Tak Perlu Pun Beli Mainan Yang Banyak Atau Mahal Ibu Bapa Yang Perlu Bermain Dengan Anak


Cara terbaik mengeratkan hubungan dengan anak adalah dengan bermain bersama mereka. Namun, adakah anda tahu, ia juga baik untuk perkembangan otak si manja?

Sememangnya diakui meluangkan masa bermain bersama anak, melayani kerenah mereka sudah tentu akan mengeratkan lagi hubungan anda dengan si kecil. Bukan itu sahaja, menurut penyelidikan diterbitkan dalam Psychological Science, ia turut akan merangsang perkembangan bahagian otak tertentu, anak dan juga ibu bapa.
Saintis dari Princeton University, Amerika Syarikat, dapat melihat fenomena aktiviti perkembangan otak beberapa responden yang terdiri daripada bayi dan juga individu dewasa.
Analisis daripada kajian tersebut mendapati bahawa otak bayi dan individu dewasa mengalami pelbagai aktiviti saraf yang sama ketika aktiviti bermain bersama anak dilakukan. Aktiviti saraf naik dan turun pada masa yang sama setiap kali kedua-duanya berkongsi mainan dan melakukan hubungan mata secara langsung.
Dua kumpulan kajian
Dalam kajian yang dilakukan, saintis membahagikan responden kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama, melibatkan ibu bapa dan si kecil berinteraksi secara langsung selama 5 minit. Ibu bapa akan mengajak anak untuk bermain permainan, menyanyikan lagu atau bercerita sambil anak duduk di atas pangkuan.
Kumpulan kedua pula, penyelidik akan berbual dengan ibu bapa dan bayi dibiarkan untuk bermain. Sepanjang tempoh kajian, tiada interaksi secara langsung antara ibu bapa dan si anak.
Sepanjang kajian dilakukan, kedua-dua kumpulan ini menggunakan alat khas untuk merakam aktiviti otak mereka.
Melalui hasil rakaman, ibu bapa dan bayi yang berinteraksi secara langsung akan mempunyai aktiviti saraf yang sama pada bahagian otak yang berlainan. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak berlaku pada otak ibu bapa dan bayi yang tidak mempunyai interaksi langsung.
Peranan otak
Apabila komunikasi berlaku, seperti ketika waktu bermain bersama si kecil, otak bayi dan ibu bapa mengalami keadaan yang dikenali sebagai feedback loop.
Apakah itu feedback loop?
Pada ketika feedback loop berlaku, otak ibu bapa sebagai individu dewasa dapat meramal bila si kecil akan ketawa. Manakala otak bayi pula meramal saat ibu bapa akan bercakap dengannya.
Sebagai contoh, pernah tak anda melihat video rakaman si kecil yang diagah individu dewasa? Ada kalanya mereka akan kembali ketawa walaupun sebelum agahan dilakukan, bukan?
Tanpa anda sedari, otak si kecil seakan ‘memberikan arahan’ kepada otak anda ketika bermain bersamanya. Interaksi ketika bermain bersama si kecil ini akan berlaku secara berterusan dan menjadi lebih kuat jika terdapat hubungan mata dan penggunaan alat mainan.
Apakah jenis permainan sesuai ketika bermain bersama si kecil?
Tabiat bermain bersama anak adalah satu perkara baik yang sangat digalakkan. Tetapi aktiviti itu pastinya akan menjadi bosan jika tidak menggunakan permainan yang bersesuaian mengikut usia si kecil.
Anda amat disarankan untuk memilih permainan mengikut peringkat usia anak bagi mendapatkan manfaat yang optimum. Jadi apakah jenis permainan yang sesuai untuk bermain bersama anak?
Menurut American Academy of Pediatrics, terdapat beberapa jenis permainan yang boleh anda cuba, antaranya:
Baru lahir hingga usia 6 bulan
Cara paling mudah untuk bermain bersama bayi ketika usia ini adalah dengan memberikan respons setiap kali dia tersenyum. Melalui ekspresi muka dan suara anda, ia dapat membantu melatih kemampuan sosial dan emosinya.
Untuk menjadikan ‘interaksi’ anda berdua semakin meriah, anda boleh membuat bunyi atau suara seperti si manja anda. Ia akan kelihatan seperti anda sedang berborak bersamanya.
Apabila si kecil berusia beberapa bulan, anda boleh bermain bersama bayi dengan menunjukkan mainan yang mempunyai warna dan tekstur berbeza. Letakkan si kecil pada kedudukan yang selesa dan membolehkan si manja melihat perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Usia 7 hingga 12 bulan
Pada ketika ini, biarkan si kecil untuk merangkak dan bergerak dengan bebas. Namun, pastikan persekitaran sekitarnya selamat.
Sekiranya si manja menjatuhkan sesuatu permainan, cuba dekatkan mainan tersebut agar ia boleh mengambilnya sendiri. Anda juga boleh menggunakan cermin untuk membolehkan si kecil melihat ekspresi wajahnya sendiri.
Usia 1 hingga 2 tahun
Pada tempoh ini, anda harus memberikan si kecil ruang untuk meneroka dunia. Anda boleh memberikan si manja mainan kayu (wood block), sudu atau sebarang mainan yang boleh mengasah kreativitinya.
Tetapi pada tempoh ini, sebaiknya elakkan daripada memberi sebarang gajet kepada si kecil untuk mengajaknya bermain bersama. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku ketagihan gajet kepada si manja.
Anda juga boleh membiarkan si manja untuk bermain dengan bayi seusia dengannya. Selain, itu anda juga boleh mengajar si kecil bermain permainan pretend play seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.
Bermain bersama anak adalah langkah terbaik untuk menyokong perkembangan si manja. Luangkan masa bersama si kecil sekerap yang boleh. Ia dapat membantu tumbesaran bayi anda untuk membesar dengan sihat, gembira dan aktif.
Anda tidak perlu memberikan si kecil barang mainan yang mahal. Sebaliknya apa yang ada di rumah juga boleh diberikan kepada si kecil seperti kotak kosong atau bekas makanan sebagai mainannya.
Tetapi gajet adalah perkara yang paling perlu dihindari dan jangan menjadikan ia sebagai pilihan untuk diberikan kepada si kecil, okay?
The post Tak Perlu Pun Beli Mainan Yang Banyak Atau Mahal, Ibu Bapa Yang Perlu Bermain Dengan Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-perlu-pun-beli-mainan-yang-banyak-atau-mahal-ibu-bapa-yang-perlu-bermain-dengan-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ish Melalak Je Anak Dia Jangan Judge Ibu Bapa Lain Suatu Hari Kita Akan Alami Perkara Sama

Ish Melalak Je Anak Dia Jangan Judge Ibu Bapa Lain Suatu Hari Kita Akan Alami Perkara Sama

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 541 hits
Selagi mana kita tidak menjadi ibu bapa selagi itulah kita tak merasai sendiri pengalaman sebenar dunia keibubapaan Bila mana kita menjadi ibu bapa barulah kita sedar bukan mudah untuk menguruskan manusia kecil ini Emosi anak kecil ada turu...
Apa Yang Ibu Bapa Perlu Sediakan Sebelum Anak Melangkah Masuk Ke Sekolah Selepas Bercuti Panjang

Apa Yang Ibu Bapa Perlu Sediakan Sebelum Anak Melangkah Masuk Ke Sekolah Selepas Bercuti Panjang

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 712 hits
APA YANG IBU BAPA PERLU SEDIAKAN SEBELUM ANAK MELANGKAH MASUK KE SEKOLAH SELEPAS BERCUTI PANJANG Hi semua 15 haribulan Julai ni si kakak akan masuk sekolah Kemudian seminggu lepas tu si adik pulak akan memula kan seisi persekolahan selepas ...
Anak Anak Akan Contohi Ibu Bapa Kalau Anda Benci Sayur Anak Pun Akan Benci Sayur

Anak Anak Akan Contohi Ibu Bapa Kalau Anda Benci Sayur Anak Pun Akan Benci Sayur

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 494 hits
Sayur sayuran sememangnya merupakan musuh kepada seorang kanak kanak Mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan diri mereka selamat daripada dipaksa ibu bapa untuk memakannya Namun begitu ia bukanlah satu perkara yang wajar dilakuk...
Kesusahan Berganda Tapi Berbaloi Bila Punya Anak Kembar Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Kriteria Ibu Bapa Perlu Ada

Kesusahan Berganda Tapi Berbaloi Bila Punya Anak Kembar Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Kriteria Ibu Bapa Perlu Ada

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 395 hits
Melihat sepasang anak kembar berlari sambil memeluk ibu dan ayah hati pasti terasa mahukan anak kembar Pun begitu ia bukanlah semudah yang disangka Kehamilan Dr Halina isteri kepada Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang ki...
Eksklusif Nasihat Datuk Dr Noor Hisham Ibu Bapa Kena Jadi Frontliner Anak Anak Virus Kita Tak Nampak

Eksklusif Nasihat Datuk Dr Noor Hisham Ibu Bapa Kena Jadi Frontliner Anak Anak Virus Kita Tak Nampak

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 556 hits
Episod pandemik wabak Covid 19 masih belum berakhir kerana setiap hari pasti ada sahaja kes baharu dilaporkan Walaupun kerajaan telah membenarkan beberapa sektor pekerjaan dan perniagaan dibuka namun Standard Operating Procedure tetap harus...
Ibu Bapa Didakwa Pergunakan Anak Untuk Edar Dadah Kaburi Mata Pihak Berkuasa

Ibu Bapa Didakwa Pergunakan Anak Untuk Edar Dadah Kaburi Mata Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 467 hits
SERDANG 1 Julai Polis membongkar kegiatan pengedaran dadah jenis ganja dengan membawa bersama kanak kanak bagi mengaburi mata pihak berkuasa membabitkan sepasang suami isteri dalam dua serbuan berasingan di sekitar Puchong di sini Sabtu lep...
Ibu Bapa Tak Dibenarkan Masuk Kelas Hantar Anak Ke Tadika Mulai 1 Julai

Ibu Bapa Tak Dibenarkan Masuk Kelas Hantar Anak Ke Tadika Mulai 1 Julai

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 638 hits
Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan memasuki kelas prasekolah TABIKA atau TADIKA kendalian kerajaan dan swasta ketika menghantar anak mereka bermula 1 Julai ini Selain itu pengendali harus memastikan tiada penggunaan permaidani tikar dan...
Berhenti Tanya Ibu Bapa Lain Anak Belum Boleh Jalan Belum Boleh Bercakap

Berhenti Tanya Ibu Bapa Lain Anak Belum Boleh Jalan Belum Boleh Bercakap

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 580 hits
Setiap kanak kanak akan mencipta tempoh garis masa pencapaian mereka sendiri Garis masa tersebut mungkin berubah lebih banyak inilah sebabnya kenapa tak apa atau it s ok take your time untuk perkembangan anak menurut pakar Ikuti perkongsian...
Postpartum Fever Atau Demam Selepas Melahirkan Anak Bahayakah Pada Ibu Doktor Kongsi Punca Penyebab

Postpartum Fever Atau Demam Selepas Melahirkan Anak Bahayakah Pada Ibu Doktor Kongsi Punca Penyebab

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 440 hits
Wanita melalui proses kelahiran perlulah mempunyai rehat dan menjaga kesihatan dengan baik sepanjang tempoh berpantang Ini penting supaya ibu tidak dijangkiti demam dan tidak memudaratkan pada anak yang baru dilahirkan Namun bagi ibu ibu ya...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Emily Ratajkowski S Legs And Feet In Tights 7

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page