Tak Sama Surat Sam Dan Badigol Diganu
Dah lama aku tak menulis. Sibuk tu satu hal. Tapi naik menyampah pun satu hal lagi. Bukannya menyampah dengan 𝘀𝗲𝘀𝗲𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸.


Bukan walaun! Yang walaun kita dah tau la bebal. Ini sekumpulan pewalak lain. Yang sekarang ni dah jadi sama hebat dengan walaun bebalnya.
Kerja cuma cari salah kerajaan. Kemudian manipulasi cerita supaya nampak kerajaan sekarang 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴 la kononnya sebab pujaan dia tak ada.
Komen pun aku dah lama tak tengok. Tadi je baru aku tertengok. Sekali ada walaun tanya aku kenapa aku tak ulas isu 𝗦𝗵𝗮𝗺𝘀𝘂𝗹 𝗜𝘀𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿.
Pertama sekali, aku memang dah lama tak berkenan dengan Shamsul tu. Dari dulu aku selalu tertanya apa kelebihan dia yang PMX nampak.
Tapi dalam isu 𝘀𝘂𝗿𝗮𝗿 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 tu, aku tak nampak ada unsur rasuah pun. Tak nampak salahnya. Cuma aku rasa tak berbaloi nak ulas.
Tapi takpe. Sebab walaun ingat aku tak berani, jadi aku ulas la sikit. Senang je ceritanya. 𝘝𝘦𝘳𝘺 𝘴𝘵𝘳𝘢𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘧𝘰𝘳𝘸𝘢𝘳𝘥.
Shamsul hantar surat yang ada nama 𝗹𝗶𝗺𝗮 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁. Dan dia hantar 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 suruh lantik tapi meminta agar 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻. Itu sahaja.
Bagi aku, itu lebih kurang macam tambah 𝗼𝗽𝘀𝘆𝗲𝗻. Nak bagi senang cerita, kalau manusia, macam kita nak jodohkan kawan kita la. Tunjuk dia gambar lima gadis suruh dia pilih.
Kalau dia suka, dia pilih satu. Kalau tak berkenan, dia pilih lain pun kita tak kisah. Kita cuma nak tolong je kebetulan kita kenal jadi yang cari calon suami. Gitu.
Bukan macam surat Exco Terengganu. Dia beri cuma 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗻𝗮𝗺𝗮 dan 𝗹𝗼𝗯𝗶 𝗴𝗶𝗹𝗮-𝗴𝗶𝗹𝗮 suruh lantik syarikat tu. Macam mak bapak yang paksa anak setuju kahwini gadis pilihan mereka. Begitu baru salah.
Adalah perbuatan Shamsul tu melanggar etika? Ya sebab kerajaan ini janjikan 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶. Adakah dia langgar undang-undanng? Jawapannya, 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞.
Ok itu pasal surat sokongan. Yang pasal kes rasuah tu, sekali imbas aku dah boleh nampak yang 𝗔𝗹𝗯𝗲𝗿𝘁 𝗧𝗲𝗶 tu adalah 𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 seseorang.
Dalam isu ni, yang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 adalah si Albert tu. Berapa ramai orang politik yang dia rasuah. Kita dia tu 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗴𝗮𝗿. Itu hero walaun?
Dan bab ni satu benda yang bermain dalam kepala aku. Albert beri Shamsul hampir 𝘀𝗲𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 untuk dapatkan duit yang dia dah beri Adun Sabah.
Shamsul ni 𝗽𝗲𝗺𝘂𝗻𝗴𝘂𝘁 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 ke apa? Aku ingatkan dia rasuah untuk dapat projek. Tapi nak suruh kutip duit. Kalau setakat nak suruh kutip duit macam tu baik upah samseng je. Guane boh?
Raja Gelap II
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/12/tak-sama-surat-sam-dan-badigol-diganu.html