Tak Semua Ketua Bahagian Jadi Calon Pru15 Amaran Kepada Pemimpin Lalang


freemalaysiatoday.comNora Mahpar
-June 12, 2022 8:26 AMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa parti bukan hanya memberi keutamaan kepada pemimpin bahagian untuk menjadi calon pada PRU15. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa bukan semua ketua bahagian akan menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang (PRU15) disifatkan sebagai amaran kepada segelintir pemimpin parti itu yang bersikap seperti lalang.

Ketua Umno Wangsa Maju Shafie Abdullah mendakwa masih ada pemimpin dilihat tidak taat kepada keputusan parti, termasuk yang masih mahu menjalinkan kerjasama dengan parti komponen Perikatan Nasional (PN), Bersatu dan PAS yang sudah pun ditolak majoriti akar umbi.

Menurutnya, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk memberi bayangan bahawa calon Umno mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang bukan sahaja perlu berwibawa tetapi berintegriti dan berdaya tahan.

“(Kenyataan Zahid) bermaksud ketua bahagian yang kejap ‘corner’ kiri dan kanan tidak boleh jadi calon. Sebab kita tengok sekarang, ada yang sekejap sokong Muhyiddin Yassin (kerjasama dengan Bersatu), selepas itu (sokong) PM (Ismail Sabri Yaakob) dan presiden (Zahid)…ramai jual tapak, ikut angin.

“Sekejap sokong Umno, sekejap sokong Bersatu sedangkan Umno pusat sudah buat keputusan tidak mahu dengan Bersatu dan PAS sebab dua-dua ini dalam PN. Mereka yang tidak setia tak wajar dicalonkan,” katanya kepada FMT.

Berucap di majlis Wacana Aspirasi Umno semalam, Zahid memberi jaminan bahawa parti bukan hanya memberi keutamaan kepada pemimpin bahagian untuk menjadi calon pada PRU15.

“(Calon) PRU15, insyaAllah mungkin yang ada di atas pentas ini (Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dan Naib Presiden MCA Ti Lian Ker).

“…dan saya tidak akan meraikan hanya pemegang jawatan di bahagian saja jadi calon,” katanya.

Ketua Umno Pasir Puteh Zawawi Othman pula berkata, jawatan di peringkat bahagian tidak menjamin tiket menjadi calon BN pada PRU.

Sejarah membuktikan, katanya, individu yang bukan ahli juga boleh dicalonkan asalkan mereka mampu menang serta berkhidmat dengan baik.

Mengambil contoh bekas menteri kewangan kedua Nor Mohamed Yakcop yang menjadi calon BN di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 2008, Zawawi berkata, individu yang dipilih harus disenangi rakyat dan tidak menjadi liabiliti kepada parti.

“Yang tak dapat jadi calon, kena terimalah. Macam saya akan akur dengan hati terbuka kalau tidak dicalonkan. Kita bantu kempen seperti orang bekerja ketika kita jadi calon.

“Kita harus balas budi parti. Dulu kalau kita jadi calon sampai jadi menteri, sekarang anak buah kita jadi calon pula, jangan merengek (merintih),” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/tak-semua-ketua-bahagian-jadi-calon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Semua Orang Umno Nak Pru15 Tergempar Kata Dap

Bukan Semua Orang Umno Nak Pru15 Tergempar Kata Dap

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 271 hits
Dalam hantaran Facebook semalam Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembangkang nampaknya mahu membeli masa dengan menolak pilihan raya awal diadakan dan cuba menipu pengundi Catatan Zahid mengundang maklumbalas DAP dan A...
Pru15 Hujah Jangan Bercabang Lidah

Pru15 Hujah Jangan Bercabang Lidah

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 160 hits
Baru baru ini Pengerusi DAP Lim Guan Eng yang juga ADUN Air Putih menyelar kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kali ini Lim menggunakan kenaikan kos sara hidup untuk menuduh kerajaan Ismail sebagai mu...
Dato Zaharin Bongkar Siapakah 2 Lembaga Hitam Umno Pru15 Rafizi

Dato Zaharin Bongkar Siapakah 2 Lembaga Hitam Umno Pru15 Rafizi

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 223 hits
DATO ZAHARIN BONGKAR SIAPAKAH 2 LEMBAGA HITAM UMNO PRU15 RAFIZI BAWA KEMENANGAN KEPADA PKR UMNO AKAN KALAH PADA PRU15
Kawaq2 Umno Mau Pru15 Segera Dap Pula Disalahkan

Kawaq2 Umno Mau Pru15 Segera Dap Pula Disalahkan

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 349 hits
Kluster mahkamah UMNO dok gila nak PRU15 sebenaqnya Walaun PAS macai UMNO dok ratip DAP 24 jam sampai sewel Rafizi s day in court will put Sapura Energy under scrutiny Former Sapura Energy Berhad CEO Shahril Shamsuddin upset with remarks by...
Pas Gesa Muhyiddin Terus Terang Hala Tuju Kerjasama Politik Dalam Pru15

Pas Gesa Muhyiddin Terus Terang Hala Tuju Kerjasama Politik Dalam Pru15

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 244 hits
ismaweb net Tak mahu diseret ke khemah besar jika ada DAP PKRBANGI 7 Zulkaedah 1443H Selasa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin disarankan bersikap jujur dan berterus terang kepada PAS berkaitan hala tuju kerjas...
Ismail Sabri Perlu Satu Lagi 1mdb Kalau Nak Adakan Pru15 Tergempar

Ismail Sabri Perlu Satu Lagi 1mdb Kalau Nak Adakan Pru15 Tergempar

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 268 hits
Semalam bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata 1MDB adalah untuk dana politik Sekiranya Ismail Sabri Yaakob nak adakan PRU15 tergempar pada bulan hadapan maka dia perlu satu lagi 1MDB untuk mendapatkan dana sekurang...
Pru15 Dap Sering Diheret Dalam Percakaran Politik Umno

Pru15 Dap Sering Diheret Dalam Percakaran Politik Umno

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 210 hits
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyangkal kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa DAP tidak menghormati kuasa Yang di Pertuan Agong mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke 15 DAP katanya menghormati prinsip bahawa pembubaran Parlimen adalah...
Bagi Rancangan Pemulihan Ekonomi Berjalan Dulu Sebelum Pru15 Diadakan

Bagi Rancangan Pemulihan Ekonomi Berjalan Dulu Sebelum Pru15 Diadakan

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 173 hits
Ramai yang menjawab video saya semalam dan berkata manifesto Umno BN boleh dibentang semasa kempen pilihan raya nanti Mungkin mereka keliru tentang Rancangan Pemulihan Ekonomi dan Manifesto Pilihan Raya dua perkara yang berbeza Pakatan Hara...
Desakan Pru15 Penganalisis Jangka Pm Akhirnya Akan Akur

Desakan Pru15 Penganalisis Jangka Pm Akhirnya Akan Akur

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 236 hits
freemalaysiatoday com June 3 2022 2 56 PMSeorang penganalisis berkata Ismail Sabri Yaakob akhirnya akan tunduk kepada tuntutan BN dan rakan seperjuangan Umno seperti Ahmad Zahid Hamidi PETALING JAYA Seorang penganalisis menjangkakan Perdana...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi