Tak Puas Hati Dengan Keadaan Semasa Ini 4 Pilihan Yang Anda Boleh Buat




Pernah dengar nama Carmen Medina?
Tak pernah dengar pun tak apa. Yang penting, moral dari cerita yang nak saya sampaikan di bawah ni.
Cuba ikuti cerita tentangnya di bawah ..
Carmen Medina ni, ialah seorang pegawai analisa CIA yang cemerlang.
Pada awal tahun 1990-an, dia ditugaskan ke Eropah. Kena duduk sana buat kerja selama 3 tahun.
Habis kerja di sana, dia balik semula ke Amerika. 
Dia mula rasa peluang untuk naik dalam kerjayanya jadi terbantut disebabkan tugasan selama 3 tahun di luar Amerika sebelum itu.
Disebabkan dia memang dah terbiasa untuk sentiasa berikan yang terbaik, dia mula cari tugasan yang dapat berikan sumbangan yang lebih bermakna untuk dirinya.
Untuk itu, dia menyertai jabatan yang bertanggung jawab dalam projek penambah baikan aktiviti risikan CIA.
Salah satu masalah besar yang CIA sering hadapi adalah dalam bab perkongsian maklumat penting risikan. 
Setiap agensi hanya kongsikan maklumat yang telah siap dalam bentuk laporan kertas kerja sahaja.
Laporan itu pula keluar sekali sehari.
Bila setiap agensi keluarkan laporan mereka masing-masing secara berasingan, koordinasi maklumat secara menyeluruh tidak berlaku. 
Maklumat penting tak sampai ke agensi yang sepatutnya.
Sedangkan kesemua urusan tersebut melibatkan keselamatan negara. Ia melibatkan urusan hidup dan mati.
Ertinya setiap perubahan, setiap maklumat sangat penting setiap saat.
Sepatutnya pengurusan dan koordinasi maklumat berlaku dengan cara yang lebih cekap dan pantas.
Carmen Medina tak puas hati dengan keadaan itu. 
Dia cadangkan supaya semua maklumat dikongsikan secara terus melalui Intelink.
Intelink merupakan sistem internet rahsia perisikan yang digunakan oleh semua agensi perisikan di sana.
Cadangan macam tu tidak pernah dibuat orang sebelum ini. 
Bagi mereka, ketika itu, kongsikan rahsia perisikan secara dalam talian internet adalah kerja gila yang berisiko tinggi.
Semua percaya perkongsian dengan kertas fizikal jauh lebih selamat.
Maka tak hairanlah bila semua orang tembak jatuh cadangannya mentah-mentah. Bagi mereka itu cadangan mengarut yang lansung tak masuk akal.
Namun begitu Carmen Medina yakin cadangannya itu bukanlah sesuatu yang mustahil. 
Perubahan kecekapan menyampaikan maklumat dari mesin Fax ketika itu adalah satu bukti bahawa perkongsian maklumat secara digital bakal memberikan impak yang jauh lebih besar lagi.
Dia berdegil dan terus menyuarakan pendapatnya.
Kawan-kawan mula pesan supaya dia jangan rosakkan kerjaya dengan berterusan melawan pendapat orang atasan. 
Dia tak peduli.
Akhirnya dia dipulau oleh semua kawan-kawan di CIA.
Kecewa dengan apa yang berlaku, dia lalu cari kerja lain.
4 perkara orang buat bila tak puas hatiDalam cerita Carmen Medina di atas tadi, apa yang berlaku sebenarnya?
Anda mungkin pernah alami situasi yang sama dalam melayan kerenah birokrasi kerja yang sangat lembab. 
Bila sound, orang marah pulak. Bila degil berkeras suarakan pendapat dan mahukan perubahan, kena pulau pulak!
Di mana saja anda berada, bila tak puas hati, hanya ada 4 pilihan berikut sahaja yang boleh dilakukan.
Bersuara – orang yang bersemangat dan berani hadapi risiko akan ambil langkah macam ini. Biasanya mereka yang memang jenis cemerlang dan tak suka buang masa dengan kekal pada tahap yang sama lama-lama.Blah – Seperti yang berlaku pada Carmen Medina tadi, bila anda lawan arus, akhirnya akan kena pulau. Jika tak tahan anda akan cabut ke tempat lain Habis cerita.Bertabah – Bagi orang yang dah berpengalaman kena macam tu tapi tak mau cabut, dia akan tetap berikan komitmen dengan kerjanya dalam keadaan bertabah. Tasbih akan sentiasa tersedia untuk dia gunakan dan tempat mengadu terbaiknya adalah berdoa selepas solat.Buat bodo – Bagi yang tak bercita-cita sangat, dia akan buat bodo saja walaupun nampak segala kepincangan. Kerja dia buat juga sekadar mencukupi supaya tak sampai kena buang. Ini ramai kat luar sana dalam mana-mana organisasi.Apa sebenarnya yang anda perlu buat dalam keadaan begitu?
Nampak kepincangan, tapi bila suarakan kena pancung!?
Demi kebaikan dan perubahan menjadi sebuah organisasi yang lebih bagus, demi menjadikan anda seorang yang besar sumbanganna kepada organisasi, masyarakat dan seterusnya bangsa dan negara, kena buat perubahan juga.
Kalau tidak akan jadi macam budaya bodek membodek. 
Budaya ‘hang urut belakang aku dan aku urut belakang hang’. Seperti yang dah lama berlaku kat sebuah negara di bawah Selatan Thailand sana.
Apa Carmen Medina buatBerbalik kepada cerita Carmen Medina di atas.
Dia cabut kerja ditempat lain. Dah tentu dia rasa kecewa.
Kerjanya masih dalam lingkungan agensi CIA juga. Cuma bukan kerja projek penting lagi. 
Dia hanya jadi staff admin biasa saja!
Tapi, sedekad kemudiannya, dia jadi antara orang penting yang melahirkan Intellipedia. 
Iaitu sebuah Wikipedia dalaman khas untuk semua agensi perisikan mendapatkan maklumat terkini dan penting.
Sistem Intellipedia itu mendapat sanjungan dan pujian dari semua pihak dan merangkul berbagai anugerah.
Carmen Medina tersenyum puas akhirnya apa yang dia suarakan telah berjaya diusahakannya sampai menjadi.
Siapa anda nak bersuara buat perubahanSatu perkara yang anda perlu faham bila nak buat perubahan. 
Perlu ada 'darjat yang tinggi'.
Macam kata pepatah orang Laos ..
“Suara orang miskin tak akan pergi jauh.”
-- Pepatah LaosPernah nonton dan ingat lagi pantun 'Kajang Pak Malau, Kajang berlipat .. '
Sama juga kes nya. 
Orang yang statusnya tak berapa nak ada, memang susah untuk kuat-kuasakan apa-apa. 
Memang sukar nak suarakan sebarang perubahan. Tambah pulak cadangan kita lawan arus, lagi lah sukar.
Dalam dunia ni, status atau darjat datang sekali dengan keupayaan bersuara dan kuasa. 
Tak kisah macam mana anda dapat darjat tu, tapi kena ada kalau nak buat sebarang perubahan.
Darjat juga boleh datang bila anda sangat dihormati atau dikagumi. 
Untuk mendapatkan semua itu, perlu ambil masa.
Itulah Carmen Medina buat bila gagal melawan arus sebab dia tersedar yang dia tak ada apa-apa status bila dah lama kena bertugas di luar dan terkeluar dari lingkungan agensi tempat kerjanya.
Dia masuk semula dalam jabatan yang menguruskan hal ehwal keselamatan maklumat. 
Walaupun kerjanya biasa saja tapi kena dengan aliran yang dia nak cuba bawa. 
Dia bina reputasi semula kat situ dan mula cucuk ideanya perlahan-lahan dan akhirnya berjaya.
Satu lagi strategi yang dia buat adalah dengan menyuntik idea pada kumpulan bawah yang tak ada apa-apa nak dipertahankan. 
Macam kerani, atau pegawai rendah biasa yang jauh lebih ramai.
Mereka lebih senang terima cadangan sebab tak ada apa-apa risiko untuk kerjaya mereka. 
Carmen juga cucuk pegawai paling atasan yang berfikiran skeptikal dalam apa saja cadangan.
Orang atasan macam itu walaupun keras sebenarnya adalah orang yang sentiasa bersedia nak mendengar idea atau bangkangan orang lain yang mampu lawan hujah dia. 
Biasanya jika idea memang baik orang begitu akan berikan peluang untuk cuba.
Perkara paling tak sesuai untuk buat cadangan perubahan adalah, suarakannya kepada golongan menengah. 
Mereka golongan yang paling kuat pertahankan status quo sebab dengan keadaan itulah mereka duduk di situ.
Bila ada ancaman berupa perubahan, mereka paling takut berubah sebab risau jatuh ke bawah pulak.
Renung sejenak, di mana status anda berada sekarang?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/01/tak-puas-hati-dengan-keadaan-semasa-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Abu Zahar Puas Hati Mengapa Azam Tidak Bersedia Jumpa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Jika Abu Zahar Puas Hati Mengapa Azam Tidak Bersedia Jumpa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 307 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE January 6 2022Selepas Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki timbul persoalan mengapa Azam tidak bersedia untuk hadir memberi...
Tak Puas Hati Jawapan Pm Adun Pkr Teruskan Tawaran Rm1 000 Kesan Menteri Timbalan

Tak Puas Hati Jawapan Pm Adun Pkr Teruskan Tawaran Rm1 000 Kesan Menteri Timbalan

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 206 hits
December 26 2021Penjelasan Ismail Sabri Yaakob tidak memuaskan Muhamad Arafat Varisai Mahamad yang menegaskan beliau tidak akan menarik balik ganjaran RM1 000 yang ditawarkan sebelum Perdana Menteri membuat kenyataan itu PETALING JAYA Seora...
Modal Tak Sampai Rm10 Puas Hati Buat French Fries Ranggup Homemade

Modal Tak Sampai Rm10 Puas Hati Buat French Fries Ranggup Homemade

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 150 hits
Anak anak suka sangat makan kentang goreng Mama boleh je buat sendiri Lagi sedap dan ranggup serta boleh ikut citarasa sendiri Modal tak sampai RM10 boleh makan seisi keluarga berulang kali Nak tahu cara membuatnya resepi yang dikongsikan o...
Mufti P Pinang Sokong Umrah Ditangguhkan Sesuai Keadaan Semasa

Mufti P Pinang Sokong Umrah Ditangguhkan Sesuai Keadaan Semasa

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 178 hits
Utamakan usaha bantu pulih ekonomi yang terjejas akibat banjir BANGI Tindakan penangguhan ibadah umrah disifatkan sebagai langkah tepat dan wajar dilaksanakan terutamanya dunia masih bergelut dengan pelbagai varian COVID 19 Mufti Pulau Pina...
Resepi Nasi Dagang Express Rindu Kampung Boleh Try Buat Pasti Terubat Rasa Rindu Di Hati

Resepi Nasi Dagang Express Rindu Kampung Boleh Try Buat Pasti Terubat Rasa Rindu Di Hati

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 289 hits
Salam to all readers Resepi Nasi Dagang Express Rindu Kampung Boleh Try Buat Pasti Terubat Rasa Rindu di Hati Aku dah lama tak makan nasi dagang sementara balik rumah mak ni aku sahajalah ajak mak jom buat nasi dagang mak sebaik mak aku on ...
Boleh Guna Jantung Babi Dalam Keadaan Terdesak Mufti Pulau Pinang

Boleh Guna Jantung Babi Dalam Keadaan Terdesak Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 293 hits
Pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik ke dalam tubuh manusia dibolehkan dalam Islam jika dalam keadaan terdesak dan tiada alternatif lain Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor berkata bagaimanapun pihak yang terlibat ...
Puas Hati Guna Set Primadona Faith Fleur Rambut Gugur Berkurang

Puas Hati Guna Set Primadona Faith Fleur Rambut Gugur Berkurang

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 274 hits
Tips Kurangkan Masalah Rambut Gugur dengan Faith FleurRambut yang sihat cantik dan tanpa sebarang masalah semestinya menjadi idaman setiap wanita Kaum lelaki juga tidak terkecuali Maka penjagaan rambut yang rapi perlu dititiberatkan supaya ...
Geng Budak Rohingya Dah Diangkut Pihak Berkuasa Netizen Puas Hati

Geng Budak Rohingya Dah Diangkut Pihak Berkuasa Netizen Puas Hati

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 365 hits
Sejak beberapa hari yang lalu isu berkenaan dengan budak budak warga Rohingya menganggu pengguna jalan raya serta bersifat kurang ajar ketika meminta sedekah hangat diperkatakan oleh wargamaya Kerana kerap kali berlegar di media sosial vide...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord