Tak Perlu Pengawal Dari Pakistan Dahulukan Rakyat Tempatan Gesa Mtuc




Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan mendahulukan rakyat tempatan, susulan laporan mengenai rundingan pengambilan lebih 100,000 pengawal keselamatan dari Pakistan.
Presiden Abdul Halim Mansor menggesa kerajaan menolak permohonan masuk pekerja asing baru, mengatakan bilangan mereka yang berdokumen sudah seramai 3.3 juta orang.
“Pendatang asing tanpa izin (PATI) sama ramai. Kerajaan mesti hantar pulang semua PATI pulang,” katanya kepada FMT.
Halim berkata soal keperluan mengambil antara 100,000 hingga 150,000 pengawal keselamatan warga asing tidak harus jadi pertikaian di Malaysia yang cukup tenaga kerja.
Sebaliknya, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri serta kementerian lain yang berkenaan wajib membincangkan permasalahan pekerja tempatan yang tiada pekerjaan dan pekerja yang ditamatkan majikan.
“Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melaporkan pada 2019, seramai 40,000 pekerja yang ditamatkan perkhidmatan menuntut pembayaran Skim Insurans Pekerjaan (SIP).
“Pada awal 2020 banyak majikan mengambil tindakan mengurang tenaga kerja,” katanya, memberi contoh beberapa syarikat media.
Semalam, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran meminta media merujuk KDN berhubung rundingan antara Malaysia dan Pakistan mengenai pengambilan pengawal keselamatan, seperti yang dilaporkan media negara itu.
Beliau meminta media mengesahkannya dengan KDN memandangkan ia berkenaan pekerja berkaitan keselamatan.
Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia Amna Baloch dipetik akhbar Pakistan, The Nation pada 3 Feb lalu sebagai berkata rundingan awal antara kedua negara diadakan di peringkat tertinggi, manakala modaliti untuk merasmikan proses pengambilan sedang diusahakan.
MTUC menggesa kementerian menangani perkara itu dengan hati-hati dan menunjukkan inisiatif mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing.
Halim berkata bidang pengawal keselamatan mestilah untuk pekerja yang bertauliah untuk menjaga keselamatan, harta benda, kewangan, dan keselamatan.
Beliau mengingatkan pekerjaan itu juga mempunyai kategori pangkat dan kuasa untuk menjamin pembangunan dan pengiktirafan profesion itu.
“Tindakan mengambil pekerja asing yang banyak untuk menjaga dan selia harta dan persoalan keselamatan tindakan yang tidak bijak,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung J Solomon berkata Kula tidak boleh “cuci tangan” berhubung perkara ini, mengatakan seorang menteri harus jadi orang pertama mendapatkan penjelasan mengenainya.
Beliau berkata laporan akhbar Pakistan itu membimbangkan.
“Jika benar, ia akan terus memburukkan lagi isu-isu sekitar peningkatan jumlah pendatang asing dengan gaji yang rendah di Malaysia,” katanya.
MTUC menyeru menteri mengesahkan laporan itu supaya kepentingan orang awam dan pekerja dapat dijaga.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/12/tak-perlu-pengawal-dari-pakistan-dahulukan-rakyat-tempatan-gesa-mtuc/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singapore 4 Kes Pertama Coronavirus Jangkitan Manusia Ke Manusia Melibatkan Rakyat Tempatan

Singapore 4 Kes Pertama Coronavirus Jangkitan Manusia Ke Manusia Melibatkan Rakyat Tempatan

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 301 hits
Kementerian Kesihatan Singapura hari ini mengesahkan enam lagi jangkitan koronavirus di negara tersebut dengan empat kes pertama jangkitan manusia ke manusia melibatkan rakyat tempatan Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah 24 Tiga kes...
Apa Jadi Janji 1 Juta Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat 150 Ribu Warga Pakistan Ph Bawa Masuk

Apa Jadi Janji 1 Juta Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat 150 Ribu Warga Pakistan Ph Bawa Masuk

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 335 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan Pakatan Harapan agar hentikan kemasukan warga asing Kata Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki PH perlu hentikan sandiwara dan berterusan menipu rakyat demi kepentingan yang hanya akan memba...
Rakyat China Rasa Tidak Cukup Pakai Topeng Muka Guna Plastik Untuk Lindungi Diri Dari Coronavirus

Rakyat China Rasa Tidak Cukup Pakai Topeng Muka Guna Plastik Untuk Lindungi Diri Dari Coronavirus

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 619 hits
Sepertimana yang korang tahu penyakit Coronavirus telah merebak di beberapa buah negara dan pada hari Selasa yang lalu World Health Organization sudahpun melakukan mesyuarat tergempar yang akhirnya menisytiharkan darurat global Coronavirus ...
Duta China Ke Malaysia Kecewa Negeri Sabah Sekat Kemasukan Rakyat China

Duta China Ke Malaysia Kecewa Negeri Sabah Sekat Kemasukan Rakyat China

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 291 hits
Negeri Sabah sebelum ini menjadi satu satunya negeri dalam Malaysia yang telah membuat keputusan untuk sekat kemasukan pelancong dari China ke negeri itu dengan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan dicarter dari China ke Sa...
6 Pertembungan Epik Memberi Kesan Mendalam Dalam Kehidupan Rakyat Malaysia Yang Ramai Tak Sangka

6 Pertembungan Epik Memberi Kesan Mendalam Dalam Kehidupan Rakyat Malaysia Yang Ramai Tak Sangka

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 333 hits
Memang banyak filem dan drama yang telah membesar bersama sama kita Tidak kira ianya datang dari negara kita mahupun luar ianya pasti berjaya menarik minat penonton Tapi tidak semua filem berjaya membawa penonton masuk ke dalam kisah mereka...
Usul Undi Tidak Percaya Lebih Mudah Tak Menyusahkan Rakyat

Usul Undi Tidak Percaya Lebih Mudah Tak Menyusahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 398 hits
PAS tetap dengan pendirian agar Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal pilihan raya umum ke 14 meskipun terus menerus diasak untuk melepaskan jawatannya Presidennya Abdul Hadi Awang berkata ini kerana suasa...
Uec Dap Terus Bohongi Rakyat Tuan Ibrahim

Uec Dap Terus Bohongi Rakyat Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 307 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man KOTA BHARU DAP dilihat terus membohongi rakyat apabila mengumumkan akan keluar Pakatan Harapan jika Putrajaya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata peng...
Dua Rakyat Malaysia Antara Pemenang Gopro Hero8 Black Max Milion Dollar Challenge

Dua Rakyat Malaysia Antara Pemenang Gopro Hero8 Black Max Milion Dollar Challenge

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 303 hits
HERO8 Black MAX Million Dollar Challenge ialah pertandingan yang dianjurkan oleh GoPro dengan wang ganjaran 1 juta kepada pemenang Senarai 45 pemenang telah diumumkan oleh GoPro dan antaranya ialah dua dari Malaysia Jia Wai Chong dan Baki Z...
Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur