Calon Payung Terjun Tiada Tempat Dalam Umno Apakah Tengku Zafrul Bakal Senasib Megat Junid Dan Azim Zabidi


 
UMNO adalah parti akar umbi di mana tunjang kekuatannya bukan saja disebabkan jumlah ahlinya seramai 3.4 juta orang, tetapi juga kerana 20 ribu cawangan di seluruh negara yang dimilikinya.
Selain hampir setiap kampung dan taman perumahan ada cawangan UMNO, kadang-kadang di kawasan yang tiada manusia atau orang Melayu tinggal pun tetap ada cawangan UMNO.
Cawangan UMNO seperti itu biasanya disebut sebagai cawangan bunian.
Tidak pasti di negeri-negeri lain, tetapi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, banyak sekali wujud cawangan-cawangan bunian tersebut.
Dengan yang demikian, UMNO secara tradisinya adalah parti yang sentiasa mendekati ahli serta masyarakat melalui pelbagai program yang diaturnya, sesuai dengan jumlah cawangan serta ahli yang dimilikinya.
Mereka yang ingin menjadi pemimpin dalam UMNO, biasanya akan memulakan langkah dengan berjinak-jinak di peringkat cawangan dahulu sebelum melangkah untuk memegang jawatan di peringkat bahagian.
Dengan aktif dan memegang jawatan di bahagian juga, mereka seterusnya akan mencuba nasib bertanding di peringkat pusat atau melobi untuk menjadi wakil rakyat, sama ada di peringkat Dun atau Parlimen.
Sebab itu, secara umumnya mereka yang menjadi wakil rakyat mewakili UMNO di sesuatu kawasan itu adalah orang tempatan dan sudah begitu dikenali oleh penduduk setempat.
Berbeza dengan beberapa parti lain, walaupun orang tempatan selalunya masih menjadi keutamaan, namun kerapkali pemimpin luar didatangkan untuk bertanding di sesuatu kawasan itu.
Biasa juga berlaku seseorang pemimpin itu bertanding di kawasan lain daripada kawasan yang ditandinginya pada pilihan raya sebelum itu dan kemudian bertukar kawasan lagi dalam pilihan raya seterusnya.
Baik PKR, DAP, Pas dan lain-lain parti, berpindah kawasan adalah amalan yang boleh diterima dan tidak sesekali menyebabkan pemimpin tempatan merajuk atau memboikot pilihan raya.
Kecintaan kepada parti, akur kepada keputusan pemimpin dan ingin melihat parti mendapat kemenangan adalah perkara yang mampu mengawal berlakunya perkara-perkara tidak baik itu.
Tetapi, di dalam UMNO, perkara itu sukar diterima kerana pemimpin tempatan adalah mereka yang telah biasa bergemulang dengan rakyat, dengan imbuhan yang mereka harapkan daripada keaktifan berpolitik selama bertahun-tahun adalah menjadi wakil rakyat atau bergelar YB.
Lantaran itu, kerapkali calon luar atau calon payung terjun dalam UMNO akan berdepan pemboikotan sehingga akhirnya gagal meraih kemenangan, meski ada juga yang diterima dan mampu menjadi wakil rakyat.
Megat Junid Megat Ayub, seorang bekas menteri dan Azim Zabidi, bekas Bendahari UMNO adalah contoh dua pemimpin UMNO yang kalah pilihan raya apabila diletakkan sebagai calon payung terjun di tempat yang bukan mereka aktif berkecimpung dalam politik.
Megat Junid yang sebelum itu Ahli Parlimen Pasir Salak serta Timbalan Ketua UMNO bahagian berkenaan telah kalah apabila dipindahkan bertanding di Parit pada PRU tahun 1999, manakala Azim Zabidi yang juga Ketua UMNO Bukit Bintang turut kecundang dalam percubaan pertamanya diletakkan sebagai calon payung terjun di Bukit Gantang pada PRU 2008.
Dalam erti kata lain, pemimpin UMNO yang tidak pernah menebas lalang untuk membuat jalan di sesuatu kawasan, jangan sesekali berharap akan mendapat laluan mudah untuk menjadi wakil rakyat.
Menjelang PRU15 akan datang, daripada satu kawasan ke satu kawasan nampaknya sedang dijadikan tempat yang sesuai untuk berlabuh oleh pemimpin payung terjun tersohor dalam kerajaan sekarang iaitu Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Mula-mula Lembah Pantai, kemudian Kuala Pilah dan yang terbaru ialah di Kuala Selangor.
Merasakan Kuala Selangor sesuai agaknya untuk meneruskan karier politiknya dan memastikan jawatan menteri terus dapat dipertahankan, beliau lantas mengumumkan kawasan itu sebagai daerah angkat Kementerian Kewangan, sambil mengaku Kuala Selangor ada nilai sentimental kepada dirinya.
Dibawa menjadi menteri ketika era Mahiaddin Md Yasin menjadi Perdana Menteri, juga baru diketahui rupa-rupanya Tengku Zafrul adalah ahli UMNO, dikatakan di bahagian di Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan.
Dengan tidak segan-segan mengakui Kuala Selangor ada nilai sentimental kepadanya, di samping mengumumkan sebagai daerah angkat Kementerian Kewangan, tidaklah sukar memahami bahawa Tengku Zafrul sebenarnya ingin bertanding di kawasan itu dalam PRU15 akan datang ini.
Dengan kedudukannya sebagai ahli UMNO Lembah Pantai dan tidak pernah aktif menebas lalang atau membuat jalan di Kuala Selangor, ini bermakna jika beliau diletakkan bertanding mewakili BN di kawasan itu, statusnya adalah sama seperti ketika Megat Junid dan Azim Zabidi ketika bertanding di Parit serta Bukit Gantang sebelum ini.
Apakah pengundi Kuala Selangor sedia menerima Tengku Zafrul dengan tangan terbuka atau akan menghukumnya sebagaimana pengundi Parit dan Bukit Gantang menghukum Megat Junit serta Azim Zabidi? – ShahbudinHusin 08/6/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/calon-payung-terjun-tiada-tempat-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Zafrul Perlu Jelaskan Sama Ada Masih Ahli Umno Atau Tidak

Tengku Zafrul Perlu Jelaskan Sama Ada Masih Ahli Umno Atau Tidak

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 198 hits
Beberapa ahli Parlimen pembangkang meminta Tengku Zafrul Abdul Aziz menjelaskan sama ada beliau menyertai Umno sebelum pelantikannya sebagai menteri kewangan semasa pentadbiran Muhyiddin Yassin Ini selepas Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...
Tak Rasa Malukah Tengku Zafrul Jika Nak Bertanding Mewakili Umno Atau Memang Dia Muka Tak Malu

Tak Rasa Malukah Tengku Zafrul Jika Nak Bertanding Mewakili Umno Atau Memang Dia Muka Tak Malu

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 158 hits
Setelah dikritik kiri kanan depan belakang dan atas bawah Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akhirnya berubah nada dengan mengatakan beliau tidak memikirkan tentang politik buat masa ini termasuk kemungkinan bertanding di Kual...
Zafrul S Umno Membership Confirmed Amid Ge15 Seat Hunting Rumours

Zafrul S Umno Membership Confirmed Amid Ge15 Seat Hunting Rumours

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 193 hits
Finance Minister Tengku Zafrul Abdul Aziz is an Umno member according to party secretary general Ahmad Maslan The revelation came amid rife speculation that Zafrul is eyeing to contest in the next general election According to Ahmad the fin...
Subsidi Mungkin Cecah Rm71 Bilion Pada 2022 Inflasi Terkawal Kata Tengku Zafrul

Subsidi Mungkin Cecah Rm71 Bilion Pada 2022 Inflasi Terkawal Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 168 hits
Subsidi mungkin cecah RM71 bilion pada 2022 inflasi terkawal kata Tengku Zafrul nbsp Dikemas kini 31 minit yang lalu Diter
Tengku Zafrul S Political Ambitions Distract From Ministerial Duties

Tengku Zafrul S Political Ambitions Distract From Ministerial Duties

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 161 hits
From Ibrahim M AhmadHe claimed not to be a politician when sworn in as senator prior to being named finance minister in Muhyiddin Yassin s government on March 9 2020 The thinking was they wanted a technocrat Tengku Zafrul Aziz was quoted as...
Penerjun Udara Britain Maut Payung Terjun Gagal Terbuka

Penerjun Udara Britain Maut Payung Terjun Gagal Terbuka

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 221 hits
DYLAN Roberts maut di lokasi kejadian apabila terjun dari cerun Gunung Dolomites Itali Daily StarROM Seorang lelaki Britain terbunuh selepas terjatuh dari ketinggian 800 meter akibat kegagalan payung terjun untuk terbuka ketika melakukan ak...
Apa Peluang Tengku Zafrul Di Parlimen Kuala Selangor

Apa Peluang Tengku Zafrul Di Parlimen Kuala Selangor

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 161 hits
Berdasarkan rekod PRU 11 iaitu selepas persempadanan semula kerusi itu sering bertukar tangan antara BN dan Pakatan Rakyat atau PH Kemungkinan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertanding di Parlimen Kuala Selangor...
Fokus Pulihkan Ekonomi Bukan Kuala Selangor Pemimpin Umno Beritahu Zafrul Dasar Sasau Dan Keliru

Fokus Pulihkan Ekonomi Bukan Kuala Selangor Pemimpin Umno Beritahu Zafrul Dasar Sasau Dan Keliru

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 150 hits
Seorang pemimpin Umno hari ini mengkritik tindakan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengumumkan Parlimen Kuala Selangor sebagai daerah angkat bagi kementeriannya
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba