Tak Sedap Hati Bila Kelopak Mata Bergerak Gerak Dan Berdenyut Ini Petanda Sebenarnya
Mesti Rasa Rimas Kan Tiba-tiba Kelopak Mata Kita Asyik Bergerak-Gerak Mula Rasa Risau Dan Tidak Sedap Hati Apakah Makna Atau Petanda Disebalik Kelopak Mata Kiri Begerak-gerak??
Orang Tua-tua Kata
“kalau yang bergerak tu kelopak mata kanan, ada saudara sebelah ayah yang meninggal , kalau sebelah kiri , ada saudara sebelah mak pula yang meninggal” dan “kalau mata kanan yang bergerak, nak tengok orang atau nak jumpa orang jauh”. Ada juga yang kata “nak dapat berita baik”. Kalau kelopak mata kiri yang bergerak, katanya “ada berita kurang baik yang akan didengar dan akan menangis”.
Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas –Nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik.Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – Akan mendapat berita gembiraKelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kitaKelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)Angota Lain Yang Bergerak
Alis Kiri – akan mendapat wang.Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Banyak Versi Sebenarnya Tapi Kalau Perhatikan Lebih Kurang Sama Apepun Terpulang Nak Percaya Atau Tidak Mungkin Orang Tua-tua Bercakap Melalui Pengalaman Mereka Bak Kata Orang Lebih Dulu Makan Garam.
Walau bagaimanapun, kita sebagai seorang Muslim sangat ditegah untuk mempercayai perkara karut kerana takut membawa diri kepada jalan syirik dan hukum mempercayai ramalan atau nasib dengan cara sebegitu adalah haram dan berdosa.
Mungkin Jugak Kelopak Mata Begerak Disebabkan Punca-Punca Yang Lain Seperti??
Mata Letih
Boleh Jadi kalau mata kita ni selalu berkedip, maknanya mata kita ni Terlalu letih.. dan cuba pejamkan seketika dan buka semula. Ulang beberapa kali.. Untuk merehatkan mata la.. Kadang-kadang Berlaku Apabila Terlalu Kerap mengadap komputer
Kajian Sains
“Nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah “myokymia”. Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah bawah . Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi.
Anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini. Faktor personaliti juga turut menyumbang kepada masalah ini”
Apabila melihat balik kepada sejarah pesakit yang terdahulu, masalah mata menguit disebabkan beberapa punca:-
Pengambilan kafein dan alkohol terlalu banyak sehingga menyebabkan keadaan tubuh kering lalu menjadikan otot kekejangan dan menguit.Radang pada mata disebabkan alah boleh mempengaruhi mata untuk menguit.Kekeringan bebola mata menjadi punca iritasi yang turut menyumbang kepada permasalah mata menguit.Kekurangan tidur menyebabkan keadaan dan fungsi mata jadi lemah/letih, lalu menyebabkan mata menguit.Merenung komputer atau peranti terlalu lama bisa menjadikan otot di keliling kawasan mata jadi terlampu penat sehingga menjadi punca kepada masalah mata menguit.Pengambilan sesetengah ubat-ubatan turut boleh menyebabkan mata menguit.Tertekan
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Jualan Baju Raya Dah Bermula!!!
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ohsemput.blogspot.com/2019/03/tak-sedap-hati-bila-kelopak-mata.html