Tak Sangka Bil Elektrik Turun Bila Buat Cara Ini


 
Bermula PKP pertama pada awal tahun lalu, saya perasan bil elektrik di rumah naik mendadak lebih daripada kebiasaan. Kalau dulu bil yang perlu dijelaskan hanyalah sekitar RM110 dan ke bawah, namun kami agak terkejut apabila bil yang diterima pada ketika itu berjumlah RM160.


Meskipun nilainya tidaklah sebesar mana dibandingkan dengan mereka yang menerima bil elektrik sehingga mencecah empat angka, namun kami masih mempersoalkan mengapa bil elektrik yang kami gunakan sebelum ini boleh meningkat secara tiba-tiba.


Kalau dikatakan kami menggunakan elektrik secara berlebihan, agak mustahil kerana saya sebagai surirumah dengan suami yang bekerja serta anak-anak kecil tidaklah menggunakan tenaga elektrik tinggi kecuali di saat menggunakan pendingin hawa.


Sejak daripada itu, nilai bil elektrik di rumah terus meningkat naik dengan purata sebulan sebanyak RM170. Tiada jalan lain, kami hanya buat bayaran seperti biasa tanpa ada rancangan untuk cuba mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sedikit pun.


Namun bermula pada bulan lepas iaitu September 2021, saya mula terfikir untuk cuba kurangkan penggunaan elektrik dengan satu cara ini untuk lihat kesannya pada bil seterusnya. Apabila tiba hari bil elektrik sampai ke rumah, saya sudah boleh tersenyum gembira, trick itu menjadi rupanya! 



Bil yang kebiasaannya berjumlah RM170 kini berkurangan sehingga RM50! Bil yang kami terima pada kali ini bernilai sekitar RM110 sahaja. Wow sangat! Cuba awak lihat gambar perbandingan bil elektrik yang saya terima pada bulan lepas dengan bulan ini. Banyak kan penurunannya?


Jom saya kongsikan cara yang saya buat itu!


Jimat Elektrik | Tutup Suis Penapis Air Buat satu cara ini sahaja dah dapat membantu mengurangkan lebih sepertiga daripada bil elektrik yang kami terima. Dalam masa sebulan ini, setiap kali sebelum tidur saya akan tutup suis penapis air berjenama Coway yang saya guna di rumah


Selain pendingin hawa, penapis air juga adalah antara barangan elektrik yang menggunakan banyak tenaga. Ini kerana, motornya perlu sentiasa bergerak untuk memanas dan menyejukkan air bagi kegunaan setiap masa. Jadi, proses ini memerlukan penggunaan tenaga elektrik tanpa henti.


Pada masa kami tidak perlukan air panas atau sejuk (tentulah pada waktu malam kerana nak tidur kan), jadi saya tutup suisnya untuk menjimatkan penggunaan elektrik. Saya lakukannya pada setiap malam selama sebulan dan hasilnya bil elektrik yang lebih rendah! Yey! 


Tak sangka cara ini boleh membantu jimatkan penggunaan tenaga sekaligus mengurangkan bil elektrik yang perlu dijelaskan setiap bulan. Saya akan jadikan cara menutup suis penapis air ini sebagai sebagai rutin setiap hari selepas ini. Awak pun boleh cuba buat benda sama, kita tengok menjadi atau tidak trick ringkas namun berkesan ini. Selamat mencuba!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2021/10/cara-menjimatkan-elektrik-di-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Semakan Dan Pembayaran Bil Air Kelantan Sdn Bhd

Cara Semakan Dan Pembayaran Bil Air Kelantan Sdn Bhd

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 1359 hits
Masih punya masalah untuk buat semakan dan pembayaran bil air Kelantan Di sini kami sediakan beberapa cara untuk menyemak atau membuat pembayaran bil air Kelantan kepada Air Kelantan Sdn Bhd Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk memb...
Cara Padamkan Mysejahtera Di Nombor Lama Gantikan Ke Nombor Baharu Jika Bertukar Nombor

Cara Padamkan Mysejahtera Di Nombor Lama Gantikan Ke Nombor Baharu Jika Bertukar Nombor

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 331 hits
MySejahtera adalah satu aplikasi yang wajib ada di dalam peranti anda ketika menjalani fasa norma baharu Perlu dikemaskini setiap masa bagi mengetahu status terkini anda NOTA BUKA DEKAT CHROME di pautan https mysejahtera malaysia gov my hel...
Cara Penyediaan Al Quran Tagging Enuur Untuk Diinfaqkan

Cara Penyediaan Al Quran Tagging Enuur Untuk Diinfaqkan

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 532 hits
Alhamdulillah Enuur berbesar hati untuk share kepada kita semua cara mereka menyediakan dan menyiapkan alquran alquran tagging untuk diinfaqkan Paling banyak Enuur infaqkan ialah Al Quran Tagging Humaira A5 magnet Al Quran Tagging Saiz A4 i...
Cara Menanam Bunga Tabebuya Di Halaman Rumah Cantik Serasa Di Jepang

Cara Menanam Bunga Tabebuya Di Halaman Rumah Cantik Serasa Di Jepang

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 382 hits
Meski harus menunggu 4 tahun untuk menyaksikan bunganya mekar kamu pasti bisa sabar
Hiburan Kena Ajar Buat Kerja Sendiri Dari Kecik Netizen Puji Cara Diana Danielle Didik Anak

Hiburan Kena Ajar Buat Kerja Sendiri Dari Kecik Netizen Puji Cara Diana Danielle Didik Anak

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 364 hits
Baru baru ini pelakon popular Diana Danielle mendapat perhatian netizen selepas dia memuat naik satu entri menerusi Twitter yang menceritakan tentang anak lelakinya yang baru berusia 8 tahun tetapi sudah memahami tanggungjawab sendiri dalam...
Kembangkan Bakat Mu Kucing Tunjuk Cara Keluarkan Diri Dari Sangkar

Kembangkan Bakat Mu Kucing Tunjuk Cara Keluarkan Diri Dari Sangkar

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 344 hits
Kucing merupakan haiwan yang sangat disukai oleh sesiapa sahaja yang suka akan binatang peliharaan Sifat kucing yang suka bermanja dan suka mendekati manusia membuatkan kucing ini mempunyai para peminat yang tersendiri Walaupun begitu kucin...
Nak Buat Kuih Talam Lapis Pandan Boleh Ikut Cara Ini

Nak Buat Kuih Talam Lapis Pandan Boleh Ikut Cara Ini

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 411 hits
Sedap dan lembut kuih talam lapis pandan ni Bila buat sendiri rasa manis boleh ikut citarasa sendiri Menerusi perkongsian resipi daripada Iedaa Jahaya ini memang mudah untuk disediakan RESIPI LAPIS PANDANBAHAN BAHAN 800ml santan sederhana p...
Cara Pencairan Bantuan Subsidi Gaji Dengan Burekol

Cara Pencairan Bantuan Subsidi Gaji Dengan Burekol

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 231 hits
Pemerintah bekerja sama dengan bank Himbara BRI BNI BTN dan Mandiri akan membuatkan rekening baru bank himbara
Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Raya Di Teratak Kecil Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights