Tak Perlu Viral Dulu Ppim Sedia Ruang Aduan Guna Aplikasi Terus Hantar Bulti Video Dan Foto Mstar 17 06 2022


 

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memang cukup terkenal dengan kelantangan mereka dalam membantu pengguna yang teraniaya, namun usaha itu tidak terhenti di situ.
PPIM mengorak langkah apabila membangunkan aplikasi mudah alih diberi nama YAKIN sebagai sebuah one stop centre dengan pelbagai perkhidmatan dan fitur menarik.
Antara perkhidmatan sinonim dengan PPIM adalah aduan hal ehwal pengguna yang membolehkan pengguna membuat aduan terus menerusi aplikasi itu serta memuat naik bahan bukti seperti gambar atau video dalam laporan mereka.
Presiden dan ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, meskipun ia bukan perkara baharu buat PPIM, namun fitur terbaharu dalam aplikasi itu memudahkan pengguna membuat aduan selain tindakan lebih cepat daripada pihaknya.
"Seperti biasa aduan yang paling banyak kita terima adalah seperti menjadi mangsa ahlong atau ceti haram, berkaitan aktiviti scammer, penipuan atau pun disenarai hitam oleh bank dan sebagainya.
YAKIN dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Adham Baba. "Dengan adanya fitur ini, pengguna boleh terus membuat aduan mereka dan kami menjangkakan akan mendapat pelbagai aduan menerusinya," katanya.
Nadzim ditemui pada majlis pelancaran aplikasi itu yang dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba di Petaling Jaya pada Khamis.
YAKIN adalah kolaboraasi PPIM bersama Crescent Digital Sdn Bhd (Crescent Digital) yang membangunkan aplikasi itu.
Selain itu, YAKIN yang boleh dimuat turun secara percuma turut memperkenalkan beberapa fitur lain seperti sumbangan derma kepada saluran sahih dan berdaftar, informasi terkini PPIM serta modul ibadah termasuklah waktu solat, kiblat, doa harian, tasbih dan pelbagai lagi.
Antara yang menarik, pengguna aplikasi YAKIN dapat memilih laungan azan oleh artis terkenal tanahair iaitu Black Hanifah selain tetapan notifikasi waktu solat yang boleh didapati secara eksklusif melalui aplikasi tersebut.
Nadzim Johan berkata, aplikasi ini bukan sahaja mensasarkan pengguna malah ia dibangunkan dengan matlamat untuk membantu perniagaan yang ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka secara khusus dan efisien.
Nadzim berkata, pihaknya yakin aplikasi itu dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia bersesuaian dengan misi PPIM iaitu melaksanakan tuntutan fardu kifayah membabitkan kepentingan pengguna dan perniagaan Islam melalui tindakan proaktif dan berstrategi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Crescent Digital, Nina Alyssa pula memberitahu pihaknya juga sedang merancang untuk memperkenalkan lebih banyak fitur di dalam aplikasi YAKIN merangkumi direktori perniagaan Islam, direktori scammers, tinjauan atau survey, e-Dagang dan lain-lain di fasa akan datang.
Kolaborasi ini kata Nina, dapat membina sebuah ekosistem inovasi bagi membangunkan produk tempatan serta pemangkin kepada ekonomi digital Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.


Artikel oleh: MSTAR
TAK PERLU VIRAL DULU, PPIM SEDIA RUANG ADUAN GUNA APLIKASI… TERUS HANTAR BULTI VIDEO DAN FOTO

https://www.mstar.com.my/xpose/i-suke/2022/06/17/tak-perlu-viral-dulu-ppim-sedia-ruang-aduan-guna-aplikasi-terus-hantar-bukti-video-dan-foto


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/06/tak-perlu-viral-dulu-ppim-sedia-ruang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aplikasi Yakin Bantu Pengguna Dapatkan Khidmat Ppim Harian Metro 16 06 2022

Aplikasi Yakin Bantu Pengguna Dapatkan Khidmat Ppim Harian Metro 16 06 2022

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 213 hits
Petaling Jaya Aplikasi Yakin yang dibangunkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia bakal menjadi pusat sehenti untuk masyarakat mengenal pasti perkhidmatan mengelirukan dan penipuan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba ...
Aplikasi Yakin Platform Individu Dapatkan Perkhidmatan Ppim Sumber Gaya Hidup Muslim Soyacincau 16 06 2022

Aplikasi Yakin Platform Individu Dapatkan Perkhidmatan Ppim Sumber Gaya Hidup Muslim Soyacincau 16 06 2022

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 256 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkolaborasi dengan Crescent Digital Sdn Bhd untuk membangunkan aplikasi mudah alih rasmi PPIM yang dikenali sebagai Aplikasi ini telah dilancarkan oleh Dato Sri Dr Adham Baba Menteri Sains Teknologi dan I...
Aplikasi Mobil Yakin Hasiil Kolaborasi Di Antara Ppim Dan Crescent Digital Mediaharian 16 06 2022

Aplikasi Mobil Yakin Hasiil Kolaborasi Di Antara Ppim Dan Crescent Digital Mediaharian 16 06 2022

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 161 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah bekerjasama dengan Crescent Digital Sdn Bhd untuk mencipta dan mentadbir YAKIN aplikasi mudah alih rasmi PPIM Dato Sri Dr Adham Baba Menteri Sains Teknologi dan Inovasi mengeluarkan aplikasi itu hari ...
Aplikasi Yakin One Stop Centre Aduan Pengguna Utv Media 16 06 2022

Aplikasi Yakin One Stop Centre Aduan Pengguna Utv Media 16 06 2022

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 319 hits
Kuala Lumpur 16 Jun 2022 Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah berkolaborasi dengan Crescent Digital Sdn Bhd untuk membangunkan dan mengendalikan aplikasi mudah alih rasmi PPIM yang dikenali sebagai YAKIN Aplikasi tersebut telah dilancark...
Ppim Lancar Aplikasi Yakin Bela Hak Kepenggunaan Malakat Tribune 16 06 2022

Ppim Lancar Aplikasi Yakin Bela Hak Kepenggunaan Malakat Tribune 16 06 2022

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 217 hits
PETALING JAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini melancarkan aplikasi Yakin yang membolehkan orang ramai membuat aduan berhubung pelbagau isu kepenggunaan dan juga sebagai platform gaya hidup muslim Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim J...
Ppim Bangunkan Aplikasi Yakin Bantu Kenal Pasti Perkhidmatan Mengelirukan Bernama Tv 16 06 2022

Ppim Bangunkan Aplikasi Yakin Bantu Kenal Pasti Perkhidmatan Mengelirukan Bernama Tv 16 06 2022

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 195 hits
Aplikasi YAKIN sebuah platform gaya hidup Muslim yang dibangunkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM dilihat mampu membantu pengguna mengenal pasti perkhidmatan yang mengelirukan dan bersifat penipuan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi...
Ppim Crescent Digital Lancar Aplikasi Yakin Perkasa Usahawan Pengguna Islam Era Digital Dagang News 16 06 2022

Ppim Crescent Digital Lancar Aplikasi Yakin Perkasa Usahawan Pengguna Islam Era Digital Dagang News 16 06 2022

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR 16 Jun Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkolaborasi dengan Crescent Digital Sdn Bhd untuk membangunkan dan mengendalikan aplikasi mudah alih rasmi dalam talian PPIM yang dikenali sebagai YAKIN Menerusi aplikasi YAKIN yang su...
Ppim Kpmc Perkasa Pelancongan Perubatan Sinar Harian 18 06 2022

Ppim Kpmc Perkasa Pelancongan Perubatan Sinar Harian 18 06 2022

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 279 hits
KAJANG Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Kajang Plaza Medical Center telah menjalinkan kerjasama untuk memperkasakan industri pelancongan perubatan di negara ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata industri pelancongan perubat...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari