Kasih Ibu Ayah Tiada Hadnya Netizen Sayu Lihat Warga Emas Datang Jauh Naik Bas Semata Mata Nak Jamin Anak


Perkongsian kali ini merupakan sebuah kisah yang pernah viral suatu ketika dahulu. Oleh kerana ceritanya sarat dengan pengajaran, rasanya tidak salah untuk dikongsikan semula dengan niat untuk membuka mata masyarakat kita
Tiada siapa yang boleh menyangkal kasih sayang seorang ibu dan bapa terhadap anak mereka. Seburuk dan sejahat manapun anak itu, seorang ibu bapa yang baik akan lakukan apa saja demi kebahagiaan anak.
Namun bagaimana pula dengan anak? Pernahkah merasa terkesan walau sedikit dengan pengorbanan ibu dan ayah? Menerusi perkongsian Alhadi Runner di laman Facebook, dia telah bertemu dengan pasangan warga emas di mahkamah dengan masalah yang berat menimpa anak mereka.

Dia memulakan bicara:
“ Seawal pagi ambe (saya) dah terpacak depan Kompleks Mahkamah Tinggi untuk selesaikan beberapa urusan. Dari awal ambe nampak sepasang orang tua macam tak tahu arah nak tuju.
“ Disebabkan ambe nak cepat, ambe biarkan saja. Sampai pukul 9.30 pagi urusan dah selesai terus ambe keluar dari Kompleks Mahkamah ke tempat parking.”
Namun Hadi tidak menyangka dia akan bertemu lagi dengan pasangan tersebut setelah sejam menyelesaikan urusannya di situ.
“ Rupanya dah sejam lebih masih ada pasangan tua tu duduk dekat luar dengan muka sedih. Ambe senyum je sambil sarung helmet. Tetiba dia panggil.”
Pasangan tersebut menyatakan masalah mereka. Mereka meminta bantuan Hadi untuk mengisi satu borang jaminan kerana kedua-dua makcik dan pakcik tersebut tidak pandai menulis.
Datang naik bas, namun tiada yang sudi bantu Lebih menyedihkan mereka datang dari jauh ke situ dengan menaiki bas, namun tiada seorang pun yang sudi membantu. Alahai…
“ Kasihan pulak tengok keadaan dia sebab datang dari jauh naik bas tapi tak ada siapa pun nak tolong. Dah beberapa orang pasangan ini minta tolong tuliskan tapi tak ada siapa yang sudi melayan termasuk pengawal keselamatan yang bertugas dan staf mahkamah.”
Disebabkan dia perlu mengisi borang jaminan tersebut, Hadi terpaksalah mengambil tahu sedikit sebanyak masalah pasangan tersebut dengan tertuduh yang ingin diikat jamin.
Rupanya anaknya sudah 5 kali kena tahan
“ Bermulalah kisah dia berkenaan anaknya yang terlibat kes dad4h yang kali kelima kena tahan. Makcik ini kerja pembantu kedai makan saja, manakala pakcik itu pula umur sudah nak 60-an dan tidak larat nak bekerja.
“ Kasihan, mana nak cekau duit jamin anak,” ceritanya.
Namun pasangan warga emas ini sanggup juga tebalkan muka demi membebaskan anak mereka dari penjara.
“ Buruk-buruk anaknya pun walau tak berharta sanggup dia tebalkan muka usaha dapatkan sejumlah wang jaminan untuk anaknya. Bukan kecil nilai tu. Ribu-riban sebab kes sama dah berkali ulang.
“ Sayang betul anak muda baru umur 24 tahun sudah beberapa kali keluar masuk kes dad4h. Orang tua ini cakap dari kecil dia beri semua yang dia ada supaya anaknya cerdik pandai. Tak nak jadi seperti dia tak bersekolah.
“ Tapi bila dah besar jadi pandai menipu. Habis semua barang kemas makcik ini bergadai untuk urus kes dia. Hutang dengan orang sekeliling jangan cakaplah,” kata Hadi.
Posting Hadi mengenai pasangan warga tua itu telah mendapat pujian dari netizen yang rata-rata berbangga dengan tindakan lelaki yang menjalankan khidmat penghantaran barang ini.

Sayangilah ibu bapa anda dan hargailah pengorbanan mereka. Tak ternilai tau kasih sayang mereka tu!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : lobakmerah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/kasih-ibu-ayah-jamin-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Tak Nak Masuk Sekolah Sebab Nak Tengok Lori Bomba Apa Yang Dilakukan Si Ayah Buat Netizen Terharu

Anak Tak Nak Masuk Sekolah Sebab Nak Tengok Lori Bomba Apa Yang Dilakukan Si Ayah Buat Netizen Terharu

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 847 hits
Macam macam karenah anak anak yang kita terpaksa hadap lagi lagi bagi anak yang dah mula ke sekolah Setiap pagi nak menghadapi mood mereka yang tak menentu bukan nya perkara mudah Kalau tak pandai kawal kita sendiri pun boleh naik angin jug...
Anak Biadap Bukan Sebab Ibu Ayah Tak Ajar Adab Gajet Selalu Dimarah Terabai Jadi Punca

Anak Biadap Bukan Sebab Ibu Ayah Tak Ajar Adab Gajet Selalu Dimarah Terabai Jadi Punca

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 569 hits
Geramnya rasa bila anak tunjuk perangai tak baik dan biadap Mungkin ibu bapa tanpa sedar membiarkan anak terdedah kepada punca puncanya Menggunakan perkataan kasar dan negatif berkelakuan ganas tidak hormat peraturan tidak menghormati orang...
Sedih Lihat Warga Emas Ini Sebak Malam Ni Kami Nak Pi Mana Isu Penduduk Diusir Di Pulau Pinang

Sedih Lihat Warga Emas Ini Sebak Malam Ni Kami Nak Pi Mana Isu Penduduk Diusir Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 474 hits
Sedih Lihat Warga Emas Ini Sebak Malam Ni Kami Nak Pi Mana Isu Penduduk Diusir Di Pulau Pinang
Aliff Patut Rasa Menyesal Muat Naik Video Bersama Anak Bella Astillah Terus Disokong Netizen

Aliff Patut Rasa Menyesal Muat Naik Video Bersama Anak Bella Astillah Terus Disokong Netizen

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 407 hits
Minggu lepas kecoh dengan isu penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura yang didakwa berlaku curang terhadap isterinya untuk kali kedua Jika sebelum ini Aliff telah berlaku curang apabila kantoi pergi ke pusat karaoke dengan Afifah Nasir bar...
Sekurang Kurangnya Hingga Usia 4 Tahun Ibu Ayah Kena Hadap Drama Bila Anak Mengamuk

Sekurang Kurangnya Hingga Usia 4 Tahun Ibu Ayah Kena Hadap Drama Bila Anak Mengamuk

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 376 hits
Toodler tantrums atau defiant age pernah dengar Adakah ini normal untuk mengamuk atau sekadar mengambil perhatian si dewasa oleh si cilik Perkongsian dari Terapis Cara Kerja boleh membantu ibu bapa yang berdepan keadaan ini Anak memang muda...
Disiplinkan Anak Ibu Ayah Jangan Marah Serentak Kena Seorang Tegas Seorang Bertenang

Disiplinkan Anak Ibu Ayah Jangan Marah Serentak Kena Seorang Tegas Seorang Bertenang

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 400 hits
Ibu marah cari ayah Ayah marah cari ibu Biasa berlaku kan Apa respon kita sebagai ibu ayah Keadaan ini selalu berlaku pada anak anak untuk mereka dapat perlindungan atas kesalahan yang dilakukan Sekali sekala bertegas dengan anak perlu untu...
Ibu Pergoki 2 Anak Kandung Bercinta Tak Disangka Ayah Juga Terlibat

Ibu Pergoki 2 Anak Kandung Bercinta Tak Disangka Ayah Juga Terlibat

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 384 hits
Kasus asusila di Pulau Atas Samarinda Kalimantan Timur menggegerkan publik Seorang anak di bawah umur Bunga menjadi korban perkosaan kakak dan ayah kandungnya selama bertahun tahun Kasus ini terbongkar setelah Seroja memergoki 2 anak kandun...
Kasih Seorang Abang Dialah Ibu Dialah Ayah

Kasih Seorang Abang Dialah Ibu Dialah Ayah

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 670 hits
SEREMBAN Ketika remaja lain menikmati kesenangan hidup bersama ibu bapa dan rakan seorang remaja berusia 19 tahun sebagai anak sulung daripada lima beradik terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa Muhammad Hailfie Jasni yang ba...
Ibu Ayah Yang Rajin Berbual Dengan Anak Sejak Bayi Apabila Besar Sangat Petah Bercakap

Ibu Ayah Yang Rajin Berbual Dengan Anak Sejak Bayi Apabila Besar Sangat Petah Bercakap

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 535 hits
Siapa yang tidak suka bercakap dengan bayi kecil Walaupun dia belum faham apa yang kita cakapkan tetapi reaksinya sangat menggeramkan sesiapa sahaja Tambah seronok apabila bayi yang diajak bercakap itu sudah boleh bercakap dalam bahasanya s...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah