Tak Semestinya Induce Harini Terus Bersalin Ada Yang Terpaksa 2 Kali Induce


Bersalin induce atau proses bersalin secara paksa adalah untuk membolehkan kontraksi rahim terjadi sebelum kelahiran semula jadi berlaku.
Proses bersalin secara induce ini mungkin akan disarankan oleh doktor atau pengamal perubatan disebabkan oleh faktor tertentu, sama ada melibatkan perubatan atau bukan perubatan.

Tetapi adakah ia selamat atau terdapat risiko yang boleh berlaku? Bagaimana pula dengan persediaan jika perlu menjalani prosedur ini?
Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Kenapa perlu bersalin secara induce?
Selalunya proses bersalin secara induce ini akan disarankan jika wujud kebimbangan mengenai kesihatan ibu mahupun bayi dalam kandungan. Di samping itu, faktor lain yang mungkin memerlukan proses bersalin secara paksaan ini adalah jika jarak tempat tinggal anda jauh dari hospital.
Maka pemilihan bersalin induce adalah wajar untuk mengawal masa bersalin dan tempoh kelahiran bayi.
Perkara lain mungkin melibatkan:
Telah melepasi tarikh jangkaan bersalin (EDD) Menghidap diabetes gestasi Chorioamnionitis – jangkitan pada rahim Tumbesaran bayi terhenti Oligohydramnios – cecair ketuban sedikit atau bocor Halangan atau gangguan plasenta Air ketuban pecah tetapi tidak berlaku kontraksi Sejarah proses bersalin cepat dan pantas Bagi wanita berbadan dua dengan isu kesihatan tertentu tidak boleh disyorkan untuk melakukan proses bersalin secara induce ini.
Kaedah untuk bersalin induce
Untuk prosedur bersalin secara paksa ini, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan. Cuma perlu diingatkan adalah kaedah yang mungkin sesuai dengan seseorang individu lain, mungkin tidak berkesan untuk anda.
Antara kaedah yang boleh digunakan dalam proses bersalin secara induce adalah:
Amniotomi atau memecahkan air ketuban. Doktor akan mencucuk lubang kecil pada kantung ketuban. Ia sekali gus menyebabkan kontraksi lebih kuat Pitocin atau disebut oxytocin, yang merupakan hormon untuk mempercepatkan proses bersalin. Kaedah ini menggunakan intravena (IV) pada lengan Cervical ripening. Dilakukan dengan pengambilan ubat secara oral atau dimasukkan ke dalam faraj (analog prostaglandin) untuk meregang, melembutkan dan mengembangkan serviks Kaedah bersalin induce menggunakan kateter (catheter) atau belon yang berfungsi untuk menjarakkan kantung dengan rahim. Ia akan merangsang hormon dan mencetuskan kontraksi Menarik selaput (stripping membrane). Untuk kaedah ini doktor akan menggunakan jari yang telah dipakaikan sarung tangan bagi memisahkan kantung nipis pada ketuban daripada dinding rahim Dari masa ke masa, bergantung kepada keadaan, doktor mungkin akan menggunakan lebih daripada 1 kaedah untuk proses bersalin secara paksa ini.

Berapa lama proses bersalin induce?
Secara amnya, ia adalah berbeza mengikut individu. Sekiranya serviks anda lembut dan matang, ia hanya memerlukan dorongan lembut untuk berlakunya kontraksi. Jika tidak, ia boleh mengambil masa beberapa jam sehingga beberapa hari sebelum berlakunya kelahiran bayi.
Dalam sesetengah kes, proses induce tidak berfungsi seperti diharapkan dan kaedah yang sama perlu diulang.
Risiko yang boleh terjadi dalam proses bersalin induce
Antara risiko proses bersalin secara induce, adalah:
Boleh mengalami kontraksi lebih kuat, menyakitkan dan kerap Berdepan peningkatan risiko kemurungan selepas bersalin Prosedur induce gagal dan perlu menjalani kaedah kelahiran caesarean Wujud risiko jangkitan pada ibu dan bayi Masalah rahim pecah. Ini terutamanya bagi wanita yang pernah menjalani pembedahan czer atau pembedahan rahim lain Kontraksi yang terlalu banyak boleh menyebabkan perubahan pada kadar degupan jantung bayi Risiko kematian janin Persediaan diri
Biasanya prosedur ini akan dilakukan di hospital atau pusat bersalin, di mana anda dan bayi boleh dipantau oleh doktor. Pun begitu, ada beberapa persiapan yang ibu perlu lakukan sebelum menjalani proses bersalin secara induce.
1. Bertanyakan soalan
Jika terdapat sebarang keraguan atau kebimbangan, jangan ragu untuk bertanya. Ia pastinya akan membantu anda untuk lebih tenang selepas mengetahui perkara yang boleh dijangkakan. Anda mungkin ingin mengetahui kaedah yang akan dipilih, risikonya dan rancangan doktor jika kontraksi tidak berlaku seperti diharapkan.
Antara beberapa soalan lain yang boleh ditanya:
Sebab perlu melakukan induce Keadaan serviks Kedudukan bayi Bolehkah anda bergerak selepas prosedur induce? Adakah ia menyakitkan dan pilihan yang anda ada untuk mengurangkan rasa sakit? 2. Keselesaan diri
Persiapan untuk keselesaan diri akan bergantung kepada prosedur yang dipilih. Anda mungkin tidak dapat bergerak banyak sekiranya diberikan Pitocin melalui IV.
Antara perkara yang boleh membantu meringankan rasa sakit adalah:
Sokongan daripada pasangan, rakan atau ahli keluarga Kekal terhidrat Mengubah posisi kedudukan, seperti bergerak dari sisi ke sisi, berjalan, squatting atau berdiri Ciptakan persekitaran yang menyelesakan seperti mendengar alunan muzik Mandi – bergantung kepada kemampuan anda bergerak dan fasiliti Teknik pernafasan mendalam Bersalin induce? Terima dengan terbuka
Mungkin proses bersalin secara induce bukanlah apa yang anda jangkakan. Tetapi tiada salahnya untuk anda bersikap terbuka dan menerimanya. Ini kerana perkara yang paling penting adalah keadaan diri anda dan bayi selamat dilahirkan. Dalam kebanyakan kes, prosedur bersalin secara paksa ini berjaya membawa kepada kelahiran normal.


Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Tak Semestinya Induce Harini Terus Bersalin, Ada Yang Terpaksa 2 Kali Induce appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-semestinya-induce-harini-terus-bersalin-ada-yang-terpaksa-2-kali-induce/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sikap Degil Untuk Terus Mencuba Banyak Kali Akan Bezakan Anda Dengan Orang Lain

Sikap Degil Untuk Terus Mencuba Banyak Kali Akan Bezakan Anda Dengan Orang Lain

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 221 hits
Sepanjang menjalani kehidupan dari kecil sampai besar anda tentu dah masak hadapi perasaan kecewa sedih atau marah Satu saja punca yang menyebabkan timbulnya perasaan kecewa tu semua Punca asasnya adalah disebabkan apa yang anda jangkakan j...
Dihentak 20 Kali Dengan Handphone Wanita Cedera Teruk Disamun Gelandangan

Dihentak 20 Kali Dengan Handphone Wanita Cedera Teruk Disamun Gelandangan

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 147 hits
Baru baru ini tular di laman Facebook hantaran seorang pengguna dikenali sebagai Hemi Mohd yang meluahkan rasa kecewa apabila isterinya disamun oleh orang kurang siuman atau gelandangan Menerusi hantaran tersebut Hemi turut berkongsi bebera...
Zahid Terima Wang Tunai 40 Kali Dalam Tempoh 4 Tahun

Zahid Terima Wang Tunai 40 Kali Dalam Tempoh 4 Tahun

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 302 hits
Bayaran SGD200 000 sebulan bermula pada hujung tahun 2014 dan berterusan sehingga pertengahan 2015 Dalam tempoh itu kami ada pergi ke rumah beliau di Country Heights Kajang dan dalam perjumpaan itu Datuk Seri Zahid meminta sumbangan bulanan...
Ada Perasaan Timbul 2 Kali Bergandingan Sung Hoon Ulas Hubungan Dengan Im Soohyang

Ada Perasaan Timbul 2 Kali Bergandingan Sung Hoon Ulas Hubungan Dengan Im Soohyang

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 334 hits
Sudah dua kali bergandingan dengan Im Soo hyang Sung Hoon berkongsi perasannya menerusi program Problemaic Child In House ARTIKEL BERKAITAN Jelasnya mengenai wanita itu yang sama sama bergandingan di dalam New Tales Of Gisaeng Pada ketika i...
Gerhana Dua Kali Di Bulan Ramadhan Yang Dianggap Tanda Kedatangan Imam Mahdi Adalah Suatu Pembohongan

Gerhana Dua Kali Di Bulan Ramadhan Yang Dianggap Tanda Kedatangan Imam Mahdi Adalah Suatu Pembohongan

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 208 hits
Isu yang sering menarik perhatian umat Islam ialah apabila fenomena Gerhana Berpasangan dikaitkan dengan kedatangan Imam Mahdi Ia mahsyur digunakan terutamanya oleh beberapa individu atau pendokong ajaran sesat untuk menyokong dakwaan merek...
Ibu Tak Sangka Anak Lahir Pramatang Cepat Belajar Ajar 3 Kali Dah Pandai Jahit Beg Untuk Berniaga Semuanya Demi Ps4

Ibu Tak Sangka Anak Lahir Pramatang Cepat Belajar Ajar 3 Kali Dah Pandai Jahit Beg Untuk Berniaga Semuanya Demi Ps4

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 177 hits
MEMAHAMI kesusahan ibu dan bapa mendorong seorang kanak kanak berusia lapan tahun menjana pendapatan sendiri Malah Wan Ahmad Ridhwan Wan Nabil Hazim juga dikatakan gemar berniaga sejak berumur enam tahun Bermula dengan menjual kek ais krim ...
India Pakistan Diramal Catat Suhu Tertinggi 100 Kali Ganda Selang 3 Tahun

India Pakistan Diramal Catat Suhu Tertinggi 100 Kali Ganda Selang 3 Tahun

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 158 hits
India Pakistan Diramal Catat Suhu Tertinggi 100 Kali Ganda Selang 3 Tahun LONDON Perkhidmatan cuaca Britain mendapati kemungkinan barat laut India dan Pakistan dilanda gelombang haba paling buruk meningkat lebih 100 kali ganda akibat peruba...
Banyak Taktik Kotor Pemilihan Pkr Kali Ini Sumber

Banyak Taktik Kotor Pemilihan Pkr Kali Ini Sumber

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 173 hits
Banyak taktik kotor pemilihan PKR kali ini Sumber Kempen pemilihan Parti Keadilan Rakyat hampir sampai ke kemuncak nampaknya diselebungi pelbagai isu Ia termasuk dakwaan berlaku bagi memastikan sesetengah calon menang tidak kira apa jua car...
Berapa Kali Percubaan Dilakukan Oleh Orang Yang Berjaya Berbanding Yang Tak Berjaya

Berapa Kali Percubaan Dilakukan Oleh Orang Yang Berjaya Berbanding Yang Tak Berjaya

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 197 hits
Dalam hidup ni anda tentu pernah hadapi rasa kecewa sedih atau marah Semua rasa tersebut timbul sebab apa yang anda mahukan tak dapat Tak kisahlah Dari segi kebendaan atau perasaan Jika apa yang anda mahukan itu tak dapat jika disimpan pada...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui