 19 Sangat Menakjubkan Kp Kesihatan

Dedikasi Petugas Kesihatan Perangi Covid 19 Sangat Menakjubkan Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 223 hits
Selepas 67 hari negara dilanda wabak COVID 19 sejak kes pertama pada 25 Jan lepas insan bergelar petugas kesihatan merupakan antara barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam memerangi virus membunuh ribuan nyawa di seluruh dunia Mengharga...
Kkm Alu Alukan Khidmat Sukarelawan Kesihatan Untuk Bantu Petugas Kesihatan Tangani Covid 19

Kkm Alu Alukan Khidmat Sukarelawan Kesihatan Untuk Bantu Petugas Kesihatan Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 265 hits
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia mengalu alukan perkhidmatan sukarelawan dan perubatan dalam usaha menangani wabak COVID 19 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga hari ini seramai 157 orang telah berdaftar dan...
Covid 19 Usim Hasilkan Pelindung Muka Untuk Petugas Kesihatan

Covid 19 Usim Hasilkan Pelindung Muka Untuk Petugas Kesihatan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 278 hits
Bagi menyokong usaha kerajaan dalam menangani wabak COVID 19 Universiti Sains Islam Malaysia hari ini mengambil inisiatif menghasilkan pelindung muka untuk diagihkan kepada petugas kesihatan Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam kenyataan d...
15 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid 19 Setakat Ini Seorang Dirawat Di Icu

15 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid 19 Setakat Ini Seorang Dirawat Di Icu

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 650 hits
Gambar HiasanKetua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengesahkan bahawa sekurang kurangnya 15 petugas kesihatan barisan hadapan di Malaysia telah dijangkiti virus COVID 19 setakat ini Menurut satu perkongsian y...
Agong Sedih Bimbang Kakitangan Kesihatan Dijangkiti Covid19

Agong Sedih Bimbang Kakitangan Kesihatan Dijangkiti Covid19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 282 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa sedih berikutan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan petugas fasiliti kesihatan swasta dijangkiti koronavirus Datuk Pengelola Bijaya Dira...
Kp Kesihatan Pertimbang Guna Ubat Dari China Jepun Ubati Covid 19

Kp Kesihatan Pertimbang Guna Ubat Dari China Jepun Ubati Covid 19

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 342 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sedia mempertimbangkan sejenis ubat berasal dari China dan Jepun yang dipercayai dapat memberikan kesan lebih cepat dalam usaha memulihkan pesakit Covid 19 Noor Hisham berkata beliau boleh me...
Oyo Malaysia Tawarkan Bilik Percuma Kepada Petugas Frontliners Kesihatan

Oyo Malaysia Tawarkan Bilik Percuma Kepada Petugas Frontliners Kesihatan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 306 hits
Kini lebih byk organisasi tampil diri dgn memberi bantuan dlm krisis COVID 19 ini dan terbaru adalah dimana OYO Malaysia tawarkan bilik percuma kepd petugas frontliners
Pesakit Disyaki Dijangkiti Covid 19 Bunuh Diri Di Hospital Serdang

Pesakit Disyaki Dijangkiti Covid 19 Bunuh Diri Di Hospital Serdang

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 870 hits
Pesakit disyaki dijangkiti Covid 19 bunuh diri di Hospital SerdangMangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 62 tahun dimasukkan ke wad pada jam 2 30 pagi semalam selepas menunjukkan simptom Covid 19 Laporan Pesakit disyaki dijangkiti Cov...
Dakwaan Pihak Polis Hantar Pesakit Suspek Covid 19 Balik Ke Rumah Di Marang Terengganu Adalah Palsu

Dakwaan Pihak Polis Hantar Pesakit Suspek Covid 19 Balik Ke Rumah Di Marang Terengganu Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 273 hits
SEBENARNYA Polis menafikan pesakit suspek koronovirus dihantar pulang ke rumah seperti yang ditularkan di media sosial Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata sejak semalam 30
The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day