Tunggu Mama Di Syurga Baju Terakhir Arwah Pakai Ubat Rindu Safura Buat Anaknya
Pelakon dan penyanyi Safura Yaacob memuat naik status bagi memperingati anak perempuannya, Nur Aisyah Mariam yang meninggal dunia pada 12 September 2011 menyentuh hati pengikut Instagram.
Safura dalam statusnya itu memberitahu kehadiran Mariam selama tiga tahun dalam hidup mereka sekeluarga sudah cukup membahagiakan dan berdoa agar Allah mempertemukan mereka di Jannah suatu hari nanti.
Penyanyi lagu Sedalam Mana Cintamu itu juga memuat naik status itu sebagai memperingati tarikh kelahiran Allahyarham iaitu 23 Ogos 2008.
View this post on Instagram
Sgt rindu….pasti akan aku cium baju terakhir yg aruah pakai..akan aku cium sepuasnya..dan menangis semahunya…sehingga lelah itu habis….tunggu mama…jgn lupa cari mama nanti
A post shared by SAFURA YA'COB (@safurashah) on Aug 22, 2019 at 10:29am PDT
“Senyuman anak syurga ku…lahir 23.8.08..kini tiada lagi..insan yang kukasihi..yang ada hanya pusara sepi..(Biar ku simpan kenangan ini..) Happy birthday bidadari ku..
Perkongsian Safura di Instagram mengenai Allahyarham juga menyentuh perasaan.
“Tunggu mama… jgn lupa cari mama nanti,” coret Safura pada sekeping gambar Nur Aisyah yang dimuat naik di Instagramnya.
“Mama rindu, Al-Fatihah,” katanya.
View this post on Instagram
23hb ogos 2008…lahir nye anak syurga ku kedunia…3thn menanti kehadiran mu… Dan 3thn shj Allah pinjamkan kamu utk membahagiakan kami sekeluarga….sesungguhnya Allah itu adalah sebaik2 perancang….kami Redha dlm ketentuan mu ya Rabb….semoga Allah pertemukan kita nanti dlm jannah Allah yg sudah tentu pasti…mama rindu Al-fatihah
A post shared by SAFURA YA'COB (@safurashah) on Aug 22, 2018 at 11:19pm PDT
Mariam meninggal dunia pada usia 3 tahun kerana demam berpanjangan adalah anak pertama penyanyi itu dengan pelakon Sahronizam Noor.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang dekat sini.
Selain Mariam, Safura dan Sahronizam mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Yusoff Firdaus, 10 tahun, Zara Nur Aisyah, 9 tahun dan Ariana Sofia, 5 tahun.
Safura turut mempunyai dua orang anak lain iaitu Nurul Natasha, 25 dan Muhammad Daniel Khaqim, 19, hasil daripada perkahwinannya sebelum ini.
Sumber: ig safurashah
The post Tunggu Mama Di Syurga.. Baju Terakhir Arwah Pakai Ubat Rindu Safura Buat Anaknya appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tunggu-mama-di-syurga-baju-terakhir-arwah-pakai-ubat-rindu-safura-buat-anaknya/