Tak Pernah Dapat Patin Muncung Lebih 10 Tahun
TEMERLOH – Nelayan sungai di negeri ini mendakwa sudah lebih 10 tahun spesies ikan patin muncung gagal ditangkap oleh mereka hingga kini.
Ia berikutan tawaran Jabatan Perikanan Pahang menerusi Pengarahnya, Abdullah Jaafar mengumumkan jabatan itu sedia membeli patin muncung hidup untuk dijadikan induk pada harga lebih tinggi berbanding harga pasaran semasa.
Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok (PPAP), Jerantut sudah lama berusaha untuk mendapatkan ikan spesies berkenaan bagi dijadikan induk namun hingga kini tidak berjaya dan harga terkini spesisi itu di pasaran mencecah RM500 sekilogram.
Zaimie Pie, 53 dari Tanjung Batu di sini mendakwa, spesies itu sudah tidak pernah ditemui sepanjang dia melakukan aktiviti tersebut di sepanjang Sungai Pahang lebih 10 tahun lalu.
“Seingat saya kali terakhir dapat tahu ada orang dapat patin muncung pada 2010 dan selepas itu tidak pernah ada berjaya bawa naik tangkapan spesies itu.
“Kalau masa kecil, muda dulu memang pernah merasa dan tangkap spesies ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Ujarnya, rasa isi ikan tersebut yang lebih sedap menyebabkan ia menjadi buruan dan digemari masyarakat.
“Kalau patin buah memang boleh dapat lagi hingga sekarang dan memang ramai yang sudah dapat hasil tangkapan spesies tersebut,” jelasnya etok menjadi makanan patin muncung selain beratnya boleh mencecah hingga 18 kilogram.
Bagi Kamarulzaman Pie, 66 pula memberitahu, berbeza pada era 70-an, spesies itu mudah diperolehi.
“Dulu harga ikan Sungai Pahang tidak mahal macam sekarang dan saya sendiri pun tidak tahu kenapa spesies patin muncung seperti pupus pada masa ini,” jelasnya.
Ikan patin yang sudah disejuk beku oleh Kamarulzaman yang disifatkan masih boleh diperoleh berbanding patin muncung.
Seorang lagi nelayan, Mohd Nor Hakim Jamian, 27 dari daerah ini juga mendakwa sepanjang dia bergelar nelayan sungai lebih 10 tahun tidak pernah berjaya menangkap spesies tersebut.
“Saya menyokong usaha jabatan tersebut namun memang saya tidak pernah dapat lagi spesies ini,” tegasnya.
Dalam pada itu, nelayan sungai di Jerantut Feri dekat Jerantut, Adam Idrus Husin, 60 memberitahu, kemungkinan faktor air sungai yang kurang ‘cantik’ menjadi faktor spesies itu sukar ditemui pada masa ini.
“Kalau zaman muda dulu, rasanya boleh dapat hingga tiga ekor ikan patin muncung sehari,” ujarnya bergelar nelayan sungai sejak remaja lagi.
Tak pernah dapat patin muncung lebih 10 tahun
Baca Artikel Menarik:
Menara TM untuk dijual
Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
Najib sekolahkan Azmin Ali
Janda gila harta
Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur
Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA
Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)
The post Tak pernah dapat patin muncung lebih 10 tahun appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/13/tak-pernah-dapat-patin-muncung-lebih-10-tahun/