Tak Perlu Tunggu Besar 2 Tahun Masa Sesuai Ini Tip Mudah Berkesan Nak Ajar Anak Solat


Orang kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ketika anak masih kecillah mereka patut dididik dalam segala hal, bukan ketika mereka sudah besar dan mula memahami keadaan disekelilingnya.
Antara perkara yang mak ayah boleh mulakan sejak anak kecil lagi adalah mendidik anak bersolat. Perkongsian ibu ini, Dr. Farhuda Zulaikha yang mendidik anak-anak kecilnya bersolat boleh dijadikan contoh dan panduan untuk kita sama-sama mendidik anak kita bersolat.

Tak susah pun nak ajar anak-anak solat sejak kecil. Yang penting ibu ayah pun perlulah menitik beratkan hal solat masing-masing. Ini antara TIPS mudah ajar anak-anak solat.
1. Solat ibu ayah perlulah awal waktu, tunjukkan bahawa solat itu penting untuk kita dahulukan.
2. Sebaiknya solat di depan anak-anak sejak mereka bayi lagi. Walaupun ada anak kecil atau bayi, usahalah untuk solat berjemaah suami isteri. Letakkan bayi di sebelah kalian. Jika dia sudah pandai merangkak atau berjalan, pastikan keadaan sekitar tidak merbahaya sebelum kalian mulakan solat.
Ye mungkin kadangkala mereka akan memanjat, masuk dalam kain dan sebagainya. Itu fitrah mereka. Segala itu akan menjadi kenangan nanti. Bukankah cucu Rasulullah pun memanjat baginda ketika bersolat?

3. Lagi bagus jika ada ruang khas solat di rumah. Boleh jadi bilik khas mahupun sekadar suatu sudut khas. Pastikan keadaan kawasan berkenaan bersih dan jauh dari bunyi bising. Jika bersolat di ruang tamu, ajarkan anak-anak bahawa tv perlu ditutup atau dihentikan ketika waktu solat.
4.Jika ayah tiada di rumah, ibu harus memainkan peranan untuk ajak anak solat bersama. Jika ibu ‘cuti’ pastikan anak-anak tetap disuruh bersolat.

5. Sekiranya ada anak-anak yang baru sahaja melelapkan mata apabila tiba waktu solat, pastikan sebaik sahaja mereka bangun mereka harus solat biarpun telah melepasi waktu. Ajarkan yang solat itu wajib. Apabila sudah boleh berfikir, ajarkan apa itu solat qada’ dan juga masbu’.
6. Ayah perlu baca surah kuat-kuat, tertib dan tartil. Biar dapat didengari anak sepatah-demi sepatah. InsyaAllah mereka boleh menghafal surah dengan hanya mendengar bacaan kita setiap hari.
7. Ajarkan mereka perlahan-lahan. Tidak perlu tunggu mereka pandai semua rukun baru nak suruh solat. Biarkan mereka bersolat walupun sekadar meniru pergerakan dalam solat. Walaupun ada yang kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap pandang belakang. Semakin besar nanti ajarlah mereka apa itu rukun solat, apa yang tidak boleh dilakukan.

8. Ajarkan wudhu’ bila mereka sudah faham. Awal-awal belajar solat itu wudhu’ boleh diajar kemudian. Kalau tidak, jenuh juga bertukar baju yang lencun nanti bila yang umur 3 tahun ambil wudhu’. Slowly but surely.
9. Didik dan semailah dalam jiwa mereka kenapa kita perlu melaksanakan solat. Ajarkan berapakah solat wajib yang perlu dilaksanakan. Berapa rakaatkah setiap solat. Apakah tanda masuknya waktu solat.
10. Ibu ayah, jika boleh solatlah berjemaah. Selain pahalanya berganda-ganda, anak-anak juga akan lebih excited jika mereka memerhatikan semua perkara kita buat bersama-sama. Berjemaahlah sekalipun hari itu kita tengah berkecil hati/ salah faham/ berperang dunia dengan pasangan kita. InsyaAllah akan sejuk selepas itu.

 
11. Sediakan sejadah peribadi milik mereka setiap satunya. Sekarang ini pelbagai jenis sejadah moden yang dijual. Ada juga yang specially designed untuk kanak-kanak dengan gambar kartun dengan saiz yang lebih kecil.
Kami membelikan sejadah kecil begini untuk mereka. Sejadah-sejadah ini dibeli ketika masih kecil, kebetulan pula warna-warna itu bertepatan dengan warna character kartun PJ Mask dengan Owlette (merah), Geko (hijau), Catboy (biru). Rehal pun beli warna yang sama.
12. Reward system. Ketika mereka masih kecil, boleh galakkan mereka untuk solat dengan sistem reward menggunakan sticker. Tampalkan sticker pada board peribadi mereka. It may look for fun but it works.

13. Beri peluang kepada anak-anak kecil untuk mengetuai bacaan doa. Usai doa abah yang panjang, minta merela mengetuai bacaan doa ringkas sambil kita turut menadah tangan. Contoh doa yang paling mudah adalah doa ibu bapa. Si anak bujang boleh diberi mandat untuk Iqamah.
Tidak lupa ajak juga anak – anak untuk membaca alFatihah untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Semoga mereka istiqamah melakukan perkara yang sama apabila kita meninggal kelak.
14. Apabila tiba sahaja waktu untuk solat, boleh minta abah yang garang bagi hint : Whudu’!! Maka akan bertempiaran larilah yang si besar-besar untuk segera ambil wudhu’ meninggalkan apa yang sedang mereka kerjakan.

15. Solat tidak boleh tinggal langsung. Jika di rumah solat lima waktu ajarkan juga mereka bahawa sama juga jika balik kampung atau semasa jalan-jalan. Tiada pengecualian.
16.Akhir sekali, tunggulah mereka di atas tikar sejadah sebelum kalian mengangkat takbir. Pastikan semua orang bersedia sepenuhnya barulah mereka bersemangat solat bersama dan tanda kita mahu mereka bersama-sama menghayati solat.
Marilah melentur buluh dari rebungnya. Children won’t follow your orders, they imitate you.
Dr. Farhuda
Menarik: Idea & Tip Ibu Ni Ajar Anak-Anak Mengaji Memang Terbaik, Mula-Mula Nak Rebut Sticker, Lama-Lama Anak Teruja

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Tak Perlu Tunggu Besar, 2 Tahun Masa Sesuai, Ini Tip Mudah & Berkesan Nak Ajar Anak Solat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-perlu-tunggu-besar-2-tahun-masa-sesuai-ini-tip-mudah-berkesan-nak-ajar-anak-solat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Kongsikan 7 Tip Untuk Anak Makan Semua Jenis Buah Ajar Awal Sampai Besar Tak Memilih

Dr Kongsikan 7 Tip Untuk Anak Makan Semua Jenis Buah Ajar Awal Sampai Besar Tak Memilih

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 278 hits
Macam mana nak ajar anak suka makan buah buahan dan makanan sihat Sebenarnya ia bermula daripada ibu bapa Jika kita biasakan anak anak dengan makanan sihat sejak dari kecil sampai besar anak tidak memilih makan Seperti perkongsian Dr Mazlia...
Susahnya Anak Nak Dengar Cakap Pilih Masa Sesuai Tegur Anak Elak Anak Buat Tak Endah

Susahnya Anak Nak Dengar Cakap Pilih Masa Sesuai Tegur Anak Elak Anak Buat Tak Endah

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 247 hits
Kita mula naik pening memikirkan bagaimana cara menegur dan menasihati anak kecil kita untuk jadi yang lebih baik Menegur anak sebenarnya memerlukan masa yang sesuai barulah anak dapat menerima nasihat kita dengan baik Jadi bila masa sesuai...
Idea Tip Ibu Ni Ajar Anak Anak Mengaji Memang Terbaik Mula Mula Nak Rebut Sticker Lama Lama Anak Teruja

Idea Tip Ibu Ni Ajar Anak Anak Mengaji Memang Terbaik Mula Mula Nak Rebut Sticker Lama Lama Anak Teruja

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 468 hits
Bila diajak untuk sama sama mengaji anak mulalah buat alasan Penat mengantuk dan sebagainya sudah menjadi alasan biasa dari mulut anak anak kecil kita Jangan putus asa sebaliknya kuatkan hati untuk terus membimbing anak kita Idea ibu ini ya...
Nak Anak Bebas Pampers Cepat Ini Perlu Ibu Ayah Ajar Dulu Lulus Step Ni Mudahlah

Nak Anak Bebas Pampers Cepat Ini Perlu Ibu Ayah Ajar Dulu Lulus Step Ni Mudahlah

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 341 hits
Ada yang tanya nak sedia apa ye untuk anak jalani proses toilet training ye Anak kita memang kena latih dan prepare fizikal dan mental mereka untuk toilet training Sebab nanti anak terkejut dan trauma tambahan pula ini adalah satu transisi ...
Anak Pulak Nak Direct Feed Je Memang Struggle Susukan Anak Sampai 2 Tahun Ameera Zaini Jadi Inspirasi

Anak Pulak Nak Direct Feed Je Memang Struggle Susukan Anak Sampai 2 Tahun Ameera Zaini Jadi Inspirasi

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 347 hits
Kepayahan seorang ibu dalam membesarkan anak anak adalah satu pengorbanan yang tidak ternilai harganya Mengandung melahirkan malah mendidik anak kecil menjadi insan paling hebat pastinya bukan tugas mudah Namun itulah satu kepuasan dan nikm...
Nak Tahu Cara Terbaik Untuk Mengajar Anak Anda Menghafal Sifir Dengan Lebih Berkesan Di Rumah

Nak Tahu Cara Terbaik Untuk Mengajar Anak Anda Menghafal Sifir Dengan Lebih Berkesan Di Rumah

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 390 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kini anda mampu mendorong anak anda untuk menghafal sifir SERTA menguasai Matematik dengan lebih mudah tanpa sebarang paksaan Mengajar anak anda menghafal sifir di rumah merupakan satu tugasan yang sangat...
Hati Mesti Kental Ibu Kongsi Caranya Ajar Anak Tidur Bilik Sendiri Mudah Sangat

Hati Mesti Kental Ibu Kongsi Caranya Ajar Anak Tidur Bilik Sendiri Mudah Sangat

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 369 hits
Kebanyakan ibu bapa memang berniat nak asingkan tempat tidur anak Cuma perasaan tak sampai hati itu yang membataskan hasrat tersebut Namun jika hati tak kental sampai bila ibu bapa tak akan berjaya ajar anak berdikari dan merasai keseronoka...
Ini Kuarters Tun M Masa Mula Mula Jadi Doktor Tahun 1956

Ini Kuarters Tun M Masa Mula Mula Jadi Doktor Tahun 1956

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 315 hits
STRUKTURNYA masih utuh dan cantik namun kebanyakan tingkap sudah tidak sempurna
Kado Ulang Tahun Untuk Anak Usia Sd

Kado Ulang Tahun Untuk Anak Usia Sd

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 272 hits
Di hari spesial si kecil sudah selayaknya ia mendapatkan kado ulang tahun yang spesial pula Apalagi jika ia sudah berada di usia sekolah orang tua perlu memberikan kado yang sesuai dengan umurnya Nah biasanya ketika ia berulang tahun ia aka...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Flexibility In Business Operations


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kawal Emosi Anak Pakar Psikiatri Kongsi Tip Mudah

Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims