Tak Sangka Ini Permintaan Terakhir Arwah Lelaki Ini Kongsi Detik Indah Bercuti Bersama Ayah Untuk Kali Terakhir


Semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang amat dirasainya tambahan pula mereka yang sentiasa berada disis, dihati dan menemani jiwa hari-hari sejak bayi.
Namun, bila sampainya seru untuk mereka kembali kepada Sang Pencipta, kita sebagai manusia biasa perlu meredhai. Walaupun kita akan rasa satu dentuman halilitar yang kuah pecah dalam hati.
Kisah seorang lelaki meluahkan perasaan di laman Twitternya selepas seminggu kehilangan ayah tercinta semasa pergi bercuti bersama keluarga mengundang kesedihan para netizen.
Dah seminggu ayah pergi. Aku rasa macam nak share pengalaman ‘Holiday Terakhir Bersama Ayah’. Hari akhir bercuti, ayah hempuskan nafas terakhir.
Menurut Faris, arwah ayahnya sakit sudah 7 tahun sebelum ke Rahmatullah. Arwah sakit buah pinggang dan memerlukan dialisis setiap hari. Keluar masuk wad itu adalah perkara biasa.
Disebabkan arwah bosan selalu duduk rumah, jadi arwah plan untuk pegi holiday bersama keluarga ke Melaka. Arwah plan dan kami pun book hotel serta buat tentatif program.
Tiga hari sebelum ke Melaka, arwah mengadu sesak nafas. Mak telefon ambulance dan dihantar ke hospital. Arwah pun kena tahan wad. Sehari sebelum ke Melaka, arwah minta keluar wad. Doktor tak bagi tapi arwah tetap mahu keluar wad juga sebab nak pegi holiday dengan keluarga.
Semasa kami gerak ke Melaka, Arwah sihat je hari tu. Kami singgah makan tengahari di Perhentian Kuih Kampong, check in hotel dan makan malam di Ikan Bakar Muara Sg Duyung. Arwah memang teringin sangat nak makan kat Muara tu.
Ini adalah foto terakhir dia bersama arwah ayahnya dan atoknya Keesokan harinya, kami hanya sarapan di hotel. Masa makan tu, arwah ada cakap “Payeh, nanti tolong cari rumah kawan apak”. Dia cakap dengan nada yang lembut. Sampai sekarang masih terdengar lagi. Arwah suruh cari rumah kawan lama dia kat Melaka. Kat pantai tu arwah duduk dalam kereta je. Aku rasa arwah macam merajuk sebab aku taknak cari rumah kawan dia. Dia cakap coconut shake ni tak sedap, manis sangat. Aku tengok jam baru pukul 6. Awal lagi. Jadi, Waze Tesco Melaka pun takdelah jauh sangat. Jadi aku decide nak cari rumah kawan lama arwah. Aku cakap “Ok jom kita cari rumah kawan apak”. Time tu baru lah arwah macam excited sikit.
Mengikut penceritaan Faris semasa dihubungi, hasrat ayahnya untuk ketemu rakan di Melaka tidak kesampaian apabila nombor telefon rakannya hilang dan mereka sudah berulangkali pergi ke tempat yang sama tetapi masih tidak jumpa jalannya, mungkin jalannya sudah berubah.
Nak dijadikan cerita, pada malam itu ayah, adik dan ibunya serta atok tinggal di hotel. Tetapi ada satu kejadian yang tidak disangka-sangka dan menjadi pengalaman yang paling sedih dalam dirinya sebagai seorang anak.
Ayahnya sesak nafas dan dikejarkan ke hospital Melaka. Sesudah sampai disana, ayahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terima rawatan di ICU.
Walaupun dalam keadaan tenang, hati anak mana yang tidak risau. Pasti akan ada secebis perasaan risau dan hiba dengan apa yang berlaku.
Keadaan pakcik sangat tenat. Jantung dia dah berhenti 4 kali. Kami pun dah buat 4 kali cpr. Cpr tak boleh buat banyak kali sebab result dia akan jadi buruk jugak. Sekarang ni pun jantungnya tengah terhenti, kata doktor yang merawat.
Jadi saya nak tanya ahli keluarga, nak kami buat cpr ke takyah?”. Time tu aku pandang mak aku, mak aku pandang aku. Aku jawab “Buatlah doktor. Cuba.” Doktor pun okay dan masuk dalam bilik tu.
Lepas tu aku terus menangis dan peluk mak. Time tu aku takut sangat nak kehilangan seorang ayah. Habis basah tudung mak aku time tu. Aku nangis lagi over daripada mak aku. 
Selepas doktor beritahu, nadi ayahnya sudah stabil, mereka bersyukur dan mengharapkan kesihatan ayahnya akan pulih seperti biasa.
Dia pun masuk lah nak tengok ayahnya, tetiba seminit dua pastu dia keluar menangis. Dia cakap “Cepat! Semua masuk!”. Kami yang kat luar semua ni masuk lah Waktu ini semua orang berdebar dan menunggu keputusan doktor, apabiladoktor yang merawat itu keluar dari tempat ayahnya, dan mengatakan ayahnya sudah tiada.
Aku amik phone arwah. Aku call kawan2 rapatnya bagitahu arwah dah tiada. Aku fikir time tu aku nak cari kawan arwah nama “Shariff” nak cerita pasal arwah cari rumah pakcik Shariff sebelum arwah meninggal. Arwah pernah pesan kalau dia meninggal, uruskan kat surau kat rumah.
Pulanglah aku ke Kuala Lumpur menaiki van jenazah bersama arwah. Semoga Allahyarham ayahnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
 
Sumber: Faris Harudin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/06/tak-sangka-ini-permintaan-terakhir-arwahlelaki-ini-kongsi-detik-indah-bercuti-bersama-ayah-untuk-kali-terakhir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Issey Kongsi Foto Terakhir Arwah Ibu

Issey Kongsi Foto Terakhir Arwah Ibu

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 568 hits
Datanglah Bidadari Cantik Mana Pun Tak Boleh Lawan Senyuman Ni Issey Kongsi Foto Terakhir Ibu
Pemandangan Kampung Arwah Ayah

Pemandangan Kampung Arwah Ayah

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 681 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini entry aku lebih banyak gambar For actually gambar ni dah lama tapi baru sekarang aku terniat nak kongsi Aku suka kampung arwah ayah sebab dekat dengan pantai hihi Rasa tenang saja bila dengar bun...
Sabarlah Anakku Aku Juga Rindu Mama Mu Ayah Tak Dapat Tahan Sebak Lihat Anak Menangis Rindu Arwah Ibu

Sabarlah Anakku Aku Juga Rindu Mama Mu Ayah Tak Dapat Tahan Sebak Lihat Anak Menangis Rindu Arwah Ibu

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 632 hits
Mama Mama Dah berapa kali perkataan tu diulang tanpa penat Anak kecil berusia 4 tahun itu terus menerus memanggil si ibu dan terus menangis Guru tadi sebak dia tahu anak kecil itu merindui ibunya yang baru beberapa hari pergi menghadap Sang...
Pemergian Arwah Menyedihkan Tapi Cara Allah Sambut Arwah Aku Dah Nampak Rakan Baik Cerita Detik Akhir Arwah Zahir

Pemergian Arwah Menyedihkan Tapi Cara Allah Sambut Arwah Aku Dah Nampak Rakan Baik Cerita Detik Akhir Arwah Zahir

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 2483 hits
Pemergian arwah menyedihkan Tapi cara Allah sambut arwah aku dah nampak Rakan Baik Cerita Detik Akhir Arwah ZahirPilunya apabila bayi 6 bulan tidak lagi merasa pelukan si ayah Malah empat adik beradik yang lain juga tidak akan lagi merasa k...
Tunggu Mama Di Syurga Baju Terakhir Arwah Pakai Ubat Rindu Safura Buat Anaknya

Tunggu Mama Di Syurga Baju Terakhir Arwah Pakai Ubat Rindu Safura Buat Anaknya

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 1473 hits
Pelakon dan penyanyi Safura Yaacob memuat naik status bagi memperingati anak perempuannya Nur Aisyah Mariam yang meninggal dunia pada 12 September 2011 menyentuh hati pengikut Instagram Safura dalam statusnya itu memberitahu kehadiran Maria...
Dah Ada Mak Ayah Baru Seminggu Bernikah Caption Terakhir Doktor Ini Undang Sebak

Dah Ada Mak Ayah Baru Seminggu Bernikah Caption Terakhir Doktor Ini Undang Sebak

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 492 hits
Dah Ada Mak Ayah Baru Seminggu Bernikah Caption Terakhir Doktor Ini Undang Sebak Tidak dapat dibayangkan perasaan kehilangan seseorang yang disayangi dalam sekelip mata akibat kemalangan jalan raya Lebih perit lagi apabila baru sahaja mendi...
Perempuan Kena Kuat Fasha Kongsi Kisah Pertama Kali Menjanda Jadi Inspirasi Buat Ibu Tunggal

Perempuan Kena Kuat Fasha Kongsi Kisah Pertama Kali Menjanda Jadi Inspirasi Buat Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 305 hits
Ironi kisah penceraian dan masalah rumah tangga dalam kalangan selebriti sudah membentuk satu stigma bahawa selebriti sering kali kecundang dalam perkahwinan Namun buat pelakon Fasha Sandha menerusi entri di IG baru baru ini beranggapan bah...
Lelaki Kongsi Puisi Terakhir Sahabat Sebelum Maut Akibat Kemalangan

Lelaki Kongsi Puisi Terakhir Sahabat Sebelum Maut Akibat Kemalangan

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 433 hits
Setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir dunia yang fana akan ditinggalkan hanya amalan yang dibawa Setiap manusia yang hidup pasti akan kembali menemui Pencipta NYA cuma bila dimana dan bagaimana hanya DIA yang mengetahui Sebab i...
Doktor Ini Kongsi Bahaya Makan Mee Segera 3 Kali Seminggu

Doktor Ini Kongsi Bahaya Makan Mee Segera 3 Kali Seminggu

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 467 hits
Bila teringat zaman persekolahan dulu tidak saya nafikan mee segera adalah makanan penyelamat ketika duit belanja kering Nak minta kirim mak ayah pun belum dapat lagi sebab masa tu LIGS hanya datang membeli getah kepingan pada hujung bulan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025