Tak Sempat Ganti Puasa Dah Bayar Fidyah Begini Caranya


 


PENGERTIAN FIDYAHFidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan.
HUKUM FIDYAHHukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
 
Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT dalam Al-Baqarah ayat 184:
 

“Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”KIRAAN FIDYAH
Untuk memahami kaedah kiraan fidyah, sebagai contoh Fatimah meninggalkan puasa selama 7 hari kerana haid pada bulan Ramadan 1438H (2017). Berikut adalah contoh kiraan berdasarkan situasi:
Situasi 1
Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki Ramadan berikutnya pada tahun 1439H (2018).
Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]
7hari x RM4.00 = RM28.00

Situasi 2
Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Beliau tidak berpuasa pada Ramadan 1438H (2017) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1441H (2020). Fatimah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.
Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]
(7hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00
Keterangan :
Justeru kiraan akan bermula dari tahun 1439H hingga 1441H = 3 tahun.  Tahun pertama yang bermula dari 1438H hingga 1439H tidak termasuk dalam kiraan fidyah kerana masih dalam tempoh puasa boleh digantikan dan belum memasuki Ramadan yang berikutnya.



GOLONGAN YANG WAJIB MEMBAYAR FIDYAH
1. Uzur menunaikan puasa wajib
 Terdiri daripada golongan menghidapi penyakit yang tiada harapan untuk sembuh, atau orang tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah boleh dibayar bermula masuknya Ramadan tahun semasa.
 Contoh:
Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialisis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira seperti berikut:
Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah
30hari x Rm4.00 = RM120.00


2.Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak yang khuatir keselamatan bayi yang dikandung atau anak yang sedang disusukan.
 Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini wajib membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan. Jika puasa belum digantikan sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah yang lain kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh:
Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar :
 Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
 7 hari X RM4.00 = RM28.00
 *Fidyah ini disebabkan oleh Puan Rina meninggalkan puasa kerana khuatir keselamatan anaknya.
**Puan Rina perlu menggantikan puasanya sebelum tiba Ramadan berikutnya.
*** Jika Puan Rina masih belum menggantikan puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya maka beliau akan dikenakan fidyah kerana lewat menggantikan puasa.


3.Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak namun khuatir akan keselamatan dirinya ketika berpuasa
 Puasa yang ditinggalkan perlu digantikan. Jika masih tidak berganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh :
Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah (cupak)
10 hari X RM4.00 = RM40.00 (FIDYAH)


 4.Orang yang telah meninggal dunia
Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris-warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.
Contoh:
Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira:
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
13 hari X RM4.00 = RM52.00 (FIDYAH)


 5.Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadhan
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
 Contoh:
En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun. Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah:
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah ( cupak )
3 hari X RM4.00 = RM12 (FIDYAH)

Boleh guna KALKULATOR ini untuk kira kadar FIDYAH . Klik HereKredit : ZakatHantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/02/tak-sempat-ganti-puasa-dah-bayar-fidyah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi Rm60 000 Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah

Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi Rm60 000 Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 435 hits
Balu kepada pelawak Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali telah menang dalam kes saman fitnah yang telah dibuat oleh Ali Puteh yang juga adik iparnya Menerusi laporan mStar peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Nor Hidayah berk...
Nor Hidayah Baiu Abam Menang Kes Sam4n Fitn4h Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi

Nor Hidayah Baiu Abam Menang Kes Sam4n Fitn4h Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 324 hits
SETELAH hampir dua tahun turun naik mahk4mah akhirnya balu Allahy4rham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menang dalam kes sam4n fitn4h yang difailkan terhadap adik iparnya Ali Puteh Keputusan itu dibuat Hakim Mahk4mah Sesyen Kuala Lumpur Zulq...
Hiburan 2 Tahun Bergelut Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi Rm60k

Hiburan 2 Tahun Bergelut Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi Rm60k

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 249 hits
Hampir dua tahun naik turun mahkamah atas sebab kes saman fitnah yang difailkan terhadap pelawak yang juga merupakan adik iparnya iaitu akhirnya balu Allahyarhamn Abam Nor Hidayah Mohd Ali menang kes Difahamkan keputusan tersebut dibuat ole...
Saya Minta Maaf Tak Sangka Viral Kami Dah Bayar Ganti Rugi Pelajar Salahguna Alat Pemadam Api Tampil Mohon Maaf

Saya Minta Maaf Tak Sangka Viral Kami Dah Bayar Ganti Rugi Pelajar Salahguna Alat Pemadam Api Tampil Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 225 hits
The ReporterSusulan tular video menunjukkan tiga pelajar sekolah menengah menyalahgunakan alat pemadam api sebagai alat mainan salah seorang dari remaja berkenaan tampil membuat permohonan maaf Remaja yang tidak didedahkan namanya itu menje...
Saya Suruh Keraajan Paksa Tauke Balak Bayar Ganti Rugi Pada Mangsa Banji

Saya Suruh Keraajan Paksa Tauke Balak Bayar Ganti Rugi Pada Mangsa Banji

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 247 hits
Untung satu tahun eksport balak itu bernilai 8 Bilion Ringgit Tak boleh kah diberi sedikit kepada mangsa banjir Anwar Ibrahim
Kini Test Drive Hyundai Creta Bisa Di Rumah Begini Caranya

Kini Test Drive Hyundai Creta Bisa Di Rumah Begini Caranya

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 288 hits
Hyundai Motors Indonesia memberikan pengalaman dan kenyamanan terbaik bagi pelanggan saat pandemi terkini dengan program Hyundai Creta Home Test Drive Seperti apa caranya
Bangkok Ibukota Thailand Bakal Ganti Nama Begini Fakta Menarik Soal Namanya

Bangkok Ibukota Thailand Bakal Ganti Nama Begini Fakta Menarik Soal Namanya

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 365 hits
Nama Bangkok secara resmi akan berganti jadi Krung Thep Maha Nakhon artinya bagus banget lo
Sistem Baru Bayar Tambang Apa Penjelasan Zafrul

Sistem Baru Bayar Tambang Apa Penjelasan Zafrul

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 224 hits
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz perlu memberi penjelasan menyeluruh berkenaan Transit Acquirer Sdn Bhd yang ingin membangunkan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Bersepadu untuk sistem tambang keretapi dan bas di seluruh Lembah Kl...
Aturan Baru Jht Dinilai Tutupi Masalah Gagal Bayar Ini Kata Kemenaker

Aturan Baru Jht Dinilai Tutupi Masalah Gagal Bayar Ini Kata Kemenaker

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 226 hits
Peraturan Menteri Kemenaker mengenai Jaminan Hari Tua yang baru bisa dicairkan pada usia 56 tahun menuai protes dari berbagai pihak Aturan ini bahkan dicurigai untuk menutupi ketidakprofesionalan BPJS Ketenagakerjaan dalam mengelola dana na...
Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel

Ini Cara Guna Budi Madani Ron95 Dengan Tng Ewallet

Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Bandingkan Farhash Dengan Jho Low

Gurauan Keterlaluan Sesama Rakan Boleh Jadi Buli Mancha

Curves Buka Studio Kecergasan Wanita Pertama Di Kuantan Pahang

Sup Maggi Ayam Buat Nellisa Di London

Ringkasan Perjalanan Trip Ke China Wilayah Yunnan Dan Jiangsu

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj