Inques Adib Air Mata Bos Bomba Mengalir Lagi Teringat Detik Adib Apply Cuti Kahwin
SHAH ALAM – Suasana sedih sekali lagi menyelubungi Mahkamah Koroner apabila saksi ke-18 Inkues Kem@tian Muhammad Adib mengimbau kembali detik-detik Allahyarham memohon cuti kahwin.
Ketua Balai Bomba USJ, Syed Sharil Anuar Syed Sulaiman sebelum itu kelihatan sebak akhirnya mengalirkan air matanya di kandang saksi.
ADIB PERNAH APPLY CUTI KAHWIN
Selepas beberapa ketika dia kemudiannya berkata, Muhammad Adib berjumpa dengannya untuk membuat permohonan cuti kahwin.
“Saya bergurau dengan mengatakan kad jemputan pertama harus diberikan kepada saya, barulah cuti diluluskan.
“Kami sama-sama ketawa.
“Dia katakan, tuan perlu hadir kerana dia adalah satu-satunya anggota yang akan berkahwin pada penutup 2018.
“Saya peluk dia dan berkata Insya-ALLAH,” katanya.
Menurutnya, Muhammad Adib merupakan seorang yang sangat disenangi oleh semua.
“Dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan anggota lain dan juga saya.
“Arw@h juga suka tersenyum,” katanya.
SEMANGAT PERSAUDARAAN DAN BERPASUKAN
Beliau berkata, corak kerja yang diamalkan mereka berkonsepkan brotherhood di mana semua memegang prinsip seerat serasa sehati sejiwa.
“Jadi dalam balai itu seperti sebuah keluarga. Arwah Adib seolah-olah adik kepada senior dan abang kepada junior.
KUALA LUMPUR 18 DISEMBER 2018. Gambar dari Facebook – Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd. Kassim. NSTP/GOOGLE IMAGES
Dek kerana sifat dan komited terhadap tanggungjawab, Syed Sharil Anuar bercadang untuk menyenaraikan nama Muhammad Adib sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
“Biarpun baharu berkhidmat hampir empat tahun, saya bercadang memasukkan namanya, tetapi tidak kesampaian,” katanya.
REKOD INQUEST ADIB
Inkues kem@tian Muhammad Adib Mohd Kassim akan berlangsung selama 44 hari bermula 11 Februari lalu memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan.
Timbalan Pendakwa Raya selaku pegawai pengendali, Hamdan Hamzah berkata, daripada jumlah itu, tujuh saksi profesional yang terdiri daripada enam pegawai perubatan dan seorang pengawai penyiasat kes.
“Enam saksi pegawai perubatan tersebut melibatkan doktor yang terlibat secara terus merawat si mati di Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Institut Jantung Negara (IJN) dan Institut Forensik Pakar Perubatan Hospital Kuala Lumpur,” katanya.
Menurutnya, selain itu, pihaknya turut memanggil polis, bomba dan ahli keluarga Muhammad Adib sebagai saksi.
The post INQUES ADIB : Air Mata Bos Bomba Mengalir Lagi. Teringat Detik Adib Apply Cuti Kahwin appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/inques-adib-air-mata-bos-bomba-gugur-lagi-teringat-detik-adib-apply-cuti-kahwin/