Kp Kesihatan Pertimbang Guna Ubat Dari China Jepun Ubati Covid 19




Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sedia mempertimbangkan sejenis ubat berasal dari China dan Jepun yang dipercayai dapat memberikan kesan lebih cepat dalam usaha memulihkan pesakit Covid-19.
Noor Hisham berkata, beliau boleh meluluskan penggunaan ubat berkenaan di dalam negara, memandangkan ubat itu pada ketika ini masih tidak didaftarkan di Malaysia.
“Bagaimanapun ubat itu kita kena kaji kerana ada kesan sampingan. Kita kena berhati-hati apabila menggunakan ubat tersebut. Ada 2 jenis ubat iaitu Avigan dan Fukaikan, ia adalah ubat yang sama tetapi Avigan dari Jepun dan Fukaikan dari negara China.
“Kita kena pastikan pemantauan yang rapi apabila kita hendak gunakan ubat tersebut walaupun ubat itu tidak didaftarkan tetapi dengan kelulusan ketua pengarah kesihatan, kita boleh benarkan,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Pada masa sama, Noor Hisham memaklumkan dalam menyelaraskan petugas di barisan hadapan yang pada ketika ini sudah bekerja tanpa henti selama 3 bulan, seramai 3,400 petugas akan dikerahkan ke klinik kesihatan dan hospital.
“2,500 daripada mereka adalah jururawat yang berpengalaman tetapi sedang menjalani latihan, kita akan gunakan mereka untuk bantu di klinik dan hospital. 3,000 jururawat yang sudah bersara juga sudah mendaftar secara sukarela,” katanya.
Tambahnya, dalam menguruskan jururawat yang sudah bersara, pihaknya sedang mengenalpasti kepakaran mereka, dalam menentukan penempatan sama ada di klinik kesihatan atau di hospital.
“Kita dapat tampung semuanya kalau kita kerahkan sumber manusia yang sedia ada,” katanya.
KKM turut memberitahu pihaknya akan melihat kemampuan penggunaan “rapid test-kit” untuk antigen pada Jumaat ini dalam usaha kementerian melaksanakan pemeriksaan secara besar-besaran.
Noor Hisham berkata, sekiranya penggunaan “rapid test-kit” itu efektif, ia akan digunakan di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan “hot spot” dan beberapa kumpulan sasaran seperti kumpulan jemaah tabligh.
“Ketika ini, kemampuan di KKM kita ada 18 makmal termasuk di pihak swasta yang ada 5. Sekarang kita meningkatkan lagi keupayaan kita untuk kesan.
“Sekarang ini kita boleh buat 6,000 sampel sehari, kita jangkakan kita boleh tingkatkan. Kita tunggu Jumaat ini, kalau disahkan berkesan kita boleh gunakan antigen itu untuk mengesan lebih cepat dan lebih tepat lagi wabak Covid-19 ini,” katanya.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/25/kp-kesihatan-pertimbang-guna-ubat-dari-china-jepun-ubati-covid-19/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kp-kesihatan-pertimbang-guna-ubat-dari-china-jepun-ub

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Jenis Ubat Boleh Guna Rawat Covid 19

3 Jenis Ubat Boleh Guna Rawat Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 262 hits
KKM akan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan kualiti keselamatan serta keberkesanan ubat ubatan terjamin demi kepentingan pesakit Gambar fail The Malaysian Insight 29 Mac 2020 BEKALAN ubat Klorokuin Hidroksiklorokuin dan kombi...
Tiga Jenis Ubat Rawat Covid 19 Dikenal Pasti Bekalan Ada Di Malaysia Kkm

Tiga Jenis Ubat Rawat Covid 19 Dikenal Pasti Bekalan Ada Di Malaysia Kkm

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 381 hits
By 29 March 2020Foto hiasan Petugas kesihatan membawa ubat ubatan untuk pesakit Covid 19 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Hospital Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL 26 MAC 2020 KUALA LUMPUR Tiga jenis ubat yang berdaftar di negara ini...
Bekalan Tiga Jenis Ubat Sedia Ada Di Malaysia Boleh Diguna Rawat Covid 19

Bekalan Tiga Jenis Ubat Sedia Ada Di Malaysia Boleh Diguna Rawat Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR 28 Mac Bekalan ubat Klorokuin Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain boleh digunakan dalam rawatan COVID 19 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hi...
Ubat Anti Malaria Chloroquine Diguna Sejak Gelombang Pertama Covid 19 Kata Dr Noor Hisham

Ubat Anti Malaria Chloroquine Diguna Sejak Gelombang Pertama Covid 19 Kata Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 246 hits
PUTRAJAYA Ubat Chloroquine untuk merawat penyakit malaria digunakan ke atas pesakit Covid 19 sejak gelombang pertama penularan virus itu di Malaysia dan menunjukkan keberkesanannya Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ci...
Malaysia Dipilih Untuk Menguji Ubat Antiviral Covid 19 Remdesivir Oleh Who

Malaysia Dipilih Untuk Menguji Ubat Antiviral Covid 19 Remdesivir Oleh Who

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 255 hits
Sewaktu pengumuman harian mengenai kes kes wabak COVID 19 tempatan hari ini Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut mengatakan bahawa World Health Organisation telah memiliih Malaysia sebagai tapak ...
Lihatlah Bagaimana Rakyat China Memberi Penghormatan Luar Biasa Kepada No 1 Frontliner Petugas Petugas Kesihatan Video

Lihatlah Bagaimana Rakyat China Memberi Penghormatan Luar Biasa Kepada No 1 Frontliner Petugas Petugas Kesihatan Video

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 412 hits
Wabak Covid 19 di China telah hampir sselesai dan berada dalam kawalan sepenuhnya Kesemua pegawai kesihatan yang berkhidmat dengan sepenuh hati jiwa dan raga mereka telah dibenarkan pulang ke kampung halaman masing masing setelah berhempas ...
Ketua Pengarah Kesihatan Tegaskan Covid 19 Bukan Dari Pelancong China

Ketua Pengarah Kesihatan Tegaskan Covid 19 Bukan Dari Pelancong China

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 367 hits
Sejak larangan pegerakan diumumkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional laskar siber Pas terutamanya menyerang bekas kerajaan Pakatan Harapan kononnya wabak Covid 19 berasal dari pelancong China yang tidak disekat kemasukan mereka sejak awal Fe...
Covid 19 Kkm Pertimbang Guna Favipiravir Rawat Pesakit

Covid 19 Kkm Pertimbang Guna Favipiravir Rawat Pesakit

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 306 hits
PUTRAJAYA 25 MAC Kementerian Kesihatan Malaysia mempertimbang penggunaan ubat antiviral Favipiravir bagi merawat pesakit positif Covid 19 kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata ubat itu yang juga dikenali...
Who Pilih Malaysia Kaji Keberkesanan Ubat Covid 19

Who Pilih Malaysia Kaji Keberkesanan Ubat Covid 19

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 289 hits
Malaysia dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk menjalankan kajian bagi menguji keberkesanan ubat Rendesivir bagi merawat Covid 19 Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pemilihan negara ini dibuat berikutan keupayaan ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi