Tak Semua Herba Sesuai Untuk Ibu Hamil Kulit Kayu Manis Antara Pantang Larang Herba Yang Tak Boleh Diambil Ibu Hamil
Dalam kalangan masyarakat kita, penggunaan ubatan tradisional atau herba adalah sangat popular. Bagaimana pula dengan herbal untuk ibu hamil? Persoalan ini timbul ekoran kekeliruan jika herba untuk ibu mengandung perlu atau tidak. Hakikatnya, ia mungkin memanfaatkan atau memudaratkan!
Meskipun pada zaman teknologi perubatan yang kian canggih kini, masih ada individu yang bergantung pada ubatan tradisional atau herba. Golongan ibu hamil juga tidak terkecuali kerana mereka sudah pasti mahu mendapatkan kebaikan dan mengekalkan kesihatan diri ketika ini.
Kebanyakan pakar herba beranggapan bahawa herbal adalah pilihan yang lebih mudah, murah serta sihat untuk diambil ketika sedang mengandung. Pun begitu, kalian juga perlu tahu bahawa pakar perubatan profesional mungkin tidak mencadangkan herbal untuk ibu hamil atas alasan tertentu.herbal untuk ibu hamil
Sebagai contoh, Food & Drug Administration (FDA) menyatakan bahawa ada herba yang mungkin bagus namun ada juga yang tidak bagus buat ibu hamil.
Jadi, pilihan adalah terletak di tangan anda sendiri untuk memilih, mengambil dan mengelak sebarang jenis herba untuk ibu mengandung sebelum membuat keputusan.
Baca:
Buat Sendiri Serunding Halia Ikan Bilis Untuk Makan Ketika Berpantang, Lebih Murah & Sedap!
Anak Lukis Pelan Rumah, Ayah Tunaikan Rumah Impian Bawah Tangga. Hasilnya Sangat Cantik
[VIDEO] Telatah Adik Beradik ‘Excited’ Masuk Habib, Ramai Puji Chef Wan Santuni Adik Beradik Perempuan – “Lepas Hajat Nak Belikan Gelang”
Herbal untuk ibu hamil yang bagus
Ketika sedang hamil, adalah sangat penting untuk kalian mengambil suplemen seperti asid folik dan sebagainya untuk memastikan tubuh badan kekal sihat. Selain memastikan si ibu hamil dapat kekal sihat, suplemen-suplemen ini juga mampu memberi manfaat kepada janin untuk membesar di dalam kandungan.
Bagaimana pula dengan herbal untuk ibu hamil? Adakah wujud sebarang jenis herba yang bagus untuk diambil oleh ibu mengandung?
Ya, mungkin ada dan berikut adalah beberapa jenis contohnya:
Akar halia – Ia mampu membantu melegakan keloyaan dan kepeningan yang biasa berlaku ketika mengandung
Bunga chamomile – Ia kaya dengan kalsium dan magnesium yang mampu mengatasi masalah sukar tidur dan sakit sendi
Bunga dandelion – Ia kaya dengan Vitamin A yang mampu melegakan masalah edema sederhana ibu mengandung
Daun jelatang – Ia kaya dengan vitamin A, C, K, kalsium, potasium dan zat besi yang bagus sebagai tonik kehamilan
Daun pudina – Ia mampu membantu melegakan mual-mual dan muntah-muntah akibat morning sickness
Daun rasberi – Ia kaya dengan zat besi yang mampu meningkatkan penghasilan susu badan selepas melahirkan
Jerami oat – Ia kaya dengan kalsium dan magnesium yang mampu melegakan kegelisahan, kepenatan dan keradangan
Kulit elm licin – Ia mampu melegakan kondisi pedih ulu hati serta keradangan pada faraj ketika kehamilan</li>
Herba tidak bagus untuk ibu mengandung
Seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi, wujud 2 kategori herbal untuk ibu hamil yakni: yang bagus dan tidak bagus untuk ibu mengandung ambil. Herba yang tidak bagus diambil ini mungkin disebabkan oleh kesan sampingannya yang boleh menjejaskan tubuh badan ibu hamil serta janin dalam kandungan.
Jadi, jangan pandai-pandai ambil sebarangan herba untuk ibu mengandung ya Persoalannya, apa jenis herba tidak bagus untuk diambil oleh ibu mengandung?
Akar kuning – Ia lebih dikenali sebagai goldenseal, dan boleh memberi kesan buruk pada plasenta dan janin
Ammi visnaga -Ia mungkin akan menyebabkan rangsangan yang berlebihan dan berbahaya pada rahim ibu hamil
Biji halba – Ia adalah herba yang biasa dijadikan suplemen namun mungkin boleh menyebabkan kontraksi
Bunga jagung – Ia mungkin menyebabkan ibu mengandung alami kesan diuretik akibat efek kompleks sianida
Bunga matahari – Ia mungkin mempengaruhi pergerakan otot rahim selain mengakibatkan gangguan kehamilan
Daun ganja – Ia adalah herba terlarang yang boleh menyebabkan masalah kehamilan dan kelahiran seperti bayi pramatang
Kulit kayu manis – Ia adalah herba rempah yang mungkin boleh menyebabkan toksik dalam badan ibu hamil
Saw palmento – Ia mungkin meningkatkan aktiviti hormon dalam tubuh badan yang tidak bagus untuk ibu mengandung
Konklusinya, terdapat dua jenis kategori herbal untuk ibu hamil iaitu yang bagus untuk diambil serta tidak bagus ekoran kesan sampingan yang mungkin wujud. Sebenarnya, pengambilan herba tradisional ini tidak dilarang namun tidak disarankan oleh doktor untuk diambil kerana kurangnya kajian secara terperinci.
Jika anda ingin mengambil apa-apa jenis herba untuk ibu mengandung, sila dapatkan pandangan daripada doktor sebelum membuat sebarang keputusan.
Kredit: Hello Doktor
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Tak Semua Herba Sesuai Untuk Ibu Hamil! Kulit Kayu Manis Antara Pantang Larang Herba Yang Tak Boleh Diambil Ibu Hamil appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tak-semua-herba-sesuai-untuk-ibu-hamil-kulit-kayu-manis-antara-pantang-larang-herba-yang-tak-boleh-diambil-ibu-hamil/