Dua Biji Epal Boleh Bantu Kawal Kolesterol


Hi Korang,
Sempena tahun baru 2020 ni, kak lily akan kerap kongsikan artikel daripada Hello Doktor untuk bacaan santai korang. Sebab kak lily rasa ianya bagus untuk kita mengambil tahu mengenai kesihatan kita.
Ada pepatah mengatakan “Sebiji epal dalam sehari boleh menjauhkan anda daripada doktor,” tetapi bagaimana pula dengan dua biji epal sehari? Apakah manfaat yang mungkin diperolehi sekiranya mengamalkan pengambilan buah tersebut?Dua biji epal = 4 peratus

Jika sebelum ini anda mengamalkan untuk memakan sebiji epal sehari, mungkin selepas ini anda boleh mula mengambil dua biji epal setiap hari. Kenapa? Ini kerana terdapat penyelidikan yang mengatakan dua biji epal yang dimakan setiap hari akan dapat membantu mengekalkan kadar kolesterol. 
Lebih menarik lagi, penyelidik turut mendakwa bahawa individu yang mengambil dua biji epal sehari, untuk tempoh selama lapan minggu akan dapat menurunkan kadar kolesterol tidak baik sehingga empat peratus. Keadaan ini sekali gus dapat mengurangkan risiko untuk mengalami serangan strok atau jantung yang disebabkan pengerasan kolesterol pada arteri. Menarik, tetapi betul ke
Kajian yang dilakukan
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, responden yang berusia antara 20 hingga 69 tahun diminta untuk mengambil dua biji epal sehari dalam tempoh dua bulan. Tahap tekanan darah diambil oleh penyelidik pada sebelum dan selepas tempoh kajian

Pengkaji turut membuat perbandingan hasil kajian dengan individu yang mengambil dua gelas minuman air epal yang mempunyai kadar kandungan kalori yang sama sepanjang tempoh dua bulan kajian. 
Daripada hasil kajian, individu yang memakan epal akan mengalami penurunan kadar kolesterol tidak baik secara purata 3.6 peratus lebih rendah berbanding individu yang mengamalkan pengambilan minuman berasaskan epal. 
Kadar peratusan itu adalah jauh lebih rendah berbanding pengambilan ubatan statin, iaitu ubat-ubatan yang biasanya diambil untuk mengurangkan kolesterol antara 30 hingga 55 peratus. Tetapi perubahan diet yang kecil ini dipercayai dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Lebih menarik lagi, hasil kajian ini juga mendapati individu wanita yang mengamalkan pengambilan dua biji epal ini setiap hari akan mendapat lebih manfaat berkaitan kolesterol berbanding lelaki. 
Walaupun dikatakan wanita lebih memperolehi manfaatnya, ia tidak bermakna tiada langsung kebaikan yang diperolehi oleh individu lelaki, bukan? Namun, sebenarnya masih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk mengesahkan mengenai perkara ini. 
Jadi apa kata kita fokuskan kembali mengenai kebaikan buah epal ini, okay

Apakah manfaatnya?
Sebelum bercerita mengenai manfaatnya, pernah tak anda terfikir kenapa epal yang menjadi pilihan? Ini kerana epal merupakan buah yang mengandungi kandungan serat dan air yang tinggi – dua sifat yang membuatkan anda kenyang

Dua epal yang besar, mengandungi kira-kira satu per empat serat harian yang disyorkan bagi seorang individu dan terdapat sejenis serat yang menyokong perkembangan bakteria baik sekali gus dapat mengurangkan kolesterol. Haaa, sebab itulah wujudnya pepatah, “Sebiji epal dalam sehari boleh menjauhkan anda daripada doktor.”
Penyelidik kajian juga mendapati individu yang mengamalkan pengambilan buah ini setiap hari juga akan mempunyai saluran darah yang lebih sihat dan lebih tenang. Kesan keadaan ini adalah sama dengan pengambilan makanan lain yang mengandungi sebatian semula jadi yang dipanggil polifenol

Untuk pengetahuan, polifenol adalah sebatian fitokimia yang secara semula jadi terkandung di dalam tumbuhan. Sebatian ini memberikan pelbagai warna (pigmen) dalam makanan. Bukan itu sahaja, polifenol juga berfungsi untuk melindungi tumbuhan dari bahaya

Menurut pengarang kanan kajian dari Hugh Sinclair Unit of Human Nutrition di University of Reading, Profesor Julie Lovegrove berkata, “Nampaknya pepatah lama yang sering disebut mengenai buah ini adalah hampir tepat.”
Individu yang memakan dua epal bersaiz besar setiap hari yang mengandungi kandungan polifenol yang tinggi akan mempunyai tahap kolesterol LDL yang lebih rendah dan tiada sebarang pengurangan kolesterol baik berbanding mereka yang mengambil minuman berasaskan epal. Kolesterol LDL ini juga disebut sebagai kolesterol tidak baik. 
“Kami percaya serat dan polifenol dalam epal adalah penting dan epal merupakan sejenis buah yang sangat popular dalam kalangan individu dari pelbagai peringkat usia. Ia merupakan sejenis buah yang mudah untuk dimakan dan adalah pilihan makanan snek yang sihat.”
Pakar percaya jenis serat yang ditemui dalam epal bermanfaat kepada bakteria penting dalam usus untuk menghasilkan rantaian pendek asid lemak yang boleh menurunkan kolesterol dalam hati. 
Apa pendapat pakar?
Bagi profesor perubatan kardiovaskular di University of Sheffield, Tim Chico, “Kajian ini menunjukkan bahawa memakan dua biji epal dalam masa satu hari akan menyebabkan sedikit penurunan dalam kolesterol berbanding dengan hanya meminum air epal.”
“Kesan ke atas kolesterol adalah sangat kecil berbanding dengan terapi ubatan dengan statin dan ia sebenarnya tidak dapat menentukan bahawa ia akan membawa kesan kepada penurunan risiko berkaitan penyakit jantung ataupun strok.”
Bagaimanapun, kajian yang dilakukan itu adalah dalam tempoh jangka masa yang singkat. Jadi setiap manfaat yang diperolehi mungkin akan memberikan kebaikan yang lebih besar kepada kesihatan secara keseluruhan jika dilakukan sepanjang hayat,” ujar Tim. Kebaikan epal
Epal atau nama saintifiknya malus domestica adalah sejenis tanaman berbuah dalam genus malus dan keluarga mawar. Ia berasal dari Asia Barat dan merupakan tanaman yang paling banyak ditanam di dunia

Jom ketahui apakah kebaikan epal:
Otak
Menurut kajian yang dibentangkan di Alzheimer’s Association’s International Conference pada 2017, individu yang gemar makan makanan berasaskan tanaman mempunyai kurang risiko demensia. 
Jantung
Menurut kajian yang dilakukan oleh Florida State University, buah ini yang tinggi kandungan serat dapat membantu mengawal paras kolesterol agar kandungan kolesterol ‘baik’ melebihi kolesterol ‘jahat’. 
Berat badan
Berdasarkan kajian, individu yang gemar makan buah ini sebagai pembuka selera akan membuatkan mereka berasa kenyang sebelum makan sajian utama. Kajian tersebut menyambung lagi bahawa individu tersebut akan memperoleh kalori yang lebih rendah iaitu sebanyak 200 kalori kurang daripada individu yang tidak melakukannya. 
Risiko diabetes
Dalam satu kajian berskala tinggi yang pernah dijalankan, memakan sebiji epal sehari mempunyai hubungan dalam menurunkan risiko mengalami diabetes jenis 2 sehingga 28 peratus, berbanding jika langsung tidak mengambil epal. 
Keadaan ini mungkin kerana polifenol yang terkandung di dalam epal yang membantu mencegah kerosakan tisu pada sel beta di dalam pankreas. Sel beta berfungsi menghasilkan insulin kepada badan dan fungsinya selalu terjejas pada individu yang mempunyai diabetes jenis 2

Kanser
Kandungan antioksidan dalam buah ini yang sangat tinggi menjadikan ia antara sumber makanan yang mampu melawan kanser. Menurut kajian yang dilakukan di Itali, makan buah ini sekali sehari dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolorektal berbanding buah-buahan yang lain
Akhir kata
Jadi walaupun masih banyak kajian yang perlu untuk mengesahkan mengenai kebaikan buah ini dalam mengurangkan kadar kolestrol tidak baik dalam badan, tetapi buah epal tetap memberikan manfaat kebaikan kepada mereka yang mengamalkannya. Jadi, jangan lupa makan epal setiap hari, okay

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan

Artikel Oleh Asyikin Md IsaFakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Okla nanti kak lily kongsikan lagi artikel ilmiah ni lagi ek

Terima kasih kepada team Hello Doktor untuk perkongsian ni ek





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2020/01/dua-biji-epal-boleh-bantu-kawal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rupanya Sedu Bantu Bayi Kawal Pernafasan Tak Perlu Letak Cebis Kertas Di Dahi

Rupanya Sedu Bantu Bayi Kawal Pernafasan Tak Perlu Letak Cebis Kertas Di Dahi

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 237 hits
Kalau anak tiba tiba tersedu pasti kita akan minta mereka untuk minum air Bagaimana sekiranya anak masih bayi Kalau mengikut petua lama kita akan letakkan cebisan kecil kertas atau tisu pada dahi bayi untuk menghentikan sedu itu Artikel Men...
Tak Perlu Risau Kalau Baby Asyik Sedu Sedu Terjadi Untuk Bantu Bayi Kawal Pernafasan

Tak Perlu Risau Kalau Baby Asyik Sedu Sedu Terjadi Untuk Bantu Bayi Kawal Pernafasan

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 398 hits
Eh kasihan baby asyik tersedu Susukanlah dia pernah lalui situasi seperti ini Tetapi kenapa sedu berlaku kepada bayi Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui mengenainya Sedu dan kawal pernafasan Sedu dalam kalangan bayi baru lahir adalah sat...
Susah Nak Tidur Malam Makan Pisang Mungkin Boleh Bantu Korang Tidur Lena

Susah Nak Tidur Malam Makan Pisang Mungkin Boleh Bantu Korang Tidur Lena

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 431 hits
Pisang adalah buah buahan yang boleh dimakan serta dilaporkan mempunyai banyak khasiat seperti kalsium protein serta karbohidrat Antara salah satu khasiat pisang adalah ia sangat membantu mereka yang menghadapi kesukaran untuk tidur malam H...
Jual Air Zam Zam Di Malaysia Boleh Dipenjara Dua Tahun

Jual Air Zam Zam Di Malaysia Boleh Dipenjara Dua Tahun

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 430 hits
KUALA LUMPUR Air zam zam dilarang dijual di negara ini menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu kenyataan Kenyataan itu memaklumkan individu yang menjual air zam zam boleh berdepan tindak...
Bantu Usahawanm Dpmm Pahang Kemuka Dua Isu Ke Mpk

Bantu Usahawanm Dpmm Pahang Kemuka Dua Isu Ke Mpk

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 299 hits
KUANTAN Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pahang menggesa Majlis Perbandaran Kuantan mempertimbangkan semula penarikan diskaun 75 peratus kadar permit papan tanda premis perniagaan berlampu yang akan dimansuhkan sepenuhnya berkuat kuasa Janu...
Menpan Rb Pns Korban Banjir Boleh Mengajukan Cuti

Menpan Rb Pns Korban Banjir Boleh Mengajukan Cuti

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 173 hits
Adapun cuti karena alasan penting jelas Tjahjo salah satunya lantaran terdampak bencana alam Menurut dia lamanya izin cuti maksimal satu bulan dan tergantung kebijakan pimpinan instansi dilihat dari keadaan bencananya
Seawal Lahir Hingga 5 Tahun Pertama Betul Betul Jaga Anak Memang Boleh Jadi Bijak

Seawal Lahir Hingga 5 Tahun Pertama Betul Betul Jaga Anak Memang Boleh Jadi Bijak

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 269 hits
Dalam proses membentuk sifat genius pada anak keluarga memainkan peranan yang sangat penting Andai keluarga dapat membantu menyalakan api optimis ke dalam diri anak mereka akan mempunyai semangat yang juang yang tinggi untuk mencapai matlam...
Bayi Tak Perlu Banyak Bantal Waktu Tidur Bahaya Boleh Mengundang Maut

Bayi Tak Perlu Banyak Bantal Waktu Tidur Bahaya Boleh Mengundang Maut

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 313 hits
Apabila dikurniakan anak sudah tentu disayangi dan akan dibelai manja Siapa sangka dalam pada dijaga rapi pun anak boleh meninggal secara tiba tiba Kematian mengejut atau dikenali sebagai Sudden Infant Death Syndrome begini biasa berlaku da...
Rahim Adalah Rumah Pertama Janin Sebab Itu Ibu Tak Boleh Stress Demi Perkembangan Bayi

Rahim Adalah Rumah Pertama Janin Sebab Itu Ibu Tak Boleh Stress Demi Perkembangan Bayi

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 305 hits
Pastinya anda mengetahui bahawa tekanan ketika kehamilan adalah tidak baik bagi ibu serta kandungan Namun kesannya tidak terhenti di situ sahaja Ini kerana tekanan turut dikatakan mempunyai kaitan dengan jantina bayi Untuk mengetahui lebih ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri