Tak Sanggup Lihat Mak Penat Kerja Seorang Diri Apa Anak Ini Buat Lepas Itu Memang Betul Menjadi


Tak Sanggup Lihat Mak Penat Kerja Seorang Diri, Apa Anak Ini Buat Lepas Itu Memang Betul ‘Menjadi’ Setiap orang pasti mempunyai peluang untuk mengubah nasib diri atau keluarganya. Benar, peluang tidak datang terhidang, tapi mungkin perlu kita cari untuk kita nikmati kejayaannya yang pasti tiba pada akhirnya. Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk mencari dan mencipta peluang itu, namun siapa yang paling bijak memanfaatkan peluanglah yang akan menemui impian.
Begitulah impian 5 orang anak muda ini yang kini telah berjaya mengorak kehidupan mereka kepada kejayaan yang sangat membanggakan. 
MISI Buka Peluang Kepada Masyarakat India Dapatkan Kemahiran & Pekerjaan Setiap impian bermula dengan satu peluang. Melalui inisiatif Malaysian Indian Skills Initiative (MISI), ia membuka peluang kepada masyarakat India di negara ini untuk mendapatkan latihan kemahiran dan pekerjaan dalam lembaran baru kehidupan.
MISI bukan sekadar satu program, ia adalah jambatan antara potensi dan pencapaian, antara impian dan kenyataan.
Dilaksanakan melalui agensi seperti HRDCorp dan TalentCorp, inisiatif ini memberi tumpuan kepada latihan kemahiran, peluang pekerjaan serta pembangunan kerjaya. Kekuatan sebenar MISI bukan terletak pada angka atau laporan pencapaian, sebaliknya ia terletak pada kisah kejayaan manusia di sebaliknya. 
Inilah semangat MISI, satu inisiatif yang bukan sekadar melatih tangan untuk bekerja, malah ia membangunkan keyakinan, maruah dan masa depan mereka. 
5 Kisah Inspirasi Hasil Keberkesanan MISI Kisah 1: “Gaji Pertama Saya Untuk Mak”
Pravin Raj A/L Muralitharan, seorang pemuda yang telah sedar dia perlu memikul tanggungjawab keluarga setelah bapanya kemalangan dan tidak mampu bekerja. Si emaknya pula kerja seorang diri, dan dia tidak sanggup untuk melihat keadaan itu. 
Sebagai seorang anak yang sedar tentang tanggungjawabnya, Pravin memulakan langkah kanan dengan tindakan yang dilakukan bagi mengubah nasib keluarganya.
Pravin pernah menganggur beberapa bulan, namun setelah menyertai Program MiSI, dirinya dipenuhi dengan pelbagai ilmu baharu dan lengkap untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih berbaloi. Pravin mengikuti Software Developer Programme dalam bidang teknologi maklumat.
Tidak lama selepas tamat latihan, Pravin berjaya dapatkan pekerjaan sebagai Software Engineer di DELL Global Business Centre dengan gaji RM5,100 sebulan.
“Hari saya dapat kerja tu, saya terus telefon mak. Dia menangis. Tapi kali ni sebab gembira,”
Kejayaannya itu bukan sahaja untuk perjalanan kariernya sahaja, tapi sudah mampu mengubah kehidupan keluarganya.

Kisah 2: Kekurangan Bukan Halangan Untuk Berkarya
“Bila saya ambil gambar atau edit video, saya rasa bebas. Saya tak boleh dengar muzik, tapi saya boleh ‘rasa’ rentaknya melalui visual”
Begitulah yang diungkapkan oleh Kavinash a/l Sri Murugan yang sebelum ini hidup dalam kesunyian, namun sekarang sudah bangkit menemui cara untuk ‘bersuara. Kavinash yang juga mempunyai masalah pendengaran telah menyertai Program MiSI dan mengikuti kursus AI-Powered Photography & Visual Editing.
Melalui kursus ini, Kavinash belajar memanfaatkan teknologi AI dalam suntingan foto dan video, yang mana ia sangat membantu kemahiran Kavinash untuk menghasilkan kandungan dan membina kerjaya sebagai pempengaruh digital.
Baginya, latihan itu membuka lembaran baru buat hidupnya, di mana Kavinash sudah mula dikenali sebagai pempengaruh digital dengan pengikut setia yang sentiasa menanti hasil karyanya.
“Latihan ni ubah hidup saya. Saya lebih yakin, lebih berdikari, dan saya tahu saya juga mampu berjaya,” katanya sambil tersenyum bangga.

Kisah 3: Bina Kemahiran, Bina Masa Depan
Setelah menamatkan pengajian di universiti, Ravithira A/P Rajah menganggur selama dua bulan. Apa yang membelenggu fikirannya adalah adakah dia akan jumpa kerja yang sesuai dengan apa yang dia belajar. Ravithira yang berusia 24 tahun adalah dari keluarga B40 yang tinggal di Puchong, Selangor dengan pendapatan keluarga sekitar RM2,000 hingga RM4,000 sebulan. 
Di sebalik tekanan kewangan dan misi mencari kerja, akhirnya peluang untuk dia melangkah tiba apabila menyertai Program MiSI di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Beliau mengikuti Microsoft Full Stack Developer Programme, di mana dia mempelajari bahasa pengaturacaraan dan kemahiran membangunkan sistem digital dari asas hingga ke peringkat lanjutan.
“Sebelum ni saya takut nak mohon kerja besar sebab rasa tak cukup bagus. Tapi lepas program ni, saya yakin saya mampu bersaing,” katanya.
Keyakinannya kini membawa Ravithira bekerja sebagai Full Stack Developer di Bestinet  dengan gaji RM4,700 sebulan, di mana satu pencapaian besar bagi seorang graduan muda daripada keluarga sederhana.

Kisah 4: Bila Keyakinan Bermula Dengan Peluang
Sedia maklum, kebanyakan industri sekarang memerlukan pengalaman sebagai kriteria untuk diterima bekerja di syarikat mereka. Itulah yang menjadi permasalahan Kalaiarasan A\L Karunanithi sebelum menyertai program MiSI di bawah KESUMA.
Minat dan keinginannya untuk belajar mendorong beliau di dalam kursus Automotive Car Detailing Technician, di mana beliau mempelajari kemahiran teknikal, pengendalian alat profesional serta teknik pemasangan filem perlindungan cat (PPF).
Hasilnya, kini Kalaiarasan bekerja sepenuh masa sebagai Car Detailing Technician di Prestige Detailing 63, yang mana tugasnya menjalankan kerja-kerja detailing profesional dan pemasangan PPF untuk pelanggan berprofil tinggi.
“Sebelum MiSI, saya langsung tiada pengalaman dalam industri automotif. Lepas latihan, saya bukan sahaja dapat sijil pengiktirafan industri, tapi juga keyakinan untuk bina kerjaya. Sekarang saya bangga jadi sebahagian daripada industri ini,” katanya

Kisah 5: Impian Anak B40 Jadi Kenyataan
Madhuumithaa A\P Simon, 26 tahun merupakan graduan universiti dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dengan Pengurusan. Setelah tamat pengajian, dia bergelut dengan tempoh menganggur hampir dua bulan.
Oleh kerana datang dari keluarga B40, dia sedar tidak boleh berterusan sebegitu dan perlu mulakan langkah mengorak kerjaya.Madhuumithaa mengambil tindakan bijak dengan menyertai Program MiSI dengan mengikuti Front End Water Fabrication Process Programme dalam sektor Elektrikal & Elektronik (E&E). 
Setelah beberapa minggu dia menerima Sijil Tamat Latihan, Madhuumithaa berjaya ditawarkan kerja di Jabil Circuit sebagai EIT ME Engineer dengan gaji RM3,550 sebulan.
“Saya bersyukur kerana peluang ini datang pada masa saya sangat perlukan arah tuju. Program ini bukan saja beri kemahiran, tapi juga keyakinan untuk mula semula,” katanya.

Mereka Contoh Terbaik Buat Anak Muda Tak dinafikan lagi, mereka berlima sebenarnya boleh menjadi contoh kepada ramai anak muda Indian yang sebenarnya ada peluang untuk mereka tembusi dan menemui kerjaya yang diinginkan dan selesa. Seperti yang dikatakan, tidak semua peluang akan muncul di depan mata, tapi seseorang itu perlu menelusurinya sendiri agar pengalaman dapat memandunya ke arah kejayaan.
“Bukan sekadar bagi pancing tapi bot laju” Mereka adalah sebahagian 1,500 pelatih MISI sepanjang tahun 2025 di bawah HRD Corp dan TalentCorp, dua agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Program MISI, disokong penuh kerajaan dengan memberi tumpuan kepada latihan berkemahiran tinggi serta penempatan kerja kepada komuniti India di Malaysia dalam sektor strategik seperti E&E, teknologi maklumat, AI dan keselamatan siber. Majoriti peserta berjaya memperoleh pekerjaan pertama dengan gaji antara RM2,000 hingga RM6,000.
Mengulas tentang MISI, YB Steven Sim berkata:
“Matlamat MISI ialah memastikan latihan kemahiran yang diberikan benar-benar memberi impak dan mampu mengubah kehidupan kaum India. Kita bukan sekadar beri ikan atau pancing, tapi bagi bot laju dan jala besar supaya mereka dapat meningkatkan taraf hidup mereka secara berterusan.”
“Enough of giving tokens to Indians. We must move the needle, change their life, change a whole generation.”


The post Tak Sanggup Lihat Mak Penat Kerja Seorang Diri, Apa Anak Ini Buat Lepas Itu Memang Betul ‘Menjadi’ appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/20/tak-sanggup-lihat-mak-penat-kerja-seorang-diri-apa-anak-ini-buat-lepas-itu-memang-betul-menjadi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Express 20 Minit Untuk Mak Yang Penat Balik Kerja

Menu Express 20 Minit Untuk Mak Yang Penat Balik Kerja

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 190 hits
Penat balik kerja tapi masih nak masak Jangan risau sis dengan menu express 20 minit kita boleh hidang lauk panas untuk keluarga tanpa perlu berjam jam berdiri kat dapur Sebagai mak walau badan letih hati kita tetap nak tengok encik suami d...
Lima Hari Tak Jumpa Reaksi Anak Lepas Nampak Ayah Di Tepi Jalan Buat Ramai Sebak

Lima Hari Tak Jumpa Reaksi Anak Lepas Nampak Ayah Di Tepi Jalan Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 201 hits
Lima Hari Tak Jumpa Reaksi Anak Lepas Nampak Ayah Di Tepi Jalan Buat Ramai Sebak Lelaki bergelar Ayah merupakan seorang insan yang begitu bermakna dalam kehidupan kita bermula dari saat kita dilahirkan sehinggalah kita menghembuskan nafas t...
Seorang Bapa Dua Anak Lelaki Serta Tiga Rakan Dicekup Ketika Sedang Punggah 509 Kilogram Daun Ketum Di Kuantan

Seorang Bapa Dua Anak Lelaki Serta Tiga Rakan Dicekup Ketika Sedang Punggah 509 Kilogram Daun Ketum Di Kuantan

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 176 hits
KUANTAN Seorang bapa dan dua anak lelaki serta tiga kenalan mereka dicekup ketika sedang memunggah 509 kilogram daun ketum dalam serbuan polis di sebuah rumah di Jalan Gambang FELDA Lepar Hilir 1 di sini semalam Ketua Polis Daerah Kuantan A...
Bajet Bulanan Mak Tip Jimat Bijak Untuk Mak Anak Ramai

Bajet Bulanan Mak Tip Jimat Bijak Untuk Mak Anak Ramai

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 160 hits
Bila bercakap tentang bajet bulanan mak ramai tak sedar betapa besarnya cabaran yang mak mak hadapi setiap bulan Dari bayar bil beli barang dapur urus keperluan anak sampai ke perbelanjaan sekolah Semuanya kena cukup dan seimbang Bajet Bula...
Tanggungjawab Anak Sulung Antara Kuat Penat Dan Bangga

Tanggungjawab Anak Sulung Antara Kuat Penat Dan Bangga

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 99 hits
Assalamualaikum Sedikit perkongsian kadang kita sangka ni nampak kuat tapi sebenarnya dalam hati dia pun manusia biasa Kadang kadang orang nampak anak sulung ni macam garang tegas atau suka mengarah Tapi sebenarnya jauh di sudut hati anak s...
Bila Mak Penat Emosi Apa Perlu Buat

Bila Mak Penat Emosi Apa Perlu Buat

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 241 hits
Kadang kadang kita cuba jadi segalanya mak yang sabar isteri yang memahami pekerja yang rajin Tapi bila mak penat emosi badan rasa lesu hati rasa kosong dan senyuman pun jadi berat Truth is mak pun manusia Ada masa kita letih bukan sebab fi...
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Gaji Kecil Bukan Alasan Ramai Anak Muda Dah Mula Simpan Emas Rm10 Je

Festival Pelancongan Saudi 2025 Kembali Ke Malaysia Dengan Program Arab Saudi Winter Is Alive

Nekad Terjun Kereta Takut Dipukul Suami

Delicious Wagyu Beef Joint Recipe

Birthday Dinner Di Secret Recipe

Sultan Pahang Mahu Semua Pegawai Kakitangan Masjid Di Negeri Ini Mencarum Bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nikmati Aiskrim Ayam Goreng Jfc Dan 3d Fruity Viral

Scam Buah Mangga

Apakah Artinya Kebebasan Kewangan Ketika Anda Mengembara

Jamal Kucing Kesayangan Keluarga Kami Telah Mati

Jika Cinta Itu Buta Drama Penuh Plot Twist Sampai Geram Rasa Nak Sekeh Je

Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar