Tak Rugi Berbudi Pada Tanah
Kebelakangan ni, en hubby rajin pulak melawat hasil tanaman di kampung dan juga menanam tanaman baru di keliling rumah. Walaupun cuaca agak panas sekarang ni tapi tetap bersemangat. Macam-macam tanaman dah ada keliling rumah yang tak berapa luas tanahnya. Akak sukalah sebab secara tak langsung kawasan sekeliling rumah pun jadi bersih dan nampak kemas. Pagi petang nampak hijau saja.
Hasil Berbudi Pada Tanah Di KampungKawasan tanah di kampung agak besar juga. Di antara adik beradik en hubby, nampaknya en hubby yang menjadi bila bercucuk tanam. Orang kata `sejuk tangan' - tanam apapun semua menjadi. Itu kata orang, en hubby pulak kata - bila dah menanam, kenalah rajin bagi makannya, kalau tak rajin tabur baja, manalah pokok nak mengeluarkan hasilnya. Betullah tu kan.
Ni hasil kutipan kami minggu lepas di kampung. Dah tak banyak, buah pun tinggal hujung-hujung. Cuma tunggu buah ciku dan jambu bol sesuai untuk dikutip pula. Harap-harap sempatlah merasa. Kat kampung ni, buah-buah bukan sahaja kita nak rasa, tupai, musang, burung pun berebut juga. Rezeki dikongsi bersama.
Cempedak ni dah beberapa kali digoreng. Isi tebal walaupun tak banyak dalam setiap biji. Puas makanlah. Cempedak goreng pun sekarang ni bukannya murah
Pokok ciku di kampung berbuah lebat. Tunggu lagi dua tiga minggu mesti banyak yang boleh dipetik. Harap-harap ada rezeki kami nanti. Buahnya besar-besar juga.
Jambu bol merah. Berbunga lebat, harap menjadi buah.
Limau bali ni pun ada dekat 10 biji yang kami petik. Adik beradik en hubby tak berapa suka limau ni, tapi kami okay ja. Biasanya memang rezeki kamilah. Akak suka rasanya pahit-pahit manis. Kupas, masuk dalam plastik dan simpan dalam peti air. Musim panas ni bila dapat makan limau ni masa sejuk-sejuk, nikmatnya
Hasil Berbudi Pada Tanah Rumah SendiriYang ni pula hasil tanaman di sekeliling rumah. Untungnya rumah kami berhadapan dengan kawasan kebun getah yang ada sedikit ruang lapang tepi jalan. Kalau tanam di luar rumah maknanya hasilnya nanti bolehlah dikongsi dengan jiran-jiran setaman. Setakat ni dah ada pokok cempedak, pisang, betik, tebu. Harap-harap yang baru ditanam tu akan hidup elok.
Dalam kawasan rumah pulak, ada pokok mata kucing, kelapa, limau kasturi, limau jepun, nenas MD2, ubi kayu, pokok tin, anak pisang, tebu hitam, keladi, ciku, belimbing buluh. Haha...macam banyak dan luas je kan kawasannya. Tak luas manapun tanampun sikit-sikit ja. Jangan tak percaya dalam cubaan menanam sebatang pokok durian musang king juga. Dah naik elok ja. Bila ada tanaman serba sedikit ni, nak memasak pun senang. Daun kari, serai, daun kunyit, lengkuas, korek dan petik saja di luar rumah.
Tebu ni tanam tepi luar pagar. Dan merasa hasilnya. En Hubby kata ni simpan bulan puasa pulak baru pergi hantar mesin lagi. Teringat masa kecil-kecil tebu ni kokak macam tu ja
Kami suka makan isi keladi. Keladi ni baru tanam. Kena cari tempat teduh dan lembab. Tepi parit ni ada sambungan paip besar ke rumah. Mudahlah sedikit nak lembabkan tanah sekitar. Harap-harap menjadi nanti
Anak pokok pisang baru ambil dari kampung. Dah selamat di tanam pun. Pisang emas dan pisang awak.
Deretan nenas MD2. Manis tau nenas jenis ni. Ada antaranya dah mula nampak buahnya. Kena sabar lagi ni nanti tunggu besar
Daun kesum pun kami tanam juga. Mudah dah lepas ni nak masak asam pedas dan buat laksa
Ada lagi tanaman lain. Tak ambil gambar semuanya. Bila hujung minggu suka tengok halaman rumah. Dulu diisi dengan pokok bunga kertas dan orkid. Sekarang ni dah bertukar ke arah tanaman begini pulak. Tapi semuanya En suami yang rajin layan. Akak suka tengok je.
Nampak gayanya sebelum bersara ni kena usahakan juga cari kawasan sesuai untuk pertanian kecil. Korang doa-doakanlah wishlist kami ni tertunai nanti.Tak rugi berbudi pada tanah sebab hasilnya boleh dikongsi bersama. Banyak juga tips yang en hubby kongsikan. Kalau ada kesempatan nanti akak share, manalah tahu ada antara korang juga berminat. Tak perlu kawasan yang luas pun, asal ada keinginan tempat kecil pun boleh.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azirahman.com/2020/02/tak-rugi-berbudi-pada-tanah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+azirahman/MVSY+(Journey+Of+Life)