Pegawai Keluarkan Surat Mohon Pertimbangan Wajar Ditegur Bukan Dipecat Pm


Pegawai Keluarkan Surat Mohon Pertimbangan Wajar Ditegur, Bukan Dipecat – PM
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pegawai kerajaan yang mengeluarkan surat bagi memohon pertimbangan atau perhatian wajar diberikan teguran namun tidak sehingga dikenakan tindakan pemecatan.
Bagaimanapun, beliau berkata ia menjadi satu kesalahan apabila mereka mengeluarkan surat berbentuk sokongan atau meminta kelulusan bagi pihak tertentu untuk sesuatu projek.
“Memang saya telah menyatakan bahawa saya tidak setuju bentuk surat sokongan ini, cuma kita harus bezakan… sepertimana dizahirkan baru-baru ini, kes termasuk pegawai di pejabat saya, senarai enam syarikat kemudian minta dipertimbangkan, jadi wajar diberi teguran.
“…tetapi apakah harus dipecat?… kerana surat menyebut ‘sila pertimbangkan’, bukan syor meluluskan… kemudian dibangkitkan lagi, seorang pegawai saya di Kementerian Kewangan yang menyebut surat itu ‘dipanjangkan’.
“Ada saya pergi mana-mana daerah, pergi mana-mana negeri, orang hantar surat kepada saya, saya tulis ‘sila teliti’ tetapi yang tidak boleh adalah ‘menyokong’ atau meminta supaya syarikat itu diberikan kelulusan,” kata Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) yang ingin tahu adakah kerajaan akan melaksanakan audit dalaman terhadap pegawai-pegawai menteri susulan teguran Perdana Menteri agar pemantauan terhadap pegawai dilaksanakan dengan lebih tegas.
Anwar turut menarik perhatian mesyuarat Dewan Rakyat mengenai contoh surat yang menyalahi peraturan dari Kelantan dan Terengganu.
“Dalam kes surat, saya nak sebut kalau minta dipanjangkan… surat orang hantar kita kena rujuk, takkan kita nak simpan, dipanjangkan, diminta teliti tetapi yang tidak boleh adalah minta lulus… ini dibuat oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu,” kata beliau.
Pada masa sama, Perdana Menteri berkata tatakelakuan pegawai kerajaan dipantau melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia, Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam selain pelaksanaan audit dalaman.
Anwar turut mengulangi kenyataan bahawa semua dakwaan salah guna kuasa dan rasuah diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan tanpa sebarang campur tangan kerajaan.
Perdana Menteri turut mengkritik sikap pembangkang yang seolah-olah tidak berpuas hati terhadap siasatan SPRM yang dijalankan ke atas bekas Setiausaha Politik Kanan beliau Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Dalam kes yang sekarang disiasat SPRM cuba lihat, hendak suruh buat apa lagi? Orang itu digari dengan (memakai) baju oren. Saya rasa banyak kes berat yang lain tidak digari pun.
“Tidak puas hati lagi ke? Jadi, rasa setakat itu dan saya tidak tegur sepatah pun kepada SPRM. Saya sudah beritahu, dia (SPRM) bebas untuk siasat, dia siasatlah,” kata beliau.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata Kerajaan MADANI dengan tekad politik dan kesungguhan untuk membanteras rasuah melibatkan kerjasama agensi seperti SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara Malaysia telah berupaya mengembalikan hasil negara berjumlah RM15.5 bilion.
“Ini adalah tindakan terhadap gejala sindiket yang berlaku dan berlanjutan selama puluhan tahun… ramai yang menyaksikan tetapi tindakan hanya dapat diambil kerana ada tekad politik dan kesungguhan melaksanakan,” kata beliau.
Sumber: BERNAMA
The post Pegawai Keluarkan Surat Mohon Pertimbangan Wajar Ditegur, Bukan Dipecat – PM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/02/pegawai-keluarkan-surat-mohon-pertimbangan-wajar-ditegur-bukan-dipecat-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waspada Surat Jemputan Temuduga Bersama Menteri Kewangan Yang Menyalahgunakan Jata Negara Dan Nama Mof

Waspada Surat Jemputan Temuduga Bersama Menteri Kewangan Yang Menyalahgunakan Jata Negara Dan Nama Mof

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 189 hits
Menurut Kementerian Kewangan Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya atau menyebarkan dokumen palsu berupa surat kononnya dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan yang turut memaparkan Jata Negara dan telah tular melalui ap
Shamsul Letak Jawatan Kerana Surat Sokongan Tidak Ambil Duit

Shamsul Letak Jawatan Kerana Surat Sokongan Tidak Ambil Duit

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 117 hits
Alyaa AlhadjriMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming cuba mempertahankan imej antirasuah kerajaan semasa berkempen di Sabah malam tadi Berucap di hadapan kira kira 800 tetamu di majlis makan malam yang dianjurkan untuk calon D...
Nak Jumpa Uqaira Perlu Tulis Surat Kepada Peguam Uqasha Kamal Adli Harap Diberi Kelonggaran Untuk Jumpa Anak

Nak Jumpa Uqaira Perlu Tulis Surat Kepada Peguam Uqasha Kamal Adli Harap Diberi Kelonggaran Untuk Jumpa Anak

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 157 hits
Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila berdepan kesukaran untuk meluangkan masa bersama anak perempuannya Hawra Uqaira akibat perlu melalui beberapa proses formal melalui peguam isterinya aktres Uqasha Senrose Kamal 39 b...
Pm Anwar Tegur Setiausaha Politik Isu Beri Surat Sokongan Kepada Kontraktor Hospital

Pm Anwar Tegur Setiausaha Politik Isu Beri Surat Sokongan Kepada Kontraktor Hospital

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 130 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau sudah menegur keras setiausaha politiknya berhubung isu surat sokongan kepada kontraktor bagi sebuah projek hospital tahun lalu Tindakan setiausaha politik sudah ditegur Memetik la...
Baru Peluk Islam Kekasih Ben Amir Sudah Ditegur Netizen Dedah Aurat Tak Baik

Baru Peluk Islam Kekasih Ben Amir Sudah Ditegur Netizen Dedah Aurat Tak Baik

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 144 hits
Teman wanita kepada pelakon Ben Amir iaitu Maiya menjadi mangsa serangan netizen di media sosial setelah baru seminggu memeluk Islam gara gara tidak menutup aurat Kekasih ditegur netizen Menerusi perkongsian di Threads Maiya atau nama Islam...
Lelaki Pukul Polis Berang Ditegur Tak Pakai Helmet

Lelaki Pukul Polis Berang Ditegur Tak Pakai Helmet

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 122 hits
KOSMOTangkap layar video menunjukkan lelaki itu cuba memukul anggota polis trafik selepas ditegur tidak memakai topi keledar IstimewaJAKARTA Seorang penunggang motosikal di Maros wilayah Sulawesi Selatan mengundang perhatian ramai apabila c...
Hiburan Saya Hilang Pertimbangan Dan Lakukan Perkara Bukan Bukan Aliff Aziz

Hiburan Saya Hilang Pertimbangan Dan Lakukan Perkara Bukan Bukan Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 109 hits
Nama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pernah terpalit kontroversi hebat hingga menjadi sasaran kecaman umum namun di sebalik ujian itu Aliff tetap memilih untuk bersyukur dan melihat setiap dugaan sebagai aturan daripada Allah Lelaki berstat...
How To Fully Secure Your Cloud Accounts And Prevent Data Leaks

Bulan Pembersihan Hutang Ukraine Ambil Langkah Berani Menuju Kestabilan Kewangan

Our November Floods Prove That We Need Stronger Sustainability Governance

Sesi Temu Ramah Aysar Hadi Shapri Persiapan Dan Harapan Menjelang Aksi Penuh Cabaran

Perodua Jelaskan Klausa Bateri Ev Patuh Syariah Susulan Kekeliruan Di Media Sosial

Sebelum Musibah Menimpa

Roti Telur Tuna Resipi Paling Mudah Sedap Untuk Sarapan Cepat

Cara Pilih Cermin Mata Ikut Bentuk Muka Panduan Lengkap Untuk Lelaki Wanita


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dapat Ole Ole Dari China

Jbl Bandbox Amplifier Dan Pembesar Suara Berkuasa Ai Yang Serba Baharu

Satu Tabiat Yang Selamatkan Aku

Panas Dari Cambodia Bongkar Realiti Hitam Perangkap Kerja Mewah Sidang Media Ppim 03 12 2025

Drama Perempuan Tidak Ternikah

Bolehkah Senator Mengusulkan Untuk Menggantung Ahli Dewan Rakyat