Baru 33 Tahun Ibu Ni Miliki 12 Anak Termasuk Kembar Tiga Tarik Perhatian Warganet
Memiliki anak ramai pastinya menjadi satu kebanggaan. Seorang wanita di sebuah bandar di Arkansas, Amerika Syarikat (AS), Britni Chuch menarik perhatian wargamaya bila mana sudah mempunyai 12 cahaya mata pada usianya kini yang baru sahaja memasuki 33 tahun.
Kisah ibu muda yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok ternyata menarik perhatian wargamaya malah ramai tertanya-tanya bagaimana ibu kepada 12 cahaya mata ini membesarkan anak-anaknya.
Menurut perkongsian kisah Britni Chuch di Harian Metro, enam hari selepas Britni menyambut hari lahirnya ke 16 tahun, dia selamat melahirkan bayi sulungnya, Crizman, yang kini berusia 16 tahun.
Britni dan suami kemudiannya mempunyai empat lagi cahaya mata selepas itu iaitu Jordan, 15, Caleb, 14, Jace, 13 dan Cadence, 11. Selepas berpisah dengan suami pada 2010, Britni secara tidak dijangka hamil anak keenam, Jesalyn, yang kini berusia sembilan tahun.
Miliki Kembar Tiga
Pada usia yang muda, Britni juga tegar membesarkan enam anaknya sendirian tanpa suami di sisi sebelum kembali berkahwin dengan suaminya kini, Chris pada tahun 2014.
Pasangan ini kemudiannya dianugerahkan dua cahaya mata, Silas dan Christopher pada tahun 2015 dan 2016.
Bukan itu sahaja, bahkan pasangan ini kemudiannya dikurniakan dengan kembar tiga iaitu Oliver, Asher dan Abel pada Jun tahun lalu sebelum melahirkan seorang lagi anak.
Jana pendapatan menerusi media sosial
Tidak mendedahkan dengan tepat apa pekerjaan suaminya Chris, Britni memberitahu suaminya itu mempunyai perniagaan sendiri manakala Britni pula tidak bekerja dan tinggal di rumah bersama anak-anak.
Britni sebelum ini pernah bekerja di sebuah kilang, bagaimanapun pada tahun 2020, ibu penyayang ini tekad berhenti kerja sebaik anak kembarnya lahir. Semuanya bagi memberi fokus kepada kelahiran kembar tiga itu.
“Sebelum kembar tiga dilahirkan, saya bekerja di kilang tetapi kini saya boleh tinggal di rumah bersama mereka. Saya jana pendapatan di media sosial,” katanya berkongsi.
Sejak mula berkongsi coretan kehidupan hariannya di TikTok, Britni mendapat lebih 53 juta tanda suka pada video dimuat naiknya. Malah dia mendakwa memperoleh pendapatan daripada Dana Pencipta platform- tempat pengguna memperoleh wang melalui tontonan.
Pasangan ini dianggarkan membelanjakan bersamaan 230 Pound Sterling (kira-kira RM1,292) dalam tempoh seminggu untuk membeli barangan runcit, membeli lima kotak bijirin, 66 karton susu dan 600 lampin pakai buang untuk anak-anak mereka.
Menarik: Nak Bagi Jumpa Anak, Tapi… Ayda Jebat Masih Tak Sedia Bawa Bayi Keluar Rumah!
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Harian Metro
The post Baru 33 Tahun, Ibu Ni Miliki 12 Anak Termasuk Kembar Tiga, Tarik Perhatian Warganet! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/baru-33-tahun-ibu-ni-miliki-12-anak-termasuk-kembar-tiga-tarik-perhatian-warganet/